Anting anting mutiara putih dipakai lalu dia mula menyarungkan tudung bawal berwarna merah dipadankan dengan blouse putih serta jeans hitam. Bibir dioles sedikit pelembap bibir. Setelah puas menilik penampilannya, Ania mencapai kunci kereta serta beg tangan menuju dapur.
"Maybe we do...Maybe we don't...Maybe we will...Maybe we won't...But if it's meant to be..It will be...Baby if it's meant to be" bernyanyi nyanyi kecil Ania sambil tangan cekap menggaul nasi goreng di dalam kuali.
"Tak payah nk menyanyi macam tu lah. Kita memang tak ditakdirkan bersama pun" sampuk satu suara.
"Eleh...kalau tak ditakdirkan bersama, tak adanya duduk bawah satu bumbung" gumam Ania cukup perlahan.
"Apa kau cakap? Ulang balik!"
"Saya tak cakap apa apa pun. Kalau awak lapar nasi goreng dalam kuali. Saya pergi dulu" nk taknak dicapai jua tangan Harraz sebelum dikucupnya lembut.
Harraz tergamam. Tapi tidak pula dia menolak. "Eh, kau pergi kerja ni naik apa?" entah kenapalah harini mulut dia ramah semacam.
"Kereta"
"Sejak bila pulak kau ada kereta ni?"
"Kereta wife abang angkat saya punya. Now wife dia sarat mengandung tu yg dia bagi pinjam" bohong Ania.
Mulut Harraz berbentuk 'o'. Bayang Ania semakin menghilang dari pandangan mata Harraz.
Saat Ania meloloskan dirinya ke dalam Myvi kuning miliknya, hp dipoket bergetar.
"Hmm on the way" balas Ania malas. Terus hp dihempas ke seat belakang. Tangan naik menyerabaikan tudung miliknya.
Tiba tiba matanya tertancap sampul surat hitam terletak elok di seat sebelah pemandu. Berkerut kening Ania. Setahunya kereta ni baru sampai semalam. Dia sedikitpun tak usik bahagian dalam kereta.
Persoalan bermain ligat di kepala Ania hingga tak sedar sampul tersebut sedia berada dalam genggamannya.
'WELCOME TO THE HELL ANIA MAISARAH'
Tindakan refleks membuatkan kertas yg dibacanya dicampak ke luar. Meliar mata memandang sekeliling kawasan rumah Harraz. Segera dia berlalu pergi.
Perlahan lahan kertas tadi lenyap tanpa punca.
"Nah" sampul berisi duit sebanyak 10 ribu ringgit diserahkan kepada Qila.
"Betulke ada 10 ribu? Kau ada ambik duit aku ke?"
"Tak hingin saya ambil duit Cik Qila. I'm not a person like that" balas Ania sinis. Punggung sedia diangkat pergi.
"Cehh...kau kena ingat Nia. Darjat kau takkan pernah naik walaupun kau isteri CEO terbesar kat Malaysia ni. Walau apa jadi kau masih berada di tapak kaki orang lain. Kau masih hina. Kau kena sedar diri sikit yg kalau dah jadi anak pungut selama lamanya anak pungut. Sedar diri sikit"
"Saya tahu Cik Qila. Saya sedar saya hina jadi tak perlulah Cik Qila nk ulang benda tu. Jangan risau, ANAK PUNGUT ni akan bayar semua hutang saya dengan keluarga Cik Qila. Tapi saya harap Cik Qila ingat..darjat seseorang tak terletak di kekayaan tapi akal. Jika jalan yg diambil sehaluan dengan jalan Allah darjat seseorang tu lebih besar berbanding seorang jutawan. Tak perlu nk bandingkan sangat darjat Tengku Qila tu kalau benda HARAM masih menjadi punca makanan masuk dalam perut Cik Qila. Malah pengemis lebih tinggi darjat dari SEORANG PELACUR" terus kaki diangkat pergi. Malas mahu berlama lama. Takut kafe tu jadi gelanggang gusti dia dengan Qila pulak.
Habis merah wajah Qila menahan amarah yg kuat. "Ceh...perempuan sial. Sedar diri sikit kau pun dah tak suci" gumam Qila sendiri.
"Okey guys..harini saya nk perkenalkan secretary baru syarikat ni. Okey Nia, awak boleh kenalkan diri awak" ujar Rasyid.
"Assalamualaikum, nama saya Ania Maisarah. Awak semua boleh panggil Nia je. Umur saya 23 tahun"
"Dah kahwin belum. Kalau belum kami ada" sampuk sekumpulan pekerja lelaki.
Tersenyum Ania, "Malangnya saya dah berkahwin"
Buat seketika mereka semua bergelak ketawa. Kedatangan Ania disambut dengan baik oleh mereka.
"Ehh kau ada nampak tak tadi Alex dah kembali. Dia asyik dok berjaga dekat tepi pintu pejabat boss. Kau rasa kenapa dia balik sini? Yelaa boss besar pun masih lagi dengan Madam dekat sana. Jadi mustahillah dia iring boss besar" soal salah seorang pekerja wanita yg musykil.
Ania sekadar menadah telinga.
Tepat jam 6 petang semua pekerja mula pulang. Ania yg paling lambat turun kerana ada kerja yg harus diselesaikannya. Turun sahaja ke parking lot bawah tanah tiba tiba saja bulu roma Ania menegak.
Seperti ada yg memerhatikannya. Semakin laju langkah Ania semakin laju juga langkah yg datang tanpa punca itu. Kalut Ania berlari sehingga dia terjatuh. Ibu jari kakinya mengeluarkan cecair merah pekat.
Sebuah tangan melekat di bahu Ania.
"ARGHHHH!!!" terjerit kecil Ania sebelum mulutnya ditekup.
"Lepaslah. Berdosa!" marah Ania. Lelaki di depannya ditenung nk tembus.
Lelaki itu ketawa."Okey sorry sorry. AL just rindukan Nia. Lama dah kan kita tak jumpa"
"Tahu lah dah lama tak jumpa. Tapi kawal lah. Dah lah Nia tak cam sangat dengan AL. Ni pun cam sebab your uniform"
"Yelaa. Lain kali AL tak buat dah" ujarnya. "Ni Nia boleh bangun tak?"
"Boleh. AL tolong hantarkan Nia pulang yer?... Tiba tiba pulak rasa malas nk drive" pintanya. Tersenyum lebar Alex disambut dengan senyuman manis Ania. Saat kereta mula menyusur keluar terserlah seekor kucing hitam yg berada di bawah kereta Ania. Darah kesan dari luka di ibu jari kaki Ania dijilat kucing itu.
Sepanjang perjalanan ke rumah Ania mengucap banyak kali. Tiba tiba dadanya dirasakan semakin sesak seolah olah tiada oksigen. Seluruh tubuh Ania dirasakan sejuk mencengkam tulang. Seratus peratus wajahnya bertukar pucat. Pening dikepala bukan kepalang. Usai kepulangan Alex, Ania mula menapak masuk ke dalam rumah. Tiba tiba sesuatu yg tajam dirasakan menusuk tepat perutnya. Cecair hangat mula membasahi seluruh blouse putihnya. Ania rebah di depan muka pintu rumah.
Harraz yg baru melangkah ke dalam kereta terasa seolah olah di awangan. Kereta dipandu jua walau hatinya terasa tidak sedap ditambah lagi pening menggila di kepala. Tiba tiba kelibat seekor kucing hitam melintasi kereta Harraz dengan mengejut. Bunyi ngiauan nyaring menyentakkan Harraz. Dia segera berlari keluar.
"PANGGGG!!!"
"Kenapa ni bang?" soal sang isteri. Gelas kaca kesayangan suaminya yg sedia menyembah lantai dikutip perlahan lahan. "Ahh!" jeritnya.
"Sayang okey tak?" soal si suami risau. Tiada balasan dari sang isteri. "Abang rasa tak sedap hati lah sayang. Abang risau" luahnya.
"Kita doa yg baik baik je bang" cadang sang isteri. Perasaannya juga turut kacau bilau.
Share this novel