RDD 64

Romance Completed 54733

"Ini aiskrim awak. It is strawberry. Saya hentam je tu. Kalau awak tak suka saya tukar perisa lain" ucap Ania. Dia menyua aiskrim itu ke dalam mulut Harriz.

Tanpa bantahan atau kata balas Harriz menelannya.

"So tell me. How old are you?"

Harriz angkat enam jarinya ke atas. Ania tergelak. Bukan kerana sikap Harriz tetapi aiskrim yg disuapnya agak comot.

Ibu jari naik mengesat kesan comot di bibir anak kecil tersebut. Harriz diam bila diperlakukan begitu. Dalam hati satu perasaan menyelinap. Adakah itu perasaan bilamana kita diberi perhatian dan kasih sayang?

Lama Harriz perhati wajah Ania yg cantik ibarat bidadari itu. Tak sedar tangan kecilnya naik memegang pipi wanita tersebut.

"Angel...You are my angel" ucap dia sampai terkedu Ania ditempatnya.

"Tok Bonda kata, kalau Harriz sedih dan terluka...bidadari akan muncul. Tok Bonda jugak cakap bidadari tu mama Harriz" petah mulut itu berkata tanpa mengetahui gelodak hati si pendengar.

"But i'm not your mother"

"U can be one. Do you...?" pintanya berharap. Berkaca mata bundar hazel milik Harriz.

Dia melingkar kedua tangan pada pinggang Ania.

"I really hope i can have a mom even though my dad never care about me. Just her. and i don't even care about my dad" bisik suara halus itu lagi. Kali ini agak memberi kesan dalam hati Ania.

"I will.. I'm your mom forever. No one can change it! And no one can take you from me expecially your dad" balas Ania. Sebelah tangan dikepal kuat menahan rasa di dalam jiwa.

Kau patut bersyukur Harraz sebab aku tak berdendam dengan kau. Kau patut bersyukur aku pergi jauh dari hidup kau. Dan kau patut bersyukur aku biarkan anak aku dibawah tanggungan kau Harraz!

IMBAS KEMBALI (3 TAHUN YG LALU)

Ruang di bilik rawatan itu sunyi hanya ditemani satu satunya nurse yg dianggap sahabat sejatinya. Sanggup lakukan apa sahaja demi menunaikan hasrat terakhir dari dia.

Nafas semakin lama semakin semput. Dada itu berombak kuat demi oksigen yg kian sedikit. Malah tangannya tidak lagi berdaya diangkat. Dia mampu bercakap sahaja.

"Ma..mana dia?" lemah suara itu kedengaran. Tubuh fizikalnya turut berubah sama mengikut peredaran masa. Penyakit yg dihidapi merubah selera makan, serta berat yg semakin berkurangan. Jauh dari sosok yg dulu kelihatan menawan kini tiada lagi yg tersisa.

Pipi wanita itu cengkung menampakkan tulang rahang. Juga terdapat lingkaran hitam di bawah kedua matanya.

Sebelum dia pergi menghembuskan nafas terakhir, ingin amat dia bersujud merayu di atas segala dosa silam yg tak terhitung bilangannya.

"I..i nak jum..jumpa dia..Please...Where is she?" masih lagi suaranya merayu dalam serak. Pedih di tekak, tak mampu membendung gelisahnya.

Ya Tuhan, berikanlah dia beberapa saat lagi. Kali ini untuk meminta secebis pengampunan.

Tiba tiba pintu ditolak kasar dari luar lalu terpapar kelibat si dia dengan wajah tanpa secalit senyuman yg menghiasi bibir itu. Tiada juga tangisan. Wajah itu membeku tanpa rasa.

Wajah Qila dijamah datar lalu duduk dilabuhkan pada kerusi yg terletak di sisi katil.

Sebaik melihat orang yg dicari, Qila pantas ingin menyentuh pergelangan tangan itu namun ditepis perlahan.

Walau agak terasa, Qila masih mempamerkan senyuman di wajah pucatnya.

"Adik... Kak".....

"Siapa adik you? Sorry.. Kalau you minta i datang sini semata mata nk merapu cakap bukan bukan..i will go. I don't waste my time with something useless"

"Cik.." nurse yg setia dihujung ingin menegur sikap sang gadis yg dianggap kurang ajar tetapi ditegah Qila.

"No. Just let us be. Nia..maafkan akak. Akak tahu terlampau banyak dosa kakak pada kamu pada anak kamu"

Wajah yg tadi dipaling menghadap dinding kini tertancap pada Qila saat perkataan ANAK meluncur dari bibir pucat itu. Reaksi muka Ania turut terjejas sama.

"What do you mean by that? Apa niat kakak cakap macam tu? Apa kaitan anak Nia dengan hubungan kita?" panggilan bertukar tetapi nada suaranya tegas sekali.

Qila mencari secebis kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar yg disoroknya selama bertahun tahun. Tiba masanya ia dibongkarkan. Jika bukan dia siapa lagi? Nyawa dikandung badan semakin lama semakin singkat. Biar pun saat dia bergelut dengan pertarungan nyawa, kemaafan sentiasa dipohon walau tidak dimaafkan.

"Harriz ialah anak kandung Nia......" sebaris ayat itu sekelip mata menukar dunia Ania kepada lohong hitam. Seluruh jiwa raganya terbalik. Terasa seakan dunia jatuh menghempap dirinya yg kerdil.

Ania menggeleng laju bersama air mata mengalir tanpa dia sedari.

"T...Tak..Tak mungkin...Harriz anak Harraz dan arwah Arluna. Saya hanya ibu tiri dia.. Tak mungkin... Mustahil"

Qila turut menghamburkan tangis dengan esakan menggila. Kesilapan yg pernah dilakukan sentiasa menghantui diri dia sehingga kini. Kerana malam itu segalanya musnah. Kerana ketamakkan diri sendiri dia sanggup menggadaikan kegembiraan adik sendiri.

"Itu anak kamu Nia. Sebelum arwah Arluna melahirkan, dia kemalangan. Ketika kakak dalam perjalanan ke hospital sebaik menerima panggilan hospital yg kamu telah keluar dari dewan pembedahan...dari situ perkenalan antara kami tercipta. Dia meminta agar kakak bawa dia ke hospital. Doktor mengesahkan dia keguguran. Anak di dalam kandungannya meninggal kerana hentakkan yg terlampau kuat di bahagian perut. Pada masa tu nurse yg merawat kamu ada di situ. And Arluna mula tahu kamu selamat melahirkan. Pada mulanya dia berkeras untuk mengambil anak kamu. Kakak cuba menghalang namun kerana sikap tamak kakak setuju selepas ditawarkan wang berjumlah 1 juta dari dia. Harriz secara sahnya adalah anak yg kamu kandung Nia. Nyawa kamu. Siapa sangka, selepas kejadian tu kamu masih lagi diberi peluang berada dekat dengan anak kamu sendiri...."

Ania menekur lantai tak percaya dengan kenyataan yg satu itu.

Bererti anak yg selama ini dia fikir telah tiada, masih hidup dan berada disampingnya tanpa dia sedar. Betapa bodohnya diri ini. Sanggup berfikir menggantikan tempat anak yg dia fikir telah mati itu dengan Harriz sedangkan Harriz sememangnya anak tersebut.

Tersenyum hambar dia memikirkan kebodohan sendiri. Ditipu hidup hidup. Bersedih atas kehilangan sesuatu yg tak langsung layak. Hampir kehilangan jati diri sebabkan sikap tamak insan bergelar kakak.

Dia faham jika Qila tak mahu menganggap dia seperti itu. Tapi untuk kali ini, perbuatan Qila amat buatkan dia sakit dan perit. Harraz, bukanlah satu masalah yg besar tapi anak....itu nyawa dia. Anak dari kesilapan silam yg juga berpunca dari Qila.

Qila tahan sebak dengan kebisuan Ania.....

*END FLASHBACK*

Dari jauh Ania memerhati Harriz yg kini dipelukkan Harraz. Harriz agak terkejut dengan sikap ayahnya berada dalam keadaan penuh kaku.

Ania mengeluh panjang. Sejujurnya dia tidak langsung menyimpan dendam terhadap Harraz kerana cintanya buat lelaki itu melebihi segalanya.

Tapi dia sedar siapa dirinya. Sudah dibuang, pastinya tidak diperlukan lagi. Malah sedikitpun tiada niat untuk dia kembali pada Harraz.

'Suatu hari nanti Harraz, aku pasti akan kembali merampasnya dari kau. Dia hak aku. Dan kau..bukan sesiapa pun dalam hidup kami'

Seorang lelaki bertubuh tegap lengkap dengan sut hitam mendekati seraya menunduk pada Ania.

"Madam, sila. Dia sedang menunggu"

Ania berpusing untuk melangkah pergi tetapi tiba tiba sahaja tubuhnya berlaga dengan seseorang.

"Nia...." seru si dia.

Ania agak kaku ditempatnya sebelum menyapa si dia kembali.

"Bonda..."

Wanita itu tersenyum manis menggamit Ania ke dalam pelukannya erat dan kemas.

"Welcome home dear. Kenapa tak bagitau Bonda nk balik sini?"

Ania membalas pandangan Puan Sri Halimah tenang.

"Nia pulang sekejap sahaja Bonda. Nk rehatkan minda. Juga mahu pulang ke pangkuan keluarga Nia. Nia rindukan mereka"

"Pulanglah nak. Mereka juga merindukan kamu. Setiap hari Daddy kamu telefon Bonda bertanya jika ada sebarang khabar tentang kamu. Tak sanggup sudah Bonda membohongi mereka semua. Bonda tua...taknak lah tambah banyak sangat dosa. Kasihanilah Bonda"

Tergelak Ania dibuatnya. Bahu wanita sebaya ibunya ditepuk perlahan.

"Beri Nia sedikit lagi masa..."

"Berapa masa lagi yg kamu perlukan anak nakal? Tak cukupkah 5 tahun itu?"

"Hmm 1 tahun lagi mungkin...." usik Ania giat menambahkan kerut pada wajah Puan Sri Halimah.

"Kamu memang anak nakal...."

Buat seketika Ania lupa akan segala masalah dan beban yg dia hadapi. Terubat juga rindu pada mertuanya itu. Di masa hadapan kelak, andai takdir memutuskan tiada apa pertalian antara mereka... Puan Sri Halimah masih lagi ibu kepada dia.

Melihat kelibat Ania, segera Fizz menunduk hormat. Gadis ini masih lagi seorang yg bertakhta. Namanya takkan pernah luput dalam sejarah keluarganya.

"Tak perlulah kau nk tunduk. Bangun. Sekarang tunjukkan mana Nana?"

Fizz meneguk liur dengan bicara dingin Ania. Rasanya belum pernah dia ketahui sisi Ania yg ini. Agak janggal. Diturutkan jua tanpa sepatah kata.

Usikkan serta riak ceria di wajah Ania tk lagi kelihatan seperti 5 tahun dulu. Wajah yg ada adalah ekspresi mayat hidup. Gerun dilihat. Tapi aura kesedihan menyebar disekeliling Ania. Membawa tanda keperitan yg dialami gadis itu.

BERSAMBUNG...

first of all sy nk minta maaf. payah nk up now. skolah dh start and i start busy. kerja menimbun. buat yg menunggu ribuan terima kasih pada anda. maaf andai chap kalini boring atau bnyk typo. sy agak hilang konsentrasi. hanya menulis ikut kata kata yg hinggap di otak sejenak. happy reading and love u guys❤❤❤ and scene sini pernah diberi sedikit pada bab lepas. and sy nk ckp ayat tu tk sama. sebb sy malas nk guna ayat tu. so jangan pelik yer.. hahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience