RDD 71

Romance Completed 54733

"Sayang!"...

Harraz laju menerpa arah Ania yg terbaring kaku di lantai. Beberapa orang lelaki bersut masuk ke dalam merubah keadaan. Semuanya ditembak kejam tanpa perasaan.

"Sayang bangun", hampir tak keluar suara Harraz merintih. Melihat keadaan Ania yg semakin lemah, jiwanya turut terseksa.

Dalam separuh sedar Ania tersenyum. Senyuman yg cukup manis setelah 5 tahun hatinya membeku sedingin bongkah ais buat Harraz.

Sekejap terkelip mata Ania cuba manahan rasa kantuk bersama sakit yg tak terperi. Pipi Harraz diusap lembut.

"Asal nangis? Cengeng lah kau ni", lemah nadanya mengutarakan kata. Pergelangan tangan Ania, Harraz pegang kejap. Matanya tak lepas memandang darah membuak buak keluar dari perut isterinya.

"Don't leave me sayang....Please..."

"Kau kata nk cerai?Sakit Harraz...Hati aku sakit. Aku lebih rela kita berpisah cara begini"...

"Don't say like that sayang", pintas Harraz teresak esak dalam tangis.

"Sayang nyawa abang. Promise me not to leave me alone. Our son need his mom, so do i need my wife"...

"Kau tahu Harriz..."

"Abang tahu sayang. Abang tahu Harriz anak kita berdua. Arwah Qila told me everything"...

Sebuah senyuman kelat dihadiahkan.

"Promise me sayang", dahi Ania dikucup bertalu talu. Berat rasanya jika dia perlu melepaskan gadis ini dari hidupnya.

Ania tak membalas tetapi tersenyum lemah. Tubuh Harraz didakap Ania kemas. Seolah bayi meminta untuk didodoikan oleh sang bapa.

Makin kuat raungan Harraz. Pipi gebu Ania dia tepuk perlahan lahan. Namun wajah itu polos diulit lena. Pegangan kejap pada batang tubuhnya juga perlahan lahan melorot jatuh.

"Tak sarapan", tegur Engku Amalina tatkala adiknya bersahaja turun dengan long sleeve serta t-shirt putih.

Syazalina diam tak membalas. Langkah diorak pantas. Panas pula rumah ni! Tak betah dia berada di dalamnya.

"Hey, I'm talking to you. Show me some respect!"...

"What do you want?", soal Syazalina dingin.

"Eat with me"...

Entah di mana lawaknya, Syazalina gelak sinis. Lebih kepada jengkel!

"After all you dah buat, you expect i akan berbahagia tersenyum makan dengan you like nothing happened?Like that huh?"...

Engku Amalina tersentak.

"You changed. Even me, i don't know who you are", Syazalina menjeda. Tangisan dikawal dari terhambur.

"I tak sangka you sanggup pergunakan i demi seorang lelaki. You sanggup porak perandakan hubungan persahabatan i. You rosakkan everything. Now, are you happy?"...

"Happy selepas everything goes like what you want? You make a great job. You win the game. But you know what, you lost your little sister. Noted it!", ujarnya lalu berjalan tanpa menoleh lagi.

Biarlah dikata kurang ajar. Tapi dia sudah serik. Bukan tak sedar, sejak kembali kakaknya ke Malaysia gadis itu benar benar berubah. Dan tak disangka hati kakaknya juga berubah busuk.

Sanggup melakukan apa sahaja janji apa yg diingininya diperolehi. Tak ingin lagi dia gelarkan gadis itu sebagai kakak. Hati dia cukup terluka.

Tanpa dia sedar, dia telah merosakkan rumah tangga sahabat sendiri dek ulah kakaknya. Ibarat musuh dalam selimut.

Engku Amalina menghantar adiknya dari ekor mata.

"Dia tak cintakan kakak pun...", perlahan dia menggumam.

"Sayang...", untuk kesekian kali air mata Harraz tumpah membasahi pipi. Darah pekat terpampang jelas di baju miliknya tak dihiraukan.

3 jam telah berlalu namun tiada tanda tanda pintu bilik bedah itu dibuka.

Harraz takut menghadapi sekiranya perlu berpisah dengan Ania.

Dalam tak sedar seluruh keluarga mertuanya berada di situ termasuklah Fizz yg tegang sahaja mukanya. Mencerlung tajam ke arah Harraz walau tak langsung Harraz membuang pandang ke arahnya.

Fizz menyalahkan Harraz atas apa yg berlaku pada Ania. Sekiranya Harraz tidak muncul di situ, pasti perkara ini tak terjadi.

Harraz dongak kepala saat seseorang memegang bahunya.

"Daddy rasa ada baiknya Harraz bersihkan diri nak. Doa yg banyak banyak"...

"Tapi Nia..."

"Kami ada. Kamu jangan risau. Apa apa nanti Daddy call bagitahu kamu".

Dalam terpaksa Harraz mengangguk meminta izin untuk berundur diri.

Leher tak gatal disentuh perlahan. Seluruh bulu roma Harraz menegak. Sekelip mata angin sejuk menyapa tubuh Harraz yg berdiri di tengah tempat letak kereta.

Langkahnya cuba dipercepatkan ke arah kereta yg terletak berhampiran dengan dia. Tapi jarak yg dekat itu terasa sungguh jauh. Walau berkali kali Harraz berjalan, tidak juga sampai.

Mulut Harraz tak henti mengalun ayat suci sebaik terpandang sesuatu di dalam keretanya sedang tersenyum penuh kengerian.

Sekejap itu kelibat ngeri tersebut hilang. Harraz cuak sehingga tak sedar bibirnya berhenti mengalun ayat ayat suci.

Tanpa berbuat apa apa Harraz diseret kuat.

Mulutnya meminta pertolongan dari manusia yg dilihat akan tetapi dirinya tak dihiraukan seolah kewujudannya tak disedari...

"Abang, tolong mandikan budak budak kejap. Lola nk siapkan masakan sebab sekejap lagi kawan Lola sampai. Tolong yer bang..."

"Kawan? Kawan mana pulak?"

"Abang tak kenal juga kalau Lola cakap. Lagi pula Lola kenal dia masa dekat luar negara haritu. Dia pun orang Malaysia tapi jarang balik Malaysia sebab dia kerja kat sana".

Aizzat sekadar mengangguk sebelum berlalu ke atas. Manakala Lola yg berada di dapur menggenggam kemas tangan menahan rasa yg bercampur aduk di hatinya.

Dia mahu lihat sejauh mana permainan Aizzat. Sejauh mana suaminya ingin menyorokkan kebenaran tentang perkahwinan yg pernah terjalin antara Aizzat dan Nelly.

Ingin dia lihat dengan mata kepala sendiri perbuatan dan sikap Aizzat sekiranya berdepan dengan Nelly yg dahulu pernah diseksa separuh mati.

"Abang tolong bukakan pintu. Lola nk bersiap sebentar!", Lola melaung dari atas. Namun dia tak berganjak, sebaliknya berdiri di atas tangga untuk melihat apa yg terjadi.

"Waalaikumussalam. Masuklah", dengan senyuman manis Aizzat mempelawa tanpa melihat gerangan di depannya.

Sesaat mata Aizzat bersabung dengan panahan mata coklat cair wanita berniqab di depannya, laju jantung miliknya berdegup.

Mata itu seakan tidak asing bagi Aizzat. Kenyataan yg satu itu disangkal. Bersama senyuman hambar Aizzat sekali lagi menjemput sahabat isterinya masuk ke dalam.

"Jemput duduk. Lola tengah bersiap. Buat buatlah macam rumah sendiri. Jangan segan segan..."

Nelly tak membalas. Diamati wajah Aizzat mendalam. Dalam diam dia bertarung dengan trauma yg menghantui hidupnya selama ini.

Lola turun ke bawah. Nelly ditarik ke dalam pelukannya. Dapat dia rasa getaran tubuh Nelly menandakan wanita itu dalam frasa bertarung dengan trauma dulu.

"I'm here...Cool down", lembut bisikkan Lola di telinga Nelly sedikit sebanyak mengurangkan gemuruh Nelly.

"Kenalkan, this is my husband, Aizzat. Abang, this is my friend...Nelly".

Mendengar sebaris nama meniti di bibir Lola menyambar hati Aizzat. Wajahnya dilukis riak biasa. Tak lepas mata memandang Nelly.

"Kau sengaja nk huru harakan hidup aku kan? Kau sengaja rapatkan diri dengan Lola?", kasar Aizzat melempar soalan.

"Sorry. Saya tak faham apa awak cakap", tenang Nelly membalas.

Tangan Aizzat kepal. Rasa simpatinya serta merta hilang selepas melihat tingkah tenang Nelly.

"Huh...Dasar perempuan murah. Kau memang jenis tak tahu malu ke? Kena buang buatlah cara kena buang. Tak perlu menagih kasih sayang. Aku bahagia dengan keluarga aku sekarang. Aku bagi kau amaran, jangan sesekali nk menghasut yg bukan bukan pada Lola!"

"Awak takut?"

Aizzat tergelak jengkel.

"Kalau dulu aku boleh buat apa apa pada kau, apatah lagi sekarang. Untuk musnahkan kau begitu mudah bagi aku!", angkuh sekali Aizzat berkata.

Dibawah, kain pengalas meja digenggam kuat oleh Nelly. Amarah ditahan. Dalam kepayahan dia tersenyum. Begitu mudah Aizzat memainkan maruahnya. Jangkaannya silap jika Aizzat telah berubah. Lelaki itu jauh sekali mahu mengubahnya. Dasar hipokrit!

Niqab dibetulkan. Dengan tenang dia menentang mata Aizzat.

"Kifarah itu wujud. Pandang sekeliling, amati apa yg berlaku sekitar kita. Baru kita sedar setiap hari perkara yg sama berlaku selari dengan pengajaran namun tetap saja sesetengah manusia buta mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut. Melakukan balik perkara yg sama berulang ulang kali selagi tidak diberi pengajaran. Bawaklah bertaubat...Belum terlambat lagi".

"Kau...", terkacip rapat gigi Aizzat.

"Jangan dah nak mati baru nk menyesal. Dah tua pun, bawaklah bertaubat banyak banyak. Bersujud pada ilahi kalau betul hati itu ego nk meminta maaf pada manusia".

Aizzat ingin membalas namun lidahnya kelu melihat Lola muncul dari ruang tamu.

"Terima kasihla ajak saya ke sini harini. Alhamdulillah, saya gembira. Husband awak baik sangat. Bertuah awak".

"Haah, bertuah sangat", Lola membalas dengan maksud tersirat. Bukan dia tidak dengar pertengkaran antara Aizzat dan Nelly tadi.

"Lain kali, kalau awak free jemput datang lagi".

"Baiklah... Saya pergi dulu. Ada kerja nk diselesaikan".

Suara yg tadi bergema kini sunyi. Semua mata memandang ke arah Ania yg terjaga dari lena.

Dada Ania berombak kuat. Nafasnya semput. Manik peluh menitik di dahi.

"Ha...Harraz ma..mana?", Ania menyoal dalam nafas tercungap cungap.

"Harraz, bertahan...Tunggu aku. Dimana pun kau berada, aku berdoa agar kau sentiasa dilindungiNya. Jangan pergi dari hidup aku! Aku mahu kau sentiasa di sisi aku sampai nafas aku terhenti!", Ania menambah kelajuan kereta setelah pasti ke mana arah tujunya.

Luka tikaman ngilu terasa sehingga berkerut kening Ania. Tapi kerana nama Harraz bermain main di mindanya, sakit itu terkalis dengan sendiri.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience