RDD 65

Romance Completed 54733

"Tak kesah nk tinggalkan ayah kamu sendiri di sini?" soal Fizz memecahkan kesunyian antara mereka.

"Tiada apa yg perlu saya bimbangkan. Dia pun tak pernah mementingkan saya dalam hidup dia. Jadi tiada guna juga saya mengambil kesah pendapatnya bukan...?" tenang jawapan dari kanak kanak berumur 6 tahun itu membuatkan Fizz agak terkejut.

Petah budak ni bercakap. Gaya macam orang dewasa. Sah! Ni memang anak Ania. Cebik Fizz.

"Di sana, sejuk?"

Fizz ukir segaris senyum.

"Kenapa? Kamu nk main salji?"

Harriz berdeham kecil.

"Jika ada..."

Fizz tergelak. Haih. Poyo betul budak ni.

"Err...selain mama, siapa lagi tinggal kat sana? Ramaikah orang di rumah mama?"

Fizz buat buat fikir. Jari telunjuk naik mengetuk dagu sendiri.

"Ohh ramai. Dan mereka semua garang. Kamu jangan buat kesalahan. Nanti kena rotan"

Sekelip mata berubah wajah Harriz. Pucat.

"Awak ni..janganlah takutkan budak budak" marah Nelly dari tempat duduk depan. Kesian budak tu dibully si Fizz ni. Sebulan berkenalan dengan Fizz cukup mengajar dia erti SABAR.

"Apa? Aku cakap betul kan. Gurau sikit sikit je"

"Sudah. Bagi saya duduk belakang. Kalau lelama anak buah saya duduk dengan awak, takut boleh masuk hospital bahagia pulak dia nanti"

Driver menghentikan kereta di pinggir jalan. Nelly keluar menuju ke tempat duduk belakang.

"Jangan dengar cakap Uncle gigi rongak tu yerr. Dia tipu je. Aunty kan ada..." lembut suaranya memujuk Harriz manakala Fizz menjuihkan bibir.

Kereta kembali bergerak menuju destinasi. Sekian lama , akhirnya mereka diulit lena.

Harraz mundar mandir di depan pintu utama. Resah kepulangan Harriz masih lagi tak kunjung tiba.

Dari atas Puan Sri Halimah menjeling anaknya. 'Tahu pula risau. Ingatkan kerja lebih penting...'

"Apa yg kamu tunggukan tu Harraz. Mari makan. Kejap lagi Ayahanda pulang. Ada baiknya kamu mandi then turun makan bersama. Bising pula Ayahanda tengok kamu masih berpakaian pejabat"

Harraz berpaling tanpa menjawab kata kata ibunya. Seleranya mati. Dia risaukan Harriz. Tapi Bondanya boleh pulak buat selamba. Macam tak kesah pun ada.

"Pergi sekarang Harraz. Kamu bukan kecil lagi. Mandi tak perlu Bonda tolong kan? Now!"

"Bonda...Harraz risaukan Harriz. Mana anak Harraz. Kenapa lewat macam ni tak pulang" Harraz sebal.

Kemudian didekati Puan Sri Halimah yg tenang bersandar pada sofa sambil menghirup secawan teh.

Bonda macam tak peduli langsung perkhabaran Harriz yg entah kemana seolah ada sesuatu yg disorokkan.

Dapat Puan Sri Halimah agak apa yg bermain di benak fikiran anaknya.

"Tak perlulah kamu risau. Harriz tak apa apa. Turun dinner nanti kita bincang" tegas Puan Sri Halimah. Tiada lembut!

Harraz segera menyudahkan makanan dalam pinggan lalu mulutnya dilap pada kain yg sedia ada.

"Jadi ada apa apa yg perlu Harraz tahu berkaitan Harriz?" kedua keningnya dijongketkan.

Dentingan garfu dan sudu dihempas sekali terhasil. Tan Sri Megat Huraisy langsung tidak memandang anaknya membuka bicara.

"Baiklah....For 1 month, ayahanda tak mahu dengar tentang Harriz. Stop talking about it. All you have to know is he just fine. Care about what truly matter first"

"Tapi Harriz tu anak Harraz ayahanda. He is important to me" Harraz lantang menjawab.

"Kamu sedar dia penting buat kamu?"

Harraz diam begitu juga Puan Sri Halimah. Biarlah suaminya sahaja yg berbicara kali ini.

"Selama ni kamu selalu pentingkan kerja. Hari hari kerja. Mana masa kamu dengan Harriz? "

"But he hate me. That's why...."

"That's why kamu ambil perkara ni mudah. Right? Kamu sedar tak Harraz...Harriz benci kamu sebab apa?! Sebab kamu sendiri lebih fokus pada kerja sampai dia terabai. Bila dia perlukan kamu, are you there with him?"

Harraz rasa seolah dihempap batu mendengar kenyataan ayahnya.

"Tak. Kamu tak ada Harraz. Kami yg selalu ada dengan dia. While kamu KERJA. Tahu tak kerja tu bukan boleh bawak mati. Apatah lagi duit hasil kerja tu. Tak bawa kemana Harraz. Jangan suatu hari nanti bila Harriz menjauh kamu pula terhegeh pada yg tak sudi" usai menghabiskan bicara, dia naik ke tingkat atas. Muak melihat wajah Harraz. Geram pun ada.

Perangai entah bila akan matang!

Aizzat terjaga jam 3 pagi kerana haus. Lola di sisi dia jeling sekilas sebelum gebar diselak untuk turun ke bawah.

Peti sejuk dibuka lalu air sejuk dituang ke dalam gelas. Rakus dia meneguk laju menelusuri tekak yg agak perit.

Namun tak sedar dimana silapnya, dia tersadung bangku meja dapur dan jatuh ke bawah.

Mengerang Aizzat sendirian menahan pedih di pinggang dan punggung.

Tiba tiba satu peristiwa terlayar di minda.

Dimana titik hitam hidupnya bermula. Dimana peristiwa itu menghantuinya hingga kini.

Entah apa kabar gadis itu. Bagaimanakah rupanya kini? Masih jelas diingatan beberapa tahun dahulu, dia merogol seorang gadis tanpa kerelaan wanita itu hanya disebabkan ingin melampiaskan marahnya dan kini apa kabar si gadis. Masih hidup atau sudah meninggal?

Setiap detik setiap masa dia diselubungi rasa bersalah yg teramat. Tambahan lagi apabila dia terjaga dari koma 3 minggu yg lepas. Rasa itu semakin kuat semacam dia dekat sahaja dengan si gadis.

Petunjukkah itu?

Dalam asyik melayan perasaan, Aizzat tak menyedari kehadiran Lola dibalik tangga.

Lola melepaskan keluhan panjang. Ada yg tak kena dengan suaminya ini dan dia perlu tahu apa itu.

BERSAMBUNG...

sorry pendek. ini je sy mampu dengan kesihatan yg K.O hehe buat yg surprise tu rilex dulu. kita rungkai satu persatu siapa sebenarnya hubungan harraz harriz and aizzat. apa kaitan dengan masa silam semua tu. one by one so jangan cepat buat kesimpulan. sesungguhnya ia salah. (haha) buat yg sudi komen terima kasih. komen anda amat saya hargai. stay safe at home guyss...❤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience