Cahaya mentari yg menerobos masuk membuatkan Ania terjaga. Badannya tanpa seurat pun benang ditenung lama. Mata yg sudah berair ditahan dari jatuh. Selimut dililitkan ke seluruh badannya.
Kakinya menapak keluar ke arah bilik perhiasan di mana bajunya dikoyakkan.
Kosong sahaja. Tiada sesiapa pun di situ. Seluar yg dikoyak diambilnya. Hp di buka setelah mengambilnya dari poket seluar.
"Syaz...datang ambik saya" ujar Ania setelah panggilannya berjawab.Lokasi keberadaannya dihantar kepada sahabat baiknya Syazalina.
Dengan selimut yg dilitupi rambut dan badannya, Ania membawa diri keluar dari tempat maksiat itu. Semua yg ada tertumpu ke arahnya. Naik membahang wajah Ania melihat semua yg merenungnya sinis.
Pintu kereta Saga milik Syazalina dibuka sebelum dia memboloskan diri ke dalam.
Terkejut gadis itu melihat Ania yg dilitupi selimut. Tanpa banyak soal, Syazalina memandu keretanya ke arah jalan yg sunyi.
Tepat pabila kereta Saga itu berhenti, terus bahu Syazalina dipagut Ania. Dia menangis semahu mahunya di bahu itu. Melepaskan segala luka dan kesakitan.
Tangan Syazalina naik menggosok belakang Ania. "Awak kenapa ni? Cuba cerita dekat saya" pujuk Syazalina. Wajah sembap Ania ditatapnya. Hatinya turut merasai kesedihan melalui sepasang mata bundar milik Ania.
"S...sa...ssaya...dah...kotor" ujar Ania tergagap gagap. Terkedu Syazalina. Terus dia memeluk erat tubuh Ania.
Tubuh tegap Zalin dipandang dari jauh sebelum dia mendekati lelaki itu. Duduk dilabuhkan disebelah lelaki itu.
"Ada apa awak nk jumpa saya ni? Nampak macam serius je" soal Zalin sebaik sahaja dia memandang Ania.
"S..sa...saya nk kita putuskan hubungan" ucap Chinta lancar walaupun pada mulanya dia tergagap. Itu sahaja jalan yg mampu dia buat. Dia pasti Zalin tidak ingin memperisterikannya setelah apa yg terjadi. Tidak mungkin ada lelaki yg sanggup menerima perempuan yg sudah kotor sebagai isteri. Kalau ada pun sah otak dia sewel.
"Tapi kenapa? Saya ada buat salah ke? Kalau ada awak bagitau la. Saya boleh ubah perangai saya ni" sungguh Zalin berasa tidak puas hati dengan permintaan kekasihnya. Tiba tiba sahaja inginkan perpisahan sedangkan mereka sudah bersama selama 3 tahun. Bukan senang untuknya melepaskan gadis itu.
"Saya dah takde perasaan dekat awak" balas Ania.
"Awak tipu. Saya tahu awak masih cintakan saya. Tak mungkin awak tiba tiba sahaja berdalih hati" nafinya. "Saya tahu awak sorok sesuatu dari saya. Better awak cakap!" arah Zalin keras.
Air liur diteguk payah sebelum memulai kisah sedih yg agak menyayat hati. Ahak!
Tercengang Zalin mendengar setiap patah kata gadis itu.
"Saya tak kisah. Saya betul betul cintakan awak. Lagipun perkara tu berlaku bukan atas kerelaan awak" balas Zalin tenang.
Pada mulanya dia sedikit tersentak dengan balasan Zalin namun ketulusan lelaki itu memikat hatinya. Segalanya diceritakan kepada lelaki itu kecuali tentang kakak tirinya yg membuat perkara itu terhadapnya.
Zalin senyum manis ke arah Ania.
Dengan teragak agak Ania membalas senyuman itu. "Andai benar lelaki ini ialah jodohku maka engkau peliharalah hubungan kami. Jika dia ternyata jodoh yg lain maka jauhkanlah kami Ya Allah" doa Ania di dalam hati.
Kaki dibawa ke arah sinki pabila tekaknya terasa loya. Syazalina yg terkejut segera menggosok belakang Ania.
"Kau okey tak ni? Kenapa?" cemas sahaja bunyi Syazalina tika ini. Melihat Ania yg masih memuntahkan isi perutnya tanpa berhenti makin membuatkan dia gusar.
Setelah Ania tertidur akibat suntikan yg diberi Syahrul menapak keluar.
"Macam mana keadaan Ania uncle?" soal Syazalina sebaik sahaja bapa saudaranya melangkah keluar.
"Syaz ada benda tak nk bagitau uncle?" soalan dibalas pula dengan soalan. Berkerut wajah Syazalina.
"Ania dah kahwin?" soalnya lagi. Terkejut beruk dah Syazalina.
"Bila masa pulak dah Ania kahwin. Dia single lagi la. Kalau kahwin dah lama dia tinggal dengan husband dia bukannya Syaz"
"Then could you tell me how Ania boleh pregnant?"
Mujur je Syazalina tak pengsan mendengar kenyataan Syahrul. Hanya rahangnya saja yg jatuh. Nasib baik tak tertanggal terus.
Share this novel