"Apa yang sayang menungkan tu?" tegur Alvin memecahkan keheningan.
Alice sekadar senyap.
"Is it about the past? Sayang still teringatkan benda tu?"
" Still abang cakap? Cehh benda tu macam kecil je bagi abang. Sebab yg tanggung semua kepedihan tu saya bang. Bukan abang! Anak yg saya tatang bagai minyak pergi tinggalkan saya semuanya gara gara awak. Tapi ada tak awak kisah? Tak! Sebab bukan awak yg kandungkan dia! Saya penat awak tau tak? Selama ni saya cuba, no dari dulu lagi saya cuba butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut dengan semua tingkah abang. Saya cuba bertahan selagi aya boleh. Saya try maafkan abang tapi saya tak boleh tipu diri saya bang. Hakikatnya sampai sekarang saya tak boleh maafkan abang!"
"Sayang..abang min.."
"No. Saya tak nak dengar ayat tu dari mulut awak. Dari dulu hanya mulut je yg jalan tapi pernah tak awak bertindak? Tak pernah. Asyik saya je! Kadang saya rasa macam awak masih sama macam dulu" luah Alice kesal. Air matanya merembes laju. Alvin cuba mengelap sisa air mata isterinya namun wanita itu terlebih dahulu menepis kasar tangannya.
"Keluar!" tempik Alice. "Keluar aku kata!!!" Alice meracau bagai disampuk histeria.
Bimbang kesihatan isterinya terjejas, Alvin turutkan sahaja. Biarlah isterinya tenang dahulu. Dadanya yg terasa agak pedih dibuat tidak endah saje.
Timbunan fail sejak 3 hari yg lepas makin membuatkan Harraz stress. Dengan kehilangannya Ania. Bonda pulak asyik bertanya perihal menantunya. Sudah naik buntu kepala Harraz nk kelentong bondanya. Ditambah lagi dengan Harriz yg asyik meragam dua tiga hari ni. Makin kusut kepala Harraz jadinya.
Butang interkom ditekan. Tidak lama kemudian ianya disambungkan. "Avi, i nk u call Aizzat jumpa i now!" arahnya tegas.
Tak sampai sejam, kelibat sahabatnya muncul jua. Yelahh rumah jejaka dekat je dengan office Harraz.
Berkerut kening Harraz. "Muka kau dah macam badut ni asal? Dah puas dah ke jadi kacak tu yg nk ubah taste pulak?"
"Kau ni ajak aku datang sini semata mata nk sindir aku ke apa?"
"Ha yelah yelah. Sorry. Haa duduk. Aku nk bincang something dengan kau"
"Apa dia?" soal Aizzat sebaik melabuhkan duduk bertentangan dengan Harraz.
"Bini aku hilang"
Hampir nk pitam Aizzat mendengarnya sambil menelan liur kelat. "Habistu?"
"Kau kan ramai spy, apa kata kau tolong aku cari dia"
"Tapi bukanke kau tak sayang dia ke? Pehal susah susah nk cari dia? Entah entah minah tu tengah sedap main dengan lelaki lain belakang kau tak?" soal Aizzat sengaja menyalakan api di dalam hati Harraz.
"Kalau ikutkan aku memang sampai mampus aku taknak cari betina sundal tu! Yg jadi masalah sekarang ni bonda aku yg suruh cari dia! Kau faham tak!" Harraz menjerkah dek terlalu geram. Sudahlah kini hidupnya kucar kacir. Semuanya disebabkan betina sundal tu.
"Wooo relaks relaks. Oky aku akan tolong kau cari dia. Kau takyah risau sangat. Tu je kan? Aku gerak dulu Harraz" terus je dia keluar tanpa mendapat balasan dari Harraz.
'Hahaha bagus bagus. Tak payah la susah susah aku berjaga jaga dengan kau kalau peluang macam ni dah sampai. Bodoh punya Harraz!' getus hati Aizzat bersama senyuman sinis di bibirnya.
BERSAMBUNG...
A TIME WILL COME IN
YOUR LIFE
WHEN SOME OF PEOPLE
WILL REGRET
WHY THEY TREATED
YOU WRONG.
TRUST ME, IT WILL
DEFINITELY COME! - ANIA MAISARAH
Share this novel