RDD 8

Romance Completed 54733

Kelibat Dato' Mirza didekati Qila. Baju yg sedia ada singkat sengaja ditarik bagi mendedahkan pahanya yg putih gebu. "Hai Dato'...seorang je ke?" soal Qila dengan nada menggoda. Sebijik macam kucing nk mengawan.

Si Dato' mata keranjang apa lagi. Dijamah PEMANDANGAN indah didepan matanya. Tersungging senyuman penuh makna di bibir lelaki itu." I seorang je. Kenapa? You nk temankan i ke?" soalnya kembali. Sengaja ingin bermain tarik tali.

"Nak tu memang la i nak tapi you kan pelanggan kawan i si Kira tu. Takkan la i nk rampas you dari dia pulak"

"Eh, mana ada you rampas i dari dia. Dia bukan wife i pun. Lagipun kalau you tak bagitau dia, dia takkan tahu punya" tangan Dato' Mirza naik melingkar di pinggang ramping Qila. Tarikan Dato' Mirza membuatkan Qila jatuh duduk di atas pahanya.

Tertawa halus lelaki tua itu. Qila pula sengaja menggeselkan punggungnya di paha lelaki itu. Makin berkobar kobar nafsu syaitan Dato' Mirza. Mujurlah tika ini mereka berada di restoran yg telah ditempah sepenuhnya oleh Dato' Mirza.

Semakin galak mereka berasmara disitu. Akhirnya nafas masing masing mula berubah rentak. Kini mereka sepenuhnya dikawal oleh nafsu. "Jom kita masuk hotel depan restoran ni" bisik Qila menggoda di telinga Dato' Mirza.

Lelaki tua itu mengikut segala gerak geri Qila. Selepas kunci berada di tangan Qila, mereka manapak masuk ke dalam lif tanpa sedar dua pasang mata sedang memerhatikannya dari dua arah yg bertentangan. Salah satu darinya sedang menahan marah manakala satu lagi menangkap gambar mesra Qila dan Dato' Mirza.

Beberapa not RM 100 dikibarkan ditangan. Hati nya melonjak gembira. Tak sangka lelaki tua tu mudah tergugat. Apa pun tua ke muda, lelaki still lelaki right. Pantang nampak dahi licin. Belum sempat kakinya menjejaki rumah yg hanya tingal berapa meter darinya, Qila ditahan Zalin.

"Ehh Biey, you buat apa kat sini? Nak jumpa i ke?" soalnya. Gugup yg bertandang cuba diselindungi dengan senyuman menggodanya.

"You pergi mana pagi baru jumpa jalan balik rumah?" mata Zalin tajam menikam mata Qila. Tangan sudah naik bercekak pinggang. Tersembul urat ditangannya sehingga Qila meneguk liur berkali kali...

"Er ...er....i....i pergi ermmm....lepak rumah kawan i" ujarnya tergagap gagap. Manik peluh mula mengalir di dahinya. Tangan Qila yg sedikit ketar dibawa ke belakang badannya.

"Betulke you pergi lepak rumah kawan?" soal Zalin serius. Pandangan masih lagi tidak dialih ke arah lain.

"Betul la" sedaya upaya dia cuba meyakinkan Zalin.

"Oh yeke? You pergi lepak rumah kawan ke you pergi lepak hotel dengan Dato' Mirza si tua bangka tu!?" sembur Zalin. Wajah Zalin menegang. Tiada langsung tanda dia ingin berlembut. Qila naik cemas.

"No bukan macam tu Biey...I dengan dia takde apa apa...Semalam dia yg paksa i....I taknak, tapi dia paksa jugak" nafi Qila. Tangan Zalin cuba diraih namun lelaki itu terlebih dahulu menepis kasar. Tergamam Qila dengan tindakan Zalin.

"Aku tak sangka kau dengan adik kau sama je. Dua dua jual body! Start harini kita putus!" terus ditinggalkan Qila di situ.

Dijeling kelibat Zalin melalui ekor matanya. "Kau tunggu ehh. Ada hati nk tinggalkan aku. Siap kau" gumam Qila sendirian. Tangan naik meramas rambutnya menjadi serabai.

Masuk je ada yg menegurnya.

"Ehh Qila baru balik? Semalam kau pergi mana? Puas aku tunggu tapi tak jugak kau balik. Kau layan pelanggan ke?" soalnya bertalu talu. Stress dengan mulut Kira yg memekak, dengan bersahaja dia masuk ke dalam bilik.

"Ehh aku bercakap dengan tunggul ke?" monolog Kira seorang diri. Tiba tiba loceng rumah ditekan terus menyentakkan Kira.

Langkah malas dibawa mengambil surat yg dihantar. Semuanya surat pasal bil air lah, bil api la dan lain lain sehinggalah sampul yg terakhir.

'KIRA HURRAITUL BINTI YASIM'

"Sejak bila pulak aku ada peminat ni?" surat yg tertera namanya dikoyak perlahan lahan.

Pintu kaca yg tiba tiba dikuak menyebabkan perbualan Aizzat dan Harraz terhenti. Kedua mereka memandang ke arah susuk yg masuk tanpa salam.

"Hai Harraz. I nk pinjam duit 10 ribu" ucapnya terus. Memang tak pandang kiri kanan betul minah ni.

"Nelly, i've told you to stay away from me right? Kalau you nk duit kerja. Bukan main mintak dengan i. I bukannya husband you!" marah Harraz. Wajahnya diraup kasar. Geram dengan perangai Nelly. Jika tahu ini akhirnya yg terjadi dia tidak akan sesekali ingin bertemu dengan gadis itu semata mata ingin menyakiti hati Arluna dahulu.

"Alah...I need money Harraz" suara Nelly sengaja dileret. Baru dia perasan ada seseorang di situ. Terus berubah nada suaranya pabila melihat Aizzat turut berada di situ. Masing masing senyap. Namun pandangan mereka jelas mengatakan mereka sedang menjalani peperangan minda. Tidak sanggup melihat wajah Aizzat, kaki Nelly terus diangkat pergi dari situ. Kalau duduk lama lama pun bukan Si Harraz nk bagi duit pun. Lagi bertambah sakit adalah tengok dua wajah tu. Nk pergi mintak duit ni pun dia terpaksa menebalkan muka.

Dibalas lambaian dari Dato' Mirza. Qila masuk ke dalam restoran yg sama kelmarin. Namun kali ini dia tidak lagi melabuhkan duduk di atas riba orang tua itu. Sebaliknya dikerusi yg ada.

Tiba tiba seseorang menarik rambutnya kuat. Terkejut Qila dan Dato' Mirza yg melihat Kira dengan wajah bengis.

Hampir tercabut kulit kepala Qila dikerjakan Kira. Perut Kira disiku kuat oleh Qila. Terlepas rambutnya dari genggaman Kira.

Dato' Mirza sekadar memerhati keduanya kerana dia merasakan dirinya tidak perlu masuk campur.

Perut yg senak ditekan Kira kuat. Wajah Qila ditampar kuat menggunakan tangannya yg satu lagi.

Terteleng kepala Qila. Bekas merah tapak tangan Kira melekat elok di pipi Qila. Baru sahaja Qila ingin membalas, Kira terlebih dahulu menolak kasar tubuhnya sehingga melayang ke bucu meja makan.

Dato' Mirza pula dihampiri. "Sampai hati you buat i macam ni...dengan kawan i pulak tu!" air mata mula mengalir laju. Tangan Kira terasa ringan sahaja ingin melempang si tua bangka tu tapi dirinya terlebih dahulu dilempang.

Kira terus terkam Dato' Mirza sehingga lelaki itu jatuh dari kerusi. Tangan naik menampar pipi lelaki tua itu.

Zappp!!!

Rebah Kira saat benda tajam menusuk tepat tulang rusuk badannya. Darah pekat mengalir laju. Badannya terasa amat lemah.

Belum cukup dengan tikaman itu Qila menarik semula pisau yg dipacak di tubuh Kira lalu ditikam pula di perut Kira berkali kali sehingga gadis itu akhirnya memejamkan matanya bersama air mata.

Tergamam Dato' Mirza memandang peristiwa yg sedang berlaku. "I takde kena mengena dengan apa yg terjadi ni. Bermula harini, kita tak pernah kenal" kata Dato'Mirza cuak. "Bawak mayat dia keluar!" arahnya lagi.

Qila sekadar menurut. Mayat Kira diheret ke keretanya melalui pintu belakang.

Dicampak kasar tubuh Kira yg kaku ke sofa rumahnya. Sebuah tenungan hinggap memerhati wajah sayu Kira. "Aku dah cakap jangan sibuk hal aku...Kenapa kau degil sangat hah?! Tengok apa dah jadi...Kau ni memang tak guna lah" ditunjal kepala Kira yg kaku berkali kali.

Tiba tiba dia menangis diselangi dengan ketawa. Dah macam pesakit tanjung rambutan je lagaknya. "Kau ni aku nk cakap bodoh tu cerdik. Tapi nk cakap cerdik pulak kau bodoh. Haha! Tulaa padahnya bila kau suka menyibuk hal aku!" bebelannya masih lagi bersambung tanpa ada tanda hendak berhenti. Seolah olah Kira masih hidup.

"Sekarang ni duit bapak aku nk habis dah...Mana la aku nk cekak duit ni?" jarinya sibuk memintal rambutnya yg panjang. Entah kenapa fikirannya teringat akan Hazzar. "Yes...aku perlu mintak dengan jantan tu. Megat Hazzar, kau tunggu aku datang" bibirnya yg merah menyala dicalit lipstick mengoyak senyum sinis.

Pemandangan sawah padi yg terbentang di mata dijamah tanpa jemu oleh Ania. Tangan naik mengusap perutnya yg kempis. Dia sendiri akui, pada mula dia mengetahui kandungan itu, sedikitpun dia tidak merasa sayang atau kasih terhadap bayi yg dikandungnya. Namun setelah beberapa bulan membawa bayi itu baru dia sedar, sayang dan kasih itu mula hadir.

Disaat hati mula disayangi, disaat itu juga tuhan menarik balik nikmat itu. Benarlah kata orang, bila sesuatu tiada di depan mata barulah kita nk terhegeh hegeh. Sedangkan bila sesuatu itu berada di depan mata langsung tak dihargai.

"Andailah aku boleh putarkan masa...Aku akan sayanginya sepenuh hati....jaganya dengan sebaik mungkin....Tapi tu semua kini tinggal secebis kenangan.....Perkara silam banyak mengajar aku erti kehidupan. Tak selamanya yg dibawah harus ditindas. Aku bangkit dengan segala kekuatan yg tersisa meninggalkan semua kesakitan dibelakang. Disini aku berdiri, lari dari sakit yg mengejar. Entah sampai kapan aku harus bertahan. Aku buntu. Bantu lah aku Ya Allah" kepala didongak memandang langit biru di atas. "Ketenangan ini tak lama...itu yg aku pasti" gumamnya sendiri. Sesungguhnya dia merasa seperti dikejar sesuatu. Dia yakin sesuatu yg lebih besar menunggu dirinya bila bila masa sahaja....Sedia atau tidak dia sendiri tidak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience