Pintu diketuk sebelum dia melangkah masuk setelah diberi izin dari pemilik.
Terbit keluhan berat saat wajah serabut Harraz menyapa kornea mata.
"Haa ada apa?" malas suara Harraz berbunyi.
Sekali lagi Aizzat mengeluh. Nk mengaku kawan tak kut. Tak mengaku pulak kejam. Haha!
"Kau ni aku tengok macam rupa makhluk makhluk dalam hutan tau? Dak takde rupa orang. Masa kau bujang dulu life kau tak seteruk ni pun. Hmm pening aku tengok" Aizzat memulai bicara.
"Macam apa? Aku biasa biasa je. Kau yg melebih"
Aizzat rolling eyes.
"Bahagia ke sekarang hah? Hidup dengan pilihan hati mesti ibarat berada di syurga kan?" perlian Aizzat sedikit sebanyak menjejaskan air muka Harraz.
Harraz diam tak terkata. Nk kata bahagia jauh sekali. Nk kata terseksa, tepat sekali!
Geleng kepala Aizzat dengan ego Harraz. Masih tak mengaku yg dia perlukan Ania? Rasa nk pijak pijak je ego Harraz pastu buang dalam longkang. Tak sedar ke maruah dia sedang diinjak para staff syarikat? Itu pun masih nk ego!
Kalau dia di tempat Harraz sudah pasti Ania takkan dikecewakan. Kerana gadis itu terlalu baik untuk disiakan. Terlampau sempurna di mata lelaki di luar sana. Tapi tu lah. Mata Harraz ni je yg rosak. Barang yg buruk dipuja, yg suci dibuang.
"Okey lah. Aku pun malas nk cakap panjang dekat kau. Bukan diambi kesah sangat. Aku nasihat kan kau bawak bertenang. Fikir masak masak. Solat jangan tinggal. Dengan izin Allah kekusutan kau akan hilang. Cuba hadapi situasi ni dengan kesabaran di dada. Kalau kau rasa mampu bertahan dan bahagia kau teruskan. Kalau kau rasa tak mampu, let her go"
Tak perlu cakap pun Harraz dah faham siapa yg sedang Aizzat bicarakan. Sudah pasti Qila.
"Ingat Harraz, makin kau jauh dengan Nya makin kau dekat dengan yg bertentangan dengan Nya. Kau takkan sedar. Jadi bawaklah berubah. Satu hari nanti kau akan jumpa jawapan yg kau cari" nasihatnya lagi.
Jauh Harraz termenung akan nasihat dari Aizzat.
Apa yg sebenarnya dia mahu? Cinta? Kasih sayang? Keluarga? Kesempurnaan? Atau Harta?
Burger yg belum terusik dirampas Aizzat. Dengan paksaan dia tonyoh pada mulut Lola.
Secara terpaksa Lola mengunyah sambil berkerut seribu. Memaksa betul!
"Sedap?"
"Hmm sedap sangat. Tambah tambah lagi ada orang suapkan"
Aizzat gelak.
"Kalau sedap meh i suap lagi... Nganga..aaaaa"
"Tuan!" Lola menekan suaranya tapi masih dalam nada terkawal.
"What?"
"I have my own hands!"
"Ouh i see. Ingatkan takde tangan tadi"
"Tuan ni ajak saya makan ke ajak saya berdebat? Saya penat tahu tak layan Tuan ni! Perangai entah pape. Eiii dah lah. Saya nk balik office!" beg tangan diambil lekas dia keluar meninggalkan Aizzat sendirian tersenyum manis.
"Ohohoho i akan buat u tak penat layan i Lola.."
-----------------------------------------------
"Er Nana, Nia ada tak? I nk jumpa dia. Ada hal penting"
Nana menilik Syazalina atas bawah. 'Aihh minah ni kenapa ehh selalu sangat menempel kat sini? Takde rumah ke?'
"Sorry tapi Boss taknak diganggu. She got a lot of work to do" balasnya senada. Tak tahu kenapa tapi hati memang tak berkenan dengan si Syazalina. Weird but fact!
"But i need to see her. Perkara ni mustahak. Tak boleh nk ditangguhkan"
Nana merengus kasar. "Eh kau ni tak faham bahasa ke? Orang cakap taknak dinganggu maknanya taknak lah. Yg kau hari hari melepak sini ni apa hal? Takde kerja? Office ni bukan bapak kau punya. Sesuka hati keluar masuk. Ehh rimas tahu tak?!"
Huh lega. Dapat jugak diluah. Dia bukan apa tapi hati ni kuat mengatakan perasaan tidak enak bila Syazalina bersama Ania. Ania dan Syazalina itu kawan baik dan dia tahu perkara itu tapi entah lah. Firasatnya kuat mengatakan Syazalina ni bawa perkara buruk terhadap Ania kelak. Dia risau. Ania itu ibarat nyawanya yg takkan sesekali dia benarkan orang lukai. Apatah lagi ditindas. A big no. Dia akan protect Ania semampu yg boleh.
Baru sahaja Syazalina ingin membalas, Ania muncul disebalik pintu bersama perut yg bulat. So cute mak buyung sorang ni. Makin tembam.
"Apa yg kecoh kecoh ni? Dari dalam dah dengar. Tak malu ke staff pandang dari tadi? Both of you masuk my room now!"
Akur Nana dan Syazalina melangkah masuk. Sempat ditangkap Syazalina jelingan maut dari Nana.
Tertanya tanya juga kenapa benci sangat Nana terhadapnya sedangkan dia tak pernah melakukan apa apa kesalahan pada wanita itu. Tapi Nana sebaliknya menjauhkan dia dari Ania. Jelous ke?
Ania melabuhkan duduk ke atas kerusi empuk miliknya. Sakit pinggang oii dok kelek perut yg makin hari makin besar.
"Haa bagitau sekarang apasal yg kecoh tadi tu?" soal Ania bersama panahan tajam.
Serentak Nana dan Syazalina menekur lantai.
Tahu takut!
"Ni apa kes datang? Nk cakap apa?" matanya kini beralih pada Syazalina. Bukan nk usir tapi busy. Tambahan lagi sejak mengandung tubuhnya kerap dan mudah sekali penat. Leceh!
" Takpelah. Nanti Syaz text awak. Kita jumpa lepas ni. Syaz gerak dulu" bersama pamitan itu hilang lah kelibat Syazalina.
Nana pula cebikkan bibir. Blah je lah. Takyah nk pamit bagai. Menyampah!
"Hah cebik lagi bibir tu! Juih panjang panjang. Nanti kita bertaruh siapa lagi panjang"
"Ish Boss ni dah kenapa? Kan ada jugak yg makan kaki lunch ni"
"Haa makan kaki okey lagi. Saya takut ada yg makan pasir je sebab gaji kena potong" terkekek Ania ketawa akan wajah masam mencuka Nana.
"Ni saya nk tanya, kenapa Nana tak suka dengan Syaz? Dia baik je layan Nana. Kasar pun tak. Dah kenapa boleh dingin sedingin ais di kutub utara?"
"Saya pun tak tahu lah Boss. Tapi hati saya kuat mengatakan yg dia tu tak ada tak kena. Terpulanglah Boss nk percaya ke tak. Naluri hati saya kuat Boss. Okey saya cau dulu"
Diam Ania di situ. Tangan kanan naik menghentak permukaan meja. Alunan irama mula kedengaran.
'Hati aku juga berasa demikian...'
----------------------------------------------
Engku Amalina tersenyum keriangan sepanjang lunch hour. Mana taknya kalau makan bertemankan pujaan hati.
Oh Harraz tampak kacak walau wajah itu seakan serabut. Apa agaknya yg difikir jejaka itu...
"U okey?"
Harraz panggung kepala sambil tersenyum manis. Meanwhile, senyuman itu tampak sumbing pada Engku Amalina.
"I okey? Why?" jawab Harraz.
"U seems like having a big problem. Mind to share with me?"
Wajah Harraz kembali jatuh pada makanan yg terusik sedikit dalam pinggan. Biarlah dianggap kurang ajar sebab tak sentuh sangat apa yg orang belanja dari dia memaksa diri menelan makanan yg langsung tak membangkit selera. Seleranya patah sejak beberapa bulan lalu. Atau simpulannya, seleranya patah setelah pertemuan terakhir dengan Ania. Isteri atas kertas. Isteri yg tak diiktiraf. Dan kini insan itulah yg menghantui kemana sahaja dia pergi.
"U nk tau Alin, sekarang i rasa hidup i kosong sangat. Seolah olah jiwa i mati. Satu persatu orang yg i sayang pergi tinggalkan i"
Mendengar suara sayu Harraz buatkan Engku Amalina turut sedih namun perkataan ORANG YG I SAYANG merentap tangkai hatinya.
"U dah ada girlfriend?" soal Engku Amalina. Jauh di sudut hati dia menyangkal apa yg difikirnya.
Lega Engku Amalina apabila Harraz menggeleng namun air mukanya berubah mendadak mendengarkan bicara sang pujaan hati.
"I takde girlfriend. But i ada 2 isteri"
Melongo sekejap Engku Amalina. 'Cehh baik tak payah cakap. Buat sakit hati! Kalau 1 boleh tahan lagi ni 2?! Are u serious bro?!'
"I ingat u solo"
Harraz gelak sumbang.
"Everyone know me. It is impossible that i'm solo" penuh selamba badak yer di situ.. Bunyinya cliche tapi itulah hakikat. Dia jutawan yg terkenal. Muda dan menawan, kemana sahaja pasti kaum hawa ingin mendampinginya.
Mereka yg mengejar dan dia melayan sahaja. Bukan salah dia okey? Rezeki depan mata takkan nk tolak. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Fuhh..berPEPATAH pulak!
Yg pasti itu dahulu. Kini sikapnya berubah seratus peratus demi Qila. Namun apa yg dia peroleh? Bahagia atau derita?
"Harraz!"
Mati lamunannya dek terkejut hasil bunyi tepukan meja makan.
"Oopps sorry Harraz. I nampak you lost in your world. That's why i sedarkan u"
"Takpe. My fault. Day dreaming huh?" hambar sekali senyumannya sampai sakit mata Engku Amalina melihat. Dari tadi lagi senyum dan ketawa lelaki itu fake. Jangan bagi fake harapan sudah...
Eh bukan ke Harraz sudah mempunyai isteri?..... Ahh tak kesah. Apa apa pun Harraz harus dimiliki. Jejaka itu hanya untuknya, Engku Amalina. Dan bukannya perempuan lain. Isteri isteri Harraz pula nanti sahaja dia singkirkan. Dengan kuasa dan pengaruh yg dikuasainya, senang sekali perkara itu dilaksanakan.
"Okey so sambung cerita u. Tak sabar i nk dengar"
Cerita dari awal kisah hidup berumah tangga diceritakan pada wanita di depannya tanpa ragu ragu.
Engku Amalina tekun mendengar cerita tersebut sehingga akhir. Tak satu pun dia terlepas. Mudah sikit kerjanya singkirkan isteri isteri Harraz dengan bantuan Harraz sendiri. Wah bravo!
"Oh i forgot, i ada meeting penting nk dihadiri. See you next time Harraz. And i harap u tabah lah tempuh segala yg terjadi" ucapnya penuh makna lalu berjalan ala ala model.
Asyik leka cuci mata memandang butik butik mahal, tubuh ramping itu terdorong ke belakang dek rempuhan seseorang.
"Aduh" bunyi si dia.
Bengang teramat dia menampar muka wanita tersebut. Kuat. Teranjak ke belakang si wanita menerima tamparan Engku Amalina.
"Cik ni dah kenapa tampar saya?" soal Ania geram. Tak ada angin tak ada ribut pipinya menjadi habuan minah bogel ni!
"Kau tu bodoh! Buta ke? Tak nampak aku hah? Kalau calar badan aku ni kau nk bayarkan bil hospital ke? Mampu ke kau?" sinis dipandang wanita mengandung itu. Tengok luaran dah tahu, wanita itu miskin. Kekampungan.
"Saya belum papa kedana lagi. Alhamdulillah Allah masih beri nikmat pada saya untuk makan, berjalan and melihat. Most important Allah bagi saya otak dan akal fikiran untuk berfikir. Bukan macam cik. Otak ada . Akal tak ada. Terencat!" balas Ania pula tak mahu mengalah. Jangan main main. Sejak pregnant ni sensitif bebenor dia. Cepat berang dan mulut pun lancang semacam. Hehe hormon berubah drastik wehh!
"Kau ni kan....?"
"Saya apa? Manusia? Ya saya tahu saya manusia. Makhluk kerdil Allah"
"Ishhh! Siap kau. Jumpa lagi sekali aku ganyang mulut kau puas puas!"
Ania tayang muka seposen. Lantak lah. Tak kesah. Sekali aku hempap mati lanak lah kau.
"Nia... Awak buat apa kat sini? Merata saya cari . Rupanya tercongok di sini"
Ania paut mesra lengan sahabat karibnya itu. Nk release tension sat bertekak dengan minah sewel separuh bogel tadi amat memeningkan kepala.
"You okey Nia?"
"Yeah saya okey. Just now saya terlanggar someone"
"Really? What happen?"
"Dia tu yg jalan tak pakai mata. Then lempang saya pulak. Apa lagi, saya balas balik. Terus dia blah. Tak tahan la tu kena sindir" cebiknya.
"Ish ish ish ada jugak ehh manusia macam tu. So now jom lunch. Syaz dah lapar ni. Bergendang irama dangdut tau perut Syaz"
"Amboi! Dangdut yer? Lagu apa? Cu citer cu citer"
"Lagu Meriang by Citata"
Ania dan Syazalina kemudian ketawa bersama sama tanpa menyedari sepasang mata tertumpu ke arah mereka. Memerhati setiap gerak geri Ania.
"Oh cantik sungguh percaturan ini" jelas suara itu bergumam.
---------------------------------------------------------
Langkah malas Harraz ambil lalu dituang air sejuk ke dalam gelas kaca. Sebaik air menelusuri tekaknya, rasa segar pula menyapa. Namun tak lama tatkala kelibat Qila muncul.
"Mana food i? Baju? I nk bersiapa. Kejap lagi my friends pick up"
Harraz mengerling sekilas sang isteri. Haih dah memboyot pun still nk keluar enjoy. Baju pulak masih saiz baby. Empunya tu dah nak jadi mak baby.
Mulut menjuih pada sudut hujung meja dapur sebelum dia kembali meneguk air sejuk tanpa menghiraukan Qila.
"Good. Cantik dress ni but kalau lagi singkat lagi cantik. It is okey you tak perlu minta maaf. I can wear it. Makanan i,u simpan dalam peti tau. Balik nanti make sure u panaskan time i mandi. And baju baju kotor semua i kumpul di bilik tetamu atas. U kutip lah ehh? I pun penat jugak kumpul. Now i nk bersiap, Bye" pipi Harraz dikucup lembut walau lelaki itu tampak seperti mayat hidup. Alah cukup nak ambil hati je...
Harraz mematungkan diri tanpa riak. Sekali pandang ermm seramm weh!
Lama lelaki itu hilang dalam dunianya sebelum dia menuju ke bilik air. Usai mandi dan memakai baju, kopiah serta sejadah diambil lalu dibentangkan menghadap
Kiblat. Takbir diangkat lalu bermulalah alam dimana dirinya hanya berdua dengan Allah. Tuhan yg lama dilupakannya. Seringkali dia alpa dan leka untuk bersujud, mensyukuri segala nikmat yg diberi. Meminta petunjuk dan mangadu segala galanya.
Titisan mutiara jernih gugur saat namanya melaung kalimat Allah. Hampir sahaja dia rebah di atas tikar sejadah. Tapi tetap digagahkan diri meneruskan amalan wajib yg satu itu sehingga ke akhir.
Dia tak reti berdoa mengikut doa solat yg asal, maka yg mampu hanyalah doa yg dibaca dalam bahasa melayu. Waktu itu juga dia sedar betapa hinanya diri dia. Tak layak dirasakan untuk mengetuai para jemaah. Yakni anak anaknya kelak. Sekadar membimbing isteri sudah tidak mampu, anak apatah lagi.
Selesai mendirikan solat, Harraz menuju ke bilik tetamu untuk mengambil pakaian kotor untuk dihantar ke dobi.
Terlepas keluhan berat melihat timbunan pakaian yg berselerak walau terdapat bakul besar. Seolah olah pakaian pakaian tersebut dikumpul menggunakan kaki. Penat tak mampu dilafaz, maka akur sahaja lelaki itu mengambil pakaian pakaian itu lalu dimasukkan ke dalam bakul yg kemudiannya diletak dalam kereta. Sekadar bertemankan keheningan malam Harraz memandu ke dobi yg masih dibuka.
Sayu hati mengenangkan nasib diri. Nekad dia ingin berfikiran matang sebelum mengambil apa apa keputusan... Buat masa ini, dia perlu bersabar dan jalani segalanya dengan hati yg terbuka.
BERSAMBUNG...
ok nah satu.. hehe sempat curi² taip lol....for now i still keep writing untuk habiskan. but yeah i boleh tulis hari khamis jumaat and sabtu only sbb takde class online. so lepas habis class hari khamis i akan menulis. so agak lambat lah yerr. keep waiting. happy reading yerr sbb this chap i buat sbnyk 2k words. paling panjang. tak sangka mampu buat.. ok love u olls yg tunggu this novel. muahh. nk komen boleh. i balas je... taknak x pe. hahahaahaha
Share this novel