Tangan tua itu dikucup penuh kasih. Rindu pada ibunya kian menggebu.
Wajah tanpa secalit senyuman itu mampu membuatkan Puan Sri Halimah tersenyum gembira. Hati tuanya benar benar terpaut.
2 BULAN KEMUDIAN...
Majlis perkahwinan antara Ania dan Harraz dilakukan secara besar besaran. Para tetamu yg hadir bukan calang calang orang. Disertai wartawan yg tak lekang mengambil gambar mempelai yg terserlah senyuman plastik!
'Adoi naik lebam la tumit kaki aku ni haa pakai kasut 10 inci ni. Mentang mentang dia tinggi macam zirafah, sesedap secukup rasa je dia paksa aku pakai benda alah ni. Hish!' dijeling Harraz disebelah. 'Amboi plastiknya senyuman mamat ni! Eh kejap aku pun sama jugak kan? Bongok punya Nia' kepalanya diketuk ketuk sampai puas hati.
"Yg kau dok ketuk kepala macam tu dah kenapa? Teringin sangat nk kena cop gila? Sedar diri sikit kau tu isteri CEO TERBESAR dekat Malaysia ni!" ujar Harraz keras.
Nk meletup pula kepala Ania. "Baiklah abang. Saya akan ingat PESANAN SAYANG abang kepada saya" balas Ania sinis. Nasib masih ingat pesanan Mak Mah supaya layan, hormat dan jaga suami dia. Kalau tak ni haa kaki dah naik atas kepala mamat sekor ni.
"Mulut kau ni boleh tahan jugak kan...Tak padan dengan minah kampung. And one more thing, jangan panggil aku abang. Sejak bila entah aku jadi abang kau..Huh!"
'Eii mamat ni memang tempah bala sungguh la'.
"Well minah kampung pun ada mulut jugak. For your info, dekat kampung tu banyak orang tanam pokok cili...tu yg PEDAS. Untuk permintaan pertukaran panggilan tu SAYANG nk minta maaf sebab i still need to call you ABANG. Even SAYANG sendiri tak hiiiinginnnn nk sebut alah tu" ditinggal Harraz sendirian di situ. Kaki dibawa masuk ke dalam rumah agam Puan Sri Halimah atau BONDA.
Pintu bilik biru laut diterjah Ania. Wajah lena si kecil mampu membuatkan semua beban Ania hilang.
Jujur pertama kali dia bertemu dengan anak SAKA kat luar tu dia dah jatuh sayang pada budak tu. Rasa macam anak dia pulak. "Mama harap kamu dapat gantikan tempat anak mama" bisik Ania sebelum gadis itu mengucup lembut pipi si cilik.
MASUK je dalam bilik..pemandangan tak berapa nk indah bermain di matanya. 'Huh! mamat ni tak reti nk tidur ke?'
Nk taknak tuala mandi dicapai. Shawl yg melilit di kepalanya dirungkai perlahan lahan. Rambut blonde asli miliknya terungkai saat pengikat rambut ditarik.
Terpana Harraz melihat mahkota gadis yg bergelar isterinya. "Amboi...kau pakai tudung nk sorok kau colour rambut rupanya. Cehh, minah fake betul" kutuk Harraz selamba. Tak terdetik rasa bersalah langsung.
"Cuba abang mari tengok dekat sini. Baru tahu ni asli ke fake!" tegas nada suaranya. Rambut dia original kut. Sesuka hati cop fake. Pintu kamar mandi dihempas kuat. Nasib tak tercabut pintu tu.
"Woii! Kalau tercabut pintu mahal aku tu...aku gantung kau jadi ganti!" teriak Harraz. Runsing juga kalau pintu kamar mandinya tercabut. Tak ke naya. Sudahlah dia jenis tak suka mandi dekat kamar mandi utama. Dia lebih suka privasi.
"Kalau tercabut ganti la pintu yg baru...Abang kan KAYA sangat!" balas Ania dari dalam bilik air.
"Ehh minah ni...melawan pulak kerja. Kalau tahu macam ni, aku lebih rela bersama dengan Arluna" ujarnya tiba tiba. Perasaan bersalah mula menghimpit dadanya.
Ania membaringkan badannya secara melentang. Pandangan tepat dihala ke arah syiling bilik. Baru sahaja tadi dia mendapat panggilan dari SESEORANG. Nasihat yg diberi benar benar menusuk jantung Ania saat SESEORANG itu berpesan supaya taat kepada suami. Jangan sampai jadi isteri derhaka.
Harraz melangkah keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala. Tangan naik melucut tuala dari pinggang sehingga menyerlahkan boxernya sahaja.
Ania meneguk liur. "Er....a...abang dahaga tak? Nak Nia buat air?"
Pelik. 'Sejak bila pulak minah ni jadi baik?..Insaf dah kut' gumam Harraz.
"Hmm boleh lah. Aku nk kau buat a cup of tea"
Macam lipas kudung Ania berdesup keluar bilik. Tercengang Harraz. 'Macam kena kejar dek harimau je'
Lima puluh minit dah Harraz menunggu. Kelibat Ania tak jugak muncul muncul. Jam pula sudah mencecah angka 1 pagi. "Minah ni buat air ke tenggelam dalam air?" monolognya sambil kaki dibawa ke dapur.
Gelap gelita sahaja yg menjengah ruang mata Harraz saat kaki menjejak lantai dapur. Terkekut Harraz melihat sekujur tubuh terbaring kaku di lantai dapur.
"Nia kau ke tu? Kau jangan main main...Aku tak suka...Woii bangunlah!" kaki Harraz menyepak kepala gadis yg terbaring menghadap lantai perlahan.
Bulu roma Harraz naik menegak. Tiba tiba telinga menangkap bunyi pelik....Bunyi tin diseret. Sayup sayup menerjah telinga Harraz.
TING.....TING....TING...TING...TING...TING...TING....TING....BUARGHHHH! terus terjelopok Harraz di sisi gadis yg terbaring tadi. Air mata jantan Harraz keluar laju..
Share this novel