Sebaik kereta limo diiringi pasukan polis berhenti, bergegas Ania lari keluar dari kereta. Kesemua bodyguard serta polis kerajaan turut berlari sama mengejar langkah si gadis.
Mata mata yg memandang tak dihiraukan. Yang penting saat ini adalah ayahnya. Dia perlu melihat keadaan ayahnya segera.
Alice, Amzan, dan Alisya memandang ke arah tapak kaki kuat mendekati. Semua pegawai polis dan bodyguard terlatih khas beratur panjang ke dinding sebelum tabik hormat pada keluarga besar itu.
"Mummy....!" Alice pandang anaknya tak berperasaan. Sungguh waktu itu perasaannya bercampur aduk. Antara gembira dan sedih. Dia tak tahu.
Alisya pula teresak esak dengan khabar ayah mereka dan ibunya yg langsung tak memberi reaksi sejak tadi. Apa dah jadi pada family yg dulu gembira bersama?
"Mummy...Daddy okey tak?"
Alice balas soalan dengan renungan kosong.
"Mummy!"
"Nia...tenang. Calm down...." pujuk Amzan lalu bahu sang adik dipaut rapat ke dada apabila Ania menerkam ke arah Alice dengan agresif.
"Along....Daddy....Nia nk jumpa Daddy" rengek Ania sayu sebelum melorot jatuh.
"Nia tak boleh macam ni. u need to be strong! Daddy tak apa apa" masih lagi Amzan memujuk sang adik.
Tersedu sedan bunyi tangisan bergema. Alice bangun berjalan ke tanpa menoleh sesiapa.
Faham akan situasi tegang, Amzan mengisyaratkan Alisya supaya kekal diam dan tidak mengikuti Alice.
Lama Amzan pangku Ania yg terduduk di lantai sebelum tangisan gadis itu reda. Kemudiannya disambut dengkuran halus.
Belum sempat Amzan bertindak, dua orang muncul di depan mereka yg mana mampu buatkan Amzan dan Alisya terkejut buat seketika kembali ke alam nyata....
"Ria......." seru mereka berdua.
------------------------------------------
"Nia baliklah dulu. Kan baru sampai. Sebaiknya rehat. Kandungan perlu dijaga. Stress macam ni tak elok untuk baby. Balik lah ye"
"Taknak! Along ni suka paksa!" balasnya geram. Sedikit membentak. Mana taknya kalau Amzan asyik paksa dia pulang berehat. No! Dia nk tunggu juga.
"Balik lah Nia. Along,Angah dan adik ada di sini. Kalau ada sebarang khabar kami akan hubungi Nia. Tambah pula Nia masih belum jamah makanan. Tolong jangan seksa baby dalam perut tu...Nia tak kesiankan dia ke?" dalam tenang Alisya menyoal. Sengaja dia bermain dengan psikologi Ania. Mudah sikit makan kata.
Lama dia berfikir, anggukan pasrah juga akhirnya.
"Fizz, kau hantar dia pulang" arah Amzan.
"Eh takpe. Biar saya saja" celah Alex yg menjadi patung cendana buat masa yg lama.
"Ermmmm...jaga dia baik baik. Anything inform me!" pesan Amzan dibalas senyuman dari Alex.
Buat pertama kali Alex setia tersenyum ke arah Ania menemani gadis itu berjalan keluar hospital. Keadaan yg lenggang agak sunyi bersapa awan nan mendung.
Andai Nia bukanlah jodoh Alex, akan Alex terima segalanya. Alex akan jadikan cinta ini rasa terindah dalam hidup dan kenangan kita bersama menjadi memori terbahagia dalam kamus hidup Alex. Cinta tak seharusnya memiliki. Dan cinta memerlukan pengorbanan. Jika sudah ditakdirkan senyuman Nia bukan buat Alex, tetap jua Alex bergembira. Kerana kebahagiaan Alex terletak pada kegembiraan Nia....
Leka Ania mencari hp di handbag, sebuah kereta hitam meluncur laju ke arahnya. Tiada tanda tanda berhenti.
"Nia!" Alex yg sedia terlatih dalam situasi begini, segera memeluk Ania erat. Tanpa sedar sepasang tangan merakam aksi mereka.
Hendak bernafas lega,namun kereta tadi kembali menyasarkan mereka yg berada di tempat parking sunyi.
Berdencit tayar kereta....
Alex tolak Ania ke tepi sebaik kereta tadi menuju ke arah mereka berdua. Nasibnya malang setelah kereta itu merempuh kuat badan sasa Alex sehingga terpelanting jauh ke sebuah kereta sehingga cermin pecah.
Ania jatuh dia atas handbag miliknya dengan raungan kesakitan setelah kaki kirinya sempat dilanggar. Perlahan lahan pandangan jatuh pada tubuh kaku Alex tidak jauh darinya sebelum semuanya menjadi gelap.
BERSAMBUNG...
huhu done updated. tragis betul. semua yg suka kat ania mati kan. sama macam zalin. jangan nanti harraz pun mati tak? hahaha! tadi sy sempat curi2 taip then x sempat dah. ni sambung kejap astu nk tido dh. tu yg pendek. haha. ok kita dah nk sampai ke konflik utama. scene dimana cerita ini dihasilkan LOL. sekian. see u alls nanti. love bnyk2. maaf andai ada typo...
Share this novel