Tubuh yg terbaring kaku dipandang Harraz tanpa perasaan. Dia sendiri tak mengerti. Sepatutnya tika ini dia harus meratap sedih tetapi sebaliknya pula yg terjadi. Gembira tak terhingga perasaannya kala itu.
Saat pintu ditolak dari luar, Harraz memakukan pandangannya pada Puan Sri Halimah bersama Harriz melangkah masuk.
Mata si cilik digendongan neneknya memerhati ke arah Ania. Tiba tiba pecah tangis bayi tersebut. Puas dipujuk namun tak berkesan.
"Macam mana keadaan Nia? Ada perubahan?" soal bondanya setelah Harriz dihantar keluar dari ruangan tersebut.
"As always. Nothing change"
Terdengar keluhan berat dari bondanya. "Sampai bila Harraz nk jadi macam ni?"
"What do you mean bonda?"
"Sampai bila Harraz nk menidakkan kewujudan isteri Harraz? Harraz nk tunggu Nia mati macam arwah Luna dulu ke baru Harraz sedar? Cukuplah selama ni bonda butakan mata dengan perangai Harraz yg selalu sibuk dengan hal duniawi sampai hal akhirat Harraz ketepikan macam benda tu tak penting!
Jeda....
Bonda ni dah tak lama Harraz, bila bila masa je tuhan boleh tarik nyawa bonda. Apa bonda nk jawab kalau tuhan tanya kenapa anak bonda tak solat? Kenapa anak bonda menikah tapi tanggungjawab zahir dan batin tak buat? Layan isteri macam sampah! No! Bonda tak sanggup nk hadapi detik tu kalau perangai kamu masih lagi macam ni! Kamu jangan jadi macam ayahanda kamu Harraz! Jangan sampai tuhan tarik nyawa isteri kamu. Masa tu kamu menangis air mata darah sekalipun dah tak guna...tapi satu je yg bonda paling kecewa dan terkilan dengan kamu, cause you're much worst than your father! Renung renungkanlah apa yg bonda cakap. Kalau Harraz memang betul betul benci dengan Nia, lepaskan dia. She deserves better" akhirnya Puan Sri Halimah melangkah keluar. Wajah suami dan cucunya ditatap sayu silih berganti.
Maafkan bonda Nia...kalau bukan sebab bonda, Nia tak perlu hadapi semua ni. Rintih hati Puan Sri Halimah.
Harraz meraup mukanya. Serabut mendengar bebelan dari bondanya sebentar tadi. Semua yg dikatakan bondanya sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. "Sampai bila bila pun aku takkan terima kau"
Bunga ros merah yg diletakkan oleh seseorang ditilik Harraz.
"Kau ni dh kenapa? Kena sampuk?" soal Isyfan merangkap sahabat baik Harraz. "Wah cantiknya bunga ni! Siapa bagi" soal Isyfan lagi.
"Tu lah yg aku tengah fikir ni. Tadi aku keluar makan kejap alih alih bila aku masuk balik dah terpacak benda alah tu kat sini"
"Kau cemburu ke bro?"
"Takde masa aku nk cemburu. Dia bukannya penting pun dalam hidup aku"
Isyfan menggeleng kepala. "Kau tak patut layan dia macam tu. Sebenci mana pun kau terhadap dia , dia still punya perasaan yg perlu dijaga. Woman are created to be protect not to be harm. Jngan sampai kau menyesal macam mana apa yg abang aku lalui lepas kematian kakak aku"
"Kau tak payah samakan aku dengan abang kau. Mentang mentang baru keluar dari penjara terus kau nk sekolah kan aku"
Senyap. Jujur dikatakan Isyfan terasa dengan tutur kata Harraz.
"Ni Aizz tak datang ke?" soal Harraz tanpa ambil peduli wajah Isyfan yg berubah.
"Tak. Tadi dia nk datang sekali dengan aku tapi ada hal mendadak yg perlu dia uruskan. Eh...takpela aku ada hal, gerak dulu" selangkah lagi dia akan keluar namun Isyfan berhenti. "Fikirkanlah apa yg cakapkan tadi" ujarnya tanpa berpaling.
"Don't you miss them?" soalnya kepada Isyfan.
Isyfan koyak senyuman hambar.
"Mampu ke mereka terima Isy lepas apa yg dah berlaku?"
"But it's all just a mistake"
"Mereka kesah ke tu hanya kesilapan? Lagipun Isy taknak malukan mereka dengan kepulangan Isy. Biarlah Isy macam ni. Rasa bersalah Isy pada Kak Chinta masih berbekas. Biarlah ni semua jadi pengajaran buat Isy"
"Kalau tu yg adik nk, akak tak mampu menghalang" ujar Lily. Wajah Isyfan yg dianggap seperti adiknya sendiri ditatap penuh kasih, "Satu je yg kakak nk ucap...EVERY SAINT HAS A PAST, AND EVERY SINNER HAS A FUTURE" tuturnya lalu berlalu pergi.
Terhenyak Isyfan dengan kata kata terakhir tadi.
Bunyi bunyian yg keluar dari kaca tv langsung tak dapat menggamit Qila dari dunianya. Senyuman pula langsung tak lekang dari bibir seksi tersebut.
"Ania...Ania , aku tak sangka kau ni banyak musuh jugak. Memang bagus sebab tk perlu la aku nk kotorkan tangan aku semata mata nk hapuskan kau. Finally, Harraz i'll make sure you'll be mine" bicara Qila dengan gelak tawa yg besar.
"Kenapa kau tikam dia terlampau dalam?! Nasib baik betina tu tak mampus!" soal si dia dengan garang.
Kecut perut Eliza melihat wajah didepannya. Naik mencacak bulu roma. "S...sa..saya...ta...tak...se..sengaja..." jawab Eliza tergagap.
Kalau boleh tika ini mahu sahaja dia menikam dirinya sendiri daripada menghadapi wanita di depannya.
"Kalau sekali lagi kau buat silap, aku takkan lepaskan kau! Ingat! Aku nk dia hidup supaya dia rasa seksanya sebab merampas hak aku! Satu lagi, aku nk kau jauhkan dia daripada Harriz"
Eliza mengangguk lalu beredar.
"MEOWW"
Ngiauan si kucing hitam menyentakkannya yg sedang menahan marah. Sebaik melihat si hitam, hati yg panas mulai menjadi sejuk. Digendongnya si hitam dengan sebelah tangan manakala sebelah tangannya lagi mengambil pisau rambo. Ditoreh isi kulit tangannya. Darah pekat mula melimpah ruah keluar. Haiwan berbulu tersebut menjilat jilat darah si gadis sehingga kering.
Si hitam dibelainya lembut. "Aku nk kau takutkan dia" arahan keras dikeluarkan buat si kucing.
Serentak, mata kucing hitam menjadi merah menyala ditambah dengan bulu si hitam yg mencacak naik seperti sedia untuk menyerang mangsa.
"Aku takkan biarkan kau mati dengan mudah ANIA MAISARAH"
Amzan memerhati Ania melalui cermin yg ada pada pintu bilik yg menempatkan gadis itu. Berair mata Amzan melihat sekujur tubuh kaku si adik. Sesalan mula mengambil tempat di dada. Sesak sungguh rasanya.
Baru sahaja dia ingin dia ingin melangkah masuk, tubuhnya ditolak kasar oleh seseorang.
"Don't you dare come near my sister, MURDER!" ucap Aria kasar.
Jujur Amzan terasa hati dengan kata kata adiknya namun untuk menidakkannya tidak sesekali kerana semuanya salah dirinya. Jika dia tidak memenangkan ego, tubuh itu takkan terlantar di katil hospital.
Tangan naik meraup muka sendiri.
Alisya yg lalu didepannya diperhati. Pasrah hatinya pabila gadis itu langsung tidak menegurnya apatah lagi memandangnya. Jeling pun tidak.
"Kakak...kenapa kakak tidur lama sangat? Kakak bangunlah..." rintihan demi rintihan terbit dari bibir Aria. Tak cukup dengan itu bahu Ania digoncangnya. Aria gagal mengawal emosi saat melihat mata yg terpejam itu.
Wajah yg lama dirindui diamati lama sebelum dia menghamburkan segala beban dan kesakitan di dada Ania.
Alisya cuba menenangkan Aria. Tipu jika dia mengatakan dia langsung tk terkesan dengan keadaan Ania. Masih terawang awang keadaan Ania dibanjiri darah. Sungguh runtun hatinya tak terkata.
Amzan pula memerhati dari luar.
Tubuh Aria tiba tiba terkulai layu. Pandangan mata mulai kelam. Telinganya menangkap suara Alisya dan Amzan yg cemas. Segalanya kian sunyi sepertimana hatinya... Jiwanya mati. Berharap Ania segera bangun untuk menghidupkannya kembali.
Zalin meramas rambutnya kasar. Wajah yg ditayangkan di kaca tv hampir membuatkan jantungnya berhenti berdegup.
"Aku akan cari siapa yg buat kau macam ni Nia! Aku janji!"
Nombor seseorang didailnya.
"Cari siapa yg tikam dia tk kira macam mana sekalipun!"
Hampir sahaja Aizzat dan Harraz di pintu bilik Ania namun deringan hp Aizzat mengganggu langkah mereka. Berkerut kening Aizzat saat menjawab panggilan tersebut. "Baiklah, saya akan ke sana" ucapnya sebelum menamatkan panggilan.
"Kenapa?"
"Kena gerak la. Ada emergency pulak"
"Oo..kalau macam tu pergila"
"Tapi aku nk tengok wife kau"
"Lain kali kan ada"
Nk tknk Aizzat menurut. Selang selepas Aizzat menapak pergi, Harraz melangkah masuk ke dalam bilik Ania. Terus membulat matanya. "WHO ARE YOU?!"
"Don't let the shadows of your past darken the doorstep of your future...."
KENAPA JADI MACAM NI YA ALLAH? MENGAPA DI SAAT HATI INI MULAI MENCINTAI ENGKAU SEKELIP MATA MERUBAH SEGALA GALANYA? - MEGAT HARRAZ FIRDAUS.
Share this novel