RDD 38

Romance Completed 54733

Bunyi mesej masuk menyentakkan Ania dari lamunan. Sekilas cincin perkahwinan dipandang tanpa menghiraukan mesej yg masuk.

Aku sayang kau Harraz walau aku tak tahu siapa kau dimasa silam. Walau aku sering kau sakiti, tetap saja aku sayang kau. Bodoh ke aku ni mengharap pada sesuatu yg tak pasti? Salah ke aku mencintai suami aku sendiri?

"Jauh Nia termenung...sampai ke mana dah?" tegur Alex.

"So jom balik.. Penat lah tunggu Alex pergi tandas. Lama sangat. Entah apa yg dibuat" Alex tersenyum bila Ania menukar topik.

"Jom Your Highness"

"Stop joking around Alex!"

"Sorry Nia... Okey saya dah tak kacau awk"

Deringan hp menghentikan mulut Ania yg seakan ingin berbicara sesuatu pada Alex.

"Waalaikumussalam. Ada apa Bonda?"

"Apa!? Nia gerak ke sana sekarang" panggilan ditutup dan dia memboloskan diri ke dalam teksi tanpa mempedulikan Alex yg terpinga pinga. Untuk seketika dia menjulur kepala keluar tingkap. "Awak balik sendiri eyh.. Saya ada hal kecemasan. Bye and thanks Alex"

Geleng kepala dia melihat Ania melambai tangan tangan.

Cute betul minah ni... Duhai hati tabahlah. Dah jadi milik orang dah pun. Sedar diri kau Alex. Taraf korang tak sama. Macam langit dan bumi je.

"Bonda....."

Puan Sri Halimah berpaling saat namanya diseru. Terus diterpa tubuh menantunya. "Nia....ayahanda..Harraz"

"Kenapa ni Bonda? Macam mana Ayahanda kena heart attack? Kenapa dengan Harraz?"soal Ania bingung.

"Harraz bawak Qila datang rumah. Bon...bonda tak tahu apa jadi. Bonda sampai ayahanda dah rebah...." esak tangis Puan Sri Halimah makin kuat.

"Tenang Bonda. Ayahanda akan baik² saja" pujuk Ania.

Puan Sri Halimah mengangguk.

Suasana bingit di kafe hospital tak mampu memecah kejanggalan antara Puan Sri Halimah dan Ania.

Sebentar tadi Bonda mengajaknya ke bawah. Katanya ada perkara penting hendak dibincang dan dari raut wajah sugul wanita itu, Ania dapat agak ada yg tak kena. Sementara mereka di sini, Tan Sri Huraisy sepenuhnya dikawal dan dijaga oleh jururawat peribadi yg sememangnya bertugas di sini sekiranya keluarga Tan Sri Huraisy sakit. Semua tu sebab hospital ni milik Tan Sri Huraisy.

Ania garu kepala yg tak gatal. "Errr...bonda nk cakap apa yg penting sangat tu?" soal Ania.

Keluhan berat dilepaskan. Sudah tiba masanya insan mulia didepannya hidup bebas bahagia di luar sana. "Bonda suruh Harraz ceraikan Nia"

Terkejut gadis itu. "Ce..cerai? Ta..tapi kenapa Bonda?"

"Bonda tak sanggup lukakan hati Nia. Harraz bawak Qila and kakak kamu bagitau dia bakal menantu Bonda. Harraz pula tak membantah. Takde yg mampu Bonda lakukan Nia. Kamu berhak bahagia" luah Puan Sri Halimah kesal.

"Boleh Bonda cerita macam mana Nia dengan Harraz nikah?" Puan Sri Halimah agak terperanjat. Tidak menyangka soalan itu yg meniti dari bibir gadis itu. Reaksi Ania kekal tenang.

Puan Sri Halimah mencapai tangan Ania lalu digenggam kemas sambil tersenyum....

"Nak...Mak Siti tak boleh masak. Tiba² je rasa macam tak sedap badan. Takpe ke?" soal Mak Siti di talian.

"Takpe Mak Siti. Nanti Alice balik masak sendiri. Mak Siti rehat je dalam ruangan bawah tanah tu. Takde yg kacau nanti. Kalau tidur dalam bilik bawah tu sah budak 3 ekor tu kacau Mak Siti" jawab Alice diselangi tawa halus.

"Betul ni bagi Mak Siti masuk bilik bawah?"

"Ye Mak Siti. Apa² nanti bagitau Alice yer?"pesan Alice

"Ye lah Alice. Kamu tu kerja jangan kuat sangat. Nanti sakit. Mak Siti pergi dulu. Assalamualaikum" panggilan ditutup dan dia berjalan melalui dapur untuk ke bawah namun langkahnya terhenti memandang 3 sosok di meja makan dapur sedang melantak.

"Bertuah 3 orang budak ni! Korang buat apa tu? Kenapa tak jaga pintu depan?" soal Mak Siti bercekak pinggang.

Aiman, Hakim dan Mya berpaling serentak tangan kanan yg comot dengan nasi diangkat 2 jari.

"Alaahhh Mak Siti... Kitorang lapar. Lagipun pintu depan kan abang mata biru and SADO dah jaga. Keselamatan dah terjamin dahtu" bebel Mya terkumat kamit menelan nasi.

Tak senonoh betul anak dara sorang ni. Sejak tinggal negara orang jadi macam ni pulak.

"Betul tu Mak Siti. Kalau kitorang jaga pun takde beza. Nih badan cekeding macam ni angin tolak pun dah melayang" ucap Aiman bersetuju dengan sepupunya Mya.

"Haa betul tu. Lagipun jarang dapat merasa makanan melayu macam ni. Selalunya Mak Siti masak steak lah pasta lah. Loya tekak kitorang ni Mak Siti" adu Hakim. Serentak ketiga sepupu itu mengangguk.

"Loya lah sangat. Yg banyak tak habis selalunya hantu mana yg makan kalau buka kamu bertiga?"

"Rezeki tak elok tolak" balas Aiman.

Ya Allah budak ni...ada je jawapan keluar dari mulut dorang. "Menjawab!"

"Ampun Tuanku!" ujar mereka serentak sebelum ketawa terkekeh kekeh.

"Mak Siti, sini jap. Mya nk bagitau benda ni"

Mak Siti sekadar mengikut kata anak² saudaranya itu. Tiba²....

CUPPP!

Terkedu Mak Siti menerima ciuman pada kedua belah pipi dan dahinya. Mya, Aiman dan Hakim tersenyum. Buat seketika Mak Siti aneh melihat wajah mereka yg tampak agak lain. Wajah itu bersinar sinar...

"Mak Siti...." seru Mya.

Dia memandang ke arah gadis muda itu yg ingin mengucapkan sesuatu.

"Kami sayang Mak Siti. Terima kasih sebab sudi jaga kami sejak kecil. Sudi jadi Ibu kami bertiga. Sudi mencurahkan kasih sayang dan menjadi pengganti arwah ibu bapa kami bertiga. Tak sekali pun kami lupakan jasa Mak Siti. Kami nk sangat balas jasa Mak Siti tapi kami tak sempurna Mak Siti. Takde sape nk layan kami. Jaga kami. Pandang kami pun tidak. Mak Siti dengan Mummy Alice hadir bagai BIDADARI yg menyinari hidup kami. Halalkan setiap makan minum kami Mak Siti. Kami akan ingat Mak Siti dengan Mummy Alice sampai kami mati" kata Mya. Air mata mula bertakung.

Kelu dengan luahan tiba² itu Mak Siti menarik ketiga anak saudaranya ke dalam pelukan. Benar ketiga tiga mereka tak sempurna, Mya mengalami masalah pendengaran...dia terpaksa menggunakan alat untuk mendengar. Manakala Aiman kudung satu kaki. Dia mampu berdiri berkat kaki palsu. Dan Hakim pula mengalami down syndrome sejak kecil lagi.

"Apa kamu semua merepek ni? Kamu anak saudara Mak Siti tau tak? Takkan Mak Siti nk biarkan orang tindas kamu. Mak Siti sayang kamu semua jugak" rintih Mak Siti dalam tangis. Keluar habis hingus.

"Dah la. Mak Siti layan kamu bertiga ni makin pening pulak kepala. Mak Siti rehat dulu. Kalau lapar pandai2 la masak sendiri" ujarnya seraya mengesat lelehan air mata di pipi.

Ketiga mereka memandang sayu langkah insan yg dianggap ibu mereka sendiri itu. "Ehh apa kata kita tulis surat nk tak? Luah dekat Mak Siti dengan Mummy Alice?" cadang Hakim.

"Bagus jugak idea kau tu. Jom" sokong Aiman pula.

Manakala Mak Siti pula terus berbaring kerana terlampau sakit dikepala. Mudah sahaja dia terlelap.

Seorang pengawal keluar dari tandas yg terletak di tepi rumah agam Grey House. Terkejut bukan kepalang dia melihat mayat pengawal yg lain berlumuran darah di situ.

Dengan rasa takut yg menebal dia berlari ke arah dinding lalu menekan butang kecemasan yg tersorok dibalik tanaman. "Red code! Red code! Please send help! We have been attack!!!"

Serentak itu...ZAPPP!!! Darah merah terpercik sebelum kepala pengawal itu jatuh diikuti badan yg telah terpisah dari kepala. Matanya terbelalak ke atas....

BERSAMBUNG...

Enjoy reading dear pembaca sekalian. selamat malam. hope mimpi indah2 semuanya...komen and follow.. salam sayang buat siapa yg baca buku ni.. goodnight ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience