RDD 6

Romance Completed 54733

"Duduk lah dulu. Saya buatkan air kejap" pinta Ania sebelum dia bergegas menuju dapur. Aizzat merenung Ania bagai nk tembus sehingga bayang gadis itu hilang dari wajahnya.

Seketika kemudian Ania muncul dengan menatang dulang berisi air teh serta biskut. Diletakkan di atas meja. Air dituang ke dalam cawan sebelum dihulur ke Aizzat.

Tersenyum simpul Aizzat melihat tingkah Ania. Hatinya bagai dijentik sesuatu. Huluran bersambut. "Nama awak apa?" soalnya memecahkan kecanggungan antara mereka.

"Nia" balasnya sepatah. Bagi Ania tidak perlu kut untuknya memberitahu nama penuhnya kepada lelaki yg baru dikenalinya.

Aizzat mengangguk walaupun hatinya ingin tahu nama penuh gadis itu, dia masih berfikir waras untuk memberi privasi kepada Ania. "Nama saya Aizzat. Awak boleh panggil Aizz je" terangnya. Mata masih galak merenung Ania.

'Ceh aku tak tanya pun lah'

Namun dia mengangguk. Kang kalau tak bagi respon orang cakap sombong pulak.

"Taknak balik ke? Dah masuk waktu Asar ni" kata Ania supaya tak nampak sangat dia ingin menghalau lelaki itu.Lega Ania apabila jejaka itu meminta diri untuk pulang.

"Harraz dah cakap kan yg Harraz tak setuju kalau bonda nak jaga Harriz! Awal awal lagi Harraz bangkang. Susah sangat ke bonda nk faham kehendak Harraz?" bola mata dihala ke arah lain. Lengan baju kemejanya dilipat. Cuaca yg panas menyebabkan dia semakin berang.

Puan Sri Halimah geram memandang anaknya yg sulung itu. "Kalau kamu boleh jaga dia bonda memang tak kesah! Tapi sekarang ni tengok apa yg kamu dah buat? Sampai budak tu demam pun kamu tak tahu! Pengasuh kamu pulak bukan boleh diharap...makan gaji buta je!" sembur Puan Sri Halimah. "Dari kamu jaga dia, ada baiknya bonda yg jaga dia!" tegas sahaja bunyi Puan Sri Halimah. Suaminya, Tan Sri Megat Huraisy mampu melihat sahaja pertengkaran itu.

Mahu menyampuk awal awal lagi ditegah oleh isterinya.

"No! Dia anak Harraz, so biar Harraz yg jaga! " tegang situasi keduanya. Masing masing saling melagakan pandangan. Sampai yg tengok pun boleh kecut perut.

"Fine! Bonda bagi Harraz one more chance. Kalau benda macam ni jadi lagi, bonda akan pastikan anak kamu membesar dengan bonda!" kata Puam Sri Halimah lalu beredar meninggalkan semua yg ada. Dia mengalah tidak bereti dia akan senyap. Dalam fikirannya sudah ligat memikirkan cara untuk mendapatkan cucunya dari anaknya.

Wajah Harraz masih lagi tegang. Tan Sri Megat Huraisy menepuk perlahan bahu anaknya." Sudah la Harraz, kamu balik. Arwah baru je pergi. Mesti Harriz memerlukan kamu sekarang ni" pujuknya. Harraz akur lalu keluar dari rumah agam milik keluarganya.

Dalam masa yg sama fikirannya masih memikirkan tentang apa tindakan yg bakal dilakukan bondanya. Dia tahu, tak mudah buat Puan Sri Halimah melepaskan sesuatu perkara. Harraz yakin ibunya sedang merancang sesuatu.

"Assalamualaikum Alisya!" sergah Amzan. Terkejut adiknya. Bahu sang abang ditepuk kuat.

Namun air mata yg menggunung pecah jua. Tubuh sasa milik Amzan dipeluk erat olehnya. Rindu. Sungguh dia rindu dengan lelaki itu. Sudah berbelas tahun lelaki itu menetap di luar negara.

"Angah rindu Along ke?" soalnya pura pura tak mengerti.

Mulut Alisya dah panjang sedepa. Tergelak Amzan memandang adiknya. "Dah la. Along gurau je. Along tahu Angah rindu dekat Along kan? Along pun rindukan Angah" kata Amzan sebelum rambut adiknya dikusutkan.

Jelingan maut dari Alisya menghentikan tingkah Amzan. Dia ketawa melihat rupa adiknya dah persis hantu. Agaknya letak hantu dekat sebelah pun hantu lagi cantik. Haha!..

"Macam mana Daddy?" soal Alisya sambil tangannya menarik bagasi milik abangnya.

"Alhamdulillah Daddy sihat. Macam mana pulak dengan adik?" soalnya kembali.

Terus kelat wajah Alisya. "I think better Along dengar apa yg Aiman cakap dalam kereta lepasni. Angah tak sampai hati nk beritahu. Angah sendiri sebak dengar apa yg Aiman sampai Angah ingat Aiman bergurau rupanya memang betul" ujarnya. Pandangan diarah ke lantai. Tidak berani memandang Alongnya. Tahu Alongnya sedang memandangnya tajam. Bukan dia taknak bagitau tapi dia sendiri tak sanggup nk cerita. Biarlah Aiman sahaja yg mengkhabarkan berita itu kepada Amzan.

"WHAT THE HELL!!!" bergegar habis satu kereta mercedes benz yg dinaiki mereka. Alisya menekur sambil menangis. Acap kali dia mendengar air matanya pasti akan tumpah. Sungguh berat dugaan adiknya. Dia sendiri ngeri dengan apa yg terjadi. Jika dia berada di tempat adiknya sudah semestinya dia mengambil jalan mudah. Ya BUNUH DIRI lah jalan mudah yg dimaksudkannya.

"Jangan sampai papa tahu tentang ni! Kalau tak habis kita semua! Kita cuba selesaikan satu satu..Faham!" arah Amzan tegas. Tiada lagi sikap lemah lembutnya tadi bila masuk soal adiknya. Di dalam hati, dia benar benar berharap segala galanya bakal berakhir tak lama lagi. Cukuplah penderitaan yg dialami adiknya selama ini didiamkan oleh mereka. Kali ini tidak lagi. "Puteri bongsu Alice dan Alvin bakal kembali ke pangkuan kita semula!" gumamnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience