FLASHBACK
"Apa ni ayah? Vin tak sedia lah nk pikul tanggungjawab seberat tuh! You know me. I want to enjoy my life cause i'm still young!" bantah Alvin.
"Alvin muda celah mananya?! Usia kamu ni ank dah ramai. Ni tak bermaharajalela kan sangat dunia kamu yg tak berfaedah tu. Aku ni dah tua Alvin, teringin nk ada cucu sebelum aku tutup mata" Mr Chong Alvie atau nama islamnya Alvie Hakim memandang anknya lama.
"Kenapa nk susah susah sangat? Ayah nk sangat cucu kan? Pergi rumah ank yatim kutip je mana satu budak yg ayah berkenan then jadikan cucu. Senang kan? Masalah pun selesai" ujar Alvin selamba tanpa mengira hati tua sang ayah. "Or ayah sebenarnya takut kalau syarikat ayah gulung tikar? Alaa tak perlu kut nk beria sangat, syarikat buruk tu ayah boleh biarkan je. Tak lama lagi musnah jugak"
Serentak itu sebuah tamparan hinggap di pipi Alvin. Kuat dan memedihkan. Dia memandang ayahnya yg sedang menahan amarah bersama senyuman sinis.
"Jaga percakapan kau Alvin! Syarikat buruk tu lah yg beri kau sesuap nasi sampai dah besar panjang macam nih! Tanpa syarikat tu kau dengan aku merempat dekat kaki lima!" hambur lelaki tua itu geram. Semput dadanya menampung kemarahan. Bila bila masa saja dia akan tumbang.
Dengan angkuh Alvin membalas tatapan si ayah " Pembetulan, yg bakal merempat di kaki lima tu ayah bukan Vin!" sempat lagi dia menepuk bahu Alvie riak sebelum keluar dari kediaman milik keluarganya.
Puan Intan segera mendapatkan suaminya saat tubuh yg semakin susut itu hampir tumbang menyembah lantai.
"Ya Allah Abang...bertahan bang. Saya bawa abang ke hospital"
"Aku gagal Intan, gagal mendidik dia. Salah aku sebab aku leka sampai dia terlampau takbur dengan kekayaan Intan. Maafkan aku. Aku bapa yg tak berguna" air mata Puan Intan mengalir laju tatkala Alvie menumbuk dadanya sendiri. Sebak dirinya anak sendiri sanggup buat mereka begini.
Puan Intan menggenggam erat tangan milik suaminya. Lelaki inilah satu satunya cinta abadi dunia akhirat. Takkan ada yang mampu menjadi pengganti. Masih segar di ingatan saat kali pertama mereka bertemu, lelaki kristian yg bersikap sopan itu membantu wanita islam sepertinya. Sejak itulah Alvie mula terpaut padanya dan ingin mengahwininya dan sanggup memeluk islam namun dibantah olehnya. Baginya ianya salah andai lelaki itu memeluk islam semata kerana cinta sehinggalah tanpa pengetahuannya Alvie mula mendalami islam dan tertarik untuk memeluk islam dengan ikhlas. Akhirnya mereka berkahwin juga tapi sayang apabila hubungan itu dibangkang sekerasnya oleh keluarga Alvie.
Tetap saja Alvie melangkah pergi, memilih untuk hidup susah dengannya sedangkan harta keturunan lelaki itu melimpah ruah. Betapa tulusnya cinta sang suami pada Allah dan dirinya bila diberi pilihan antara harta dan islam. Sedikitpun tak terlintas perasaan menyesal menjadikan lelaki ini sebagai suaminya malah dia terlampau bersyukur.
"Intan, jauh mengelamun. Aku panggil pun kau buat tak layan" cebiknya.
Puan Intan lemparkan senyuman "Ada apa bang?"
"Aku nak cakap sikit" Alvie mula membetulkan duduknya tegak menghadap isterinya yg berada di sisi katil.
"Apa dia tu bang? Bunyi macam serius je" sebiji buah epal dicapai. Dia mula memotong kepada potongan potongan kecil.
"Aku nak kau pastikan anak kita kahwin juga dengan Alice tak kira apa pun yg jadi. Aku percaya dia mampu ubah anak kita"
Terhenti tangan yg tadi ligat memotong epal. Wajah sugul dan pucat Alvie dipandang sayu. Tak sangka waktu berlalu terlalu cepat. Wajah itu semakin cengkung dan tubuh itu makin kurus dan lemah. Runtun jiwa sebagai seorang isteri melihat keadaan suaminya begitu. "Apa abang merepek ni? Ish tak baik cakap macam tu"
"Aku tak main main Intan. Aku tahu masa aku dah tak panjang. Mungkin ini menjadi permintaan terakhir aku pada kau"
Berkaca mata Puan Intan. "Abang dah janji takkan tinggalkan saya" gumamnya perlahan cukup jelas di pendengaran Alvie.
"Intan...maafkan aku tapi aku tak mampu jaga kau lagi lepasni walau aku cinta dan sayangkan kau. Tak elok kau cakap macam ni. Berdosa Intan. Sudah ni suratan takdir. Setiap yg hidup pasti akan mati dan setiap yg dicipta akan kembali pada penciptanya" tenang suara itu menyapa gegendang telinga Puan Intan tetap saja seolah olah dia disambar petir.
"Saya tahu bang tapi....saya tak mampu tanpa abang disisi. Ajal maut tu saya tahu benda tu pasti. Tapi saya belum bersedia bang" luah Puan Intan jujur. Bukan tidak mahu terima suratan takdir tapi dia belum bersedia.
Tawa kecil tercetus dari mulut Alvie "Dalam dunia ni Intan takde yg bersedia menerima ajal pasangan atau keluarga mereka dijemput. Masakan bayi yg kecil kehilangan seorang ibu dianggap bersedia untuk terima suratan takdir? Mungkin ada tapi jarang. Sebab kematian ni tak terjangka. Masa abang dah hampir tiba Intan. Tak lama je lagi. Jadi sebelum mata abang tertutup abang nk Intan janji supaya satukan anak kita dengan Alice. Tak banyak yg abang minta. Hanya itu saja Intan" terkejut Puan Intan bila Alvie mengubah panggilan diri. Keras kejung seluruh badannya.
Alvie menarik Puan Intan ke dalam pelukannya. Dia mendekatkan wajah pada telinga isterinya lalu berbisik "Janji dengan abang Intan?"
Dalam tercengang Puan Intan membalas pelukan suaminya dengan erat. "Intan janji bang" biarlah kali ni dia bermanja dengan Alvie sebelum lelaki itu pergi buat selama lamanya dalam hidup dia kelak. Akan dia habiskan sepenuh masa buat insan yg dicintainya sepenuh hati itu sebelum menghadapi kehilangan yg melukakan.
Ariey menjeling sekilas jam tangan di pergelangan tangan kirinya. "Aderhh mana pulak mamat ni? Kata pukul 8, sekarang dah pukul 10. Ingat aku ni patung cendana ke nak tunggu dia kat sini berjam jam. Banyak cantik muka kau... Ahhh kalau tak bukan duit memang dah lama aku blahh!" tangan naik meramas rambut sendiri bila bayang yg ditunggu tak juga muncul.
Sekali sekala kepalanya terjengah jengah mengintai kiri dan kanan jalan. Buat seketika dia berpaling mengejut sebelum jatuh ke dalam pelukan seseorang.
Haruman maskulin menusuk rongga hidung mendesaknya memandang wajah si dia. Beberapa saat dia terpana dengan susuk tubuh kacak itu. Rupanya menggoda habis. Kening yg terukir cantik dengan sepasang mata berbulu jarang tapi lentik dan panjang dibawah pula terletak elok hidung mancung. Jap, tu hidung ke gunung? Bibir lelaki itu pula merah tanda tidak merokok. Tanpa sedar dia menjilat bibirnya. 'Kenapa seksi sangat mamat ni ehh? Look so yummy?'
Alvin tolak kasar tubuh wanita di depannya. Seakan baru tersedar, ariey berdehem.
"Sorry...." sesopan gilerr dia ucap kata maaf tapi sebaik pandangan diangkat kelibat lelaki tadi sudah hilang.
Senyuman penuh misteri terbit di bibirnya. 'Nampaknya tiba masa ibu lepaskan ANAK ANAK ibu bermain right?'
Alvin memboloskan diri ke dalam kereta lamborghini kuning miliknya lalu kereta mewah itu menderum laju atas jalan raya. Rosak habis moodnya harini. Dengan ayahnya memaksa dia berkahwin. Lepastu syarikatnya pula terlepas tender besar. Tadi boleh pulak langgar minah mana entah. Uhhh jijik betul! Ahh kacau betul mindanya tika ini!
BERSAMBUNG...
Done update... hihi sorry buat yg tertunggu. sy tertido tadi. hehehe so untuk bab kalini slow slow kita akan kupas apa yg jadi di masa lampau and permulaannya konflik Harraz dan Ania terjadi semua sebab kisah lampau ibu bapa dorang. so jangan skip bab nih walau agak boring.. haha mesti rindu harraz ngan ania right? don't worry kita pergi slow2. maybe sy akan update pulak petang atau malam nanti but x pasti . pape pun enjoy reading. muahh>_<
Share this novel