RDD 47

Romance Completed 54733

"Bagaimana keadaan dia doktor? Takde yg serius kan? She's fine?" bertalu talu dia tanya dah hati ni cemas. Bukan boleh bawak bincang.

Doktor lelaki bernama Fuaz yg memakai mask itu memerhati wanita di depannya.

"Maafkan saya, tapi boleh saya tahu cik ni siapa? Penjaga mahupun keluarga pesakit?"

"Saya...ermmm...saya.sasaya adik pesakit" gagap Nana membalas.

Musykil Fuaz dengan Nana makin menjadi jadi.

"Cik tak tipu kan?"

"Saya adik angkat pesakit" luahnya jujur. Penipuan pun dah dihidu apa lagi pilihan yg ada.

"Parents pesakit or husband pesakit tak sampai lagi?"

Tanya pasal husband pulak deh. Lelaki tak guna tu nk datang? Kiamat pun dia takkan datang. Huh!

"Er bukan saya tak nak bagitahu tapi parents pesakit tak ada dalam negara. Mereka menetap di luar. Adik beradik kandung juga berada di sana" jelas dia berkata.

Fuaz mengangguk faham. Lain kali cakap lah terus terang ni tak. Kan dah gelabah. Tapi cute di matanya. Ehh apa yg dia melalut ni?

Cermin mata ditarik ke paras hidung. Gaya playboy gitu. But serius cakap dia memang handsome. Ala ala (sesiapa sahaja lelaki yg readers minat. Just imagine them as Fuaz okey?)

"Begini cik, pesakit tidak mengalami sebarang penyakit yg serius. Apa yg dialaminya hanyalah perkara biasa yg terjadi pada ibu ibu yg hamil. Alahan ini mungkin teruk pada awal peringkat jadi saya cadangkan cik banyakkanlah beri perhatian padanya. Keadaan pesakit juga agak lemah kerana mengalami tekanan darah rendah. Jadi make sure cik ikut apa yg nurse cakap nanti. Itu sahaja" serius saja bunyinya. Nak mengorat tu nanti nantilah. Ni kan time kerja. Hehe!

"Baiklah terima kasih Doktor" balas Nana ala kadar kerana dia masih lagi shock dengan kenyataan lelaki itu. Mengandung? Apakah penerimaan Ania terhadap bayi itu? Mampukah Ania terima?

Terlampau khuatir sampai entah bila dia berjalan pergi pun dia tak sedar.

Terpinga pinga Fuaz. Alah! Baru nk mengayat, dah blah pulak dah! Mama orang rasa orang dah jatuh cinta pandang pertama.. Tapi dia tak layan orang! Nak kahwin! Sedih hidup single macam dia. Semua benda harus berdikari tak ada yg uruskan. Penat lah!

-------------------------------

Jauh Ania membuang pandangan. Apa yg ada dalam fikirannya pun Nana tak tahu.

Kerusi di sisi katil ditarik lalu dilabuhkan duduk.

"Boss okay?" ujar Nana.

"It is outside office Nana. Call me KAKAK!"

"Tapi"

"What? I'm older than you so show me some respect"

Menekur wajah itu ke lantai. Bukan taknak panggil tetapi rasa segan pulak.

"Patut tak saya gugurkan budak ni?"

Keras kejung badan Nana dengan soalan maut Ania. Gadis itu sudah tahu?

"Kak.. Dengar sini, saya tahu benda tu jadi bukan atas kerelaan akak. Tapi bayi dalam tu tak bersalah. Dia tak patut menjadi mangsa dalam hubungan akak dengan suami akak. Itu hadiah Tuhan kepada akak. Siapa tahu mungkin kelak lahir ke dunia dia menjadi semangat kekuatan akak"

Tersenyum nipis bibir pucat yg memandang Nana. Tangan meraba permukaan perut yg masih kempis itu.

"Gurau lah. Saja saja tanya. Hihi" mengekek Ania ketawa kerana berjaya mengenakan Nana.

"Ish! Akak ni! Tak baik tau!"

"Kalau akak yg buat semuanya baik.. Tak pernah tak baik. So jangan fitnah ehh? Dosa" balasnya sambil ketawa begitu juga Nana. Tanpa ketahui jauh di lubuk hati, anak yg dikandungnya tak sepenuhnya dia terima dengan ikhlas tapi dia cuba. Kerana dia pernah kehilangan NYA suatu masa dahulu. Sakit teramat!

Tak kira apa yg berlaku, selagi dia mampu dia akan jaga kandungannya dengan kudrat yg tersisa. Dia nekad untuk tidak membiarkan Harraz campur tangan. Lelaki itu langsung tak layak bergelar bapa kepada anaknya!

--------------------------

Fuaz mundar mandir di depan wad Ania. Sudah sejam dia habiskan masa disini, berdiri di luar, tanpa tiada tanda tanda untuk masuk. Untung harini dia off day.

Sebenarnya sejak dari pertamuan semalam dengan gadis genit itu tidur malamnya terganggu bayangan si dia. Lirik mata bundarnya, senyumannya, bulu mata lebat..yg paling tak tahan lesung pipit gadis itu dikedua pipi buat dia rasa nk picit picit je muka anak orang tu. Gatal!

"Ehem... Boleh ketepi tak? Saya nk masuk" muncul seseorang.

Mendadak Fuaz berpaling sehingga wajah gadis itu melekat pada dada miliknya. What?!

Kedua mereka terkedu.

Aroma manis semanis tuannya menusuk rongga hidung Fuaz. Buatkan dia khayal terbayang babak kejar mengejar movie bollywood antara dia dan si gadis.

Melihat Fuaz yg kaku, Nana menapak ke belakang. Gila kau nk cium bau dada anak teruna orang sesuka hati! Tapi sedap jugak bau mamat ni. Nk lagi boleh? Eh astaghfirullah.. Mengucap Nana! Ingat Tuhan!

"Sorry" ucap Fuaz setelah sedar dari angan melangit.

"Eh takpe. Lagipun saya salah juga tegur awak mendadak. Tapi awak ni siapa eh?"

Lah tak ingat rupanya. Sampai hati.. Muka dia tak cukup handsome ke? Nk cakap tak, dekat hospital ni dia yg paling popular.

"Awak tak ingat saya ke? Ni sayalah, doktor yg rawat kakak angkat awak tu"

Bulat mulut Nana tanda faham.

"Maaflah saya tak ingat" jujur Nana. Memang betul pun. Dia susah nk cam muka orang. Kalau dah sekali jumpa sah sah dia lupa terus.

"Takpe" balas Fuaz tersenyum walau sedih.

"Doktor datang nk check kakak saya ke? Kenapa tak masuk?"

"Tak.."

"Dahtu?"

Fuaz tundukkan kepala ke bawah. Malu lah nk mengaku!

Nana pandang pelik ke arah lelaki itu. Ni dah kenapa gedik mengalahkan kucing nk mengawan?

"Doktor nk apa?!" sergahnya geram.

"Nk awak!"

Huh! Apakah?!

Mulut yg gatal cakap lepas ditekup. Macam mana lah boleh tersasul.

"Doktor ni dah kenapa? Demam ke?"

"Tak.. And janganlah panggil Doktor"

"Dah kenapa tak boleh panggil doktor?" Nana menyoal dalam kehairanan.

"Sebab..ermm sebab saya cuti harini. So no more doktor. Call me Fuaz. Lebih gempak ABANG" ajar Fuaz. Malu buang jauh jauh. Nk pikat hati si dara kena lah tunjuk usaha kan. Malu malu beruk, sampai bila bila tak dapat.

Nana rolling eyes ke atas. Rasa annoying pulak dah.

"Saya takde abang. Anak tunggal" beritahu Nana tak dipinta.

"Bukan macam tu maks..."

Terhenti bicara Fuaz apabila Nana melangkah pergi.

Auch sakit nya disini.

Dada sendiri di pegang.

Sabarlah wahai hati. Masih jauh perjalanan. So keep going.

'Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya cik comel. Tunggulah masa tu tiba. Kita kahwin jugak hihi' getusnya sambil ketawa gatal. Bukan gatal biasa. Dah gatal sangat ni.....

BERSAMBUNG...

nah author lanje satu bab lagi.. okey done for tonight.. bye.. have a good dreams nanti tau..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience