"You know who i'am?" soal Amzan terus sebaik Harraz keluar.
Anggukan dari Ania membuatkan Amzan lega. Tubuh adiknya ditarik masuk ke dalam pelukannya. Dia masih terlalu rindu pada gadis itu.
"Mana Angah, Kakak dengan Adik?"
Saat soalan itu terpacul keluar, statik kepala Amzan tertunduk.
Berkerut kening Ania.
Along ni dah kenapa?
"Along kenapa? Anything wrong?"
"Angah dengan Adik marah dekat Along sebab ego Along Nia hampir tinggalkan kitorang...and Kakak pulak..."
"Kakak apa?" pintas Ania. Matanya tepat menanti gerak bibir Amzan
"Kakak...dah 5 tahun pergi menghadap Ilahi"
Bagai direnjat elektrik, namun hatinya dikebalkan dari menangis.
"Kenapa Along tk pernah bagitau Nia?" soalnya sayu. Nyata Amzan tersentak.
"Apa maksud Nia?"
Kini Ania pula tersentak.
"Let's talk about this another day okay?" ujar Amzan.
"Assalamualaikum, ada orang ke tak?" laung Ania bersama ketukan bertalu talu.
"Takde orang lah tu. Dah jom balik" sampuk satu suara sampai tajam mataku memanahnya.
"Awak senyap boleh tak?"
"Tak boleh" balas Harraz selamba.
Ania menjegil. "Asal pulak?"
"Sebab aku dh penat menunggu"
"Excuse me, ingat sikit ehh siapa yg nk ikut sangat tadi walhal saya tk ajak pun. Kalau ikutkan hati lah, saya tk hingin pun bawak awak jumpa family angkat saya"
"Kenapa pulak? Mereka perlu tahu siapa aku and status kau. Barulah DIA reti jaga batas"
"Dengan perangai hanat dan mulut puaka awak tu memang tak lah. Buat malu muka saya je" haa ambik kau! Hadam lah ye!
"Nia! Kau jangan nk kurang ajar dengan aku!"
Pintu dibuka. Serentak mata Harraz dan Amzan bertembung. Cepat cepat dikalih wajahnya ke arah empunya badan di belakang Amzan. Buntang mata Harraz.
Dia memandang Ania dan Aria silih berganti. Muncul pula lagi seorang gadis. Makin buntang mata Harraz. Mujur tak keluar terus mata dia!
"What the f*ck?"
"Jaga sikit pertuturan kau depan aku. Aku tk suka orang mencarut depan aku!" Amzan menekankan bicaranya agar pemuda itu mengerti erti adab bercakap depan orang yg lebih tua.
Mereka semua meninggalkan Harraz sendirian terpinga pinga sendiri.
"Awak memang nk jadi patung cendana dekat situ ehh?"
"Ahh?"
"Hish payah betul cakap dengan orang macam awak ni. Kuat berangan je kerja" bebel Ania namun tangannya pantas menggenggam kemas tangan sasa Harraz.
Kehangatan tangan gadis itu mulai mendebarkannya. Dia berasa sungguh tenang bersentuhan dengan Ania. Seolah olah seluruh kacau bilau hidupnya tk pernah wujud.
Tak sedar bibirnya menguntum senyum sehingga semua memandangnya pelik.
"Suami kau memang ada masalah mental ke Nia?" soal Amzan hampir membuatkan Ania ketawa.
"Nia pun tk tahu lah long" wajah Harraz aku tenung. Kau kena sampuk dengan jembalang apa hah wahai Encik Suami? Namun soalan itu sekadar bermain di dalam hatinya sahaja.
Perlahan lahan aku goncang bahunya. Yelaa kesian jugak bila dia jadi tontonan Amzan, Alisya dan Aria.
"Dah sampai planet mana?"
Terus dia menjeling Ania.
Apa? Salah ke soalan aku?
Melihat kecanggungan Harraz dan Ania terus Amzan menyampuk. "Adik, pergi tolong Angah buat air dekat tetamu kita ni" arah Amzan.
Walaupun masih ada sakit hati pada Amzan, kedua dua masih menurut.
"Ehh Nia nk tolong jugak"
"Tak payah lah. Nia pun tak sembuh mana lagi kan?"
"Alaa nk tolong jugak. Boleh la long ehh?" pujuk Ania. Matanya pula sengaja dibesarkan bagi meraih simpati.
Nak taknak Amzan terpaksa mengangguk. Sebaik kelibat Ania hilang, terus pandangan kosong tadi bertukar menjadi seram.
Harraz meneguk liur.
"Aku dh warning kau! Layan adik aku elok elok! Jangan berkasar dengan dia! Ingat Harraz! Aku boleh ambil dia dari kau bila bila masa je yg aku nk! Dan apa yg aku cakap, aku tak pernah main main! Aku akan buat! Jangan sesekali kau sakitkan hati adik aku!" ucap Amzan dingin sebelum berlalu ke tingkat atas.
Ego Harraz sedikit tercalar dengan ugutan lelaki itu. "Cehh...kau takkan boleh ambil dia dari aku! Aku akan pastikan dia sentiasa di sisi aku tak kira walau cinta tu tiada" monolog Harraz sendiri. Ego seorang lelaki bernama Harraz jangan dicabar. Buruk padahnya.
Share this novel