RDD 31

Romance Completed 54733

Kakinya tak henti mundar mandir di depan pintu rumah agam yg tersergam indah itu.

Mak Siti memandang simpati akan majikannya sebelum bertindak mendekati wanita itu. "Ermm Pu..Puan masuklah. Tak elok untuk wanita dalam pantang terdedah dengan angin malam" katanya ragu ragu. Yelaa dah lah angin wanita itu tak berapa baik sekarang. Silap haribulan dia kena pecat pulak. Tapi kalau tak ditegur kan nanti bahaya juga untuk wanita itu.

Wanita itu diam. Mak Siti garu kepala. Ahh sudah. Aku nk buat apa supaya dia masuk ni? getus Mak Siti.

Terkedu Mak Siti apabila bunyi esakkan kecil menerobos masuk ke dalam telinganya dan badan wanita itu jatuh ke dalam pelukannya. Tiba tiba saja hati tuanya rasa simpati terhadap wanita yg selama ini hanya berwajah dingin dengannya kini menunjukkan perasaan sebenar benarnya.

"Apa cacat cela saya Mak Siti sampai Abang Al sanggup tinggalkan saya dengan anak anak semata mata nk jumpa perempuan murah tu? Ke sebab saya ni tak secantik perempuan tu? Tak sekaya perempuan tu?

"Sabar Puan. Ni semua ujian buat Puan dan keluarga. Puan perlu terus tabah sebab Puan masih ada anak anak" pujuk Mak Siti sambil membelai lembut belakang badan Alice.

Tak Mak Siti! Tuhan tak sayang saya. Kalau betul dia sayang saya kenapa dia buat saya macam ni Mak Siti? Dia seksa jiwa saya Mak Siti. Dia tarik kebahagiaan saya"

"Astaghfirullah. Mengucap nak... Allah ciptakan ujian untuk menguji kesabaran dan keimanan hambanya. Dan setiap ujian diciptakan setimpal dengan kemampuan kita. Tuhan takkan memberikan ujian melangkaui kemampuan kita nak. Dia uji sebab dia sayang. Sesungguhnya Tuhan tu maha penyayang lagi maha pengasih. Mak Siti percaya, setiap ribut petir pasti akan muncul pelangi jua pada akhirnya"

"Tapi hati saya sakit Mak Siti"

"Shuhhhhh... Mak Siti akan sentiasa ada dengan kamu nak. Mak Siti janji yg kita akan tempuhi ujian ni sama sama" walau perit, Alice menggagahkan dirinya untuk tersenyum tapi tetap sahaja kepahitan itu terpapar.

Alvin tersenyum penuh makna. Sungguh tika ini terasa seolah olah dunia ini dia punya. Segala masalah dengan isterinya diabaikan semata demi bidadari di depannya kini.

"Ish...dear ni, gelilah" adu Ariey manja apabila tangan Alvin gatal membelai pinggang rampingnya.

Alvin tertawa gembira. "Alaa you ni. I nk gurau manja pun tak boleh dah ehh?"

"Bukan tak boleh tapi ni semua untuk kesayangan kita jugak" balas Ariey membelai perutnya yg besar. Tunggu masa je lagi nk keluar.

"Yelaaa i faham"

"You?"

"Ye sayang"

"Bila you nak ceraikan wife you then kahwin dengan i? I bukan apa, tapi anak kita dah nak lahir. I taknak lah dia lahir dalam keadaan kita bergelut hubungan macam ni"

Terus diam Alvin. Berfikir mungkin. Getus hati Ariey.

"I akan cerai dengan dia bila dia habis berpantang. U know kan my mom and dad dah tetapkan the rule. Harta tu akan jatuh dalam tangan i sebaik Alice tamat berpantang anak ke 3. U just need to wait a little bit longer dear. I janji lepas je cerai, i akan terus cari u" pujuk Alvin saat melihat wajah kekasihnya mulai kendur.

"U janji dengan i yg U takkan tinggalkan i?"

"Of course la. I kan sayang u"

"No, i nk u janji. U akan selamanya dengan i tak kira apa berlaku atau apa apa pun terbongkar u still cintakan i?"

"Ye sayang. I janji" lafaz Alvin tanpa sedar apa yg dituturkannya bakal memakan dirinya sendiri kelak.

Ariey tersenyum lebar. "Kalau u mungkir janji kita, i akan lakukan apa sahaja untuk merosakkan kebahagiaan u. Ingat tu Alvin"

Lelaki itu sekadar gelak kecil kerana menyangkakan itu sekadar gurauan semata mata.

Dengan langkah malas Alvin menjengah masuk ke dalam rumah agam miliknya dan isteri.

Saat sofa menjengah mata, laju dia merebahkan badan di situ dengan mata yg terpejam. 5 minit dia menunggu rutin yg selalu dihadapi namun tunggu punya tunggu masih lagi tiada bayang isterinya datang membawa air kepadanya. Herot keningnya gara gara memikirkan si isteri yg hilang entah ke mana. Bayang bibik pun takde. "Ish kemana pulak hilang manusia dalam rumah ni. Tak reti hormat ke aku yg penat lelah banting tulang nk sara seisi rumah ni" rungut Alvin sambil memanjat tangga ke tingkat atas. Bukak je pintu bilik kosong je. " Selalunya ada je. Ohh sekarang dah pandai merayap pulak dah betina ni ehh" malas nk diambil pusing kaki dibawa dalam kamar mandi. Air mencurah jatuh ke kulitnya sedikit sebanyak menenangkan segala masalah di kepalanya.

ARGHHHHHHHHH!!!
ARGHHHHHHHHH!!!
ARGHHHHHHHHH!!!

Bunyi tempikan berselang seli mengejutkan Alvin dari tidur. Lekas dia keluar dari biliknya menuju ke bilik yg terletak jauh ke hujung tingkat dua. Dengan penuh debaran, pintu ditolak kasar.

Buntang mata Alvin melihat isi di dalam. "What the h*ll is going on?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience