BEBERAPA JAM SEBELUMNYA...
"Harraz masih tak dapat dihubungi", ucap Alvin kesal.
Di atas katil wad, Ania gelisah. Mimpi ngeri yg dialaminya ligat menyapa minda tanpa henti. Seolah membawa tanda kurang baik apatah lagi mimpi itu berkisar tentang dia dan Harraz.
Aneh!
Sekitar 20 jam yg lalu, Harraz tidak dapat dijejaki. Kereta lelaki itu juga masih terletak di parking lot. Lebih aneh apabila tiada satu pun CCTV menangkap kelibat Harraz sejak di depan bilik bedah. Harraz hilang secara tak masuk akal.
Hati kuat mengatakan ada yg tak kena tapi akalnya menegah. Harap apa yg dia fikir tak benar benar berlaku. Katakan ini hanya mimpi...
"Nia...", muncul Eliza di pintu wad diiringi pengawal. Kini semua mata tertumpu arahnya dengan pandangan bingung.
Sedikit keliru namun Ania menggamit Eliza dekat dengannya.
"Apa kau buat kat sini?"
"Saya nk tunjukkan awak sesuatu. Saya yakin awak memerlukannya", sebuah komputer diserahkan ke Ania.
Tetap Ania sambut sebelum mukanya berubah total.
"Damn! She's f*cking got me!"
Berkerut semua di situ kecuali Eliza yg sedia faham situasi yg berlaku. Mungkin ini satu satunya cara untuk dia tebus segala salah silap terhadap keluarga ini. Dan hanya perkara ini yg mampu dia lakukan.
Komputer yg memainkan rakaman CCTV dimana Harraz tak sedarkan diri di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita yg cukup Ania kenali.
Siapa lagi kalau bukan wanita yg memporak perandakan keluarga mereka!
"I will go there!"
"Kemana? Kamu belum sembuh lagi sayang. Doctor said you should rest", tegah Alvin tegas. Dia tak mahu apa apa terjadi pada Ania.
"Nia perlu pergi. Harraz perlukan Nia."
Tak hiraukan semua, Ania bangun sambil sebelah tangan menekap luka tikaman di perut. Hp dimeja pantas diambil. Jarum di tangan, Ania cabut kasar.
"Abang ikut."
Amzan mara tetapi dihalang oleh Eliza yg tergeleng tidak bersetuju.
"Hanya Ania yg dapat ke sana. Kalau korang semua ikut, kemungkinan besar keadaan berubah lebih teruk. Dia kejam dan dahsyat. Nyawa korang semua hanya mainan kecil bagi Dia. Dan Dia takkan sesekali benarkan korang semua ke sana."
"Hold on! Dia tu siapa?", Alisya mencelah.
"Ariey", balas Ania sepatah. Namuan kedua orang tuanya terkejut.
"Ta..tak mungkin. Betina tu dah mati!", Alice menjerit histeria. Ketakutan meresap dirinya. Alvin mencuba menenangkan racauan isterinya.
Tumpah jua air mata lelaki Alvin. Dia kesal. Dek perbuatan di masa lalu, anak menantu dan isterinya terkena tempias tersebut. Jika dia tahu, yg dimainnya itu api, sudah lama dia memadamkan api kecil yg telah menjadi marak. Dan bakal memakan dirinya sendiri.
"She died but, she left SOMETHING to us. And i'm gonna kill it with my own hand... Now, please leave me alone."
Semua beransur keluar barulah Ania jatuh terduduk di atas katil. Lelah sudah dia bertempur. Kali ini jika benar dia pergi dulu, dia ingin berjumpa dan meminta maaf pada Harraz terlebih dahulu.
"Apa kau cuba buat ni Aizzat?!Lepaskan aku! Lepas!"
Aizzat melorek senyuman sinis dengan rontaan kecil baginya. Dengan mudah dia menolak tubuh Nelly pada lantai rumah wanita tersebut dan mengunci pergelangan tangan Nelly.
"Huh...kau berlagak dengan aku ye Nelly.Kau ingat kau siapa? Mentang mentang dah tutup sana sini, kau nk pijak aku!"
Jari telunjuknya bermain di pipi Nelly yg tidak berniqab tika ini. Ahh! Makin cantik pula wanita sial ni!
"Mari aku bagitahu sesuatu, sampai bila bila pun kau takkan pernah berada atas dari aku. Maruah kau semurah kasut yg aku pakai. Tak laku. Ciss, ada hati nk berlagak bagus depan aku. Apa kata aku tunjukkan kau macam mana maruah kau tu boleh jadi murah? Hmmm...nak?"
"Lepaskan aku Aizzat. Kita dah takde apa apa hubungan. Aku tak kacau hidup kau. Let me go!"
PANG
PANG
PANG
3 kali tamparan hinggap di wajah Nelly hingga bibir semerah delima itu pecah berdarah menerima penangan padu Aizzat.
Seluruh tubuh Nelly longlai dipelukan Aizzat yg rakus mencumbu leher Nelly yg terdedah.
Sesungguhnya dia tak terdaya melawan kudrat jantan Aizzat sama seperti dulu. Sekali lagi terpaksa merelakan tubuhnya menjadi santapan Aizzat.
Belum sempat Aizzat bertindak jauh, lelaki itu jatuh tersungkur ke tepi sebaik tendangan padu seseorang hinggap.
"Kau..."
"Apa? Aku apa? Mengganggu ke?", sambil itu tubuh Nelly ditarik ke dalam dakapan. Kuat pegangannya pada wanita itu.
"Kau memang jantan tak guna! Dayus! Aku sangka kau lain, tapi tak. Kau tak ubah seperti lelaki bangsat kat luar sana!"
Aizzat berkerut menahan sakit tak separah sakitnya hati dia kala ini. Benci melihat muka lelaki seperti itu! Hidup untuk memusnahkan anak dara orang kerjanya.
"What? Apa betina mandul ni dah bagitau?"
"She's not BETINA! Watch you mouth! Memang dasar mulut longkang. Hati sebusuk bangkai! Aku nk cerai! Ceraikan aku!"
Bangun sambil sakit,lengan Lola cuba diraih. Namun belum sempat menyentuh, Lola laju menepis.
"Ceraikan aku Aizzat! Aku taknak hidup dengan kau! Anak anak aku tak perlukan bapa macam kau! Perangai tak semengah! Silap kami ingat kau dah sesal atas kesalahan lalu. Kau malah makin teruk!"
Kunci kereta diambil lalu Lola memapah Nelly keluar dari situ meninggalkan Aizzat rebah terduduk atas lantai tanpa menoleh lagi.
Biarlah semuanya begini. Walau tak pernah Aizzat naik tangan padanya, tetap apa yg Aizzat lakukan pada Nelly tak dapat dia terima. Sama sahaja mengkhianatinya dan menyakiti Nelly yg dah dianggap sahabat oleh Lola sendiri.
Dia juga mampu hidup tanpa kemewahan Aizzat. Anak anak mereka juga tak perlu duit dari Aizzat. Mulai hari ini dia akan menanggung segalanya. Butik dan kedai bunga serta semua milik Aizzat akan dipulang kembali. Dia tidak hamak mahu menggunakan semua milik Aizzat.
Nelly pandang Lola.
"Everything gonna be alright", bersama anggukan, Nelly dapat merasakan tangannya digenggam erat oleh Lola. Dia akhirnya turut membalas genggaman Lola.
"We're gonna be fine", ucap Nelly pula. Lola tak mampu berkata apa. Sekadar menghadiahkan sebuah senyuman hambar.
Mereka berdua sama sama terkesan dengan segala kejadian tadi. Sepanjang perjalanan masing masing memutuskan untuk melayan perasaan sendiri dengan tautan tangan yg masih tak terlepas.
"Apa sebab kau nk selamatkan Harraz? Kau still sayangkan Harraz?"
Fizz bengang bila mana soalannya langsung tak dihiraukan Ania yg sibuk mengemas segala kelengkapan.
Terhenti perbuatan Ania dek Fizz menahan. Sebuah jelingan diberi sebelum Ania bertindak merentap pegangan Fizz.
Ania paling benci disentuh sewenangnya oleh lelaki. Fizz ni memang cari maut ke?
"Jawab aku Nia! Kau masih sayangkan Harraz kan?"
Tatapan tajam Fizz dibalas.
"Kalau aku katakan aku masih sayangkan dia, apa bezanya?", sambil tangan ligat memasukkan senjata dia menyoal. Bagi Ania tiada beza. Sama ada sayang atau tidak pada Harraz dia akan cari Harraz sampai jumpa juga. Malah sesiapa sahaja di tempatnya akan buat perkara yg sama bukan?
"Berbeza Nia. Aku sayangkan kau. Aku terlalu sayangkan kau. Harraz cuma masa lalu, tapi mengapa bayang Harraz menghantui kau sampai sekarang? Adakah aku tak layak jika dibanding dengan Harraz."
Ania meraup muka. Satu keluhan dilepaskan.
"Aku tahu kau sayangkan aku Fizz..."
Tersentak! Fizz terkejut dengan kenyataan itu.
"Aku belum cukup bodoh lagi. Mata hati aku tak buta menilai tingkah kau selama ni. Setiap tutur kata dan perilaku kau mencerminkan perasaan kau, Fizz...."
"Terima aku Nia. We can build our own happiness. Aku mampu terima Harriz. Aku janji untuk bahagiakan kau berdua."
"Cinta , sayang, hati, maruah, dan ehsan adalah perkara yg tak boleh dijual beli Fizz. Dan tak mampu dipaksa. Ia hadir jika mahu dan pergi bersama seribu satu rasa. Andai aku berpisah dengan Harraz, hati ini... Takkan pernah berhenti mencintainya biarpun tak memiliki. Kerna tak semua yg kita inginkan, perlu didapatkan. Ada kalanya cinta dan sayang memerlukan pengorbanan. Aku akui, selepas semua yg jadi antara aku dan Harraz perasaan benci dan dendam aku pupuk untuk lupakan dia. Tapi apa yg aku dapat?... Bukan bahagia sebaliknya terseksa... Sampai bila bila kenyataan bahawa aku sayang dia tak luput tak kira sekeras mana aku usaha untuk buat dia pergi. Makin aku menolak makin kuat rasa sayang bercambah. Aku tahu kau mampu bahagiakan aku dan Harriz, tapi aku tak boleh Fizz. Maafkan aku."
Setitis air mata jantan Fizz menitik. Tanpa suara atau esakan dia menangis kekecewaan.
"Aku percaya, Tuhan dah tetapkan yg terbaik buat kau. Malah jauh lebih baik dari aku Fizz. Yang mencintai kau lebih dari nyawanya sendiri. Jodoh dan maut itu rahsia Tuhan Fizz. Mungkin kau tak sedar dia ada di depan kau selama ini. Pesan aku hanya satu, buka mata kau luas luas. Sedarilah kewujudan dia di sisi kau. Jagalah dia sepenuh jiwa. Terima segala kekurangan dia. Terima baik buruk dia..."
"Ada apa?", atas bawah Eliza dipandang.
"Saya rasa awak memerlukan ini........."
BERSAMBUNG...
Share this novel