Engku Amalina tidak dapat menahan dirinya tersenyum mengingat peristiwa yg baru sahaja berlaku. Dirinya benar benar terpaut pada jejaka hot itu. Kad yg diberi jejaka itu dijeling sekilas. "Megat Harraz Firdaus. Such a nice name"
"Takpelah Syaz, saya gerak dulu. I've got something to do"
"Ye lahh Nia. Kalau ada apa apa just call me dear. I'm here for you"
Terlakar senyuman di bibir Ania. Buat seketika mereka berpelukan sebelum bayang Syazalina hilang. Dia melangkah keluar dari restoran itu.
Senyuman yg tadi masih mekar terus mati saat wajah lelaki yg tak ingin dilihatnya muncul juga.
Ahh harini memang nasib malang aku ke? Semua mamat mamat poyo yg aku taknak jumpa sekaligus muncul. Cehh. Apakah ini? Cebik Ania.
Baru je nk melangkah pergi, Harraz menarik pergelangan tangannya. Sedikit sakit kesan dari kekasaran Aizzat namun dia masih berlagak tenang.
"Let me go!"
"Kau kemana hah?"
"Yang awak sibuk dah kenapa? It's not your problem. Lagipun bukanke awak sepatutnya happy bila saya takde dalam rumah awak tu?"
"Memang lah. Buat apa aku nk kesahkan perempuan acah acah suci macam kau ni. Aku just terpaksa je cari kau sebab Bonda asyik cari kau sejak 3 hari lepas. Kau ingat kerja aku ni kelentong pasal kau sepanjang masa ke apa? Aku pun ada hal sendiri. Bukan nk jaga kain kau! Menyusahkan orang betul! Kenapalah kau ni tak mampus je. Senang hidup aku nanti"
Hati perempuan Ania bagai dipanah petir saat kesucian dirinya menjadi topik. Hina sangatkan dia di mata lelaki bergelar suami itu? Sesenang itukah maruahnya dipijak oleh lelaki itu? Adakah dia tiada perasaan?
Air mata mula bertakung di tubir matanya.
"I'll be back tonight. No need to worry" ujarnya sebelum melangkah pergi dengan hati yg terluka.
Tak cukupkah selama ini hatinya telah terluka. Perlukah ianya kembali ditoreh?
Harraz sekadar menjeling bayang isterinya pergi. Tak terdetik pun rasa bersalah di dalam dirinya. Namun entah kenapa jauh di sudut hatinya, ingin sahaja dia memeluk wanita itu. Namun dia seolah olah dikawal oleh sesuatu.
Jam sudah menginjak 10 malam namun dirinya masih lagi di sini. Ditemani batu nisan arwah Zalin. Dia menangis sepuas puasnya di situ.
"Kenapa hidup saya perlu rumit sebegini Zalin? Tak bolehke kalau sejak dari dulu awak stay dengan saya? Sayangi saya? Cintai saya? Setia dengan saya? Mesti kita dah hidup bahagia sekarang kan? Tak perlulah saya hadapi sakitnya hidup bersama lelaki yg separuh mati saya cinta tapi dimata dia saya hanyalah sampah tak bermaruah. Kesucian saya diambil bukan dengan kerelaan saya Zalin. Tapi kenapa semua anggap saya ni perempuan murahan? Saya penat Zalin. Kenapa takde sorang pun yg pernah bertanya pada saya apa yg jadi? Terima masa silam saya? Saya letih pura pura kuat Zalin. Dunia ni terlampau kejam dengan saya. Even lelaki yg rogol saya sendiri pun saya tak tahu siapa. Anak saya pun saya tak tahu rupa macam mana. Anak yg saya benci akhirnya tinggalkan saya disaat saya mula menyayanginya. Kenapa semua tu terjadi? Hina sangatkah diri saya ni? Tak layakkah saya untuk bahagia?" luah Ania teresak esak di situ. Segala keperitan diluahkan di situ.
Tangan yg tiba tiba menyentuh bahunya membuatkan Ania tersentak. Terus dia menoleh kebelakang. Terkejut dia melihat Amzan bersama air mata. Tak tunggu lama tubuh abangnya dipeluk kemas. Dia menangis hiba di pangkuan abangnya.
Amzan cuba menenangkan adiknya walaupun emosinya juga turut terganggu setelah mendengar luahan hati gadis itu. " Kalau along tahu Nia terseksa macam ni, along dah lama cari Nia. Along dah lama tolak ego along ketepi. Shuhh dah. You have me now dear. Along janji, selagi along hidup, takde yg boleh sentuh Nia apatah lagi jentik Nia. Along akan pastikan orang tu menyesal sebab buat adik along macam ni. Along akan cari siapa yg rosakkan Nia. "
"Tapi benda tu dah lepas long. Nia dah hilang dara!" teriak Ania hiba.
"Shuhh everything yg jadi ada hikmah di sebaliknya Nia. Along janji along akan cari dia sampai ke lubang cacing"
"Nia dah tak suci long sampaikan suami Nia jijik dengan Nia"
"Hanya lelaki buta yg tak nampak betapa suci dan berharganya adik along ni. Percayalah. Nia sempurna di mata Along."
Makin menjadi jadi tangis Ania dalam pelukan abangnya.
"Betulke Nia tak nak balik dengan Along?" soal Amzan sebaik kereta BMW miliknya berhenti bertentangan dengan rumah Harraz.
"Nia boleh handle. Along pulanglah. Uruskan Angah dan adik. Nia okey je"
"Betul ni?" soal Amzan masih lagi ragu ragu.
"Betul long. Even benda tu sakit , Nia masih boleh tanggung semua tu"
"Ehmm...jaga diri elok elok . Along sayang adik Along yang sorang ni. Anything just call me"
Ania tersenyum sambil mengangguk. Tangan milik Amzan dicapai lalu dicium lembut tanda hormat. Terus sahaja Ania melangkah keluar dari perut kereta.
"Along gerak dulu"
"Okey Nia, kuatkan hati kau. Be strong" gumamnya seraya memandang ke arah rumah Harraz usai Amzan berlalu pergi.
Salah ke keputusan aku ni? Ya Allah, kenapa hati aku rasa lain macam tika ini? Mengapa aku merasakan seolah olah diperhati? Adakah ini sekadar mainan perasaan atau ini satu petanda?
Ania meneguk liur. Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya. Hatinya gusar. Jiwanya tak tenteram. Seperti sesuatu sedang menegah akal dan fikiran tetapi di dalam masa yg sama , sesuatu mengawal pergerakkan kaki gadis itu. Dalam tidak sedar, dia sudah terpacak di hadapan pagar rumah suaminya.
Pagar besi ditolak perlahan dan melangkah masuk Ania ke dalam. Angin yg kuat menerpa Ania secara tiba tiba. Tak terzahir gadis itu ingin mengucap walaupun setiap baris perkataan dan ayat melekat kuat. Berat benar lidah ingin menuturkan ayat ayat suci. Laju sahaja Ania berlari masuk ke dalam rumah.
Dengan nafas tercungap cungap Harraz pula muncul dihadapannya secara mengejut.
BUSHH!!!
Badan suaminya dijadikan bantal dia jatuh. Bukan sengaja tapi dah nk jadi. Apa boleh buat kan?
Tegak gadis itu berdiri lalu menghulurkan tangan untuk membantu Harraz bangun. Malang betul, Harraz tak sudi memegangnya. Sedikit perit di hati namun Ania cuba berlagak kuat.
"Yang kau dah macam kena kejar dengan hantu apahal?"
"Ma..mana ada. A..awak tu tetiba muncul. Manalah saya sempat brek" Ania cuba mempertahankan dirinya.
"Dahlah. Stress aku melayan kau. Ni nk pesan,esok bangun awal. Bonda suruh pergi rumah dia. Katanya ada hal penting nk bincang. Kau lambat nahas kau" ugut lelaki itu . Sedikit tersentak Ania dengan ugutan lelaki itu namun suaranya tidak mampu keluar sehinggalah Harraz pergi.
Pagi pagi lagi Ania bersiap kemas dengan memakai tudung bawal berwarna coklat disuaikan dengan blouse berwarna putih. Seluar jeans putih turut menjadi pilihannya.
Wajahnya tampak cantik walau hanya dioles lipbalm. Puas hati dengan penampilannya, beg tangan kulit yg mahal dicapai namun terhenti.
"Ish macam mana kalau Harraz perasan nanti? Tak ke naya?" beg tangan itu kembali diletakkan di tempatnya. Dicapai pula beg tangan biasa. "Done"
Hp dikeluarkan. " Hello, saya nak awak ambik kereta saya di perkarangan kubur arwah Zalin. Ye. Terima kasih" talian diputuskan. Baju yg sedikit berkedut dikemaskan.
Satu persatu anak tangga dilangkah. Harraz bagaikan terpukau memerhati isterinya itu. Namun cepat cepat ditepis.
"Lembap" ujarnya sepatah lalu keluar dari rumah.
Ania mengetap bibirnya geram. Sepanjang perjalanan, mereka berdua senyap. Takde topik nk dibualkan.
"So apa yg penting sangat sampaikan Bonda bersungguh sungguh ajak kami datang?" soal Harraz tanpa berkias.
Tenang Puan Sri Halimah meneguk air teh yg dihidangkan pembantunya sebentar tadi sebelum membuka bicara.
" Sepanjang kamu berdua nikah, Bonda dengan Ayahanda belum bagi apa apa. So...
"So apa?" Harraz memintas laju.
" So kami bercadang nk hadiahkan kamu tiket honeymoon ke London"
"What? No!"
"Why?"
"Shut up Harraz. U lupa ke? U sendiri janji nk dengar cakap Bonda asal Bonda maafkan kamu and tarik balik kata kata Bonda haritu. Are u forgot it already?"
Diam tak berkutik Harraz.
"Nia okey tak dear?"
"Nia ikut abang Harraz je Bonda"
"Bagus. So your decision?"
"Fine. I agree" Harraz akhirnya beralah.
KALAU CINTA, TAKKAN WUJUD YG KETIGA RIGHT? - ANIA MAISARAH
THAT GUY YG SAYANG PUJA? SUAMI ORANG? - MEGAT HARRAZ FIRDAUS
WELL WELL I STILL KNOW MY LIMIT - ANIA MAISARAH
JIKA SUDAH TAKDIR, BENCI SETAKAT MANA PUN DALAM DIAM TUHAN TETAP DEKATKAN KITA DARI SEGI JARAK ATAUPUN HATI. PERIT MENERIMA TAPI ITULAH HAKIKATNYA. JODOH ITU TETAP JODOH. AJAL TETAP AJAL. TAKDIR TETAP TAKDIR. YG JADI HANYALAH YG LEPAS. YG PERLU DIHADAPI ADALAH HARI INI DAN ESOKNYA.
Share this novel