Bersama ucapan bismillah Ania masuk ke dalam rumah usang tak berpenghuni dengan secebis keberanian senipis kulit bawang sahaja.
Kedua mata dipicingkan untuk melihat keadaan rumah yg jelas jelas kelihatan sunyi dan gelap kemalapan.
Bunyi geseran antara pasir dan daun kering menambahkan suasana seram.
Gentar?
Semestinya! Dia bukannya berdepan dengan sembarangan makhluk. Luar biasa kemampuan dibanding dirinya yg kerdil lagikan kecil. Semua diserah kepada Allah. Moga dia dilindungiNya.
Dalam gagauan Ania, akhirnya dia berhenti. Pintu usang beranai yg hampir roboh dikuak. Cahaya samar samar lampu dan unggun api menerobos kornea mata Ania buatkan dia mengangkat tangan menahan silau setelah dikelilingi suasana gelap sebentar tadi.
Lantas tangan kiri Ania letak disekitar pinggang, bersedia sekiranya apa apa berlaku.
"Sampai pun akhirnya...."
Satu suara menyapa halwa telinga Ania. Arah suara itu cuba dikesan. Namun dia mampu melihat ruang samar itu kosong tanpa penghuni.
Ania kepal tangan mendengar suara Harraz di kedua telinganya dengan kata kata yg berbeza.
"Aku akan bunuh kau!", keras suara di halwa telinga kirinya.
"Pergi sayang...", perlahan dan mendayu bunyi suara arah kanan.
"Kau nk bunuh aku? Apa yg kau tak puas hati lagi!? Aku dah pergi jauh tinggalkan Harraz. Kenapa kau masih mengganggu kami? Apa yg kau nak ha? Tunjuk diri kau!"
HAHAHAHA!
"Apa aku nak? Hmm...rasanya aku pernah cakap sebelum ni yg aku mahu darah kau. Aku nk kau mati Nia. Tapi nyawa kau betul betul liat tak macam kakak kau. Lemah!",sumbang si suara mengejek menambahkan bara api.
"Kau yg bunuh kakak aku?! Sial kau! Apa yg kau masih tak puas hati haa? Kau hancurkan segala galanya!"
"Aku akan puas kalau kau mati! Orang macam kau semua tak layak hidup atas penderitaan tuan aku!", katanya lalu jelmaan susuk tubuh Harraz dan dia mula kelihatan.
"Kami tak salah! Tuan kau yg rampas Daddy dari Mummy aku! Tuan kau yg porak perandakan semuanya binatang!", naik merah padam seluruh wajah Ania menghamburkan kata kata begitu. Tersembul urat tekak. Betapa geramnya Ania sekarang ini.
"Sekarang lepaskan Harraz!"
Wanita muda itu mula melangkah mendekat diiringi tawa tak berpenghujung. Dapat Ania lihat dihujung bibir itu terpalit darah. Lekas lekas dia memandang Harraz.
Wajah lelaki itu tampak pucat dengan kesan gigitan pada lengan yg bertompok darah.
"Celaka kau!"
"Cinta dan sayang, itu semua karut. Dia, tak pernah cintakan kau!", dia menuding jari ke arah Harraz yg kian lemah. Semakin membuak buak darah keluar dari lengan Harraz seolah olah dicengkam sesuatu. Erangan Harraz kedengaran.
"Lepaskan dia!"
"Jaminan kau apa?"
"Ambil aku. Bunuh aku! Buatlah sesuka hati kau. Dan lepaskan keluarga aku dan Harraz. Cukuplah kisah dendam ini berakhir di sini. Bersaksi bulan, aku kotakan sumpahan tuan kau ke atas kami."
"Sa...sayang jangan!", Harraz cuba menghalang namun kudratnya tak terdaya. Seluruh badan terasa berada dalam genggaman sesuatu buatkan dia tak mampu berbuat apa. Hanya melihat pertelingkahan antara gadis gadis di depannya.
"Baiklah. Kau pilih jalan yg betul. Jadi tak perlulah aku bersusah payah kerah tenaga buat kau."
Harraz dilepaskan namun kini dia berdepan dengan Ania. Sekelip mata tubuh itu terpelanting ke dinding. Darah keluar dari cengkaman tajam di tubuhnya.
Meringis Ania dalam keadaan meringkuk.
Harraz menangis hiba di satu sudut tetapi tiba tiba seluruh badannya terapung ke udara. Perlahan lahan saluran oksigen menipis. Wajah Harraz berubah pucat.
"Kau tipu aku!", Ania mencerlung tajam. Sakit hati ditipu.
"Aku tak pernah kata aku setuju dengan kau. Tuan aku sudah berjanji untuk serahkan Harraz pada aku. Dia...", Harraz dituding.
"Milik aku!"
Tangkas Ania menembak Arluna.
"Run Harraz!"
Akan tetapi tembakan itu langsung tak memberi apa apa efek kepada Arluna. Tiada darah keluar namun cukup untuk membuatkan perhatiannya teralih.
Harraz terlepas. Berkaca mata dia manahan tangis menggila.
Seutas loket dikeluarkan. Terhenti tawa Arluna sebaik melihat loket di genggaman Ania.
"Takut? Makhluk macam kau ada erti takut ke?"
Arluna menempik nyaring.
"Marilah kita tamatkan semua ni. Aku lakukan ini atas nama Allah!", loket tadi dihempas ke lantai kemudian Ania bertindak memijaknya sehingga hancur. Lalu dilempar pula ke dalam bara api yg ada agak dekat dengannya.
Usai itu segera Ania menyambut tubuh Arluna dari jatuh. Ditutup mata terbelalak itu bersama kalimah Innalillah.
Arluna, atau lebih tepatnya Arluna Binti Abdullah adalah anak kandung kepada Ariey yg telah lama meninggal dunia. Sebelum kepergian Ariey, dia telah menitipkan kata kata terakhir kepada makhluk jahat untuk membantu dia membalas dendam kepada keluarga Harraz dan Ania melalui perantaraan anaknya sendiri, iaitu Arluna.
Arluna pada awalnya tidak membantah namun pergolakan berlaku disaat Arluna mula menyayangi Harraz dan memilih untuk mengkhianati sumpah dendam Ariey. Yang mana membangkitkan amarah kuasa jahat lalu Arluna dibunuh.
Selama ini tubuh Arluna dikuasainya untuk melakukan upacara bagi mengacau bilaukan hidup Ania.
Tapi siapa sangka, roh Arluna juga berkeliaran. Berkali kali cubaan membunuh Ania gagal kerana gadis itu seringkali bersama Harriz, budak yg sudah dianggap anak oleh Arluna.
Malah tubuh yg telah dikuburkan bukanlah mayat Arluna. Ianya tipu daya sahaja.
Dan kini, semuanya tamat. Penderitaan yg tertanggung selama ini akhirnya tiada lagi. Hiba Ania menangis.
2 TAHUN KEMUDIAN...
"Mana pasangan yg diraikan? Semua dah berkumpul tapi tuan badan pula tak kelihatan", ucap Nelly ceria. Raizul dan Rasul disuap manja walau kedua anaknya sudah besar. Tetap saja manja melebih! Dia tak kesah malah terlalu senang melayan telatah anak anaknya.
"Ibu, Rasul nk ambil aiskrim kejap. Ibu jangan suap abang Raizul banyak, nanti habis yg Rasul punya bahagian", bebel lelaki tampan itu. Kini umurnya sudah 7 tahun manakala Raizul berumur 8 tahun.
Dua duanya saling tak tumpah mirip ayah dan ibunya.
"Iyaa. Ibu suap sikit je."
"Alaa ibu! Tak adil. Abang nk sama rata. Taknak banyak ke sikit", cebik Raizul pula.
Nelly menggelengkan kepala yg tak gatal. Aduh anak bertuah!
Mereka yg lain bergelak ketawa melihat karenah ibu dan anak itu.
"Nelly, atas sana encik abang memanggil", ujar Ania baru muncul dari tingkat atas.
"You berdua, aunty suapkan. C'mon", usik Ania membuatkan dua lelaki tampan itu cemberut sahaja. Tergelak Ania sendiri.
"Jom lah aunty suapkan. Confirm you berdua terigau nanti nk kena suap sekali lagi", giat Ania mengusik.
"Taknak kawan dengan aunty. Aunty jahat! Aunty selalu tinggal Rasul dengan Raizul bila ada Dik Anna dengan Dik Huzzaf."
Lagi sekali Ania tertawa ceria. Ada ada saja budak dua ketul ni.
"Listen here, you berdua dah besar tau tapi Dik Anna dengan Dik Huzzaf kecil lagi. You all ni pangkat abang tau. Kena lah beralah. Kata dah matang. Nanti esok esok nak kahwin dah."
"Lambat lagi lah aunty", Raizul mula merengek. Hubungannya dan Ania begitu rapat namun selepas kehadiran kembar Anna dan Huzzaf buatkan mereka terabai seterusnya mula merajuk manja.
Bukan dipujuk, Ania malah ketawa lagi terbahak bahak tatkala bersua melihat muka masam Raizul dan Rasul.
"Dah handsome pun suami saya ni ekk", baju melayu di badan sasa lelaki itu ditepuk kemas. Tersenyum manja Nelly merasakan rangkulan di pinggangnya semakin dieeratkan.
"From now on, abang kena bijak bahagikan kasih. Kami tak mahu bergaduh tau."
"Sayang...", serak basah suara Fizz kedengaran.
Kening Nelly dijungkit.
"Can't we just cancel all of this? I'm happy with you. Only you."
"I know it. Tapi saya tahu abang juga ada perasaan tu. Perasaan yg sampai bila bila saya tak mampu tunaikan", perlahan Nelly bertutur.
"I'm happy with you sayang. Just only us. Tak cukupkah Raizul dan Rasul?"
Lengan Fizz disentuh lembut. Lama dia belai tangan suaminya. Tangan yg selama ini sudi menyambut dirinya yg sendirian tanpa kasih seorang lelaki. Sudi berbagi kasih dan sayang kepadanya tanpa pulangan. Dan sanggup menerima segala kekurangan dia. Tapi dalam diam dia malu dan bersalah atas diri yg tiada apa apa untuk diberi pulangan.
"Sayang buat semua ni sebab sayang tahu abang mampu. It's not about Raizul dan Rasul. Sayang menyayangi mereka. Mereka lebih dari cukup. Tapi sayang tahu abang juga ada angan angan untuk menimang cahaya mata sendiri. Yang pastinya sayang tak mampu berikan. Sayang mandul bang..."
"Hey don't cry...", isteri tercinta cuba dipujuk. Dia juga sedih. Memang rasa itu ada, tapi dia lebih rela korbankan itu demi isterinya tersayang.
"Marry with her abang... Sayang terima semuanya. Tak sedikitpun hati ini rasa sakit. Selagi kebahagiaan abang terjamin, begitulah juga kebahagiaan yg sayang rasakan."
Setelah semuanya selesai, Fizz mendekati dua wanita yg kini bergelar isterinya disertai anak anaknya, Raizul, Rasul dan Razil.
"Sayang...", ucapnya. Namun haru badan Fizz apabila kedua dua isterinya berpaling. Alamak! Nak dipanggil satu je. Tapi dua dua pulak toleh.
Ceria senyuman Nelly dan Lola yg berpegangan tangan sejak tadi. Haish! Fizz rasa macam yg kahwin tadi Nelly dan Lola. Bukan dia. Tengoklah kedua duanya asyik berkepit kesana kesini macam belangkas. Langsung taknak berenggang.
Bff lah katakan. Agak agaknya macam manalah hidup dia nanti. Terabai ke?
"Ada apa bang?", soal keduanya serentak. Hampir pitam Fizz dibuatnya.
"Oh ye, abang jagakan anak anak yer. Kami nk sambut tetamu. Tata", ujar Lola bersahaja. Penuh selamba badak mereka berjalan sambil berpelukan pinggang masing masing tanpa menoleh sedikit pun pada Fizz yg terpinga pinga ditinggalkan berseorangan.
Berkelip kelip dia memandang anak anak express nya tak percaya. Haih, kenapa dia pulak yg rasa dimadukan?
Ania dan Harraz sedari tadi memerhati bergelak sakan mentertawakan Fizz.
Sakan keduanya bertepuk tampar. Suara pulak boleh tahan kuat. Tak pakai speaker pun tak apa. Seluruh tetamu dari setiap pelosok rumah boleh dengar.
"Apa gelak gelak?"
"Kelakar weh. Asal kau dimadukan bini kau ke? Kesian weh. Muka mintak simpati kau ni", kasar gurauan Harraz. Dia kemudian menyembamkan muka pada dada isterinya lalu dihambur ketawa lagi kuat sehingga terhinjut hebat badannya diiringi tawa Ania.
"Relaks lah weh. Bila GIRLFRIEND bertemu GIRLFRIEND begitulah jawabnya. Malam nanti jangan nangis kalau bini bini kau sakan tidur berpeluk kau tidur berpeluk anak anak", makin rancak tawa Harraz dengan usikan isterinya.
Entah apa yg rasuk kedua suami isteri tersebut. Sejak berbaik semula dan dikurniakan anak kembar, makin gila perangai keduanya. Beku Ania juga telah hilang ditelan kesengalan Harraz barangkali...
Sama naik menyakat orang. Tua atau muda semua disakatnya. Kalau tahap biasa takpe. Tapi bila masuk tahap extreme, boleh kena heart attack jawabnya.
"Tepilah. Sibuk je."
"Hahaha kesian dia. Kena tinggal bini", kuat laungan Harraz. Berdesing telinga Fizz menahan malu ditatap semua.
Tengok! Dia mula dah gurau kasar nk mintak penampar!
"Cantik bulan malam ni, secantik sayang kesayangan abang ni", kata Harraz penuh romantis. Belum sempat tubuh genit Ania masuk ke dalam pelukan, sebuah tumbukan dilepaskan pada wajah Harraz.
"No touching huh! Abang bukan boleh percaya sangat!"
"Alaa sikit je sayang. Peluk je pun."
"No! Big no! Awak tak ingat pesan Bonda? Awal awal lagi dia bagi warning tau. Siap nk pisahkan bilik lagi. Tapi saya bela sebab tahu awak ni tak boleh tidur tanpa saya. Jadi jangan melebih. Ada jugak tidur bilik atas malam ni."
Harraz tercebik sedih. Kenapalah orang wanita ni kena berpantang bagai? Kesian lelaki malang sepertinya. Sudahlah isterinya seksi.
Malam malam pakai dress paras peha mengikut alur tubuh. Bila ditegah, katanya sengaja mahu menguji keimanan Harraz yg memang tipis sahaja. Katanya lagi dia buat begini supaya Harraz belajar erti menghargai apa yg ada depan mata.
Tapi ini dah lebih bila Ania meletak peraturan no touching ketika berduaan dalam bilik kecuali ketika mahu tidur. Barulah dia boleh memeluk tubuh itu. Itu pun di bahagian perut sahaja. Lain lain, kesimpulannya tidur bawah katil lah dia.
Tiba tiba Ania merasakan tangannya dipegang. Baru nk ditepis Harraz mula bersuara buatkan dia secara automatik menyandarkan kepala pada dada bidang lelaki itu sambil menyaksikan bulan indah di malam hari.
"Terima kasih telah sudi terima abang kembali dalam hidup sayang walau bermacam perkara abang lakukan pada sayang. Maafkan abang yer sayang...?"
Tangan kanan Ania naik bermain di tangan kekar Harraz yg menggenggam tangan kirinya.
"Sayang terima segala galanya dengan hati terbuka. Dan semuanya sayang dah maafkan dan lupakan. Bak kata Harriz, forgive and forget", sempat diselitkan ayat yg biasa digunakan anak sulung mereka.
"Semuanya takdir yg menyuratkan. Setiap badai yg melanda pasti ada pengkahirannya. Akhirnya nakhoda Harraz kembali selamatkan Ania yg terkapai di lautan. Dia tak kejam. Cuma ego dan benteng besar menghalang dia dari menyelamatkan Ania. Tapi jika sudah takdir tertulis bergitu, bersama jua nakhoda Harraz dengan Ania", tutur Ania tenang. Matanya galak melihat bulan tetapi bibirnya menguntum senyum indah bersama suami tercinta di sisi. Biar pun dia pernah berfikir jika berpisahlah jalan untuk mereka. Siapa sangka, jodoh itu masih panjang dan kekal.
"Ini kisah nakhoda Harraz dan Ania,puteri sumpahan bulan", kata kata Harraz disambut tawa Ania.
Sesungguhnya dia bersyukur atas apa yg terjadi. Sekurang kurangnya mereka dapat belajar banyak perkara dalam kehidupan. Tentang cinta, ego, maruah, pengkhianatan, dengki, perampas, penyeksaan, yg sebenarnya buatkan mereka merindui diri masing masing dalam diam.
Rindu dalam diam yg banyak mengajar erti penyesalan dan penghargaan. Begitulah kekuatan cinta mereka bercambah dari hari ke hari. Ditambah kehadiran tiga pengikat kasih dalam hidup mereka cukup menyempurnakan keluarga kecil itu. Berbahagia di samping diri masing masing. Saling bergantung, mengadu masalah. Semuanya makin mengeratkan hubungan.
Perkara yg lepas? Itu mereka jadikan pengajaran agar tidak terlalu mengikut nafsu. Kesilapan yg pernah terjadi, buatkan mereka sedar dalam dunia realiti.
Malam yg dianggap perit itu sebenarnya membawa petunjuk bagi masa depan mereka berdua. Kini segala galanya ditempuhi bersama bersama sikap yg matang.
Syukur juga mereka di sekelilingnya turut berakhir bahagia.
Lola dan Nelly, dua gadis kuat itu yg saling menyayangi diri masing masing rupa rupanya melengkapi diri masing masing. Malah keduanya tak kesah berkongsi suami yg sama. Terlebih bahagia adalah! LOL!
Sejak kepergian Aizzat dalam hidup Lola dan Nelly mereka bangkit bersama sebelum setahun yg lepas, Aizzat ditahan selepas merogol dan membunuh Raziz, anaknya dan Lola.
Manakala Engku Amalina pula ditahan di wad hospital mental setelah kehilangan Syazalina selepas pergaduhannya dengan adiknya itu. Syazalina meninggal dirempuh lori akibat memandu dengan sangat laju. Dia juga turut sama terkesan. Bertahun dia bersahabat, akhirnya ditamatkan begitu. Bagaimanapun, Syazalina ada menitipkan surat buatnya dan Engku Amalina seperti dapat merasakan masanya bakal tiba. Dia sendiri tak mahu berdendam, kesalahan tanpa sengaja Syazalina telah lama dimaafkan begitu juga Engku Amalina.
Doktor mengesahkan Engku Amalina mengalami tekanan perasaan kerana tidak dapat menerima kematian satu satunya adik dia.
Nana dan Fuaz pula macam kucing dan anjing. Seorang asyik nk bermanja. Seorang lagi garang mengalahkan singa.
Begitupun, Alhamdulillah bertunang juga keduanya. Barangkali Nana rimas dengan Fuaz asyik mengekor kemana sahaja dia pergi. Perlahan lahan hatinya terbuka pada jejaka tampan itu. Tapi ego seorang Nana tetap tinggi.
Fizz akhirnya menemui cinta hatinya. Untungnya bukan satu tapi dua. Anak anak Lola bersama Aizzat diterima seikhlas hatinya. Kehadiran Lola dan anak anaknya seumpama sinar kebahagiaan bagi Fizz dan Nelly. Siapa sangka sahabat baik itu bermadu juga akhirnya setelah berkongsi segala galanya, termasuk suami... Memikirkan itu buatkan Ania geli hati.
Apa agaknya sahabat sahabat baiknya buat pada Fizz di malam pertamanya?
"Sayang, are you guys joking me?", jelas nada ketidakpuasan hati Fizz apabila disuruh tidur bersama anak anaknya manakala dua isterinya akan tidur bersama malam ini.
Katanya mereka ada banyak perkara hendak dilakukan bersama.
"No we're not!", balas Nelly dan Lola serentak. Seperti kembar. Sejak petang tadi lagi mereka bercakap serentak hingga berantakan Fizz jadinya. Stress oii!
"Pergi sana. Bye bye hubby."
"Bye bye abang."
Pasrah! Fizz berjalan menuju bilik anak anaknya. Peluk anak pun jadilah...
Dalam hati tak henti mengutuk Harraz dan Ania kerana mulut mereka masin lah dia ditimpa kejadian ini.
"Nak apa?", malas suara Nana kedengaran di corong hp.
Fuaz ketawa tanpa sedar membangunkan singa betina.
"Awak call saya semata mata nk gelak ke? Tak tahu ke saya penat hah? Orang nk rehat tau tak? Dia sibuk nk call bagai. Pastu gelak gelak. Awak ingat saya nk hadap gelak awak ke? I need my sleep Fuaz!"
"Wowowo, chill la baby. I just nk melepaskan rindu."
"Apa baby baby? I bukan baby you lah. Melepas rindu? Awak ingat hari esok dah takde ke? Timing macam ni jugak nk kacau."
Fuaz menggaru tengkuk tak gatal selepas ditembak Nana. Itulah, tempah bala lagi.
"Hehe.. Ok bye baby!", terus dimatikan panggilan telefon bimbang Nana bakal mengamuk lebih ganas lagi.
"Arghhhhhh! Semak!", bergegar ruang banglo 3 tingkat miliknya. Burung burung berterbangan pergi. Seluruh penghuni rumah yg sedia maklum siap memakai penyumbat telinga. Bukan tak tahu, kejadian serupa itu kerap kali berlaku.
Jadi mereka semua siap sedia menyediakan payung sebelum hujan ribut taufan!
Mereka semua bergelak ketawa bahagia di sisi masing masing. Walau ada yg tiada pertalian darah, hubungan mereka tetap bahagia dan akrab.
Kelihatan Puan Sri Halimah yg rancak berbual bersama rakan baik merangkap besannya, Alice. Tak lupa juga Elizabeth menyertai perbualan itu. Manakala para suami sibuk bermain catur di satu sudut bersebelahan.
Para muda mudi sibuk dengan keluarga kecil masing masing. Gembira tak terkata atas segala nikmat yg dikecapi hingga kini. Dalam hati, amat berharap jika kebahagiaan ini bakal kekal hingga akhir nafas.
Tak lama, Alisya serta Aria tiba bersama suami masing masing.
Cuma tinggal Amzan sahaja yg solo. Bila ditanya, abangnya kekal diam atau mencipta alasan..jodohnya belum tiba. Naik pening kepala Alvin dan Alice dengan Amzan. Bujang terlajak!
"Abang, temankan Nia angkat barang kat luar kejap boleh tak?", soal Ania di meja sebelah. Kini mereka berada di restoran yg dimilikki oleh Nelly dan Lola.
"Suami Nia kat mana?"
"Tu hah, main dengan si kembar dan Harriz", terjuih mulut Ania ke arah Harraz yg sedang menggendong Anna dan Huzzaf sambil melayan karenah Harriz. Kesian Ania melihat. Sejak berbaik, Harriz mula rapat dengan Harraz namun lain pula jadi bila mereka mendapat si kembar. Harriz merasa diabai dan sering mengalih perhatian mereka supaya fokus padanya sahaja.
Apa kena entah dengan anak sulungnya itu?
"Ermmm. Mana barangnya?"
"Ada tu kat luar. Jom lah", Amzan pasrah bila tangan kanannya ditarik adik tersayang.
BUKKK!
Terlalu cepat kejadian itu berlaku. Tak fikir panjang, Amzan menarik gadis yg dirempuh Ania ke dalam pelukan daripada terjatuh menyembah lantai. Lahai! Dia takut gadis itu digelak saja.
Yelaah sembah lantai kut. Sah sah nanti bertonggeng kan? Dari mata sucinya tercemar, ada baiknya dia menyelamatkan keadaan. Dia taknak kehilangan keterunaan matanya!
Tubuh genit gadis bertudung ungu tersebut melekap elok pada badan sasa Amzan buatkan dia terlupa untuk bernafas.
Masyaallah! Dugaan apakah ini! Matanya membulat. Seluruh tubuhnya kaku. Terketar ketar tangannya terapung di udara. Tak tahu nk diletak kemana.
Ania ditepi yg elok rasa bersalah jadi nk ketawa pula. Pucat gila muka abangnya terpeluk anak orang!
"Maaf miss. Saya tak sengaja langgar awak", tutur Ania bersalah.
Terkedu dia saat anak mata gadis itu menatapnya.
"Kak Qila?!", naik seoktaf nada Ania tak percaya.
Kepalanya digeleng geleng.
"Excuse me?", lembut saja gadis itu berbicara. Bingung dengan panggilan wanita di depan dia. Dahlah dirempuh, pulak tu dipeluk lelaki asing. Lepastu dicop kak Qi apa entah.
"My name is Haida Syafira. About tadi, tak mengapa. Saya tahu awak tak sengaja. Dan maaf sebab dah terpeluk husband awak", bersama itu, gadis bernama Haida itu menundukkan kepala tanda maaf.
"Eh tak tak. Bukan suami saya ni. Muka macam ni suami saya? Memang tak lah", kutuk Ania depan depan sambil ketawa ceria. Gadis itu benar benar mengubat rindu dia buat Qila yg telah lama pergi menghadap ilahi.
Haida bingung. Pipinya merah apabila menangkap pandangan Amzan yg ralit meneliti mukanya sedari tadi.
" Saya Ania. And this is my brother, Amzan. He's solo and available."
Makin memerah wajah Haida.
"Awak sibuk? Kalau tak marilah join keluarga kami. Boleh kenal kenal dengan bakal mertua", tersedak Amzan di tepi Ania. Adiknya sorang ni memang nk kena luku.
Melihat balasan Haida, laju saja Ania menarik tangan gadis itu ke dalam.
"Abang angkat ye semua kotak tu. Bye!"
Lagi sekali Amzan pasrah. Namun bibirnya tak henti menguntum senyum.
Semoga kasih sayang antara keluarga mereka tak utuh. Amiin...
TAMAT...
Alhamdulillah berlabuh tirai sudah RINDU DALAM DIAM yg hampir mengambil masa setahun untuk disiapkan... Buat para pembaca dan followers, terima kasih sudi ikuti kisah ANIA X HARRAZ hingga tamat... Juga ucapan jutaan terima kasih buat yg sudi komen di sini... Norlina Binti Abdul Majid Dilla dall Stella@Tilla aleyafarz Anna Maria Mariana Angang Fauziah mohamad Nina Joanna SkyHeart juliana1977 jennbyniey AkindPrinces Sarah Aqilah D. N A N A Special thanks for you guys terutama buat yg sudi komen di sini banyak kali. Segala komen amat saya hargai...Last, saya harap semua faham penulisan saya agak kurang okey kerana saya masih mentah...Semua yg kurang akan diperbaiki pada masa hadapan, insyaallah...Happy reading and Love bnyk ii to all readers...Moga hari anda baik hari ini...❤❤❤
Share this novel