Seolah tersedar dari mimpi buruk, mengejut tubuh Ania menegak. Peluh merenik di dahi membasahi wajah Ania.
"Nia...!"
"Nia...!"
"Nia...wake up!" Amzan cemas menyedarkan Ania dari alam hayalan.
"Alex mana?!" terpacul soalan yg tidak diingini menyapa gegendang telinga Amzan dan Alisya.
Buat seketika pandangan mereka bersabung.
Apakah yg perlu dijawab? Jujur atau ambil risiko berterus terang yg jelas akan menjejaskan mental Ania.
"My baby?"
Alisya melabuh duduk pada katil sambil menggenggam tangan adiknya.
"Your baby just fine. Don't worry. Nia cuma alami pendarahan yg tak serius. Sekarang Nia rehat yer?"
"Then macam mana pulak Alex?" masih tak berputus asa Ania menyoal.
Mereka terdiam.
"I'm asking right now, where is Alex? Kenapa semua diam? I need an answer!" tinggi nada Ania menyoal buat kali ke 3.
Namun sakit kepala tiba tiba mencengkam hingga Ania tersandar lemah pada kepala katil.
"I think for now better you all step out. Give her some space to calm down. It might get dangerous to the baby. For now please, get out from here" kata doktor yg bertugas.
Amzan dan Alisya tak mampu berbuat apa selain akur lalu keluar menuju ke bahagian ayah mereka ditempatkan. Baru tadi Alvin dikhabarkan kembali ke keadaan normal.
Aria mendekat ke arah abang dan kakaknya.
"Macam mana kak Nia? Dia baik baik je kan?"
"Fine....for now i think..."
"Apa maksud along for now?"
"Sebaik Nia sedar, dia terusan tanya tentang Alex. Angah tak mampu nk jawab. Angah risau kalau dia makin stress. Dengan keadaan Mummy lagi. Grey House pun turut terjejas sama. Family kita roboh ibarat memberi peluang pada musuh untuk menyerang. Angah bimbang sekarang ni" jawab Alisya bagi pihak Amzan.
"Tak, kita takkan berpecah. Along akan take over Grey House. Korang berdua jaga Daddy and Nia."
"How about Mummy?" Aria pandang sang abang pelik.
"Let her be. Dia yg menangkan ego sangat. Memang Along tak tahu kenapa baru baru ni Daddy selalu minta maaf dengan Mummy walau seringkali diabaikan tapi tetap Mummy tak boleh buat macam ni. Nyawa Daddy menjadi taruhan, Mummy masih diam. Mummy terlampau ego. Jadi biarkanlah dia. Along penat dah tengok keluarga kita dilanggar ombak. Nakhoda perlu diganti agar kita dapat terus melayari perjalanan ke darat. Biarlah yg mana ingin berpaling tadah. Along tak kesah"
Alisya langsung tak berkutik. Bukannya menyokong tidak juga membantah. Mummy memang melampau maka, biarlah dia ikut haluannya sendiri. Sementara mereka di sini mempertahankan kapal dari tenggelam ke dasar bersama. Biar ombak besar menimpa mereka tak gentar tempuhi cabaran tersebut.
----------------------------------------------------
Bunyi notifikasi menderu masuk. Harraz yg pada waktu itu pusing memikirkan kemana hilangnya Qila capai kasar hp. Apps whatsapp dibuka. Terpampang nombor tak dikenali menghantar beberapa keping gambar.
Tanpa syak apa apa Harraz buka kesemua gambar. Terpaku tangannya dari terus membelek. Seakan tak percaya apa yg terhidang depan mata.
Bagai menambah api dalam hati Harraz, pengirim itu juga turut menghantar pesanan berbaur sindiran...
Unknown - Di luar negara happy sakan berpeluk. Tengok perut dah ada isi. Wow tak sangka wife CEO terkenal perangai macam ni. Dayus punya lelaki!
Harraz mengetap bibir menahan amarah membuak buak.
'Tak guna kau Nia! Kalau dah laparkan belaian, cakap. Aku boleh lepaskan kau! Tak perlu nk buat tahi dekat aku! Huh! Kau tunggu Nia. Jahanam kau aku kerjakan nanti. Dasar perempuan tak malu. Mengandung anak luar nikah!' desis hati Harraz yg kian panas.
"Kau dah buat apa aku arah?"
Sambil duduk lelaki itu angguk mengiyakan.
"Baguslah. Tak sangka betul aku. Makin senang kerja"
"Eemm upah saya mana?" soalnya pada Engku Amalina. Takkan lah buat kerja free. Mesti berbayar. Dengan hadap naik kapal terbang, ingat best ke? Dia mabuk tau!
Sampul surat berisi 10 ribu diserahkan pada lelaki berhoodie hitam itu. Belum sempat diambil, Engku Amalina kembali menarik sampul ke belakang.
"Kau kena ingat,jangan sampai perkara ni sampai ke pengetahuan sesiapa terutamanya ahli lembaga pengarah syarikat aku,. Kalau tak nahas kau nanti. And kau ingat sikit job ni habis job lain menunggu. Kau masih ada satu lagi job. Upahnya sama. Tapi hanya bertindak usai aku beri arahan. Jangan nak memandai" amaran keras diberi. Tak mahu rancangannya porak peranda. Jadi segala rancangan perlulah disusun atur dengan baik.
"Baiklah. Saya faham. Saya pergi dulu"
Sinis Engku Amalina senyum tak sedar dengan siapa dia tempah maut.
-------------------------------------------------------
"Along dah hubungi auntie?" soal Alisya yg berada di kerusi bersebelahan Amzan manakala Aria makan berhadapan mereka. Melilau gaya adiknya memerhati lagak Aria yg macam tak pernah tengok orang.
"Sudah. Sebentar lagi sampailah tu. Lagipun bukan senang dia nk datang, orang busylah katakan. Ni haa yg sorang ni kenapa lagak baru keluar hutan?"
Alisya ketawa halus. Aria pula terpinga pinga.
"Apa? Kenapa Angah ketawa? Ada lawak spontan ke?" polos Aria bertanya.
Makin galak Alisya ketawa. Amzan sekadar memerhati tanpa bunyi. Kita orang lelaki kena kawal macho ye tak?
"Along kamu ni dik, kata kamu ni baru keluar hutan...Hahaha!"
"What?! Sampai hati along...tak sayang adik ke?" tercebik cebik bibir itu menahan sedu.
"Memang tak sayang pun!" balas Amzan selamba badak. Sesaat sahaja belakang badan menerima habuan. Mengerekot Amzan menahan sakit.
Alisya dijeling tajam malah tak dihiraukan dia.
"Sekejap lagi auntie nk dat..."
"Auntie nk datang?!!!!!"
Terkejut beruk Alisya dan Amzan seraya mengusap dada dengan jeritan Aria.
Tebal berinci inci muka mereka berdua terima pandangan semua manusia di kafe hospital tersebut.
Adehh! Apalah nasib dapat adik ceng gini. Kepoh! Buat malu betul!
Rasa nk menyorok pun ada. Ni kalau ada yg tanya kenal ke atak dengan Aria memang sah mereka tak mengaku kenal.
Tangan menarik laju kedua lengan Alisya dan Amzan sambil tersenyum suka.
"Serius la auntie nk datang? Bukanke dia busy? Boleh ke?"
"Ni lah orang cakap, tak fokus. Sepatah haram pun tak dengar. Penat melayan adik. Along naik dulu nk tengok Nia macam mana"
Pantas Aria ambil tempat di sisi Alisya. Lengan itu digoncang lembut.
"Betulke Angah?"
"Apa yg tak betulnya? Sah sah la betul adik oi! Anak saudara kesayangan dia masuk hospital memang kalut la orang tua tu datang. Lagipun dah bertahun Nia tinggalkan kita. Mesti auntie rindukan Nia...."akhir ayat berubah menjadi sayu.
"Angah tak rasa pelik ke kenapa kak Nia boleh kasar dengan kita lepas tu hilang tanpa khabar? Bukan lama Ngah..tapi bertahun tahun dia hilang hingga detik akhir kakak pergi dalam rindu buat kak Nia. Adik pernah dengar perbualan mummy dengan kakak tapi tak jelas. And kakak nangis that time. Habis je perbualan tu, beberapa hari kemudian kakak mula bercakap pelik and bersikap pelik. Hampir tiap tiap hari dia seru nama Kak Nia. Menangis dalam doa moga dipertemukan Kak Nia. Cara kakak..macam...?"
"Macam dia tahu something bad nk jadi? Macam tu?" pintas Alisya.
Aria angguk setuju.
"Angah tak rasa macam tu, kan doktor sendiri mengesahkan yg kakak meninggal sebab kanser otak. Takkan lah" Alisya berusaha menidakkan kenyataaan yg terang lagikan bersuluh. Berdecit sebal Aria. Keras kepala betul kakak dia yg sorang ni!
"Bukan tu je Angah...beberapa bulan lepas, Grey House diserang. Benda ni langsung tak dikhabarkan pada kita. Seolah olah mummy and daddy cuba sorokkan sesuatu. Mengikut laporan, serangan dilakukan oleh warga Malaysia dan sini. Paling mengejutkan mereka amat cekap dan handal tak meninggalkan jejak atau bukti"
"Mana adik tahu semua ni? Bukan ke adik hilang ditelan bumi?"
Sebuah jelingan hinggap. Orang serius boleh pulak main main.
"Ish Angah ni. Potong. Hal tu nanti lah adik cakap. Now satu lagi hal penting..mummy pernah terima panggilan misteri. Sebaik putus panggilan mummy ketakutan. Itu kata orang gaji kita. Adik rasalah kan, something wrong behind all of this. Adik ada perkara nk diutarakan, before that adik minta maaf sebab sembunyikan hal ni. Actually masa adik tahu, adik rasa macam ni kes dengki saja tapi sebaliknya pula kebenaran tersingkap"
Alisya pandang curiga dengan jantung berdebar laju. Perasaan aneh mengusik kalbu.
"Apa dia?"
"Arwah kakak mati disebabkan santau"
Bagai diletup bom, berpinar mata Alisya. Tubuh badan melorot jatuh. Setitis demi setitis air matanya gugur.
"Ni semua tipukan?" soalnya tak percaya. Masih dalam keadaan terkejut.
"Tak Angah. Ni semua betul. Adik...adik bersama kawan adik masa tu. Dia ustaz. Masa kakak start muntah darah,dia dah rasa benda tu tapi tak berani bagitahu adik sebab aura makhluk tu terlampau kuat. Beberapa bulan baru dia bagitahu kebenaran. Pada mulanya adik rasa ni perbuatan kes dengki sampailah adik kemas bilik hujung yg daddy kunci. Adik jumpa gambar daddy dengan wanita lain. Malah ada jugak barang barang mistik yg digunakan untuk menyeru BENDA tersebut. Salah satu darinya terpalit darah"
Berganda kejutan yg diterima Alisya. Wajah diangkat mendongak.
"Ya angah. Ni semua terjadi kerana kisah silam ibu bapa kita....."
Allahu...mengucap panjang Alisya. Air mata masih membasahi pipi. Lencun. Ibarat tiada kesudahan. Pilu hati Aria. Dia juga menerima tamparan hebat sewaktu pertama kali mengetahui kebenaran pahit yg selama ini disimpan rapi dan utuh dari pengetahuan mereka. Sungguh tak disangka.
Aria memeluk kemas tanpa henti menenangkan Alisya dengan ayat ayat suci tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.
Inilah takdir hidup keluarga mereka. Berat ujian yg menimpa. Harus terima dengan redha. Segala ujian di masa hadapan akan cuba ditempuh bersama yg tersayang di sisi.. Dengan izin Mu Ya Allah. Ku mohon tabahkanlah hati ini semoga sentiasa membasahkan bibir dengan namaMu. Bersabar dengan ujianMu dan tidak alpa. Tunjukkanlah kami jalan yg benar...Lindungilah kami dari perkara terkutuk mahupun keji. Engkaulah satu satunya Tuhanku. Tempatku mengadu, memuja dan menyembahMu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim......
BERSAMBUNG...
done up...rate komen and follow♡. sorry kalau ada typo...
Share this novel