RDD 23

Romance Completed 54733

"Errr....semua tu berlaku secara spontan" cuma tu je ada dalam kepala aku. Bedal je lah!

Harraz mengangguk faham. "Aku nk turun ni"

"Pergi mana?"

"Kereta aku"

"Buat apa?"

"Kau ni lepas kena hantuk kepala jadi macam ni ehh? Banyak soal! Banyak mulut. Tak habis habis dk pot pet pot pet macam mak nenek"

Aikk dia MAK NENEKKAN aku pulak dah. Dia tu tak sedar dia pun banyak pot pet. Dasar tak sado diri!

"Tak tahu lah. Daripada awak cakap macam tu kan..better awak tunjukkan pengesahan yg awk ni betul ke husband saya?"

"Asal pulak dah" nada suara Harraz sedikit keras. Tk puas hati punya pasal.

"Yelaa, kalau betul kita ni pasangan suami isteri kenapa ehh perangai awak ni HANAT naw! Semua benda keluar dari mulut awak tu macam laser. Panas hati saya yg mendengar. Awak sedikit pun tk hormatkan saya" ya! Itulah sikap yg dapat Ania lihat. Pemuda itu langsung tak hormatkan dirinya. Bahasa yg digunakan pun agak kasar.

Harraz diam tak membalas. "Dah lah. Aku nk turun tidur dalam kereta. Kalau tidur sini jawabnya patah leher aku ni" ujarnya lalu segera beredar. Nk lari dari soalan Ania sebenarnya.

Hampa dengan jawapan Harraz terus aku baring. Mata aku cuba tutup namun bayangan kelibat tadi melekat kuat di minda aku tika ini.

"Huhhhhh!"

Keluhan kasar tersebut keluar tanpa aku sedar. Hati aku berdebar. Takut mula menjalar ke seluruh tubuh.

Bacaan zikir berserta 3 Qul dan ayat kursi aku alunkan sebelum doa tidur dibaca.

Hati yg tadi gelisah kembali tenang.

Terpisat pisat mata aku saat deringan alarm hp berbunyi.

Dah pukul berapa ni?

Jam dilihat.

Ermm baru 5. 50 pagi. Baru masuk subuh ni. Gumam Ania.

Badan yg sengal sengal digagahkan bangun tanpa bantuan.

Yelaaa siapa yg nk tolong dia. Harraz? Cehh bayang lelaki tu tk muncul muncul pun.

Telekung dicapai dari beg yg tersadai di meja berdekatan katil.

Sejadah dihamparkan. Saat takbir diangkat, seluruh bulu roma Ania berdiri. Retak jantungnya mula memecut.

Ania memejamkan matanya bagi menghilangkan takut.

Namun tidak berjaya.

Saat Al Fatihah dialunkan, sayup sayup kedengaran suara seorang wanita dari belakang. 

Perlahan lahan air mata Ania gugur. Takut yg amat dirinya tika itu. Seluruh tubuh badannya menggigil kuat.

Namun solat masih diteruskan sehingga tamat. Suara tadi masih mendayu mengikutnya dari arah belakang.

Usai menamatkan solat, kepala Ania masih lagi tidak dipaling ke belakang. Tangan ditadah tetapi belum sempat dirinya menyebut sebarang perkataan suara tadi terlebih dahulu berbunyi.

"Sepanjang kau masih berdiri DI SINI selagi itu aku setia bersama kau! Maut menghampiri kau! Tuhan juga tak mampu membantu kau! Ingat janjiku wahai pengikut ALLAH!"

Kata kata itu benar benar menyentapkan hati Ania. Cepat cepat kepalanya ditoleh ke belakang. Terkejut bukan kepalang saat matanya menangkap wajah itu. Cukup ngeri.

Wanita itu tersenyum mengejek pada Ania. Dengan wajah yg sedia ngeri. Kulitnya berkudis. Darah membasahi telekung wanita tersebut. Paling ngeri melihat matanya yg hampir terjojol keluar.

Ania mengensot ke belakang. Namun wanita itu semakin mendekati.

Tangannya yg berkudis serta kuku yg panjang mula mencekik batang leher Ania.

Ania menepis namun kudratnya tak terdaya. 6 minit Ania dicekik sehingga merah padam wajahnya.

Ania dipaksa berdiri sehingga kakinya tak menjejak lantai. Sebelah tangan wanita itu lepas dari leher Ania namun sedikitpun tidak mengurangkan apa yg dilalui Ania.

Jarinya yg tajam dan panjang, dicucuk tembus ke perut Ania yg ditikam.

Terjerit nyaring Ania sebelum matanya tertutup rapat kerana kehilangan oksigen.

Wanita itu ketawa kuat sebelum hilang secara perlahan dari situ.

Tepat jam 6.20 pagi, Harraz mengekori seorang nurse menuju kamar Ania.

Saat pintu dibuka, Harraz dan nurse tersebut mengintai kelibat Ania namun tiada di atas katil.

Mereka menapak mendekati katil. Buntang mata kedua mereka melihat Ania mengerekot di bahagian seberang katil dengan ditemani darah pekat.

Tak sedar dirinya kini sudah memangku kepala isterinya. Cepat cepat dicempung tubuh itu naik ke katil.

Apa yg dh berlaku Nia? Kau jangan tinggalkan aku Nia....Please.......

10 pagi....

Kereta Nelly berhenti mengejut. Dengan wajah bengis dia menapak keluar.

Masih terbayang bayang lagi tubuh Ania. Sangat ngeri. Pasti gadis itu melalui kengerian yg dahsyat.

Tanpa ketukan, Nelly terus menerjah masuk. Rongga hidungnya mula menyium bau yg tidak enak. Darah!

"Kau tak boleh masuk!" jerkah Eliza.

"Kau jangan cuba nk halang aku! Ni urusan aku dengan menatang sial tu!" tempik Nelly keras lalu menolak kasar tubuh Eliza.

Saat pintu dibuka, Nelly hampir termuntah dengan bau darah yg menyengat ditambah lagi dengan darah yg penuh di sekeliling bilik.

"Kenapa datang sini?!"

"Kau tanya aku kenapa?! Kau sedar tak apa yg kau dh buat?! Perlu ke kau seksa dia sampai macam tu sekali?!"

"Perlu sebab dia dah ambil hak milik aku!"

"Eh kau sedar diri sikit! Harraz bukan hak milik kau lah bab*!!!"

Gadis itu tersenyum sinis. "Sekali lagi perkataan yg menyakitkan hati aku keluar dari mulut kau, aku janji kau takkan pernah boleh keluar dari sini"

Nelly menelan liur payah. Nk taknak, dia terpaksa pergi. "Maafkan aku Nia. Aku tk mampu tolong kau".....

"Abang, tak boleh ke kalau kita bawa je mereka balik sini?" soal Alice. Matanya penuh mengharap pada Alvin.

"Bukan abang taknak. Tapi abang masih ragu ragu dengan penerimaan Amzan. Sayang sendiri tahu Amzan kalau dh buat keputusan, maka tu lah. Dah tak boleh belok lain"

"Saya nk family kita bersatu. Saya takut jika Nia pergi tinggalkan kita. Saya betul betul nk mintak maaf pada dia bang...Apa kata kalau kita beritahu je cerita sebenar pada Amzan?"

"Dah berkali kali abang cuba nk bagitau tapi dia selalu mengelak" ucap Alvin bersama keluhan.

Alice menangis.

Ditarik isterinya ke dalam pelukan hangat. Cuba ditenangkan hati isterinya yg resah.

"Saya taknak hilang anak buat kali kedua kerana BETINA tu bang" luah Alice dalam esakan. "Saya terima kalau mereka mati kerana ajal dh sampai, tapi mengapa perlu mereka mati begitu? Mengapa perlu dengan cara disantau?" luahnya lagi.

Alvin diam. Hati tuanya turut sedih. Nyawa Ania bila bila masa sahaja bakal dicabut.

Namun satu sahaja pegangannya. Selagi Allah ada, selagi itu Alvin sentiasa bertawakal pada Allah.

"Maafkan abang...Semuanya salah abang"

Alice senyap.

Alvin mengeluh hampa. Nampaknya sehingga kini isterinya masih tak dapat memaafkannya walaupun hubungan mereka tampak seperti tiada masalah.

Harraz memerhati wajah Ania yg sugul. Hatinya tertanya tanya apa yg terjadi. Hendak ditanya? Sudah tapi jawapan gadis itu...' Tiada apa'

Pintu ditolak. Timbul wajah lelaki sama. Harraz mula tak senang duduk saat lelaki itu menapak mendekati Ania.

Mata Ania mula berkaca kaca. Tubuh sasa Amzan dipeluk erat sambil menangis. "Don't leave me" rayunya.

Amzan pada mulanya tersentak. Namun dia turut membalas pelukan itu. Ya, dia rindu pada adiknya itu. "I will never leave you again. I'll promise you. I will stay with you forever dear"

Manakala susuk manusia satu lagi dah buntang. Laju je kaki dibawa keluar.

Siapa dia? Kenapa sewenang wenangnya dia sentuh isteri aku? Skandal Nia ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience