"Yes Miss, ada yg saya boleh bantu" soal gadis itu ramah.
"I nk jumpa dengan Megat Harraz" beritahu Qila.
"Miss ada buat appointment tak? Kalau takde miss tak boleh masuk"
"Tapi Harraz kenal i. You just need bagi i naik je" arahnya sebal.
"Selagi saya mampu bercakap baik baik, better Miss pergi sebelum saya panggil security" senyuman yg manis tadi hilang diganti dengan wajah serius.
Sebal, cepat cepat kaki berpusing tanpa signal.
Bamm!!!
Qila dan Nelly sama sama jatuh ke lantai. Masing masing menggosok punggung yg terasa perit mencengkam. Serentak mereka berdiri.
Terkebil kebil Qila memandang susuk yg sama seksi dengan dirinya di depan mata.
"Cik Nelly right?" soal Qila teragak agak. Akal cuba memproses data yg diimbau.
"You Qila?" soal Nelly pula dengan nada teruja. Mereka berpelukan buat seketika dengan berlaga pipi bagai.
"Long time no see you. Makin hot dah. Hampir nk kalahkan i" ramah Nelly berbicara. Senyuman tidak lekang dari bibirnya yg nipis.
"Takdelah Cik Nelly ni ada ada je.By the way, Cik Nelly buat apa kat sini?" curiga mula bertandang. Jika benar telahannya maka peluang untuk dia mendapat keuntungan semakin banyak.
Nelly mengoyak senyuman penuh makna tersirat. "You still like the same thing right?" duganya penuh berbunga bunga. Takkan nk straight to the point. Agak agaklah. Ni kat tempat umum. Mahunya beberapa pasang telinga mendengar. Tak ke naya.
Berkerut kening Qila hendak mengerti kiasan dari Nelly. Tangan Nelly naik lalu jarinya dibentuk menjadi mini love tetapi digeselkan.
"You know me better Cik Nelly" tergelak Nelly dengan ayat Qila.
"Well you have to do something" lirikkan mata Nelly jelas menunjukkan sesuatu agenda yg tertentu.
FLASHBACK...
"Apa lagi yg you nak Nelly?!" bentak Harraz. Sudah seminggu berturut turut gadis itu datang ke pejabatnya semata mata ingin meminta duit. Naik rimas jadinya. Semua kerja tergendala.
"I takkan berganjak selagi you tak bagi i duit. Nak taknak that is the only way to see me get lost from here" ujar Nelly tenang. Kaki naik disilangkan ke atas kaki yg sebelah lagi di atas meja berhadapan dengan sofa yg didudukinya. Lagak macam boss je.
Tiba tiba Harraz jadi nk pitam pula dengan karenah gadis itu. Dia buntu. Harus bagaimana lagi hendak dibuat supaya gadis itu tidak mengganggunya.Secara mengejut arahan bondanya supaya mencari menantu melekat pada otaknya. "Okey fine. I bagi u 800 ribu kalau you boleh cari wife untuk i yg boleh diterima by my bonda" kata Harraz tanpa berfikir panjang. Baginya Nelly tidak mampu menjayakan misi itu. Kerana bondanya amat cerewet. Tidak mungkin kenalan gadis se SEKSA gadis itu mampu diterima bondanya.
"But Harraz....Arluna just died!" tengking Nelly tiba tiba. Entah kenapa tiba tiba dia menjadi beremosi. Lagi lagi apabila masuk bab arwah Arluna. Dia tahu dia banyak dosa terhadap arwah dan mungkin itu sebabnya dia menjadi sensitif apabila arwah pergi tanpa sempat dia meminta ampun. Sejahil jahil Nelly, masih ada lagi perasaan bersalah terhadap Arluna.
"No matter what....kalau you nk duit tu do as i said!" balas Harraz tegas. Malas mahu dikenang lagi tentang orang yg tiada. Bimbang hati mulai rasa dihimpit kesalahan.
Beg tangan mahal milik Nelly dicapai sebelum dia melangkah pergi. 'Maafkan aku Luna. Aku perlukan duit. Maafkan aku' gumamnya sendiri.
FLASHBACK END...
Jejak je kaki dalam rumah berbunyi terus bebelan bondanya. Badan yg rasa melekit bercampur dengan letih yg amat membuatkan Harraz meneruskan langkah kaki ke bilik namun bondanya lekas menghalang.
"Ehh Harraz...baru jumpa jalan balik ke?" sindir Puan Sri Halimah. Apa lagi, berasap terus telinga Harraz. Sudahlah kelmarin kerana kecuaiannya meninggalkan Harriz sendiri mengundang marah wanita ini. Lantas Harriz dibawanya pulang. Harras pun turut terpaksa balik ke rumah keluarganya. TERPAKSA ya guyss...
"Sebenarnya dah sesat dah tadi tapi nasib baik ada GPS" jawab Harraz selamba badak. Dah bonda dia nk memerli sangat so dia layankan aje. Haha!
Membulat mata Puan Sri Halimah dengan balasan anaknya. "Megat Harraz Firdaus!" seru Puan Sri Halimah lantang. Matanya dicerlung tajam memanah Harraz.
"What bonda? Harraz penat tahu tak? Tak boleh ke bonda bagi Harraz rehat? Bonda nk jaga Harriz now dah dapat so apa lagi yg bonda tak puas hati?" nada suaranya semakin mengendur. Sejujurnya dia berharap atas tangga tu ada katil. Nk je dia rebahkan badan di situ.
"Bonda akan puas hati bila kamu bawak balik calon menantu bonda ke sini! Faham?!" sesungguhnya amat mencabar bagi Puan Sri Halimah untuk menundukkan seorang MEGAT HARRAZ FIRDAUS yg amat dikenali dengan sikap ego, bengis , sombong dan riak.
"You will have it soon" tiba tiba je ayat tu terpacul keluar. Akal berkata lain tapi lain pula yg keluar dari mulut.
Terkedu Puan Sri Halimah. Manakala Harraz terus mengambil peluang itu untuk lari. Sementara Puan Sri Halimah masih bermain teka teki sendiri. 'Dia dah jumpa pengganti ke? Jangan lah wanita tu Nelly.. tapi kalau bukan Nelly siapa lagi? Ahh buntu'
Bunyi ketukan bertalu talu di pagi hari itu membuatkan Ania mencapai tudung bawal lalu dengan langkah malas dia membuka pintu. Nk tunggu Mak Mah tak kut. Sebab Mak Mah tiada di rumah. Anak saudara betul dia nk bersalin. So Mak Mah yg merangkap bidan tu of course la kena pergi kan.
Terkejut beruk Ania melihat 4 orang lelaki bersut hitam berdiri di depan pintu. Naik bulu roma Ania kerana ketakutan.
Tangan lelaki itu naik menghempap leher Ania sehingga gadis itu terkulai rebah.
"Woi pehal kau pukul kuat? Kalau boss tahu mampus kita" marah lelaki yg berdiri di sebelah kanan.
"Bukan aku sengaja pun" balas lelaki yg memukul Ania.
"Dah lah. Angkut dia masuk van" arah lelaki yg berada di tepi pintu. Hanya dia seorang yg memakai baju t-shirt biasa. Namun perwatakannya persis seorang pemimpin. Dia juga tidak memakai kaca mata hitam seperti 4 orang lelaki bersut itu. Lolipop yg ada di dalam mulut dikeluarkan. "Korang dengar tak apa aku cakap?" soalnya garang.
"De...dengar ketua!" ujar 4 orang lelaki bersut serentak. Tanpa berlengah diusung Ania ke dalam van berwarna hitam sebelum van itu mula meluncur laju meninggalkan kampung itu.
Share this novel