Alvin memegang dadanya yg dirasakan perit. Seluruh anggota tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan elok. Akibatnya dia tumbang.
Alice menjerit nyaring. Berpusu pusu para bodyguard menerjah masuk. Alice hanya mampu melihat kelibat suaminya yg diusung keluar tanpa dapat berbuat apa apa.
Perasaan resah masih setia di hati. Ya Allah Engkau lindungilah anak anak ku dari sebarang ancaman yg berkaitan ilmu hitam. Ku mohon padaMu Ya Tuhan. Sesungguhnya Engkau maha Pengasih Lagi maha Penyayang.....
Aria mengemaskan pelukan erat pada lengan Alisya seolah olah tidak mahu melepaskan gadis itu. Dari tadi lagi hatinya berasa kurang enak. Macam ada sesuatu yg bakal berlaku. Dan dia pasti sesuatu yg bakal berlaku itu bukanlah perkara yg baik.
Basah tudung yg dipakai. Tangan naik menyapu dahinya yg berpeluh. Tiba tiba Alisya menarik lengannya.
Muka Aria jelas berkerut dengan pandangan yg menyatakan, 'Kenapa!'
"Angah nk pergi toilet kejap. Adik tunggu sini dulu....kalau taknak tunggu sini, tunggu dalam kereta je senang"
"Alaaaa.... Angah melepas dekat rumah je lah please.... Tk payah lah kat sini" pujuk Aria seboleh mungkin.
"Kenapa pulak?"
"Adik rasa tak sedap hati la Ngah"
" No. Kakak nk melepas jugak. Tak tahan ni. Dah dah...jangan fikir mengarut. Everything just fine. Takde yg perlu adik risau" dia pergi meninggalkan Aria sendiri di situ.
"Angah!!!!" lantang suara itu memanggil sehingga para pengunjung mula memandangnya namun Alisya langsung tidak menghiraukannya malah semakin mempercepatkan langkahnya pula.
Aria mendengus lemah. Perasaannya kuat mengatakan bahawa dia diperhatikan tapi jenuh diintai tak pula dia melihat kelibat orang yg mencurigakan di situ.
Alisya mencuci kedua tangannya menggunakan sabun. Bibirnya sekali sekala bernyanyi kecil.
"Arghhhhhhhhh!!!" bunyi pekikan tersebut menyebabkan Alisya berlari keluar. Aria tiada. "Mana kau ni dik?" monolog Alisya sendiri. Ruangan tandas itu sunyi sepi kerana lokasinya yg agak tersorok dari laluan para pengunjung. Tiba tiba mata Alisya menangkap bayang Aria yg dipikul oleh seseorang. Perasaan takut mula menyerbu.
'Tapi adik rasa tak sedap hatilah' terngiang ngiang kata kata itu. Tak tunggu lama, Alisya mengejar langkah si lelaki. Saat kaki sudah mencecah kawasan luar Mall, dia kalut tatkala byg si lelaki hilang. Terduduk lemah Alisya. Teresak esak menangis hiba. Namun saat kepalanya dipanggung ke hadapan, terlihat lelaki tadi tersenyum mengejek ke arahnya. Tanpa berfikir panjang, kakinya mula melangkah melintasi lebuh raya besar itu. Sedikit lagi hampir tiba ke tepian,
"BUMMMMMMM!!!"
Terangkat tubuh kecil Alisya lalu terhentak pada bumbung kereta yg melanggarnya sebelum tubuh itu terpelanting jauh ke belakang. Darah pekat mulai membasahi permukaan jalan. Namun mata Alisya tak lepas dari memandang lelaki tadi. Terbelalak matanya menyaksikan apa yg terjadi sebelum dia menghembuskan nafas berat lalu memejamkan mata.
Tergopoh gapah Amzan berlari ke bilik pembedahan. "How?"
Fizz menggeleng.
Amzan meraup wajahnya sendiri. "Takkan takde langsung sebarang petunjuk?"
"Takde. Saksi pun takde"
Terduduk lemah Amzan.
"Jangan risau, aku akan usaha sedaya upaya cari siapa yg langgar Alisya. And for adik kau, aku dah tahu mana dia berada. Just tunggu masa nk serang" bohong Fizz. Walau hatinya menegah tapi dia terpaksa. Bukan sengaja namun ini demi keselamatan Amzan dan keluarganya juga. Maafkan aku Am....
"Tapi macam mana kalau adik aku kena seksa?"
"No, aku janji aku akan bawak adik kau selamat tanpa sedikitpun luka dekat badan dia"
Amzan hanya mampu membalas dengan anggukan. Satu persatu kejadian menimpa keluarganya. Apalah nasib.
Ania melangkahkan kaki ke dalam rumah Harraz. Kenangan semalam kembali berlayar. Perit untuk ditelan namun itulah kenyataan.
Seluruh ruang tamu yg tadi gelap gelita menjadi terang benderang apabila suis lampu utama dihidupkan.
Kosong. Dia keluar ke?
Taknak berfikir sangat, Ania mengambil keputusan untuk merehatkan mindanya di bilik. Siang mula melabuhkan tirai. Bunyi azan berkumandang tidak mampu membangunkan Ania dari lena.
"1...2...3...1...2...3...1....1 orang tengah tidur... 1 tengah bangun...1 + 1 sama dengan 2...."
Terpisat pisat Ania bangun saat satu suara menerpa telinganya. Seluruh bulu roma menegak. Pantas kepala dipusing menghadap hadapan. Bulat matanya memandang MAKHLUK itu terapung di atasnya.
"Dah bangun pun puteri beradu.. Senang. Tak perlu nk mengilai bagai" ujarnya. Darah yg ada di dalam mulutnya mula menitis ke muka Ania.
Pantas Ania berlari keluar namun terbantut saat rambutnya ditarik kasar. Nak terkehel kepala Ania dibuatnya.
"K...Kau n...nk...a..ap...apa?"
Gadis menyeramkan itu ketawa seram. Hampir membuatkan Ania pengsan ketakutan.
Jari yg berkuku panjang itu mengelus kasar pipi Ania. Terketar ketar seluruh tubuh badan saat menerima sentuhan ngeri tersebut dengan mata yg terpejam.
"Aku nk nyawa kau... Boleh?"
SESUNGGUHNYA DOSA SYIRIK PADA TUHAN ITU AMATLAH BESAR. JADI MENGAPA MASIH ADA YG LEKA? - ANIA MAISARAH
Share this novel