"Mind to explain what is going on?" dingin sahaja nada suara Nelly. Sejujurnya dia kaget melihat isteri Aizzat ada di situ. Melihatkan senyuman sinis Ania buat dia mengerti, ada udang disebalik batu.
"Aku rasa kau faham apa yg sedang berlaku. Jadi jangan bertanya"
Jatuh terduduk Nelly atas kerusi. Dari cermin memisahkan mereka, dapat dia lihat Lola tersenyum memberikan kuntuman bunga pada kanak kanak.
"Selama ni awak tahu?"
Tenang Ania membancuh teh. Matanya langsung tak berkalih dari teko.
"Segala apa yg terjadi pada kau aku tahu Nelly. Aku tahu. Persis apa hubungan kau dengan Lola dan Aizzat"
Nelly mengeluh. Ania tahu sukar untuk Nelly luahkan. Tapi masalah antara mereka bertiga perlu diselesaikan. Dia tak mahu Nelly terlibat dalam hubungan tiga segi.
Ania cengkam lembut kedua bahu Nelly. Memaksa gadis itu memandangnya.
"Listen here, kau orang yg aku sayang. Dan aku tak mahu kau terluka lagi. Tamatkanlah kisah kau orang. Cakap elok elok. Bincang baik baik. Fikir masak masak. Jangan biar perkara ni melarat. Kau takkan tahu masa depan nanti macam mana. Kita tak tahu hati manusia Nelly. Kita punyai hati yg sama tapi perasaan yg berbeza. Aku taknak benda berlarutan dan akhirnya menjadi dendam. Kita bincang ehh?"
Jauh dia termenung fikirkan kata kata Ania. Sejujurnya dia juga tak sanggup terus terusan hidup seperti pelarian sedang dia tak buat apa apa kesalahan langsung.
"Be brave. Don't let the fear control you. For your own sake.."
Tiba tiba Nelly memeluk erat tubuh Ania. Tangis dilepaskan. Dalam diam dia juga terluka. Bukan ini keinginannya tapi takdir telah menyuratkan begitu tapi kenapa dia terus dipersalahkan?
"Saya tak tahan Nia. Sakit!"
"Aku tahu Nelly. Aku tahu..." sebak dada melihat keadaan Nelly begini. Sepanjang 5 lima tahun bersamanya, dialah penyeri hidup dialah pembuka bicara dialah pelawak dialah penasihat. Tapi tak sedar diri sendiri juga dimakan oleh kisah silam.
"Saya benci Aizzat Nia. Saya benci dia. Saya benci!" bentak Nelly sambil menangis.
'Tangisan yg aku tahu sebabnya. Tangisan pilu seorang wanita yg tak pernah dicintai suami. Amat aku faham rasa itu'
"Aku ada di sini Nelly. Sentiasa ada untuk kau. Kita tempuh semuanya bersama. Aku janji akan sentiasa di sisi kau" pujuk Ania lembut belakang tubuh Nelly digosok.
"Dia pukul saya Nia. Sakit sangat" kini Nelly merintih. Jelas terpapar riak ketakutan dalam matanya.
"Shuhhh...aku ada...Kau selamat dengan aku"
Melihat dia mengonggoi kesedihan buatkan Ania turut menitiskan air mata. Pilu saat sahabat ibarat trauma dengan kisah hitam.
Dibalik rak, Lola kesat tangisan di pipi. Dia cekalkan hati dengar apa yg dibualkan dua sahabat itu. Kurang faham tapi dia jelas bahawa Nelly itu ada kaitan dengan Aizzat. Dia pasti!
Contact milik Aizzat dipandang sekali lagi sebelum dia memadam nombor tersebut. Kad sim dipatahkan tanpa rasa. Nafas ditarik panjang dan dalam. 3 tapak dia melangkah ke depan manarik perhatian Ania.
Tak sedar Ania menyeru namanya. "Lola....."
Mereka saling berpandangan.....
Harraz memanjangkan langkah kaki ke depan. Bagai pelarian dia berjalan menoleh ke belakang silih berganti. Risau benar jika Bonda dan Ayahandanya muncul walau itu mustahil.
Jam jelas menunjukkan pukul 3 pagi dan lapangan terbangan Kuala Lumpur masih lagi sibuk dengan rata rata manusia dari pelbagai negara.
Siapa sangka, nasib dia bertuah apabila mendengar percakapan Bondanya dengan seseorang berkenaan keberadaan Harriz. Juga tiket yg ditempah Bonda untuk kesana.
Jadi bagaimana dia bisa terlepas? Ah, itu mudah sekali. Senyap senyap dia meletakkan pil tidur dalam minuman Bonda dan Ayahanda.
Nk kata kejam? Silakan! Dia buat begini kerana terlalu rindukan Harriz. Kata orang, ada di depan mata tak dihiraukan tapi bila sudah tiada barulah tahu apa itu erti MENGHARGAI.
Benarlah. Tak dia nafi. Kehilangan Harriz buat dia hilang arah.
"Mana ni?" meliar mata Harraz memerhati keliling mencari kelibat yg dia nanti.
"Harraz here!" laung seorang lelaki. Dan menggamit Harraz keluar dari lapangan terbang setelah tiba sebentar tadi.
"Hey bro, how are you? Good?" soal Harraz berbada basi sambil memunggah barang miliknya ke dalam bonet kereta.
"Good" balas kawan Harraz pula.
"Are you sure you can help me?"
"Insyaallah bro. So where is it?"
Harraz menyerahkan sekeping kertas kecil dari kocek seluar.
Bulat mata si dia memandang Harraz silih berganti.
"Are you sure your son lived here? For sure?" jelas nadanya ragu ragu bertanya. Siapa sahaja tak kenal alamat tersebut di sini? Semua tahu!
"Damn sure about it. Why? Kau boleh tak bawak aku ke sana?" Harraz menyoal apabila wajah sahabatnya tampak agak curiga.
"Boleh itu memang. Tapi tak mudah nk masuk dalam kawasan ni" terangnya petah dalam Bahasa Melayu. Letih jugak speaking omputeh! Haha!
Harraz tk ambil pusing hal itu. Sebaliknya sahabat dia pula naik pening.
Siapa je tak tahu Grey House? Tempat paling ketat kawalannya. Grey House merupakan tempat tinggal kerabat diraja secara nyata, ahli keluarga diraja.
Grey House merupakan kuasa terbesar selepas Permaisuri. Memiliki kekuasan yg kuat dan kukuh. Juga memiliki ancaman musuh dimana mana. Namun masih tegak berdiri kerana sistem Grey House yg gagah perkasa melindungi keluarga tersebut.
Grey House sepenuhnya dilindungi oleh Squad Khas Grey House yg telah dilatih menembak, berlawan dan segala jenis seni mempertahakan diri sejak dari kecil. Golongan Squad Grey House dikerah oleh tentera hebat yg diambil dari pelbagai negara.
Pasukan terlatih lagikan hebat ini diketuai oleh wanita anggun bergelar Geena. Tapi jangan tertipu dengan penampilan menggodanya, wanita itu bukan calang calang hendak dibuat main.
Memiliki rekod bersih dan telah memimpin banyak pasukan elit terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk masuk ke dalam Grey House. Semuanya bermula dari bawah. Siapa sangka wanita yg tampak polos itu berjaya menaikkan namanya dengan menubuhkan Squad Grey House. Seterusnya manjadi tangan kanan Kerabat Diraja.
Namun beberapa tahun yg lepas, Grey House diserang yg mana mengundang kemarahan besar antara 3 kuasa di sini iaitu Permaisuri, Kerabat Grey House dan Geena. Dek hal tersebut ramai juga pekerja di bawah naungan 3 kuasa terbesar itu terbunuh menghadap kemarahan Geena yg tekad mencari pelaku. Tiada sedikitpun rasa simpati di dalam diri wanita itu.
Perkara tersebut berlanjutan sebelum pelakunya diketahui namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil mahupun pendedahan identiti pelaku.
Agak misteri tapi siapalah mereka untuk bersuara. Sejak dari itu juga Grey House dijaga seketatnya waima semut pun tidak dibenarkan masuk sewenangnya ke dalam.
Grey House yg terletak agak jauh dari kawasan pekan yg dikelilingi hutan. Perlu melalui laluan dipenuhi pokok yg dijaga elok seramai 200 orang pengawal Squad Khas Grey House yg silih berganti mengawasi kawasan tersebut.
Ulang lagi yer, 200 pengawal berbadan sasa...Dan juga sniper ada di mana mana dibalik semak atau pokok sedia menembak musuh.
Agaknya kalau mereka buat keras kepala..entah entah melayang kepala mereka. Dia kerling Harraz sekilas.
Perlu atau tidak mengutarakan hal tersebut?
"Tak boleh masuk la Harraz. Kalau kita pandu jugak, tembus kepala kita kena tembak. Sniper di mana mana mengelilingi tempat ni"
Kusut kepala Harraz. Lagi sekali barisan abang abang GERGASI dilihat tak percaya. Memang la dia sado jugak tapi tak la se'sado' yg kat depan ni. Banyak pulak masa dorang bina badan. Haih....
"Kita tunggu. Mana tau ada kereta keluar masuk kan?"
"Kau biar betul Harraz?" apa sewel dah ke otak Harraz ni. Kalau sekalipun ada kereta, silap silap yg lalu nanti kerabat Grey House, mampus la!
"Ada nampak muka aku bergurau ke? Aku datang bukan saja saja nk buat hal. Aku nk jumpa anak aku. Then aku cao!"
Dia mengeluh dengan kedegilan Harraz. Dalam hati tak putus putus berdoa agar mereka selamat pulang.
Satu kereta mula kelihatan..pembetulan, bukan satu tapi disusuli 4 buah lagi kereta. Harraz mengumpul kekuatan berdiri berhadapan kereta pertama.
Berderet pengawal bersut hitam keluar dari kereta pertama dan kedua diikuti 2 buah kereta di belakang sebelum kereta ke 3 dibuka. Sepasang kaki bersarung high heels kelihatan.
Entah kenapa jantung Harraz mengepam laju. Irama yg sukar dimengertikan. Degupan yg berdenyut buat satu insan mula berdendang. Bayang Ania muncul di mindanya tanpa dia sedar.
BERSAMBUNG...
jeng jeng jeng.....>_<
Share this novel