"Aku nk kau siasat siapa isteri isteri lelaki dalam gambar ni. And make sure semua details lengkap tak satu pun tertinggal. Make it ASAP!"
Lelaki bersut hitam angguk sambil mencapai gambar lalu berlalu pergi.
Engku Amalina senyum kegirangan.
Hai Harraz, tunggu i tau... I akan hapuskan wife wife u and kita akan bahagia berdua. Just u and me...
TOK TOK TOK
Terkejut akan mambang yg selamba badak masuk merempuh pintu buatkan Engku Amalina jatuh tergolek atas lantai. Seakan patah tulang punggung dia menghempap lantai mozek yg keras.
Seketika dia jeling sang adik.
"Tengok je? Tolong lah!"
Badan Engku Amalina dipapah kembali ke sofa. Aduh, kalau ingat balik macam mana kakaknya jatuh tadi sah tak tidur malam. Lawak siott!
"U mengutuk i ke? U jangan macam macam" ujar Engku Amalina berbaur ugutan.
Syazalina lempar senyuman manis bersama tanda peace.
"U nak apa ni datang bilik kerja i? Selalunya pantang nampak bilik kerja i, u lari lintang pukang taknak masuk. Harini boleh pulak masuk. Tell me u nk apa?"
Melebar senyum Syazalina. Bagus ada kakak macam ni. Sentiasa memahami. Tak perlu cakap dia dah tahu. Ada udang disebalik mee ye tak?
"Syaz nk pinjam kereta akak boleh tak?"
"What?!"
"Alaa boleh la kak. Syaz ada kerja nk settle. Tapi kereta buat hal pulak. Please...i am your only little sister so please...hmmm?"
Engku Amalina beralah. "Fine. Just for one day. After that i ambik balik" putusnya sudah cukup membuatkan Syazalina girang lalu mengucup pipi sang kakak.
"You are the best sister ever!"
"I know it" ujarnya riak.
Deringan hp menyentakkan kedua mereka. Kalut Syazalina menyeluk poket mencari hp. Butang hijau dileret. Namun semakin lama semakin sirna senyuman yg tadi menghiasi bibirnya.
"Okey Syaz faham.. Waalaikumussalam"
"Siapa call?" Engku Amalina bertanya sambil terjenguk jenguk akan wallpaper adiknya.
"Kawan. Ni kak, tak jadi lah nak pinjam kereta"
"Pulak? Kenapa?"
"Hajatnya nak pergi berkelah dengan kawan adik tapi suddenly dia ada hal. Nak taknak kena cancel lah rancangan kitorang"
Engku Amalina berfikir sejenak.
"Kawan u tu yg dalam wallpaper and yg teman u pergi mall tadi ke? Kau orang rapat?"
"Yup. Ehh macam mana akak tahu adik pergi mall?"
"Terserempak tapi i tak tegur takut tersilap orang. Tak sangka memang u"
Membulat mulut Syazalina tanda faham.
"Kalau macam tu adik keluar dulu lah yer.. Kepuasan dalam bilik akak ni" terkedek kedek dia berlari sambil ketawa nakal.
"Engku Syazalina!!!!!!!" makin kuat dia ketawa. Adoii singa betina dah mengaum guyss. Cabut!......
-------------------------------------------------------------
Kerana kerja yg bertimbun di pejabat, Harraz masih lagi belum pulang ke rumah walaupun jam sudah menginjak angka 10 malam.
Qila ralit mengilat kukunya yg panjang di ruang tamu atas. Pintu beranda di buka bagi membenarkan angin malam menerobos masuk menyapa tubuhnya yg berbalut dress satin biru.
Namun kesejukan tadi hilang mendadak.
'Asal panas pulak ni?' sambil angkat kepala ke depan. Terkejut bukan kepalang dia melihat pintu beranda tertutup. Mendadak bulu roma naik mencacak.
Hp dicari tapi tidak dijumpai. Ingin sahaja dia berlari ke bilik, seluruh lampu di ruang rumah padam secara tiba tiba. Qila teguk air liur kesat.
Bukan tidak pernah kena. Pernah itu memang pernah tapi sekadar perkara kecil seperti bunyi suara nyanyian gadis setiap malam sebelum Harraz pulang. Namun dipekakkan telinga kerana menyangka itu hanyalah penunggu yg sesat. Dan kali ini, tekaannya tampak meleset.
Peluh diseka, kemudian Qila meraba raba sekeliling untuk berjalan turun. Pelik dia setelah beberapa minit, tiada apa pun yg menyentuh tangannya. Seolah olah dia berada di ruangan kosong tanpa penghujung mahupun penjuru dan sisi.
Resah dia disitu bersendirian tanpa sesiapa menemani di kala malam semakin tua dalam rumah besar. What do u expect?
Hendak membaca ayat ayat suci, manalah dia reti.
Pintu yg tadi tertutup kini terbuka luas sebelum tertutup kuat. Bunyi anjing menyalak kedengaran di telinganya. Bunyi itu seakan mendekat. Nyalakan itu datang dari anjing yg besar. Kerana bunyinya amat jelas dan nyaring sekali. Sesekali bunyi itu diselangi dengan hilaian tawa yg kedengaran ngeri.
"Takut ke? Mari aku teman kau nak?" kaku tubuh Qila saat bisikan garau berada dekat dengan dirinya.
Dalam tangis dia menggeleng yg buatkan makhluk itu ketawa kuat. Kelemahan manusia itu lah yg menggembirakan mereka. Ketakutan itu adalah kelebihan buat mereka. Manusia,cepat lemah semangat...Bercakapnya lebih. Sekali kena batang hidung ada jugak koma selama lamanya.
"Kenapa kau taknak? Kalau aku teman kau mesti seronok. Kita boleh main" ujar NYA lagi.
"Taknak! Tolong jangan kacau aku!" Qila merayu simpati.
"Eermm..kalau kau taknak aku kacau kau, kau jangan kacau hubungan tuan aku dengan kekasih dia!" suara tadi yg tanpa nada berubah kasar sekelip mata.
"A..aku tak ada kacau kekasih tuan kau lah! Tuan kau aku tak kenal apatah lagi kekasih dia!"
"Harraz! Tinggalkan dia! Kalau tak, aku tak dapat menjamin nyawa kau sampai mana. Kalau kau tak percaya silalah tanya adik kau apa yg dia pernah rasa"
Qila termangu. Jadi Ania dikacau makhluk ini? Inikah maksud Ania? Jika benar dia rela lepaskan harta yg melimpah ruah berbanding terseksa.
"Baiklah, aku pilih untuk pergi. Kau jangan ganggu aku lagi"
Jauh nun sana si dia tersenyum. Betapa mudahnya dia menyingkirkan kuman. Usik usik sikit sudah memadai.
"Sebentar saja lagi Harraz. Dan kita akan bersatu buat selama lamanya"
Aneh Harraz rasakan kerana kelibat isterinya yg tak kelihatan. Ke mana pula gadis itu? Keluar pun selalunya tak seawal ini. Malas melarutkan rasa curiga itu, tuala dibawa ke dalam bilik mandi.
------------------------------------------
"Alex how? Macam mana ni?" Ania menyoal dalam tangis menggila. Beberapa jam yg lalu dia menerima berita tentang ayahnya diserang penyakit jantung yg serius. Dan kini masih dirawat.
Dia apalagi bergegas ke lapangan terbang diiringi Alex. Manakala adik beradik yg lain sedia ada di negara sana.
Sedih melihat kekusutan Ania, tubuh genit itu lantas dibawa ke dalam pelukan bagi meredakan rasa yg bertandang di hati.
"Saya tahu awak kuat Nia. Bertahan. Kita akan sampai ke sana. Saya yakin Daddy awak takkan apa apa. He will be fine. Berdoa dan berselawatlah. Tenang. Minta kepadaNya agar semuanya baik. Insyaallah tiada apa apa yg merbahaya" pujuk Alex sambil membelai kepala Ania. Namun ditepis lembut oleh Ania.
Badan Alex ditolak perlahan. Sedar keterlanjuran diri Alex meminta diri ke tandas.
Ania masih lagi dengan tangisan tanpa bunyi. Buat seketika dia teragak agak untuk menghantar mesej pada Harraz.
"Tak kau tak penting Nia. Dia takkan pernah kesah. Stop seksa diri sendiri" tegah hati. Akal pula berkata lain. Sudahnya hp tadi elok mendarat ke lantai.
Bersama doa air mata perempuannya tumpah bersama seribu perasaan tidak enak.
BERSAMBUNG...
ok nah update for rdd. maaflah kalau ada typo or tertinggal perkataan or boring. sy pun busy gak now. x sempat nk betulkan apa apa sangat. kalau boring maaf yee. puas dah perah otak sy. taknak keluar sangat. mampu tu je. btw rate komen and follow. syg korang yg membaca karya Iqa. love bnyk2♡
Share this novel