RDD 40

Romance Completed 54733

Ania pov

Atas bawah rumah yg bnyk beri kenangan buat aku ditilik. Satu keluhan terbit. Kau memang puaka kan? Kalau boleh aku taknak langsung jejakkan kaki ke sini tapi berakhir di sini jugak. Malang kan hidup aku? Tapi yg pelik, nasib aku malang ke kau yg puaka eyh? Jangan jangan Harraz tu MEMBELA tak? Tu yg asyik aku je nampak MAKHLUK tu. Bagilah pulak mamat tu kena.

Ish apa kau merepek ni Nia? Malas melayan perasaan sendiri aku bukak pagar lalu memboloskan diri ke halaman rumah ANAK RAJA sorang ni.

Eh jap, kenapa gelap sangat ni? Rumah ke gua ni? Encik suami ada ke tak? Kalau dia takde memang aku cau lah.

Oh nasib baik ada orang. Tidur kut tu yg sunyi.

SRTT!!

Senyuman nakal aku pamer. Rasain lo. Tak dapat lepas dekat tuan, kasut pun jadi lah. Kasut yg sedia jauh terdampar kerana sepakan aku tendang makin jauh nun sana. Puas hati gue... Haha

"Kau buat apa tuh?" soal satu suara.

"Oh mak kau terbang!" latahku. Ciss makhluk depan ni boleh pulak gelak... Wow baru beberapa hari tak jumpa dah pandai gelak guysss!

"Kau buat apa datang kat rumah aku and tadi kau buat apa?" aku lihat mukanya kembali serius. Mamat tu creepy lah. Kejap elok kejap serius ada split personality ka?

"Kalau bukan rumah awak, rumah siapa lagi saya nk pergi?" soalku kembali. Sempat lagi nk sindir aku. Tak reti bahasa ke orang penat. Baru lepas naik flight then pergi hospital jaga ayah kau jugak. Tidur pulak atas kerusi. Nasib tak patah leher aku. Kalau patah aku ganti dengan leher kau lah jawabnya.

"Woi! Kau dengar tak apa aku cakap?" soalnya menyedarkan aku dari lamunan. Hehe malu kut. Kena tegur dengan encik suami sengal.

"Tak...boleh awak tepi tak? I'm tired" kataku malas hendak bertengkar.

"Jawab soalan aku. Kau buat apa tadi?"

Haa sudah... Nk jawab betul betul ke?

"Taknak jawab sudah. Tepi aku nk keluar!"

"Eh jap!"

Tak jadi langkah Harraz untuk keluar. "Apa lagi?" soal Harraz geram.

CUPPP!

Berubah habis wajah masam Harraz.

"Tu untuk mengubat rindu saya pada awak. Bye and good morning. Saya tidur dulu" terkedek kedek aku lari masuk bilik bibik kat bawah. Tak sempat kut nk panjat bilik aku kat atas. Lagi pun bilik bibik bawah ni bukan ada orang duduk pun. Sebab rumah ni pun takde bibik. Fungsi bilik ni apa pun aku sendiri tak tahu.

Aduii buat malu je.. Mesti dia cop aku gatal kan? Haha. Aku bertekad Harraz yg aku akan ubah kau. Waktu tu kau nk lepaskan aku akan aku ikhlaskan semuanya.

FLASHBACK...

Usai Puan Sri Halimah menceritakan bagaimana terjadinya pernikahan antara dia dan Harraz, Ania diam sejenak.

Tak disangka dia berkahwin tanpa cinta. Kata Bonda, Harraz dipaksa berkahwin dan kerana tekanan itu Harraz membawanya ke rumah dan memperkenalkan dirinya sebagai bakal menantu rumah itu. Dan Harraz juga mengaku bahawa tiada cinta antara mereka pada Bonda sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Gila tak gila punya mamat tu.

"Bonda percaya pada Nia?" soal Ania tiba tiba.

"Apa maksud Nia?"

"Bonda nak Harraz berubah kan?"

Puan Sri Halimah angguk mengiyakan.

"Bagi Nia masa. Nia akan berusaha ubah Harraz. Dan lepas tu kalau dia nk lepaskan Nia pun takpe" kata Ania tenang.

Puan Sri Halimah pandang wajah menantunya tak percaya. "Be..betul ke Nia?"

"Nia tak berjanji. Tapi Nia akan usaha. Bonda hanya perlu tunggu" sambung Ania lagi. Sesungguhnya dia tak main main dengan katanya. Dia dah pasang tekad untuk mengubah seorang Megat Harraz Firdaus ke jalan yg benar. Inshaallah... Moga semuanya dipermudahkan.

"Terima kasih Nia. Bonda tak tahu nk balas macam mana kat Nia"

"Cukuplah Bonda terus membimbing Harraz dan keluarga Bonda. Itu dah memadai"

Ania membalas senyuman Puan Sri Halimah dengan senang. Biarlah kali ni dia membantu orang yg memerlukan walau dia sendiri mempunyai masalah.

END FLASHBACK...

Manakala pipi Harraz memerah bagai buah tomato. Tangan naik mengusap kesan hangat ciuman Ania di pipi. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum.

Dia kembali melangkah masuk membatalkan niat untuk keluar lalu bilik tidur ditujunya bersama senyuman lebar yg masih lagi terukir. Inikah yg dinamakan cinta?

Sejujurnya aku masih keliru dengan kejadian malam tadi. Saat isu kedua ibu bapaku dibicarakan. Setelah aksi pelukan tu Bonda dan Ayahanda tertidur selepas mereka menangis.

Walau hati aku meronta ronta nk tau apa sebenarnya yg jadi, aku endahkan saja sebab kesiankan mereka berdua. Namun pagi tadi Bonda aturkan perjumpaan kami bertiga hari Isnin. Kiranya masih berbaki 2 hari lagi aku perlu tunggu. Tetap saja aku tak boleh sabar. Jiwa kuat mengatakan ada something yg terjadi between family aku dan Harraz. Kalau tak takkan mungkin Bonda dan Ayahanda sampai menangis bila tahu siapa ibu bapa aku. Pelik kan?

"Kau menungkan apa tu? Aku lapar lah!"

Ya Allah makhluk sekor ni memang takde adab ke?

"Waalaikumussalam... Tunggu kejap tak boleh ke?" soalku sebal. Sempat jugak aku selitkan sindiran. Nk gelak jugak lah tengok muka cemberut dia.

"Sekejap apa bendanya... Dah dua jam kau kat dapur. Satu barang pun tak berusik. Termenung je kerja ingat aku tak nampak?"

"Whatever lah. Apa kata kalau lapar sangat, masak sendiri" kedua kening aku jongket ke atas.

"Kau lah masak. Kau isteri kan.. Suami kerja dia goyang kaki" balas Harraz tak nak mengalah. Poyo!

"Bukan Qila ke isteri awak?" soalku menduga. Jangan ingat kejadian tempoh hari aku dah maafkan. Memang silap besar lah. Sebab luka tu masih tersemat dalam hati aku.

"Sejak bila aku kahwin satu lagi? Ke kau yg tak sabar sangat nk madu? Aku okey je. Tak rugi apa pun. Untung adalah"

PAP!!!

Aku hempas pisau kasar ke meja. Kalau melenting aku harap sangat tertusuk perut mamat nih!

"Awak ni kan memang tak reti mintak maaf ke? Sakit tau tak kena lempang. Tangan awk tu dah la macam gajah! Nah, sekarang ni awak masak sendiri. Malas saya nk hadap manusia macam awak ni. Huh!" laju aku berjalan tanpa sedar lantai sedikit basah sehingga tubuh aku mula hilang imbangan.

Oh no! Pinggang aku... Now aku harap aku dapat terbang... Tapi kejap. Asal tak sakit sakit ni.

Mataku terbuka luas. Secara tak sengaja bertembung dengan mata Harraz. Agak lama. Kenapa lah muka kau ni heeelok sangat tapi perangai haaaanat sangat?

BUKK!

Tubuh badan Harraz mengerekot dek makan siku Ania di perutnya. Minah ni pakai ilmu apa yg sakit sangat ni?

"Balasan sebab ambik kesempatan dalam kesempitan" ujarku sebelum berlalu.

"Hoi Nia! Kalau aku tak ambik KESEMPATAN dah lama kau cium lantai tau tak?" katanya sambil berlari mengejarku tapi sayang aku lebih pantas menutup pintu.

Di balik pintu aku tersandar lemah memegang dada. Kau menang Harraz. Aku tewas dalam pernikahan tanpa cinta ni...

BERSAMBUNG...

komen and follow... goodnight...><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience