RDD 70

Romance Completed 54733

Dalam kedaan separuh mamai, Harraz bingkas bangun. Meliar matanya memandang sekeliling sambil otak cuba mencerna apa yg berlaku.

Apakah?!

"Macam mana lah kau boleh ada dekat tempat pelupusan sampah tu? Semalaman aku fikir manalah kau merayap sampai tak balik rumah. Ingat tidur hotel rupa rupanya tempat pelupusan sampah jugak jadi pilihan kau" bergema gelak tawa sahabatnya itu.

Harraz kancing gigi rapat menahan geram dan malu. Perkara terakhir yg diingat ialah makan siang bersama Ania. Sudah itu tiada lagi memori yg tersisa.

Sampai hati sayang...

Lagi haru bila bibirnya pecah seolah ditumbuk. Sedih pulak hidup begini. Dianiaya tanpa sedar.

"Baik punya mohor dia tinggal weh. Makin berseri muka handsome kau"

Harraz tepis tangan yg cuba menyentuh darah beku yg tersisa di bibirnya. Ada jugak yg kena tumbuk dengan dia!

"Pandu ajelah. Banyak pulak cakap kau ni"

"Chill la. Kau ni serius la nak tawan balik hati isteri kau tu? Yakin dapat genggam dia kembali?"

Lagi sekali Harraz mengeluh. Dia juga buntu.

"Aku bukan apa, tapi satu jelah aku nk cakap...perempuan ni bila dia beriya cintakan lelaki, patutnya dihargai sebab sekali hati putus asa, serta merta perangai dia jugak berubah. Bak kata kekasih aku, bila hati perempuan dah tawar, taruh la air masin seluas lautan memang takkan kembali pada yg asal. Takkan sama. Walau dia beri peluang, cinta yg dulu takkan seperti yg sekarang. Perempuan ni akan lebih berhati hati bila hati mereka dikecewakan. Perasaan berubah dingin"

"Aku tak tahu nk buat apa...Aku sayang dia"

"Aku taknak kau terlalu berharap pada sesuatu yg tak pasti. Mungkin sekarang dia masih isteri kau. Tapi hari depannya kau takkan tahu. Kalau dia report apa yg kau buat dulu...." dia tak menyambung percakapan. Risau Harraz terasa hati.

"Kau tahu akibatnya Harraz. Aku cuma taknak tengok kau kecewa" sambungnya lagi. Dia tahu rasa sakit itu bagaimana dan dia taknak Harraz merasainya.

"Aku tak salahkan kau sepenuhnya juga. Kau pun ada sakit yg perlu ditanggung. Tapi aku tak rasa Ania mampu maafkan kau semudah tu. Jika ia, aku pasti detik tu adalah satu kejaiban buat kau. And it's not that easy to be happen"

Harras melepas keluhan malas. Belakang kepala disandar pada kerusi. Mata dipejam. Secebis kekuatan cuba dia ambil.

"Aku dah buat keputusan" gumam Harraz lemah.

Tersentak dia memandang Harraz. "Apa keputusan kau?"

"Aku nak jumpa Ania malam ni..."

Eliza ambil hp di atas meja tepi katil. Sekali lagi rakaman yg terkandung di dalamnya diputar kembali. Masih dia ingat beberapa jam yg lalu, wanita yg digelar Ketua Bibik menyerahkan hp miliknya yg telah dicas penuh ketika ditemui dalam pakaian yg dia pakai ketika cedera parah.

Sambil menjulur kaki otaknya ligat memikir cara untuk menyelesaikan semua kekacauan yg secara tak sengaja melibatkan dirinya dalam dendam berdarah antara 3 buah keluarga ini.

Perutnya senak. Sakit ditikam masih lagi terasa sehingga kini. Benar benar gila! Jika difkirkan balik, memang MAKHLUK itu dah gila.

Dendam kesumat menguasai segala galanya. Dia tak pasti andai dia terdaya menamatkan semua ini. Yang pasti, kekacauan ini bukanlah sesuatu yg mudah untuk ditangani apalagi melibatkan perkara perkara syirik.

"Aku cuba Ya Tuhan" tekadnya tak dapat lagi dihalang. Akan dia balas kembali kesilapan yg pernah dilakukan.

Gelas berisi orange juice diteguk. Kiri kanan matanya memandang sekeliling. Bosan!

"Kau ajak aku jumpa ni nak main tenung tenung je ke?"

Harraz masih lagi memandang steak. Apa yg menarik pun dia tak tahu. Dibanding wajahnya yg cantik ini, steak lagi dipilih Harraz untuk tenung. Ish rasa nk lunyaikan je mamat ni!

Ania merengus tk suka. Dia sendiri tak faham kenapa tingkah Harraz selalu salah dimatanya. Bila lelaki itu memberi perhatian, dia menyampah. Tapi bila Harraz begini, mahu gila dia dibuatnya.

Oh hati apa yg kau nak ha?

Tiba tiba pinggan yg telah dipotong steak kepada bahagian sederhana kecil diletak hadapannya.

Terkebil kebil Ania memandang Harraz. Ahh kenapa lelaki itu tak langsung memandangnya?

Sumpah! Perkara ini amat mengganggu ketenteraman jiwa raga Ania. Harraz memperlakukan dirinya seolah tidak lagi mahukannya. Sudah berubahkan hati lelaki itu? Atau Harraz jumpa wanita lain yg lebih cantik darinya? Pelbagai soalan menyapa benak Ania sehingga tak sedar sekeping sampul ditolak arahnya.

"Apa ni?" soal Ania dalam kebingungan. Harraz benar benar mengacau bilaukan hati dia.

"Nafkah untuk you"

ZAPP!

Terkejut!

"For what? Aku terlebih mampu nk tanggung diri sendiri. Tak perlu lah kau bagi duit ni. Guna untuk diri sendiri je" Ania kekal bereaksi tenang walau hatinya gundah dengan gelaran Harraz berikan padanya sebentar tadi.

"Tak kesah sama ada you need it or not, it depend on you. I bagi tu sebabkan itu hak you. As tanggungjawab i pada you"

"Apa yg kau merepek ni Harraz. Stop talking sh*t in front of me!"

Harraz tak sedikitpun memandang Ania, malah mata itu galak bermain jam di tangannya. Apa yg menarik di situ dia juga tak tahu. Cuma dia takut. Takut andai melihat wajah Ania, dia tak mampu mengungkapkan kata pisah antara mereka berdua.

Cukuplah di sini. Harraz tak mahu terusan menyakiti perasaan Ania. Ada baiknya dia pergi dari hidup Ania seperti yg diminta. Dia pasrah seandainya Ania bukanlah jodoh yg telah ditetapkan buat dia.

Kesilapan beberapa tahun yg lepas, dia tahu sukar untuk dimaafkan. Dan dia sedia menerima balasan dari segala perbuatan kejamnya dahulu.

"I akan stay here until tomorrow..."

"So?..."

"I nk bincang about penceraian kita"

Hampir sahaja pecah gelas kaca di genggaman Ania. Raut wajahnya berubah tegang mendengar ayat Harraz. Hatinya dipalu kesakitan teramat.

Kenapa?...Kenapa Akalnya bersetuju tapi hati terus menidakkan perkara tersebut?

"Cerai?" dalam tak percaya Ania menyoal. Hati Ania sakit ibarat ditusuk belati tajam. Suasana makan malam yg tadi tenang, kini bergelora antara perasaan dua insan yg saling bercanggah. Di antara cinta namun perlu melepaskan, dan di antara cinta namun ego untuk bersuara.

"I nk kita selesaikan perkara ni secepat mungkin".

"Nampak terdesak sangat kau nk bercerai. Baru terhegeh hegeh, tiba tiba nk cerai pulak. Ciss, hati manusia memang cepat berubah!", sinis Ania dalam kesakitan.

Ania bertahan. Dia tak mahu dipandang lemah oleh Harraz. Biarpun rasa itu perlahan lahan membunuhnya, tidak akan dia goyah dengan tekad yg dia azamkan. Tapi, mampukah dia?

Jika terus diasak luka dan sedih. Bersediakah dia melepaskan Harraz pergi? Satu satunya lelaki yg dia cintai sepanjang hidup biarpun kisah mereka tak seindah mimpi.

" I minta maaf atas segala kesilapan yg pernah i lakukan sepanjang tempoh kita bersama. I tak tahu sesukar mana you laluinya, dan i takkan tahu sesakit mana you rasa. I faham kalau you tak dapat maafkan segala kisah dulu. I've learn from mistake that has changed my whole life. You make me realize how life going on. Power and money, doesn't make me on top everytime".

Nafas panjang ditarik...

"You tak perlu risau, lepas semua ni tamat you takkan tengok muka i lagi", Harraz tahan sebak yg bertandang.

"Harraz...", Ania cuba menghalang namun dirinya tak terdaya. Bagaikan terpukau, matanya mengiringi langkah lemah Harraz keluar dari restoran.

Kedua tangan Ania jatuh ke sisi. Air mata yg hampir mengalir dilap menggunakan tangan kiri manakala matanya jatuh ke gelas kaca yg pecah digenggamannya sebentar tadi. Seakan tak terasa darah mengalir laju di tangan kanan.

Hatinya lebih terseksa. Pentingkan dirikah dia? Salahkah keputusan yg dia ambil?

Sepanjang perjalanan menuju Ve's Empire, Ania senyap membuang pandang ke luar tingkap buatkan hampir semua pekerja bawahannya bimbang. Tiada suara jerkahan wanita itu pada pagi hari.

Tiada lagi muka beku sebaliknya wajah itu kekal tanpa riak namun terpancar satu aura yg sukar mereka ertikan.

Sedih dan terluka...

Sejak dari tadi Ania mengusap tangan kanan yg berbalut. Fizz yg memerhati dari depan berasa aneh.

"Kenapa dengan tangan kau? Kau tak sihat? Kalau tak kita cancel aje meeting dengan Sir Vill".

"Teruskan. Meeting ni penting. Kau tahu ianya bernilai jutaan ringgit. Remember our rules, kerja tetap kerja", tenang Ania bertutur.

Dengan langkah megah Ania hayun ke pintu utama diiringi beberapa orang lelaki bersut hitam serta Fizz disamping.

Buat seketika langkahnya terhenti sebaik susuk Harraz menyapa kornea mata.

Mata mereka bertembung. Ania cuba untuk melangkah ke arah Harraz namun sebaliknya Harraz segera menuju ke lif.

Hampa...

Fizz yg memerhati sedari tadi akui rasa cemburu yg menjentik tangkai hati lelaki miliknya. Kenapa bukan dia lelaki yg dicintai Ania?

Sebaik meloloskan diri ke dalam kereta, serentak hp milik Ania berbunyi nyaring. Berkerut kedua kening Ania mendapati orang yg memanggilnya adalah Sir Vill yg baru sahaja ditemui.

"Nia, I want you to protect the file. Take it far away with you. I'm begging you Nia. Do me this favor. Only this! This is my last request, take care of it as you take care of your own life".

Suara cemas serta bunyi tempikan di talian sana jelas kedengaran di corang hp. Kemudian diselang seli bunyi tembakan yg kuat kian menghampiri.

"What's going on?".

"Harraz!", pekik Sir Vill di talian bersama bunyi tembakan padu.

Ania tersentak!

Harraz jatuh ke lantai selepas tembakan dilepaskan pada bahu. Dengan kudrat yg ada Harraz cuba melindungi Sir Vill.

Dua orang lelaki bertopeng hitam menghampiri Harraz. Salah seorang darinya mengalih perhatian dengan berlawan dengan Harraz yg sedia cedera manakala salah seorang lagi mengeluarkan pisau rambo dari poket seluar.

Laju lelaki tersebut menerpa ke arah Harraz yg leka melawan sekutunya.

ZAPP!

Kaku tubuh itu jatuh bersama pisau yg menghunus badannya...

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience