Terketar seluruh inci tubuh Ania. Dengan bacaan Ayat Kursi, seluruh tenaga dikerah untuk berlari menghampiri pintu. Sedikit lagi Nia. Sedikit je lagi! Kau boleh!
Tertoleh ke belakang kepalanya saat suara menyeramkan itu mengilai makin mendekati. Belum sempat tombol pintu dipulas, pintu itu terlebih dahulu terbuka dari luar. Tanpa sempat berhenti Ania akhirnya berlaga badan dengan Harraz atau erti kata lain, BERPELUKAN.
Tercengang pemuda itu. Jantungnya tiba tiba sahaja buat hal. Haruman Strawberry dari rambut isterinya membuai jiwa kelakiannya. Nafsunya melonjak lonjak menginginkan wanita itu. Namun semuanya pudar apabila dapat dirasakan cecair hangat membasahi dada bidangnya bersama esakan. Segera Harraz menolak bahu Ania menjauh supaya dia dapat melihat wajah itu.
"Hey... Kau dah kenapa ni?"
"Sa...sana! Di...dia terbang! Tolong saya Harraz! Dia nk bunuh saya!"
Harraz memanjangkan kepalanya menjenguk ke arah seluruh genap ruang tersebut sebelum dia kembali memandang isterinya.
"Hey..."
"Dia pen..penuh de..dengan...da...dar...rah!" ujar Ania masih lagi ketakutan.
"Hey Nia! Stop! Boleh tak kau jangan nk meracau! Stop being like this! Kau buat aku takut dengan kau!"
Mata Ania tunak memandang tepat mata Harraz. Wajah itu sayu. Mata itu sarat dengan kesedihan. Itulah yg Harraz dapat lihat dari mata Ania kini.
"Percayalah Harraz. Saya tak tipu! Dia ada! Saya sumpah dia ada tadi! Tolonglah percaya!"
"Stop Nia! Esok aku nk kau ikut aku jumpa Pakar Psikiatri!" ujar Harraz sebelum berlalu menuju ke atas.
Langkah terhenti. Teringat akan hadiah yg ingin diberi pada Qila. Terus diterjah semua laci yg ada. Namun tiada. Harraz mula kalut.
"Mana kau sorok kunci dalam ni?!" tengking Harraz. Terhinjut kedua bahu Ania. Hatinya beristighfar menahan rasa takut.
"Kunci apa? Saya takde ambik"
"Kau jangan nk tipu aku Nia! Bagi kunci tu sekarang!"
"Sumpah saya tak ambik"
"Keluar sekarang! Selagi kunci tu kau tak jumpa, selagi tu kau jangan jejakkan kaki dekat rumah aku!" jerkah Harraz bersama tarikan rambut yg kuat sehingga terjerit Ania. Rambutnya ditarik kejam seolah olah terpisah dari kulit kepala.
Harraz menunjal kepala Ania keluar. Pintu dihempas kuat. Jatuh terduduk Ania di situ. Esakan tangisnya dikawal.
Kenapa kau layan aku macam ni Harraz? Apa salah aku? Kenapa kau kejam? Kenapa kau nikahi aku?
Sejam dia menangis, akhirnya Ania bertekad untuk mencari kunci tersebut. Entah bagaimana rupanya, dia sendiri tidak pasti. Tuala yg disidai diambil . Lalu dililit menutup seluruh rambutnya. Tanpa hala tuju Ania berjalan mengikut kakinya melangkah. Sejam setengah dia berkeliaran di jalan yg sunyi sepi. Kasut tumit tinggi dari tadi tergantung di tangan.
Mesti tertanya tanyakan kenapa kasut tumit tinggi? Sebab dia hanya ada kasut itu sahaja. That's the answer!
Sepasang kaki yg terluka tak dihiraukan. Yg penting kunci tersebut.
'TAMAN DAN TANAH PERKUBURAN SERI PELANGI'
Ania masih lagi berjalan tanpa sedar di mana dia berada. Signboard pun tak dilihatnya. Sehinggalah...
batu nisan terletak elok di depan kakinya. Ania melangkah ke belakang. Terkejut melihat dirinya di Tanah Perkuburan malam malam begini.
Lebih parah saat rintik rintik hujan mulai membasahi dirinya. Dengan kudrat yg kian menipis, Ania cuba melangkah pergi namun langkahnya terhenti saat terpandang segugus kunci berwarna emas terletak elok di atas sebuah kubur. Nak taknak Ania menuju ke sana.
Kunci diambil. Untung terdapat nama Harraz terletak elok di salah satu kunci tersebut. Jadi tidak dapat disangkal lagi itulah kuncinya. Senyuman terlakar di bibir pucat Ania.
Tiba tiba mati senyuman itu. Wait! Macam mana kunci ni boleh ada di sini?
Serentak itu pandangannya jatuh pada batu nisan kubur itu.
'ANIA MAISARAH BINTI MUHAMMAD ALVIN'
Tergamam Ania. Langkah seribu diambil. Tangisannya jatuh dengan lebat. Entah di mana silapnya, kakinya tergelincir sebelum kepala terhantuk kuat pada batu yg ada di situ. Perlahan lahan matanya terkatup. Hujan masih setia menemaninya. Semakin lama semakin lebat....
SEKALI DAH BUANG, TAKKAN MUNGKIN KUTIP BALIK RIGHT? OR KAU NI JENIS LUDAH LEPAS TU JILAT BALIK? - ANIA MAISARAH
HINA SANGAT KE ABANG DI MATA SAYANG? - MEGAT HARRAZ FIRDAUS
CINTA TU HADIR TAK DIPINTA. BEGITU JUGA PERPISAHAN. SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN. SAMA ADA MAUT MENJEMPUT, MAHUPUN TAKDIR YG MENENTUKAN. SURATAN SETIAP MANUSIA ITU SUDAH TERTULIS SEBELUM LAHIR LAGI. JADI MENGAPA HARUS KITA BERLAGAK SEPERTI TUHAN?
Share this novel