Pagi itu sekali lagi kecoh dengan tengkingan berbalas tengkingan di ruangan CEO. Untung saja pintu kaca mahupun benda diperbuat dari kaca tidak pecah menghadap suara suara sumbang itu tiap tiap hari.
Kalau tidak berakhir dengan memanggil security guards, berakhir dengan hempasan barang barang dalam ruangan tersebut. Alah biasa orang kaya. Bakar sekali dengan syarikat pun tak apa. Bak kata orang, tujuh keturunan pun harta milik keluarga Tan Sri Megat Huraisy takkan pernah goyah.
Seketika keadaan sunyi setelah berkali kali hempasan barang dilepaskan kuat. Semua staff mengeluh. Nampak gayanya lama lama syarikat ni jadi gelanggang gusti tak?....
Pintu ditolak kasar dari dalam lalu dihempas kuat hingga bergegar kedua dinding kaca yg memegang pintu.
Dengan hati mendongkol kegeraman, Engku Amalina berlalu pergi tanpa menoleh. Harraz pula menahan sabar melayan karenah gila gadis tak cukup kain itu.
Hari hari ke sini cuba untuk mengajaknya berkahwin, bercinta, bertunang habis semua diajak. Paling gila dia memaksa Harraz ke pejabat agama untuk bernikah.
Staff nya sudah lali mendengar pertengkaran mereka setiap hari. Segala tindak tanduk Engku Amalina pun sudah dihafal.
"Kena kacau lagi ke bro?" sapa Aizzat sebaik melangkah masuk.
"Mana kau tahu?"
"Tu haa. Masa nk keluar lif terserempak singa betina gatal. Kemain besar badan aku ni dia rempuh macam taufan. Kalaulah badan aku ni tak sado, dah lama tumbang dek penangan puting beliung dia tu" menjuih bibir Aizzat seakan tidak suka. Opps bukan seakan tapi memang tak suka. Perangai entah apa apa. Muka tak malu. Tembelang dah pecah tapi tebal berinci inci lagi dia datang sini nk jumpa Harraz. Kalau dia jadi Amalina, lama sudah ku tanam diri sendiri. Huh!
"Ermmm suka hati dia lah. Aku penat nk melayan" acuh tak acuh nada suara Harraz sambil kembali menapak ke ruangannya.
"Fuyooo...macam kapal pecah. Sah kena sambar petir plus puting beliung tadi. Haih nasib badan. 10 tahun akan datang dia masih macam ni, gulung tikar lah kau" perli Aizzat bersahaja. Kedua tangannya menyeluk poket seluar sambil memerhati Harraz tunduk mengutip barang barang berselerak di atas lantai tanpa niat nk membantu.
Biarkan saja. Sendiri cari nahas. Sendiri tanggung!
Dengan lenggang kangkung, dia keluar dari situ. Puas sudah melihat sisi 'HAMBA TERHINA' versi Harraz.
Disisi lain pula kelihatan seorang wanita anggun bergaya berdiri di samping gadis berniqab sedang berbual lancar bersama dua orang lelaki arab.
Kedua mereka menunduk setelah mendapat kata pakat oleh lelaki tersebut.
Dalam diam lelaki itu terpaut dengan wajah cantik gadis di depannya. Wajah itu cukup membuat sesiapa sahaja tergoda dan mahu menoleh lagi.
Dari mana agaknya datang manusia seindah bidadari ini?
Amzan capai kot untuk berangkat kerja. Fizz sedia menunggu sahabatnya di luar.
"Kamu tak sarapan ke Am?" tegur Alvin yg ada di dapur pemisah ruang tamu.
"Tak kut Daddy. Ada kerja nk diuruskan. Itu yg Am kena cepat"
"Ye...pergilah. Drive elok elok" kata Alvin.
Begitulah suasana di rumahnya kini sejak berita kehilangan Ania dikhabarkan. Seluruh isi rumah terjejas teruk. Isterinya juga ditimpa kemalangan yg menyebabkan kakinya lumpuh kekal sebaik memandu laju untuk ke Malaysia semata mata demi Ania.
Berita buruk itu juga buatkan anak anaknya kian menjauh dari Alice. Hanya dia yg menjaga wanita itu kini. Alisya dan Aria menghabiskan masa di dalam bilik sahaja. Keluar bila perlu.
Alvin mengeluh panjang. Kakak iparnya masih lagi mengerah orang untuk menjejakki Ania tapi tetap tidak membuahkan hasil. Bertahun telah berlalu dan jejak Ania masih tak dapat dikesan.
Jauh disudut hati, dia redha seandainya anak perempuannya itu sudah lama dijemput maut. Namun disudut berlainan dia yakin anaknya masih hidup.
"Fizz, kau ada benda nk bagitau aku?" soal Amzan sambil tenang memandu.
Fizz berkerut kening.
"Bagitau apa?"
"Rahsia yg kau sembunyikan dari pengetahuan aku"
Fizz gelak cuba menutup gugup. "Hahah..takde. Sejak bila pulak aku berahsia dengan kau" tetap dia menafi.
Amzan berhenti di tepi jalan. Dia menghadap ke arah sahabatnya dengan pandangan yg sukar ditafsir.
Kesat liur ditelan. Fizz mula rasa meremang.
"Kau....sebenarnya buat semua ni sebab dendam kan?" duga Amzan.
"Apa maksud kau? Dendam apa pula kali ni?"
"Aku tahu Fizz. Kau ni Daniel kan?Fizz Daniel"
"Itukan nama aku. Ya memang akulah tu"
"Kau Fizz Daniel, sahabat arwah Zalin. Kau buat semua ni sebab kau nk cari dalang sebalik kematian Zalin dan dalam masa yg sama kau jalankan amanah terakhir Zalin untuk jaga adik aku. Aku tahu semua tu. And aku tahu kau ni orang kanan auntie aku right?"
Bibir Fizz menguntum senyum. Nampaknya semua rahsia dia telah terbongkar. Tak sangka pula. Masih segar diingatan kata kata Zalin sebelum tiada. Lelaki itu bersikap pelik dan mengatakan hal yg aneh. Siapa sangka itu amanah terakhir yg dititipkan buatnya. Sejak dari itu menjaga Ania menjadi tugas utama buatnya. Dan tak disangka Queen Elizabeth turut menugaskan dia melindungi gadis yg sama. Kecil sungguh dunia ini.
"Nampaknya tiada apa yg perlu aku sorokkan lagi" Ujarnya tenang lalu mengankat kedua tangan ke udara tanda mengalah.
"Kau tahu, aku penat sangat sekarang. Aku letih. Hati ni terlalu merindui dia. Dalam tiap solat aku tak pernah lekang dengan nama Nia. Aku taknak adik aku pergi sebelum sempat aku ucapkan selamat tinggal Fizz. Aku terlalu sayangkan dia. Nyawa dia ibarat nyawa aku..."
Fizz benar benar jatuh kesian atas apa yg menimpa keluarga itu. Lantas bahu Amzan ditepuk seakan memberi semangat.
"Kau tak mahu pulang ke Malaysia? Balas segala perbuatan Harraz pada Nia?" dalam teragak agak dia menyoal soalan sensitif.
Amzan merengus sebal. "Biarkan Tuhan balas segala silap dia. Aku ni hanya manusia biasa yg tiada hak menghukum manusia lain. Aku maafkan Harraz sebab semua yg terjadi juga bukan dia yg pinta. Tapi aku nk dia terima balasan juga!" tekannya dengan nada tegas.
Fizz angguk. Ya, Harraz tak salah sepenuhnya dalam hal ini. Tapi dia turut terlibat!
"Makanlah sikit nanti sakit. Dari tadi lagi tak jamah apa apa. Jangan cari nahas boleh tak?Makan! Buka mulut cepat!"
Harriz kemam bibir rapat tanda tak mahu. Budak berusia 6 tahun itu kemudian menepis sudu berisi bubur hingga terpelanting ke lantai.
Perasaan sabar cuba Harraz kawal agar tidak naik tangan dengan anaknya yg satu ini. Degil! Keras kepala! Kepala batu! Aihh geram!
Sudu yg jatuh mencium lantai dibersihkan lalu dia kembali menyua bubur pada Harriz.
"Orang taknaklah!" bentak anak kecil itu terus menerus.
"Makan!"
"Taknak!!!!" lagi dia membentak tak mahu. Wajah ayahnya langsung tak dipandang. Jeling pun tidak. Sebaliknya pandangan dihala lurus ke dinding.
Buat apa berpaling ke arah Harraz. Tiada yg menarik di situ.
"I said open your mouth and eat!" tegas ayatnya kali ini . Sayangnya tak memberi kesan pada Harriz.
Selamba hp dikeluarkan, aplikasi game dibuka.
Harraz merampas kasar hp anaknya.
"I said it for last. E.A.T!"
BERSAMBUNG...
done! chap esk pulak yer kita akan meet ANIA. HEHE!. and yeah jangan dibenci sama harraz nanti jatuh cinta pulak. haha! harraz sememangnya encem>_<.. happy reading and love u guys❤
Share this novel