RDD 62

Romance Completed 54733

Bergema kasut tumit tinggi di seluruh pelosok mengundang mata mata ke arahnya termasuk pelancong asing. Semua terpaku memandang wanita itu berjalan dengan penuh keyakinan membawa aura yg tak tertanding.

Di belakangnya pula terdapat 5 orang lelaki tegap berkot serta kaca mata serba hitam. Melongo semua memandang ke arah pemandangan yg agak menarik di mata mereka semua.

Wajah putih mulus gadis itu amat cantik dipandang namun matanya tersorok dibalik kaca mata hitam yg dipakai buatkan ramai terintai intai sepasang mata miliknya.

Kaca mata tersebut ditanggalkan, terpaku semua di lapangan terbang. Sungguh indah ciptaan Tuhan.

Ania mengibas mukanya dek panas. Seraya memanggil bodyguard di sisi.

"Aku nk kau call dia. Bagitahu aku dah sampai" arahnya dingin. Tanpa senyuman terukir di bibir walau secalit.

Lelaki itu akur lalu segera menghubungi orang yg dimaksudkan Ania.

Ania memerhati sekeliling tempat dia berpijak dalam keluhan. Dia disini, Malaysia... Tempat yg tinggalkan banyak kisah dalam hidup dia. Kisah gelap yg tak terbayang oleh orang ramai. Kisah penyeksaan yg diberi oleh insan tercinta.

Benar, 5 tahun telah berlalu...kisah itu telah dia buang sejauh mungkin dalam dirinya. Dan kerna kisah itu tiada lagi Ania yg dulu..yang lemah dan senang dipijak...yang ada kini Ania yg berpegang teguh dengan pendirian serta dingin sedingin bongkah ais.

Dia benci akan insan bernama Megat Harraz Firdaus tapi dia tak dapat membohongi diri sendiri yg cinta pada lelaki kejam itu masih lagi ada dan akan dia pegang kemas hingga akhir nafasnya.

Bukan ingin memiliki tapi cukup sekadar merasai indahnya saat mencintai seseorang. Luka yg diberi Harraz sudah lama sembuh, akan tetapi parutnya masih berbekas.

"Puan, kereta dah sampai. Mari saya bantu" pelawanya. Beg milik Ania diambil lalu ditolak ke arah kereta yg sedia menanti.

Sebaik dirinya membolos masuk satu suara menegur sambil menarik dirinya sekuat tenaga.

"I miss u damn much!" ucap suara itu.

Seluruh muka Ania berubah merah padam. Ni bukan rindu namanya tapi nk cekik dia mati! Sesak nafas oii!

"Lepas lah. Boleh mati aku kalau macam ni"

"No. Saya rindu awak!" bantahnya keras. Pelukan semakin diketatkan.

Okey kalini dia akan betul betul mati!

"Yeah i know. But could you give me space to breath"

"Why?"

"Aku tak boleh bernafas lah bongok!" bersama tunjalan itu gadis tadi gelak terbahak bahak melepaskan pelukan.

"Chill la. Orang nk manja manja pun tak boleh.. Sedih tau tak berjauhan dengan awak. Rindu ngat"

Ania menjeling sekilas. Baju yg berkedut ulah manusia ditepinya dibetulkan kembali.

"Aku tinggal kau 3.....hari je tau! Jangan melebih rindu sangat lah"

"3 hari awak tu ibarat 3 dekad bgi saya tau" giat dia mengusik Ania.

Makin geram Ania dibuatnya. Ni dah lebih. 3 tahun boleh lah dikira. Dia terus tangkap 3 dekad. Kenapa tak 3 alaf je?

"Haih panas lah Malaysia ni. Kenapa la kena balik sini.." rungut Ania tak puas hati. Ayatnya sengaja ditujukan pada gadis disebelahnya tapi dengan bahasa kiasan.

"Hey ni negara awak lahir lah. Budak ni kan...panas? Cehh habistu dekat arab saudi sana tak panas?"

"Eh sana sejuk. Menggigil ke tulang batu"alasan Ania.

"Mana mana pun sama. Kalau dah cuaca panas tetap panas. Tkde cuaca yg panas tapi rasa sejuk. Lagipun awak tu dekat sana hari hari berjalan di gurun tu tak ada pun mengeluh panas"

"Eh tu lain. Itu dah jadi minat aku. Kalau boleh tiap tiap hari aku nk pergi sana. Boleh amankan perasaan aku ni haa dari hadap muka kau"

"Awak nk cakap yg awak dah muak lah tengok muka saya? Macam tu? Awak dah bencikan saya ke? Awak memang marah pada saya ekk? Sebab dulu saya tak pernah cerita kisah lama tu pada awak? Sebab tu kan? Okay...saya faham kalau awak dah bencikan saya. Saya janji tak munculkan diri depan awak dah" kendur nada suaranya seakan berjauh hati.

Belum sempat Ania berkata dia memintas.

"Berhentikan kereta ni. Saya nak keluar" arahnya kepada pemandu di depan.

"Tapi Cik..."

"Saya cakap berhenti kan...?"

"Hey. Aku gurau lah. Asal serius sangat ni?" Ania bertanya lembut. Cuak juga dia bila gadis itu benar benar tampak sedih. Berair sedikit tubir matanya.

Lahai manjanya kesayangan dia ni! Usik sikit dah nk nangis. Tangan menepuk dahi sendiri.

"Kau bawak kereta ni sampai destinasi kalau rasa taknak dipecat" arah Ania pula.

Bingung driver jadinya apabila dua dua mem besar bersuara. Tak tahu nk ikut yg mana satu.

"Kenapa halang? Awak kan dah tak sayangkan saya. Bagi la dia stop" marahnya. Memuncung bibir itu mencebik kesedihan.

Ania buat pekak. Mata dipejam rapat. Malas nk melayan perangai kebudak budakan orang di sebelah. Main sorang sorang jelah dik. Akak nk beradu kejap! Haha!

"Nia!"

"Nia!"

"Awak!" panggilnya geram. Dari tadi dipanggil tak juga disahut.

"Ye Nelly sayang oi...kau nak apa? Aiskrim nak? Nanti mama pergi belikan yer? Sekarang mama nk tidur"

"Taknak! Nk adik!" Nelly ikut serta loyar buruk Ania. Kepuasan punya pasal.

"Oh adik yerr. Kan dah ada 2 adik.. Main dengan yang tu lah" ujar Ania kembali menutup mata.

"Mana adik adik?"

"Ada kat rumah. Rindu yerr? Takpe nanti nama bawa"

"Tipu! Takde pun!" balas Nelly pula.

"Ada sayang. Kat rumah tiang dua sana haa! Dua duanya bersemadi tenang di sana. Pergilah nk lawat"

Cemberut habis wajah Nelly yg tidak berniqab tika itu. Alahh dalam kereta kan. Panas. Buang lah kejap. Bukan dia keluar dari kereta pun.

"Kesian mama.. Takpe. Ni pengganti adik" Beg tangan chanel pemberian hadiah daripada Ania dari gaji pertamanya dihulur seperti bayi.

Ditepis perlahan oleh Ania. "Kasar ekk kau gurau..."

Nelly ketawa riang. Namun dia tahu Ania sedih. Terlalu banyak beban di bahu gadis semuda Ania.

Dari gadis yg naif dan lemah lembut, dia bertukar ke gadis yg tak mengenal erti mengalah dan cekap dalam seni pertahanan diri.

Walau sekali pun dia tak pernah melihat air mata jatuh sepanjang 5 tahun ini, dia tahu gadis itu setiap hari menangisi kehilangan anak anaknya di dalam sudut hati.

Kata orang, kesakitan itu sukar ditelan, tapi ia buatkan kita semakin kuat dan belajar erti berusaha dan terus berusaha hadapi kejatuhan.

Inilah dia Ania Maisarah, seorang wanita yg lemah, bermula dari bawah dan sekarang dialah yg berada di atas. Mendahului lawannya di bawah.

Ania idola dia. Wanita kuat dan tabah. Tak sekuat mana mana pahlawan pahlawan wanita tapi dia kuat berdiri acap kali merempuh dugaan yg datang bertimpa timpa. Dan dia saksikan segala kejatuhan dan kebangkitan Ania selama 5 tahun tersebut.

"Budak bertuah. Bonda suruh kamu suap dia makan bukan bergaduh" bebel Puan Sri Halimah lalu mengambil tempat di sisi katil. Dia menolak Harraz jauh.

Sebaik sudu disua, laju saja Harriz masukkan ke dalam mulut dan mengunyahnya dengan wajah mengejek pada Harraz.

Membulat mata Harraz. Tadi dengan dia kemain liat semacam. Bonda sekali hulur terus dia makan. Wahh budak ni memang....! Arhhhh! Menyakitkan hati!

Harraz menyerabutkan rambut yg sedia kusut miliknya.

Manakala Puan Sri Halimah hanya menggeleng. Dia yg meninggalkan mereka berdua untuk solat dan makan di kafe hospital terkejut sekembalinya melihat aksi bercakaran antara anak beranak itu menarik rambut sesama sendiri, tatapan mata yg tajam saling berbalas memberi isyarat supaya melepaskan rambut.

Lepas? Tak! Ego. Dua dua kepala batu! Yg bapaknya dah besar tapi fikiran macam anak umur 5 tahun.

Last sekali dua dua hilang beberapa helai rambut. Rambut pula colour sama. Haih...

Itupun selepas dia yg leraikan. Kalau ikut kepala mereka sampai esok pun tak habis lagi. Bagai kucing dengan anjing!

"Tok Bonda, Iz taknak ada orang kat sini. Tak selesa nk makan. Boleh tak Tok Bonda halau dia? Muka tebal berinci inci. Orang dah taknak tengok muka dia tak payah la nk semak kat sini....ingat muka dia handsome sangat ke? Helok lagi muka Uncle Aizz" ujar kanak kanak kecil itu petah.

Harraz mencerlung geram dengan kata anaknya. "Eh excuse me. Do you know dengan siapa awak tengah bercakap sekarang ni? I'm your father"

"Eleh. Perangai macam budak budak" cebik Harriz.

"Sudahlah Harraz. Kamu pulang. Asyik bergaduh saja. Biar Bonda saja yg jaga dia"

"Memang Tok Bonda dengan Tok Ayahanda je pun jaga Iz selama ni. Dia kan selalu busy..." sindir anak kecil itu mematikan langkah Harraz untuk keluar.

Kecil besar dia lihat si Harriz ni. Oh Luna...anak siapa yg awak lahirkan ni? Anak saya ke? Nurse mesti tertukar anak ni... Manalah anak aku ni?...

"Balik Harraz! Apa lagi yg dimenungkan tu"

"Nk pergi dah ni Bonda. Assalamualaikum" ucapnya lalu pergi. Pasrah aje lah...

BERSAMBUNG...

hehe here is Ania. next chap dua rahsia akan dibongkarkan.. jeng jeng jeng.. just wait.. happy reading. love u all❤.. (maaf andai ada typo. sy x sempat nk check betul²)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience