RDD 48

Romance Completed 54733

Harraz memakai songkok kemas dikepala. Penampilan diri yg siap mengenakan busana melayu berwarna putih ditatap sebagai sentuhan terakhir.

Hari ini, hari yg tak mampu dia tafsir. Masuk kali ini dia akan bergelar suami buat kali ketiga. Tak satu pun perkahwinannya memberi impak gembira pada dirinya. Pelik sedangkan Qila pilihan hatinya.

Masih tak gembira lagikah dia? Kenapa?

Tak mahu berfikir hal tersebut, dia menghantar pesanan ringkas tentang perkahwinannya yg telah berlangsung sebentar tadi dan acara bersanding pula selepas ini di dewan hotel terkemuka di Malaysia pada bonda.

Ania pula sudah seminggu gadis itu menghilang. Pernah hati tertanya tanya tapi ego melebihi segalanya.

"Weh, jom lah. Semua dah tunggu" celah Aizzat di muka pintu.

"Ehmmm. Kejap lagi.. Kau pergi lah dulu. Nanti aku menyusul"

"Terserah kau lah. Tapi jangan lambat sangat pulak. Kesian tetamu tetamu nk tunggu"

Aizzat pergi tanpa menoleh lagi.

"Bonda mesti makin benci Harraz kan? Harraz sendiri tak faham kenapa Harraz sanggup derhaka dengan syurga Harraz. Maafkan Harraz Bonda..." bicara Harraz sendiri penuh penyesalan.

--------------------------

Aluan kompang mengiringi pasangan merpati dua sejoli itu naik ke pelamin.

Dari jauh dia memerhati bersama hati yg membengkak. Mulut berkata rela tapi hati tidak. Wujud ke perempuan yg sanggup bermadu kasih dengan suami sekali pun tiada cinta. Tak ada.

Jika ada tak ramai yg mampu. Sebab ianya sakit. Suami yg menjadi hak milik kita terpaksa dikongsi dengan perempuan lain.

"Jom lah kita balik. Nana taknak tengok kakak sedih macam ni" pujuk gadis berbaju kurung peach sedondon dengannya.

Air mata yg mengalir diseka.

"Tak. Akak nk tengok kebahagiaan yg dia impikan selama ni depan mata akak sendiri. Bahagiakah dia atas derita seorang isteri"

"Kakak yakin? Kalau penat bagitau Nana ye? Nana ambil air kejap. Tekak rasa haus"

Ania mengangguk sambil mata tak lekang memandang susuk mempelai.

'Aku maafkan segalanya Qila. Walau sebesar mana dosa kau pada aku, kau tetap kakak aku sampai bila bila. Bodoh kan aku sayangkan kau yg tak pernah terima kehadiran aku. Aku tahu dan aku sedar. Tapi perasaan ni aku tak dapat buang. Maafkan aku'

Puan Sri Halimah tergopoh gapah berlari merempuh perkahwinan anaknya. Tan Sri Huraisy cuba menghalang namun sudah terlambat.

Tajam bak helang mata Puan Sri Halimah memanah Qila.

"Kau perempuan gatal! Banyak banyak lelaki kenapa suami adik kau jugak yg kau caras hah? Dasar murah! Pergi mampus kau! Kau ingat kau layak masuk dalam keluarga aku ke! Perempuan jijik macam kau ni sikit pun tak layak" sembur wanita tua itu lantang.

Kecoh semua yg ada.

Harraz pantas menghalang bondanya dari mengasari Qila. Tapi tetap juga bonda menolaknya ke tepi dan cuba menarik rambut berkarat Qila.

"Kau gila. Bitch! Anjing pun tak sejijik kau lah!"

"Lim sudah lah tu. Malu lah dekat orang yg ada"

"Abang jangan nak halang saya... Abang sanggup ke ada menantu macam ni? Perempuan begini? Perampas! Tak puas jadi pelacur jadi mistress sekarang dah naik level jadi perosak rumah tangga. Kau nak aku sembur kau dengan racun serangga ke?! Betina sundal. Puas menyundal sana sini kau guna gunakan anak aku pulak! Bab* lah kau ni!"

PANG!

Semua terdiam dari suasana hinggar binggar tadi. Kaku terkejut begitu juga Ania sebelum dia berlari ke atas pelamin.

"Bonda... Ya Allah Bonda okey?"

Tak dapat menahan sebak di hati, laju mutiara jatuh membasahi pipinya. Ania juga turut mengalirkan air mata.

"Ayahanda bawa Bonda keluar. Let me settle this" arahnya saat melihat wajah Tan Sri Huraisy menjadi merah.

Akur lelaki itu menarik sang isteri keluar.

Keluhan kedengaran jelas. Redup pandangan mata Ania sarat dengan kecewa terhadap Harraz belum hilang ditambah pula dengan yg lain.

"Tahniah. Moga bahagia atas derita orang lain and tahniah Harraz, awak dah buktikan yg awaklah anak paling tak guna atas dunia ni! Syabas. Tak cukup saya awak lempang sekarang bonda pula. Tak sangka. Syurga tu perkara remeh bagi awak. And for you Qila.. Ni terakhir kali aku panggil kau Kakak. Semoga kakak bahagialah kahwin dengan lelaki dayus ni. Kuatlah tempuh pelbagai perkara mulai sekarang. Assalamualaikum" dengan pamitan itu dia keluar.

Bahagia itu bukan miliknya. Namun, kekuatan itu punca dia masih bertahan. Dia akan jaga nyawa ini seperti yg selayaknya.

"Are you okay?"

Qila dengan sengaja mempamerkan wajah sedih.

" I need rest Harraz. I tak okey. Apa yg you expect, lepas kena serang bonda you, i akan happy?"

"Tak"

"Stop, i nak naik bilik. Malu dengan tetamu"

Sebal Qila berlalu.

'Ish entah macam mana lah orang tua tu boleh datang. Rosak majlis aku betul! Rosak muka orang tua tu kalau Harraz takde! Kalau bukan sebab duit kau orang berkepuk kepuk memang tak lah aku nak kahwin dengan usia yg muda ni and ni semua sebab kau jugak!'

Jari telunjuk menekan nekan perut yg masih tak kelihatan. Celaka punya bapak bayi. Dah buat pergi blah. Nasib baik otak dia geliga. Boleh lah jadikan Harraz sebagai kambing hitam sambil hidup mewah. Menyelam sambil minum air lah katakan.

' Berfungsi betul budak ni dalam perut aku'

--------------------------------------------

Melilau mata mencari kelibat Nana.

Kemana pula gadis genit itu merayap. Kata nk ambil air tapi dah macam buat air....

Berpinar Ania sebaik menerima tumbukan padu seseorang secara tiba tiba.

"Ahhh!"

"Eh apasal kau tumbuk dia? Nak mampus ke kalau Boss tahu?" marah salah seorang dari mereka.

"Bodoh! Heret perempuan tu!" arah seorang lagi.

"Apa benda ni?! Korang siapa?! Lepas lah! Kau nak duit? Aku boleh bagi la! Lepas!"

Meronta ronta Ania minta dilepaskan. Pegangan kejap 2 orang lelaki dikedua lengannya berkali kali direntap namun tak berjaya.

"Kalau kau nk hidup, ada baiknya kau senyap"

Mengecil mata Ania memandang lelaki yg berjalan di depan. Dia baru buat lawak ke apa?

"Apa? Kau orang ni malaikat maut ke? Rupa macam beruk, ada hati nk matikan orang sesuka hati!"

Geram dengan mulut gadis itu, dia mencengkam kasar rahang Ania.

"Lepas! Sakit lah beruk!"

"Weh! Gila ke? Kau jangan cari pasal dengan perempuan ni! Boss awal awal dah warning kan?" tegur lelaki di kanan.

"Kau diam lah! Tadi kau tumbuk takpe pulak!" marah lelaki itu pula.

"Sudah sudah la tu! Dua dua bodoh! Bawak perempuan ni masuk van. Nanti orang nampak satu hal pulak!" arah lelaki di kiri yg sedari senyap.

Bodoh betul ada kawan macam ni. Time tengah culik jugak dia orang nk gaduh. Bodoh tu tak boleh ke simpan untuk orang lain?

Dikesempatan yg ada Ania menggigit tangan lelaki di kanan dan menyiku perut lelaki di kiri sebelum dia tendang kemaluan lelaki di depan. Terhuyung hayang dia lari dengan high heels. Jatuh bergolek gugur lah jawabnya.

Tapi dicekalkan semangat. Imbangan distabilkan. Sambil lari dia toleh ke belakang melihat 3 ekor beruk tadi sedang mengejarnya.

"Ya Allah selamatkan hambamu ini" pohon nya dalam ketakutan.

Satu susuk dilanggar Ania buatkan dia hampir jatuh.

Tangan sasa itu lekas memeluk pinggang Ania menahan gadis itu dari jatuh.

Pandangan mereka bersabung....

BERSAMBUNG...

done chap 48.. happy reading buat para readers...jangan marah tau Qila kahwin dengan Harraz. jangan risau cerai juga nanti. hahahaha. agak agak siapa yg tolong Nia tu? hehehehe. nantikan next chap. have a good day guyss. muah bnyk²♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience