Huru hara seluruh Squad Khas Grey House menerima signal kod merah. Pucat lesi wajah para pihak atasan yg sedang bermesyuarat menengejut manakala pasukan khas telah dihantar ke Grey House diikuti Geena, selaku ketua Squad Grey House. Segala tindakan dan arahan perlulah diluluskan dan diarahkan olehnya. Pendek kata dialah yg berkuasa.
Sampai sahaja mereka semua meluru keluar dengan senjata di tangan masing². Terketar badan Geena melihat mayat yg bergelimpangan. Geena menggenggam tangan erat.
Sh*t! Who's f*cking crazy doing mess with Grey House!
"Check the house now!" arah Geena lantang. Sebaik kesemua pasukan khas hilang dia menekan butang kecil yg terdapat pada bingkai cermin matanya. Langkah dibuka mendekati butang kecemasan di tepi dinding. Bau darah menyengat hidungnya ditahan.
Beberapa langkah diambil namun dia kembali berundur mengambil sampul surat hitam di atas tanah.
"What is this?" soalnya pada diri sendiri. "Oh holy f*cking sh*t!"
"Madam, Sir!" tabik hormat diberi pada kedua pasangan itu.
"What happened Geena?! Tell me? What is going on?!" marah Alice.
"I'm sorry Madam. It's happened so fast. Everyone already died when we arrived"
Alice terdiam. Sedar kesilapannya menengking pekerjanya agak berlebihan. "No! Mak Siti..." terpinga pinga Alvin dan Geena dengan langkah Alice laju masuk ke dalam tiba².
Sedang berlari Alice berhenti sejenak. Badannya jatuh terduduk. Tangisan mula berlagu. "M...mya! Hakim! Aiman!... Bangun... Jangan tinggalkan Mummy..."
Alvin berlari saat mendengar jeritan isterinya. Ditarik tubuh isterinya masuk ke dalam pelukan. Alice meronta kuat namun tenaganya tak setanding dengan Alvin.
"Lepaskan aku! Anak aku! Anak aku! Aku nak anak aku! Mya Hakim Aiman bangunlah. Mummy rindu korang! Bangun! Lepas lah bodoh! Aku nak anak aku kau faham tak?!"rontaan semakin kuat begitu juga pelukan Alvin.
"Sayang..listen to me"
PANGGG!
"Stop Alice! U dah melebih. Stop being childish. U jangan nk derhaka dengan i! Sekali pun i tak pernah naik tangan dekat u but u berani naik tangan dekat i! U sedar tak i ni siapa? I bukan kawan u Alice! I'm your husband!" marah Alvin. Kesabarannya juga sudah melebihi batas. Pijar di pipi dek tamparan hebat isterinya masih terasa kuat.
"Ye! Memang kau tak pernah naik tangan kat aku tapi kau pernah duakan aku Alvin. Sampai sekarang aku masih ingat. Sebabkan sikap bodoh kau anak aku mati Alvin dan sekarang ni anak aku bertarung nyawa sedangkan sorang lagi hilang! Yet it still because of your crazy past life!" tengking Alice lebih lantang.
Geena yg melihat pertengkaran pasangan itu jadi serba salah. Apa yg patut dia buat? Tak faham tu satu hal, siap main tengking menengking lagi lah wanita mat salleh tu keliru. Sorang please terjemah kat dia.
"Madam please calm down" pujuk Geena.
Alice ketap bibir. "Remember your limit Geena!" keras suara Alice buat Geena menunduk ketakutan.
"Take care of Madam. I've got to go" kata Alvin sebelum melangkah pergi. Tiada guna juga kalau dia ada di sini. Malah makin memburukkan keadaan isterinya yg pasti dapat menjejaskan kesihatan wanita itu.
BUKKK!
"Sir!" Alvin berpaling.
"Ya Allah Alice!" Alvin turut menjerit tatkala tubuh isterinya menyembah lantai.
"Bonda taknak balik rehat? Nia boleh je jaga Ayahanda" kata Ania . Kesian juga melihat wajah sugul dan pucat ibu mertuanya itu.
"Takpe Nia. Biar Bonda yg jaga. Kalau Ayahanda sedar mesti dia cari Bonda nanti"
"Kalau tu yg Bonda nak, Nia pergi mintak katil spare untuk bonda jap. Tentu Bonda sakit pinggang asyik duduk atas kerusi"
Puan Sri Halimah diam tak membantah. Memang benar apa yg dikatakan menantunya itu. Seluruh tulang sendinya sengal sengal sedari tadi tapi risau pada suaminya punya pasal dia diamkan sahaja.
TING!
"Siapa pulak yg tak faham bahasa tengah tengah malam ni?" Puan Sri Halimah mula membebel tatkala hp Ania berbunyi di tepi meja katil. Pada mulanya ingin diabaikan sahaja tapi tiba tiba memekak pulak dah. Hp diambil. Belum sempat dijawab deringan dah tiada namun mesej terpampang di skrin. Entah mengapa hatinya terdetik untuk melihat pesanan itu. Dengan senang dia membuka hp Ania kerana tiada kata laluan.
FROM ALEX:
Nia, saya dapat call dari Geena yg Grey House diserang. Ramai terkorban. Tapi alhamdulillah Mummy dan Daddy awak takde masa kejadian berlaku. Saya on the way ke lapangan terbang. Kalau awak nk ikut text me your address.
"Nia ada parents?" Puan Sri Halimah mula tertanya tanya. "Bukan ke parents Nia dah lama meninggal" bicaranya lagi. Tanpa sedar tangan sudah menulis alamat keberadaanya dan SEND.
KLAK!
Tersedar Puan Sri Halimah dari menerawang dalam fikiran. Wajah polos Ania ditenung lama.
"Bonda okey tak ni?" soal Ania risau.
"Nia!"
Terkejut beruk Ania dengan kehadiran mengejut Alex. Untung tak hancur pintu yg dia rempuh. Tahulah badan dia gagah perkasa tapi tak payah lah nk rempuh pintu yg tak berdosa tu.
"Awak buat apa kat sini?"
"Nia lah bagitau" balas Alex pula.
"Tapi saya takde bagita..."
"Bonda yg bagitau"
Ania dan Alex serentak berpaling pada Puan Sri Halimah.
"Apa yg Nia sorokkan dari Bonda?" Puan Sri Halimah berterus terang. Tak guna rasanya kalau dia diamkan sebab dia pasti sampai bila bila pun gadis itu takkan bercerita terlebih dahulu.
Seolah olah takdir, Tan Sri Huraisy sedar dalam keadaan janggal itu.
Setelah selesai bercakap dengan Alex, Ania melangkah masuk ke dalam diikuti Alex dengan wajah yg agak kusut. Berita yg baru didengarinya tadi amat meresahkan jiwa. Namun apakan daya. Hanya mampu doakan yg baik baik di sini kerana dia sendiri mempunyai urusan di sini.
"Puan Sri Halimah right?" soal Alex inginkan kepastian.
Puan Sri Halimah angguk. "Kamu ni siapa?"
"Bodyguard merangkap teman Ania sejak kecil lagi" terangnya dengan satu senyuman. Terserlah lesung pipit di pipi itu sehingga berubah wajah Puan Sri Halimah.
"Ka..kamu Alex anak arwah orang kanan Al..Alvin kan?" soal Puan Sri Halimah menyentakkan Alex, Ania dan juga suaminya.
Tan Sri Huraisy mengecilkan matanya. Niat tidak mahu campur tangan tapi sebaik nama Alvin terbit dari bibir isterinya setelah sekian lama buat dia rasa terkejut maha hebat.
"K..kamu Alex?" soal Tan Sri Huraisy pula.
"Y..ya. Saya" takut takut Alex menjawab.
KRING..KRING..KRING
"Maaflah Tan Sri, Puan Sri saya harus pergi sekarang. Kawan saya dah tunggu saya di lapangan terbang. " pamit Alex dek panggilan yg tak henti henti masuk.
Kini tumpuan mereka beralih pada Ania.
"Nia kenal dengan Alvin dan Alice?" soal Tan Sri Huraisy lemah. Perit di dada masih terasa ngilu.
"Macam mana Ayahanda dan Bonda kenal Mummy dan Daddy Nia?"
Belum apa apa Ania ditarik ke dalam pelukan kemas Puan Sri Halimah. Okey now dia keliru. Apa yg dah jadi sebenarnya ni. Macam mana Bonda dan Ayahanda kenal ibu bapanya malah Alex pun?
BERSAMBUNG...
Komen and follow. love u guysss
Share this novel