RDD 16

Romance Completed 54733

Harraz kembali menapak masuk ke dalam kereta setelah tiada apa apa yg dilihatnya. Mungkin sekadar ilusinya. Itulah satu satunya alasan yg masuk akal.

Selepas kejadian itu, kepala yg tadinya sakit semakin berkurangan. Ketenangan mula menapak di hatinya namun sekadar seketika setelah dia menjejakkan kaki ke rumah. Dengan pintu utama dibiar terbuka luas. Dah macam mengalu alukan makhluk makhluk lain masuk pulak.

Kelibat si isteri dicarinya di seluruh ruang banglo tersebut. "Ish mana pulak dah minah ni?"kini kakinya betul betul berdiri di depan pintu Ania namun berkunci.

"Oi Nia! Bukak pintu! Pintu rumah boleh pulak kau biar ternganga , tapi pintu bilik pandai pulak tutup!"

Senyap! Tiada balasan langsung dari Ania. Telinga Harraz ditekapkan pada pintu kayu tersebut.

BAMM!!!

Terkejut beruk Harraz. Tiba tiba sahaja orang di dalam membaling sesuatu. Sampai nak naik pekak pula telinganya. Tak tunggu lama Harraz terus cabut.

Manakala di dalam bilik pula, Ania meramas kasar rambutnya. "ARGHHHHH!!"jerit Ania perlahan. Masih terbayang bayang lagi cecair merah pekat yg mengalir di perutnya tadi. Seluruh tubuh Ania menggigil sejuk dan seram bercampur baur. Ania buntu. Adakah itu sekadar ilusi? Tapi perkara itu seolah benar benar berlaku. Rasa sakit juga masih mencengkam kuat perutnya. Bagai ada sesuatu menusuk nusuk perutnya berulang kali. Air mata setia menemani gadis itu. Tiba tiba kakinya dirasakan seperti dicucuk. Segera kaki disuakan dekat dengannya. Buntang mata Ania melihat darah. Cucukan itu semakin menyakiti Ania. "ARGHHHHHHHHH!!!" sekali lagi jeritan keluar dari bibir munggil Ania. Namun kali ini amat kuat sehingga menyentakkan Harraz yg baru sahaja melintasi bilik Ania.

Terus ditendangnya pintu kayu itu dengan sekali tendangan sahaja. "Kenapa?" wajahnya cemas pabila melihat air muka Ania yg basah dengan peluh dan air mata. Sekali lagi Ania terjerit kesakitan sehingga menggelepar.

Harraz pelik. Kornea matanya akhirnya mendapati cecair merah pekat mengalir banyak di atas karpet bilik itu. Mata dipasak pada kaki Ania yg berdarah. Di tangan gadis itu pula terdapat pisau.

Tak tunggu lama, Harraz mencempung tubuh Ania ke kereta.

"ALLAH!" tegak badan Nelly di katil. Peluh menitik kuat. Apakah petanda tadi? Adakah itu sekadar mainan syaitan atau tanda dariNYA? Nelly buntu. Dia berselawat sebanyak mungkin. Debar di dada menggila. Bacaan ayat kursi beirama indah meniti di bibirnya. Sejahil Nelly dia masih percaya kepada Allah yg satu. Cuma dia masih belum bersedia untuk berubah sepenuhnya. Dia masih cuba perlahan lahan.

Usai ayat kursi dialunkan dia membaca surah AL FATIHAH berserta SURAH YAASIN. Namun debaran di dada masih belum reda. Malah semakin rancak pula iramanya. "She's coming. The one that will lead you to the painful and disaster life" monolog Nelly. Permainan ini benar benar bermula. Penamatnya tiada siapa yg tahu. Air mata Nelly gugur.

"Kau seronok ke hah? Kalau kau nk bunuh diri sekalipun tak perlu buat dalan rumah aku! Dah terseksa tu cakap lah. Aku boleh lepaskan kau bila bila masa je!" tempik Harraz. Untung bilik yg didiami Ania itu VIP. Kalau tak mahunya runtuh satu bangunan ni!

Ania senyap. Pedih hati tika ini usah dicakap. Memang terlampau pedih. Teganya seorang suami menuduhnya membunuh diri. "Tapi saya tak bunuh diri!" balasnya setelah lama berdiam diri.

"Haha! Kau buat lawak ke apa!? Kalau kau tak bunuh diri pisau tu takdelah kau toreh dekat kaki kau tuh!" kali ini Ania betul betul senyap. Tiada balasan untuk itu. Dia sendiri buntu bagaimana bisa pisau itu ada ditangannya sedangkan dia langsung tak ingat bila dia memegangnya.

5 MINGGU BERLALU...

Hubungan Ania dan Harraz masih dingin malah layanan Harraz lebih dingin selepas kejadian yg menimpa beberapa minggu lalu. Puas Ania memujuk namun sedikitpun tak membuahkan hasil. Paling sakit apabila setiap malam Ania akan berasa sakit di bahagian kaki dan perutnya. Namun untuk diadu kepada Harraz memang lambat lagi.

Ting...Tong..

Bunyi loceng rumah menghentikan lamunan Ania. Dari jauh lagi kelihatan seorang gadis berpakaian AGAK menjolok mata yg memandang. "Yes Miss, who are you looking for?" soal Ania.

"Well i need to see you. You Ania right?"

Tanpa menjawab soalan gadis itu Ania terus membuka pagar rumah.

"Harraz ada di rumah?"

"Ada"

"So how was your relationship with him? So far he didn't beat you right?"

Berkerut kening Ania dengan soalan pelik gadis itu. Namun dibalas dengan anggukan.

"Have a sit" pelawa Ania.

"Hey Nell. What are you doing here?" soal Harraz dari arah tangga.

"Saja just datang lepak lepak. Lama i tak jumpa kawan i si Nia ni. Rindu pulak rasa"

Tergama Ania. Sejak bila pula dia bersahabat baik dengan gadis itu?Kenal pun tidak.

"Okey. Up to you. I need to go work now"

"Ermm..Miss why..."

"Just follow my step" pintasnya.

"Saya ke dapur dulu buat air"

Nelly tersenyum sambil mengangguk. Sebaik kelibat Ania hilang muncul pula kelibat kucing hitam. Ngiauan nyaring tersebut membuatkan Nelly merengus kasar. "Stay away from me! I don't have any of involvement with you! And also she! Just live your life!" marah Nelly. Dalam pada masa yg sama dia tidak menyangka bahawa kucing itu terlebih dahulu tiba sebelum dirinya. Maknanya Ania sedang mengalami kesannya. "Ahh aku terlambat"

Ania membawa dulang berisi air. Sekelip mata itu juga kucing hitam tadi hilang.

"Have a drink"

"Listen here Nia. I nk bagitau you something but you kena bagitau i sekarang ni you ada tak kena apa apa?"

"Maksud Miss?"

"I mean like you sakit mana mana tepat waktu jam menginjak malam?"

"I do. Tapi macam ni Miss boleh tahu?" soal Ania curiga.

"I cannot tell you more. The only thing that i can say, kalau you taknak rasa sakit tu serang you, you kena bawa dan jaga Harriz dalam pangkuan you. Jangan tinggalkan dia. Bawanya ke sisi you. That's the only way" ujar Nelly.

" Tapi semua ni tentang apa?"

"One day you will know. And if the day came, you'll gonna be strong. Bergantung selalu pada ALLAH. Jangan putus asa. My name is Nelly. If you have anything to share just call me" sehelai kad dihulur pada Ania sebelum dia pergi.

Maafkan aku Nia. Hanya tu je yg aku mampu tolong. Selebihnya hanya tuhan yg tahu. Dan aku bukan tuhan.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience