RDD 41

Romance Completed 54733

Jari jemari kaku milik Alisya perlahan lahan bergerak. Tekaknya ingin mengeluarkan bunyi tapi perit kuat mencengkam buatkan dia meramas kuat selimut yg membaluti tubuh badannya. "A...adik" luah Alisya sukar.

Bunyi suaranya mengejutkan Amzan dari lena. Kalut dia menggenggam tangan adik keduanya. "Are u okay? Nk air?"

Alisya angguk. Saat gelas dihulur dia mencapai lalu diteguk rakus.

"Slow slow nanti makin sak.."

UHUK UHUK!

"P..pedih long" rintih Alisya nk menangis.

"Itulah. Gelojoh lagi. Along belum cakap apa apa dah teguk rakus. Kan dah merasa" perli Amzan.

"A..angah kat mana ni long? Mana adik?" soal Alisya hairan.

Amzan mati kata untuk menjawab.

"Ni hospital?" tebak Alisya. "Don't tell me adik still hilang? No along.. I want to find her. I need to see her" wayar di tangan Alisya cabut kasar. Pedih!

"Tenang. You still tak sihat sepenuhnya lagi. Kalau pergi pun kita tak boleh jumpa adik. Dia dibawah tahanan seseorang" terang Amzan.

Alisya kembali berbaring dengan seribu satu kedukaan.

"Can you tell me what really happened that day?" Amzan menutur kata perlahan. Sebolehnya dia tidak mahu emosi adiknya terganggu. Tapi dia perlu tahu apa yg benar benar berlaku hari kejadian.

Alisya menekur lantai..."Haritu Angah keluar shopping dengan adik, tiba tiba angah nk pergi toilet tapi adik tak bagi. Dia cakap dia rasa tak sedap hati. Macam ada yg perhatikan dia tapi angah buat tak tahu and tinggalkan adik sorang. Tiba tiba angah dengar orang jerit...sebab kalut angah terus lari keluar. Tapi sayang angah nampak adik dah kena pikul keluar dengan sorang lelaki misteri. I try to get him but i lost him. Masatu angah betul betul menyesal long sebab tak dengar cakap adik. Kalau saja angah tak tinggalkan adik, everything is fine. But suddenly angah nampak lelaki tadi senyum mengejek dari seberang. Tak tahu apa yg hasut fikiran angah terus jalan tak toleh kiri kanan sebelum dilanggar. I think that was my last breath until i saw something....ZA..ZA..ZAL..ZALIN..D..DIA..YANG CU..CULIK adik. Nope...i mean di..dia yg selamatkan adik dari penculik tu. He try to save me but i don't know what happened then..." terang Alisya sedikit tergagap mengimbau apa yg dilihatnya.

"Tapi macam mana? Kalau arwah Zalin yg selamatkan adik mesti dia tahu siapa dalang kan?"

"A..apa maksud abang dengan arwah Zalin?"

Amzan tarik Alisya ke dalam pelukan."Zalin dah takde dik. He's gone.."

TOK TOK TOK

"Awak bangun lah.. Solat subuh! Lambat nanti! Kita jemaah sekali... Oo awak!" laung Ania kuat selang dengan ketukan.

Apa ke liat mamat ni nk bangun. Kecik kecik dulu makan tanah liat ke?

"MEGAT HARRAZ FIRDAUS!!! BANGUN!!!" Ania menempik sekuat hati.

"Woi senyap lah. Memekak keja kau. Aku nk tidur. Faham tak?" suara di dalam pula membalas.

Oh memekak eh. Tunggu kau... Tak lama kemudian Ania muncul bersama segugus kunci ditangan dia buka pintu bilik suaminya dengan jayanya.

Terjengket jengket gadis itu berlari masuk ke dalam bilik mandi sebelum keluar bersama sebaldi air ditangan. Dia tarik senyum nakal lalu...

BUSHHHH!

"ARGHH!%&#$@/!#@$" habis segala carutan disebut. Dalam hutan, yg haram semua dia sapu sampai terkekek kekek Ania ketawa. Siap guling guling lagi atas permaidani berbulu Harraz.

Jelingan tajam singgah pada gadis berambut blonde yg enak landing atas permaidani kesayangan dia. "Kau nk apa hah? Gila ke? Kalau aku mati lemas tadi macam mana?"

"Mati lemas?" Ania mengulang semula dengan kepala yg tersengguk sengguk.

"Ye lahh!" balas Harraz pula.

"Tapi awak tak lemas pun. Sihat walafiat plus boleh mencarut dengan lancar lagi. Ada bakat jugak ehh awak ni..bakat jadi tukang carut. Hahahahah" dia sambung gelak jahat saat wajah Harraz seolah olah berbicara 'WHAT THE HELL!'

"Chill la awak oi. Dah pergi ambik wuduk sana. Saya tunggu. Kita jemaah sekali ehh?"

Namun yg pelik Harraz masih kaku di situ. Dah kenapa pulak jadi patung cendana kat sini?

"Cepatlah awak. Nanti habis waktu" gesanya sambil menolak tubuh sasa Harraz ke bilik mandi.

Harraz mengejungkan badannya tepat di depan pintu bilik mandi.

Wajah seksi Harraz baru bangun tidur aku tenung pelik "Yang awak stop kat sini kenapa? Cepatlah!"

Harraz pandang wajah aku macam nk menangis. Kasar sangatke aku dengan dia?

"Kenapa ni?" lemah lembut Ania bertanya.

"A..aku tak tahu ambil wuduk"

Terkejut beruk Ania. Biar betul Harraz ni? Jauh betul budak ni. Kang kalau aku tanya pandai baca quran tak agaknya apa lah jawapan dia. Tapi kesian jugak. Hidup Harraz ni memang nampak hina di mata masyarakat tapi hakikatnya mereka tak salah seratus peratus. Ramai je yg cakap itulah inilah. Tapi tak satu pun tekad nk ubah manusia manusia macam Harraz nih. Semua pandai bercakap tapi buatnya tak. Kalau ada pun berapa lama je mereka sanggup nk ajar satu satu kan? Bukan nk cakap takde, ada cuma jarang.

Ania genggang kemas tangan suaminya "Jom. Saya ajarkan" Harraz yg terpana mengikut sahaja kemana Ania membawanya walau ke bulan pun. Haha!

Selesai sahaja solat bersama, Ania membaca doa manakala Harraz pula diam. Sejujurnya dia terharu mendengar doa tulus Ania untuk hubungan mereka kekal sejahtera tapi ada sesuatu di hatinya yg menghalang. Egokah itu?

"Jauh awak termenung" tegur Ania membuatkan Harraz tersentak lebih lebih lagi bila tangannya berada kemas pada genggaman Ania yg sejak bila pun dia tidak pasti.

"Kau tak kerja?"

"Pagi ni tak. Sebab saya nk keluar. Ada hal tapi sebelah petang nanti saya keluar kerja"

"Boss kau tak marah ke cuti lama lama dahtu masuk belah petang lah.  Banyak songeh betul kau ni" bebel Harraz. Eleh macam dia pulak boss Ania.

Dalam hati Ania dah gelak jahat. Nk marah apanya kalau dia sendiri boss. Suka hati dia la nk masuk bila pun. Hehe... Walau hakikatnya tiada staff yg tahu siapa dia dan hanya yg tertentu saja tahu dia adalah boss tetap saja dia buat suka suki. Syarikat mak bapak dia lah katakan.

"Tak. Dia sayang gila dekat saya. Okey lah saya nk turun masak. Buatlah apa pun awak nk buat. Kalau awak tidur sekalipun saya tak bangunkan nanti sebab saya nk keluar. Pandai pandai awak lah yer" sejadah miliknya dan Harraz dilipat bersama lalu dia sidai sebelum berlalu keluar ke biliknya.

Harraz menghantar kelibat Ania melalui ekor matanya. "Aku sendiri tak faham perasaan aku Nia. Maafkan aku sebab aku rasa aku dah jatuh sayang pada kau. Untuk memiliki kau secara mutlak aku tak mampu. Aku tetap dengan pilihan aku untuk bersama Qila. Maafkan aku Nia" ucap Harraz perlahan. Jauh di sudut hati terbit satu perasaan bernama SESAL. Perlukah dia merasai perasaan ni?

"Maaf Nia lambat, Bonda Ayahanda" ujar Ania yg mengambil tempat duduk berhadapan pasangan itu. Akhirnya hari yg dia inginkan tiba.

Puan Sri Halimah tersenyum senang "Takpe. Bonda dan Ayahanda pun baru sampai jugak. Nia macam mana? Sihat? Macam mana Harraz?" soalnya prihatin. Tipulah kalau dia cakap dia tak rindukan anak teruna tunggalnya. Terluka separah mana pun insan bergelar ibu tetap sentiasa merindui anaknya. Pintu hati tuanya sentiasa ternanti kemaafan dan penyesalan sang anak.

"Alhamdulillah Nia dan Harraz sihat dan boleh la dikatakan dalam keadaan baik" tercetus tawa kecil dari bibir Ania.

Lega Puan Sri Halimah mendengar.

"Ermm macam mana bonda dan ayahanda kenal dengan mummy daddy Nia?" soalnya tanpa berkias. Penat dah nk main tarik tali dengan bonda.

"Kami berkawan baik sejak dari kecil. Senang cakap, daddy kamu tu kawan ayahanda dan Alice pulak kawan bonda. Tapi mummy dan daddy kamu tak kenal diri masing masing sampailah satu hari, keluarga Alvin mengaturkan perkahwinan antara mereka demi memperkukuh syarikat ayah Alvin yg hampir muflis. Pada awalnya Alvin membantah sekerasnya yg buatkan ayah daddy kamu kena heart attack. Namun Alvin masih tetap berdegil tidak mahu. Akhirnya ayah daddy kamu terpaksa ugut Alvin kalau dia tak kahwin dengan Alice, satu sen harta keluarga mereka takkan jatuh pada tangan Alvin. Maka terciptalah mahligai Alvin dan Alice namun mahligai tu tak sebahagia yg disangka" terang Tan Sri Huraisy satu persatu.

"Apa maksud ayahanda? Jadi mummy dengan daddy nikah sebab harta?" Ania bertanya dalam tidak percaya.

"Bagi ayah kamu iya. Tapi bagi Alice dia terima semuanya pasrah dan tulus mencintai Alvin sehinggalah..."

BERSAMBUNG...

Happy reading guyss. muahh >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience