RDD 67

Romance Completed 54733

"Aku nak kau orang ambil gambar dia sekarang! And hantar pada Harraz" arah dia dingin tak berperasaan. Jauh di lubuk hati jiwanya berkecamuk. Peperangan antara hati nurani dan bisikkan syaitan.

'Tak! Aku perlu teruskan! Aku dah tersasar jauh. Tak mungkin berpatah balik. Itu mimpi!'

"Bos, dah selesai"

"Korang dah hantar gambar pada Harraz?"

"Belum lagi Bos"

Aizzat mengangguk. "Bagus! Tak payah hantar. Leave it! Sekarang aku nak kau orang blah"

"Tak ada ganjaran ke Bos?"

"Aku dah bagi kan duit tadi. Takkan tak cukup lagi"

Lelaki upahannya sebaliknya memandang Nelly penuh bernafsu. Sekelip mata Aizzat berang.

"Keluar sebelum mampus kau aku kerjakan!" lantang Aizzat menjerkah. Berderau darah mereka berlari keluar.

Aizzat mula mendekati Nelly yg agak terdedah. Rambut ikal gadis itu dibelai lembut. Penuh manja dia mengusap pipi gebu Nelly. Lembut tatapan matanya singgah pada wajah lena Nelly sebelum sedar.

Aizzat menjauh sambil menggeleng laju. Dia tak boleh leka. Tak boleh dihanyut perasaan!

Nelly bangun dari lena. Sunggut berat kepalanya dirasakan tika itu. Saat mata terbuka, wajah Aizzat menyerbu kornea matanya. Terkejut bukan kepalang. Nelly mengesot ketakutan dan terhenti dek halangan kepala katil.

"Dah bangun puteri? Lama aku tunggu kau. Tidur macam nak mati. Mati matian aku ingatkan kau nk tidur buat selama lamanya" sinis sekali suara itu kedengaran. Malah gelak tawa Aizzat jelik pada Nelly.

"Apa yg kau nak hah?!"

"Aku? Apa yg aku nak? Takkan lah kau tak tahu..." tangannya cuba menyentuh rambut Nelly namun ditepis kasar oleh Nelly.

Menggigil badan gadis itu menyedari dirinya separa bogel. Dada miliknya terdedah jelas.

"Jangan dekat!"

"Kenapa? Kau takut!?" makin galak Aizzat mengusik Nelly. Air mata yg bergenang pada mata itu bukti kemenangannya.

"Kau tahu, kalau dari dulu kau terima cinta aku, pasti kita takkan serumit ni. Dan aku tak perlu bertindak sejauh kini. Semua sebab kau lebih memilih Harraz! Apa kurangnya aku Nelly? Dan apa lebihnya Harraz!?"

Nelly menikus. Wajah berang Aizzat benar benar menakutkan dia. Dalam keadaan sekarang, dia tahu dia takkan berjaya melarikan diri.

"Aku penat perlu beralah dengan dia. Kenapa semua yg aku cinta dia yg dapat? Aku dulu kenal Arluna, tapi dia yg dapat. Bila aku sukakan kau, dia juga sama. Kenapa semua dia nk rampas?!"

Tangan Aizzat cengkam dagu Nelly. Meringis gadis itu kesakitan.

"Aku akan pastikan kalini aku tak tewas pada dia!"

Bagai dirasuk syaitan, Aizzat menindih tubuh Nelly kuat menekan si gadis di bawah. Kedua pergelangan tangan Nelly dikunci dengan tangan sasanya.

Rontaan Nelly tak menjejaskan perlakuan Aizzat yg semakin rakus. Ya, dia tamak. Tamak kerana insan bergelar sahabat. Jangan persalahkan dia begini. Jika bukan kerana Harraz merampas segala yg dia mahu, takkan pernah dia bertindak seperti ini. Semuanya kerana Megat Harraz Firdaus!

*END FLASHBACK*

Ania memandu bersama keheningan malam. Jam menunjukkan pukul 12 malam dan dia masih lagi memandu pulang ke rumah agam miliknya di Malaysia.

Kelmarin, dia mendapat berita mendadak berkenaan klien jepun yg bakal datang ke Malaysia tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. Mahu atau tidak terpaksa dia redah beberapa jam atas pesawat untuk segera pulang menyelesaikan hal berkenaan.

Dalam asyik melayan kesunyian malam, bunyi suara sayup sayup kedengaran dari arah semak samun yg menebal.

Ania berhentikan kereta lalu menuju ke semak samun dengan diterangi cahaya lampu dari hp.Suara itu semakin kuat sebelum ditangkap jelas oleh Ania.

"To...Tolong...!"

"Tolong! Sesiapa to..tolong...!"

Dada mula berdetak hebat.

"Siapa tu? Kau kat mana?"

"Ssi..ssini..."

Gigih Ania mencari punca suara tersebut datang dan akhirnya menemui seorang wanita terbaring lemah bersama darah yg banyak pada baju.

"Ya Allah...Cik..eh kau tak apa apa ke?"

"Tolong saya..." lemah sekali suaranya meminta pertolongan. Tak tunggu lama, Ania mencempung badan itu ke dalam kereta dengan susah payah.

Belum sempat Ania memecut , kelibat hitam laju melintasi kereta hingga bergoncang. Sekilas dia pandang wanita tadi kemudian memecut laju bersama alunan ayat kursi bergema memenuhi ruang kereta.

"Madam..."

"Tuanku..."

Sapa mereka semua tatkala Ania keluar dari perut kereta.

"Aku nak kau call doktor peribadi kemari. Angkat perempuan dalam kereta tu ke atas. Baringkan dia dalam bilik tetamu. Keputusan pemeriksaan bagi tahu aku nanti"

"Baik Tuanku"

"Bila dia dah sedar, kau gari tangan dia. Jangan bagi dia terlepas. Aku nak kau orang berjaga depan pintu bilik. Kalau dia terlepas, tahulah nasib kau orang!"

Laju semua angguk takut. Siapa saja berani ingkar perintah wanita itu. Jawabnya tamatlah riwayat mereka.

Tak dipinta keluhan berat terlepas. Dia pandang ke bawah.Wanita tadi dicempung masuk ke dalam rumahnya.

"Jadi ini maksud kata kata awak Zalin? Inilah dia insan yg awak maksudkan?"

"Kenapa harini tiba dengan cepat? Saya tak mampu untuk tidak membenci dia Zalin. Tak mampu!"

Bergetar kedua lututnya tika ini. Bagaimana bisa dia tak membenci insan yg sudah berkomplot menghancurkan hidupnya?

Setelah mendapat laporan dari bodyguard, Ania mengambil keputusan berkurung dalam bilik bacaan sendiri. Sepanjang malam dia berjaga tanpa tidur.

Pagi itu nasi goreng serta roti bakar bersalut jem disediakan untuk sarapan.

Ania melabuhkan duduk penuh tertib tanpa bunyi, menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Tuanku, dia dah sedar"

Tangan yg elok mahu suap ke dalam mulut terberhenti. Dihempas sudu ke pinggan. Seleranya mati mendadak.

"Awasi semua pergerakan dia. Dan, pastikan kau maklum kalau ternampak perkara di luar akal . Aku nk kau jaga dia elok elok sebelum aku pulang. Faham?"

Ulas bibir disapu menggunakan tisu. Bodyguard angguk tanda faham arahan yg diberikan.

"Bagi dia makan. Andai dia taknak, paksa sampai dia nak. Lakukan apa sahaja asal dia makan"

Sekali lagi arahan keras diberi. Kesemua bibik angguk laju. Tak satupun berani mengangkat pandangan apatah lagi memandang tepat mata cantik milik majikan mereka itu.

"Baguslah. Aku harap kau semua tak hampakan tugas yang aku beri. Tak susah mana pun..." briefcase diambil dari kerusi sebelah. Dia bersedia memulakan kerjanya walau semalaman tak tidur.

"Madam, pihak D'Florist sudah sampai" maklum PA nya.

"Bawak dia masuk and sediakan minuman"

"Baik Madam"

Pintu dikuak dari luar buatkan Ania memberi tumpuan pada gerangan wanita anggun berambut ikal mayang. Dek ketinggiannya agak rendah, Ania dongak sedikit ke atas sebaik wanita itu tiba didepannya.

"Puan Lola right?"

Lola berikan senyuman manis pada gadis jelita itu. Cantik! Getus Lola dalam hati.

"I'am. And you must be Madam Ania? Nice to meet you. It's been a while since kita bekerjasama. Tak pernah lagi saya bertemu Madam face to face. Tak sangka Madam rupanya masih muda. Saya ingatkan sudah lanjut usia"

Kata kata Lola buatkan Ania turut tersenyum. Tak dia nafikan. Ramai yg berprasangka begitu. Lagi pula syarikat ayahnya ini sudah tegak berdiri kian lama dahulu. Lalu diserah padanya yg langsung tak menyebarkan identiti muka pada mana mana wartawan mahupun pihak media yg lain.

"Awak juga. Tak sangka. Silakan duduk..." pelawa Ania.

"Shall we start now?"

Dibalas anggukan daripada Lola. Sepanjang 30 minit berbincang, akhirnya tamat sudah sesi perbincangan mereka.

"Awak sudah ada anak? Wah saya agak kagum. Tubuh badan awak terjaga elok. Mati matian saya sangkakan model tersilap masuk office saya tadi" galak Ania mengusik. Merah padam wajah Lola diusik begitu.

"Mana adalah. Biasa saja. Awak pula? Sudah bersuami?"

Keruh habis wajah Ania namun dia cuba mengawalnya dari dikesan.

"Sudah tapi kami bercerai" Ania membohong tanpa rasa bersalah. Biarlah. Isteri yg tak diiktiraf sepertinya tak layak memegang gelaran ISTERI yg pasti mahal. Sekaya manapun dia takkan mampu membeli gelaran isteri dalam hidup Megat Harraz Firdaus. Duit tak mampu beli sekeping hati. Sadis! Tapi itulah. Tuhan ciptakan semuanya penuh adil.

Ada kaya ada miskin. Ada gembira ada duka. Ada kesempurnaan ada kecacatan. Ada kelebihan ada kekurangan.

"Duduk bang, Lola ada benda nak bincang...Anak anak semua dah tidur?"

"Sudah. Apa yg nak dibincangkan tu? Ada masalah dengan kedai bunga ke?" soal Aizzat tenang. Air kopi di dalam mug dia teguk bagi menghilangkan dahaga.

Lola menjamah wajah Aizzat lembut. Serba salah untuk menuturkan hajat di hati. Kerana ini kali pertama dia perlu ke luar negara atas urusan kerja. Belum pernah lagi dia berjauhan dari Aizzat dan anak anak semenjak mereka berkahwin. Agak berat hati juga dia untuk pergi. Tapi kerja mendesak dia pergi.

"Ermmm..bukan. Sebenarnya Lola perlu ke luar negara atas urusan kerja di sana. Abang izinkan ke tak?"

"What?!" habis tumpah air kopi atas meja setelah dihempas kasar oleh Aizzat. Terkejut bukan main dia dibuatnya.

"Abang tak bagi ke? Kalau abang tak izinkan, Lola takkan pergi"

"Berapa lama?"

"Lebih kurang 3 hari saja"

"Pergilah. Abang izinkan. Tapi....Jaga diri kat sana. Call abang selalu"

"Betul ke abang bagi? Anak anak macam mana?"

"Abang boleh handle. Sayang jangan lupa pula bagitau dorang nanti. Abang naik dulu. Mengantuk pulak"

Lola sekadar menghantar langkah suaminya dari ekor mata. Diam diam dia tersenyum. Tak sabar dirasakan mahu ke luar negara. Teruja sangat!

Lola berjalan beriringan Ania keluar dari balai ketibaan. Dari jauh Nelly sedia menunggu kelibat Ania dari tepi kereta.

Namun sedetik air mukanya berubah sebaik melihat gerangan di tepi Ania.

"Lola, meet my partner..Nelly. And Nelly this is Lola" Ania memperkenalkan kedua mereka. Lola menghulur tangan pada Nelly dan disambut oleh Nelly dengan agak gugup.

"I beg u know her really well" ucap Ania cukup perlahan namun jelas pada pendengaran Nelly. Dia memandang wajah Ania meminta penjelasan tetapi dibalas senyuman sinis.

BERSAMBUNG...

happy reading!❤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience