"Tak makan jugak?" soal Puan Sri Halimah dari jauh.
Bibik Yati tunduk mengangguk.
"Haih...apa nak jadilah dengan Harraz ni. Seminggu tak keluar bilik. Tunggang langgang satu office dibuatnya. Dahtu taknak makan pulak. Nak mati ke budak tu?" menyinga wajah Puan Sri Halimah kenangkan sang anak.
Bibik Yati diam menadah telinga setiap bebelan majikannya itu. Nk dibalas, itu cari maut namanya.
"Sudah! Kamu bawa dulang ni turun bawah. Mulai dari sekarang stop hantar makanan untuk dia. Biar mati kebulur dalam tu"
"Tapi Puan..."
"Sudah. Turun siapkan lunch. Tan Sri pulang nanti"
Bibik Yati patuh lalu mengangkat dulang ke bawah.
Puan Sri Halimah senyum mengejek.
"Mari kita tengok ego siapa lagi tinggi"
Bukan dia tidak tahu,makanan yg dihantar dijamah sedikit oleh Harraz. Tapi dek kuantiti yg diambil terlampau sikit..makanan itu tampak tak terusik.
Jadi macam mana dia tahu, ahh itu senang. CCTV ada memudahkan kerja. Huh, kononnyo nak mogok taknak makan. Baiklah dia sendiri akan ajar anak lelaki yg nakal itu.
"Sayang ni dah kenapa senyum sorang sorang. Ada berita baik ke? Awak mengandung lagi ke sayang?"
Tak semena mena satu tamparan hinggap pada pahanya. Sambil ketawa dia menggosok bekas tamparan padu si isteri. Hai, nikah dengan gangster..gurau sikit silap hari kapak atas kepala. Tapi itulah, gangster kampung ni jugak yg melekat dalam hati dia. Sudah takdir kan..?
"Abang jangan nak gatal sangat boleh tak? Dah tua ada cucu dah pun tapi miang tu tak boleh jugak nk buang"
"Gatal dengan awak juga bukan dengan perempuan lain. Jemput duduk..." kerusi sedia dia tarik buat Puan Sri Halimah.
"Bagitahulah, kenapa awak senyum senyum? Ada apa apa yg abang tak tahu ke?"
"Anak sengal awak lah... Mogok taknak makan. Sudahnya saya betul betul larang Bibik Yati hantar makanan. Baru kena setepek atas muka. Ego melangit sangat kan. Terima lah padahnya"
Dia yg elok menyuap nasi ke dalam mulut ketawa kecil. Itu rupanya cerita dibalik senyuman ceria itu. Ingatkan apalah tadi.
"Sekarang sayang nak biar dia kelaparan?"
"Kalau dia rasa nk makan pandai pandai keluar. Saya dah tua, anak pun tua bangka bukannya 3 tahun. Sepatutnya pandai berdikari. Ini tidak. Hari hari bikin masalah. Siapa tak geram."
"Sabar sayang. Minum ni dulu" segelas air suam disua.
"Minum banyak banyak. Mesti awak dahaga sebab banyak membebel. Takpe lepas ni sambung balik ehh?"
Sekali lagi pahanya menjadi habuan. Tulah kau. Gurau tak kira mood orang. Tengok! Kan dah kena!
"Abang ni! Saya serius tau. Boleh pulak dia main main" rengusnya kegeraman. "Boleh suami biul pun payah jugak"
"Apa? Awak kata saya biul? Sampai hati awak. Suami biul awak ni lah yg sanggup lawan mamat mamat rempit yg nak tackle awak dulu tu ehh"
Puan Sri Halimah mencebik. Kisah lama!
"Yelahh. Sampai lebam biru muka. Ingatkan boleh tolong. Sebaliknya abang jadi badut dorang pulak"
Tersenyum kerang busuk Tan Sri Megat Huraisy dengan sindirang isterinya. Perkara yg memalukam usah diungkit.
Bibik Bibik yg turut ada menahan tawa dengan telatah majikan mereka. Tua tua pun sweet. Gaduh gaduh manja tiap tiap hari. Kaya pulak tu. Untung!
Pasangan itu juga sama padan. Walau sudah berusia wajah mereka masih tampak segak dan cantik. Pakai apa entah...awet muda lagu tu!
Dari kejauhan Fizz memerhati lagak Nelly yg termenung jauh. Niqab dan jubah putih yg dipakainya ditiup angin petang.
Detik detik Ania dan Harriz bergurau senda bermain di matanya buatkan senyumannya melebar tanpa dipinta. Tak sedar air mata turut berjuraian jatuh menitisi tangan.
Laju dia kesat dan ketawa hambar.
"Cengeng lah kau ni Nelly" katanya memujuk diri sendiri yg kesakitan.
Perlahan lahan kedua tangan naik meraup muka. Terdengar esakan kecil dibalik tangan itu.
Fizz sengaja membunyikan tapak kaki agar Nelly menyedari kehadirannya di situ.
Dengar sahaja bunyi tapak kaki, segera Nelly berlagak seperti biasa. Tidak mahu ada yg menyedari tangisannya tadi.
"Weh kat sini kau rupanya..Punyalah aku keliling istana ni cari kau, sini jugak kau menyorok. Orang lain tengah menjamu selera kau pula menjamu angin ke apa? Dah kenyang hirup angin?" Fizz melabuhkan duduk bersebelahan Nelly. Tipulah kalau kata dia tak nampak Nelly menangis. Benda jelas lagikan nyata.
"Saya dah kenyang la makan breakfast pagi tadi. Terbawa bawa sampai tengah hari" tenang Nelly membalas. Matanya terhala ke pemandangan indah di depan tak menghiraukan Fizz yg memberikan pandangan tajam.
"Kau dah kenapa? Breakfast lah sangat. Breakfast dengan sekeping roti bakar amat mengenyangkan. Tak sangka aku wujud spesies macam kau atas muka bumi ni" perli Fizz selamba badak.
Nelly tak membalas sebaliknya tersenyum. Walau tak dapat Fizz lihat dia tahu kerana mata Nelly menjadi sepet.
Cantik. Mahu sahaja dia lihat wajah asli Nelly seperti apa. Tapi dalam mimpi lah kut! Takkan dia nk paksa Nelly buka niqabnya kan...? Tak ke gila namanya tu?
Kepalanya dipalingkan ke hadapan. "Kalau kau rasa nk share something dengan aku, ceritakan. Aku sedia mendengar. Dan kau tahu aku takkan buka mulut tentangnya" lembut dia memujuk. Kerana Nelly nampak agak terganggu sejak sebulan yg lalu. Pasti ada yg disorok gadis itu.
"Awak rasa semua masalah perlukan luahan?" soalnya membuatkan Fizz diam.
"Tak semua awak. Sesetengah perkara elok disimpan buat diri sendiri bila melibatkan maruah orang lain. Ya, saya mengaku saya ada masalah sendiri. Tapi biarlah hanya saya yg tahu. Sekalipun orang lain tahu, jika semuanya sudah benar benar tepat pada masa yg sesuai. Tiada apa yg perlu dibincangkan buat masa ni" tegas Nelly lalu melangkah pergi.
Dia tak kuat. Dia seorang wanita yg lemah. Namun belum tiba masanya dia meluahkan kejadian beberapa tahun lepas yg melibatkan banyak persengketaan terutama pada Harraz, Arluna, Ania dan Aizzat.
Fizz memaku sendirian tanpa niat menoleh atau membontoti langkah Nelly. Jauh dasar hati, dia harap semua ini bakal tamat. Masalah yg dihadapi segera pulih kerana terlalu banyak sudah masa yg terbazir.
*IMBAS KEMBALI*
Malam itu seperti hari kebiasaannya dia kelab malam ditujunya. Tapi satu sahaja yg tak sama. Harinya ini malang sekali. Harraz lebih memilih isteri berbanding dirinya. Berkali sudah dia menelefon Harraz tapi tidak berangkat.
Penting sangatkah gadis itu buat Harraz? Jika penting kenapa wujud dia? Kenapa menabur cinta padanya? Kenapa meluangkan masa bersama dia sedangkan sudah beristeri? Mengapa memberi peluang pada dia untuk berharap? Dasar jantan tak guna!
Berkali kali arak diteguk bagi menghilangkan kekusutan dalam kepalanya. Alunan muzik yg rancak menambahkan lagi ghairah tarian lenggoknya sehingga seorang lelaki menghampiri dia yg menari bersendirian.
Bagai tenggelam dengan semuanya, Harraz muncul di situ secara tiba tiba dan mula merapu perkara yg bukan bukan seolah dia yg berlaku khianat pada cinta mereka.
Kecewa sungguh perasaan Nelly. Hendak menangis atau ketawa dengan kebodohan diri sendiri? Atau patut tak dia buat majlis kesyukuran atas nikmat menjadi kekasih Harraz buat sementara waktu?
Tangan laju menepis sentuhan lelaki tadi. Dia mula sedar dari dunia keasyikan.
"Hey baby...."
Nelly merengus tak suka. Naik geli tekaknya.
"Pergi lah. Aku takde mood kau tahu. Blahh!"
Usai lelaki itu pergi dia jatuh terduduk atas kerusi bar. Gelas arak yg masih berisi dia teguk laju. Huru hara hidupnya dalam masa satu hari. Semua tak kena.
Ibu dan ayahnya buang dia dari keluarga kerana kantoi berhubungan dengan Harraz. Malah Harraz pula melebihkan Arluna dari dia disaat dia benar benar memerlukan Harraz disisi. Untuk memberi semangat. Balik balik Harraz menuduh dia curang sedangkan Harraz terlebih dahulu mengkhianati cinta mereka.
Benar. Hubungan dia dan Harraz bermula dari satu penipuan bagi mengaburi mata Arluna. Tapi siapa sangka mereka akhirnya benar benar jatuh cinta. Dan cinta tersebut membawa dia ke dalam kawah kegelapan yg tak membawa erti langsung. Ianya sia sia!
"Sial! Sh*t! F*ck u Harraz!" lantang suara Nelly mencarut. Terkepal kuat tangannya sebelum naik mengusutkan rambut sendiri.
Bingung harus bagaimana! Dalam stress Nelly perlahan lahan tidak sedarkan diri jatuh menghempap lantai tanpa ada yg peduli akan dirinya.
Kelab yg bingit dengan manusia rancak menari tidak sedar akan apa yg terjadi. Masing masing berada dalam dunia sendiri.
Nelly diangkat masuk ke dalam kereta lalu laju dia memecut kereta menuju hotel. Bibirnya tak henti menguntum senyum sinis.
"Harraz...Harraz... Tak sangka kau sebodoh ni"bergema ketawanya. Nelly yg berada di tepi dijeling.
"Perempuan bodoh!"
BERSAMBUNG...
ok so done for today. terbongkar sudah siapa ayah harriz yaitu harraz. tahniah..hahahahaha. jumpa next chapter.. happy reading and love u guys❤❤❤
Share this novel