RDD 44

Romance Completed 54733

RDD 44

Beg tangan dihempas ke sofa begitu juga dirinya. Penat. Dia inginkan rehat. Petang tadi segala sel sel otaknya asyik berputar perkara yg sama sehingga satu kerja pun tak terlaksana. Asyik termenung. Tanda tangan segala jenis dokumen, itu sahaja yg dia mampu.

"Lewat kau balik. Busy mengalahkan perdana menteri" hajat ingin memejamkan mata batal bila kelibat Harraz menuruni tangga menuju ke arahnya. Di amati muka lelaki itu... Kenapa Harraz? Kenapa hubungan kita perlu serumit begini?

Geram pulak Harraz dengan kebisuan Ania. "Kau dengar tak ni? Setahu aku lah, kat rumah ni aku tinggal berdua, bukan sorang sorang. Kau dah kenapa muka mati 'mati laki' je? Aku sihat walafiat lagi kut!"

Ania bangun mendadak dengan beg digalas pada bahu. "Leave me alone!" tegas suara itu kedengaran buat pertama kali terhadap Harraz.

"What!? Are you joking me? Berani eh kau kurang ajar dengan aku? Ohh...aku tahu ni mesti sebab ex boyfriend kau yg entah nama apa tu yg ajar right? Tu yg pandai melawan dah sekarang" sinis Harraz.

Terhenti sejenak langkah yg disusun untuk mendaki anak tangga. Dia berpaling mencari wajah Harraz. Dia tak salah dengar kan tadi?

"Ulang balik apa yg awak cakap tadi!"

"Takkan tak dengar.. Kalau dah sayang sangat dengan kekasih kau tu bagitahu aku! Senang sikit aku nk ceraikan kau!" marah Harraz. Ingat dia tunggul ke dalam rumah ni?

Ania mengangguk sambil tersenyum sinis.

"Oh sekarang dah pandai siasat masa lalu saya? Hebat Harraz. Saya kagum dengan awak. Elok pulak awk sakit hati bila saya keluar dengan lelaki lain..."

"Memang patut aku marah sebab kau tu isteri aku!!"

"Isteri? Serius lah?" tergelak kecil gadis itu. Sinis di pendengaran Harraz. "Kalau saya isteri, awak apa Harraz? Suami? Layak ke?... Kalau asyik berkepit dengan betina lain!" sembur Ania lantang.

Sejurus itu....PAPP!

Bahang mula menyerbu wajah Ania menerima tamparan hebat suaminya. Darah pekat mengalir di hujung bibir buatkan dia tersenyum. Penat sudah dia dengan segala permainan ni, tiba masa dia undurkan diri. Darah di bibir disapu kasar.

"Awak dayus Harraz! Sanggup awak naik tangan semata mata sebab dia?! Listen here Megat Harraz Firdaus Bin Tan Sri Megat Huraisy, saya hanya sekadar isteri tak diiktiraf awak! Urusan saya takde kena mengena dengan awak! Stop pertikaikan hak awak jika hak saya pun awak tak ambil kesah. Dengan lelaki mana saya nak keluar, itu saya punya pasal"

Harraz pandang tak percaya isterinya. "Kau jangan cabar aku Ania! Jangan cari pasal dan jangan kurang ajar dengan aku sebab boyfriend s*al kau tuh!" balas Harraz tegang.

Terkejut Ania dengan gelaran yg diberikan Harraz buat arwah Zalin. Kini amarahnya memuncak dan tanpa sedar tapak tangan miliknya hinggap di pipi Harraz kuat. Malah lebih kuat dari tamparan Harraz tadi. Rasakan!

"Jangan berani cakap yg bukan bukan tentang Zalin! He's much better than you!"

"Cukup Nia! Jangan naikkan darah aku!"

"Kenapa? Awak rasa tercabar?" asaknya berani tapi seolah olah menjirus minyak dalam api yg membara.

"Aku cakap cukup tu cukuplah!"

"No! Saya takkan berhenti. Lagipula awak yg start pergaduhan ni dulu!"

Harraz merengus sebal lalu ditarik rambut di balik tudung Ania dengan kuat hingga gadis itu menjerit nyaring sambil meronta ronta dilepaskan dari cengkaman Harraz.

Tanpa simpati Harraz menarik rambut itu bagai diperlakukan patung lalu mengheret Ania ke biliknya.

Bagai dirasuk tubuh genit tersebut dia tolak ke katil. "Aku akan tunjukkan apa yg suami tak guna ni boleh buat pada isteri degil dia!"

Ania mula ketakutan apabila Harraz mengunci pintu sebelum baju tshirt ditanggal dari tubuh lelaki itu.

"Harraz! What are you doing!?" air mata ani bertakung. Seluruh tubuh menggigil. Ketakutan kini menguasai. Situasi ini ibarat dejavu dan trauma yg ada dalam dirinya.....perkara yg paling dikesali seumur hidupnya kini berlaku sekali lagi!

"Harraz...please...jangan buat saya begini"

"Kau merayu Nia? Mana pergi lagak sombong kau tadi?!" soal Harraz. Puas hatinya mendengar rayuan simpati dari Ania. Ianya seakan kemenangan berpihak pada dia.

"Kalau awak nak saya sujud di kaki awak pun saya sanggup" rayunya lagi.

Lelaki itu ketawa sinis. Pipi yg dibasahi air mata itu dibelainya kasar.

"Aku suka kau merayu tapi sayang seribu kali sayang..... Kau dah kejutkan iblis dari tidur sayang"

Makin kuat tangisan Ania berlagu tatkala Harraz menampar kedua belah pipinya. Malam itu sekali lagi menjadi saksi mimpi ngeri dalam hidup Ania.

SAYA BENARKAN AWAK BERKAHWIN DENGAN QILA AS LONG AWAK TAK CERAIKAN SAYA. MULAI HARINI, SAYA DENGAN KEHIDUPAN SAYA, AWAK DENGAN KEHIDUPAN AWAK. JANGAN RISAU, BONDA TAKKAN TAHU TENTANG NI. SELAMAT TINGGAL HARRAZ.

Nota tersebut ditampal pada cermin. Dia keluar dengan menarik 2 buah bagasi dalam menahan kesakitan pada bahagian bawah perutnya. Sesaat setelah selangkah dia keluar dari pintu utama, Ania berhenti.

"Jangan ganggu aku! Kau puas kan?! Jadi jangan sentuh keluarga aku sebelum aku hapuskan kau!" ujarnya keras tanpa menoleh ke belakang.

Hilaian tawa mengerikan menyapa gegendang telinga. Terus Ania berlalu pergi. Dada yg berombak kencang Ania cengkam sebaik dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Seram pula berdepan dengan BENDA tu.

"Puan okey? Ada sebarang masalah?" soal pemandu di depan.

Ania lemparkan satu senyuman. "Saya okey je pak cik. Pak cik hantar saya ke kondo"

"Baiklah Puan!"

"Ah ye... Kereta ni pakcik bawak balik rumah pakcik jer sebab kereta yg biasa saya drive sendiri dah ada kat sana"

"Tapi Puan....."

"Takde tapi tapi! Ikut arahan saya!" tegas Ania sambil menyembunyikan senyuman simpul.

Pakcik itu turut tersenyum dengan sikap pemurah dan baik hati majikannya itu. Bukan dia tidak faham maksud gadis itu. Malah tersengatlah faham. Gadis itu sengaja memberi arahan sebegitu supaya dia dapat menggunakan kereta ini. Yelaa dia miskin. Tak mampu nk beli kereta apatah lagi semewah ni. Jadi dia amat bersyukur memperoleh majikan sebegini...

BERSAMBUNG...

here we are... hehe but now no sweet2 sbb konflik sedang berlaku. agak agaknya betul ke ania nk undurkan diri? haha. maaf andai pendek atau ada typo, as u know author busy.. so pape pun enjoy reading and goodnight para readers kesayangan... muahh(love banyak² haha) >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience