"Nih lelaki paling tak guna atas muka bumi ni Uncle! Selama ni saya bersabar je dengan sikap anak Uncle sebab saya masih hormatkan Uncle yg dah macam ayah bagi saya! Tapi kalau macam ni la apa yg adik saya dapat lepas terima kekurangan anak Uncle saya tak teragak agak nk ambil balik adik saya!" jerkah Amzan lantang.
"Eh kau sedar diri sikit. Adik kau tu cacat. Tak sesuai dengan aku!" sampuk Fakir tiba tiba. Mendidih hati Amzan.
"Uncle kena ingat. Kalau Daddy saya tahu hal ni...nyawa korang bila bila masa je boleh melayang! Jadi saya harap Uncle sekolahkan anak Uncle ni. Bila dah dapat kau buang! Kau memang tak guna!"
"Ehh kau jangan nk sedap sedap mengata anak aku! Kau tu kitorang yg pelihara!" tempik Datin Nura pula.
"Baiklah kalau tu yg Datin anggap. Esok jumpa di Mahkamah" ujar Amzan dingin.
"Maafkan keluarga Uncle Am. Uncle betul betul minta maaf" rayu Dato' Ismail. Tetapi semua tu tidak berkesan setelah Amzan berlalu pergi dengan adiknya.
"Dasar Miskin..Tak kenang budi!" herdik Datin Nura.
PAPPPP!!!
Terteleng wajah Datin Nura saat tangan kekar suaminya hinggap di pipi. Berair mata Datin Nura. Fakir tergamam.
" Kenapa u tampar i?" soal Datin Nura tak percaya.
"Selama ni aku sabar dengan karenah kau dua beranak. Selalu menyusahkan aku. Tapi bila aku dapat tuah berganda ganda kau sekali lagi buat hal. Kau hancurkan tuah aku!"
"Apa maksud u?"
"Kau tahu tak Am dengan Aria tu siapa? Kau tak tahu pun kan. Kalau kau nk tahu diorang berdua tu ANAK KANDUNG ALVIN DENGAN ALICE...bukan budak MISKIN!!"
Terus jatuh terduduk Datin Nura di situ. Tak sangka.
"Sekarang ni kau tahu tak hah yg kita dalam bahaya kalau Alvin tahu apa yg anak kau buat dekat anak dia hah!? Silap silap kepala kau dia gantung dekat pintu rumah dia! Baik kau dengar sini betina sial...kalau aku bankrup jatuh talak 3 atas kau!" ucap Dato'Ismail sebelum pergi.
Meraung Datin Nura di situ manakala Fakir masih lagi diam tak berkutik kerana tidak faham situasi apakah yg sedang berlaku.
Harraz memerhati keadaan sekeliling. Ketakutan menguasai seluruh jiwa dan raganya. Api yg marak membahang ke seluruh badan Harraz. Terketar ketar dia menahan haba panas yg terlampau.
Dia buntu hendak ke mana. Seluruh rumahnya terbakar. Api semakin marak. Tiba tiba mata tertancap ke arah sebuah laluan yg asing bagi Harraz. Nk taknak terpaksa jua dia melangkah ke sana kerana itulah satu satunya jalan yg tidak dijilat api.
Baru beberapa langkah terasa tangannya ditarik dari arah belakang. Tertoleh wajah Harraz memandang empunya tangan yg menariknya. Bukan satu tapi dua.
"Qila! Nia! Apa korang cuba buat ni?!" jerkah Harraz bengang. Dia masih belum mengetahui siapakah yg menariknya sebentar tadi.
Kedua dua wanita itu diam. Perlahan lahan hilang bagai imaginasi. Seketika pecah satu hilai tawa yg pelik dan amat mengerikan. Semakin kuat Harraz menggigil. "Si....siapa kau?!"
"Kau akan tahu siapa aku. Lambat atau cepat kau akan tahu jugak. Tak perlu tergesa gesa!" ujar satu suara wanita. Bergema seluruh ruang namun sebarang kelibat tidak pula kelihatan.
Bayang seekor kucing hitam mula menghampiri Harraz. Automatik kakinya berundur ke belakang.
Kucing hitam itu melompat ke arah Harraz sehingga badannya tertolak masuk ke dalam bilik yg dipenuhi api tetapi satu tangan menggamitnya keluar sebelum...
BUMMM!!!
Bunyi letupan api tadi menyentakkan Harraz dari lenanya. Peluh menitik laju. Harraz mengucap banyak kali. Bayangan mimpi tadi masih lagi terimbau dikepalanya. Entah kenapa dirasakan seolah olah perkara itu benar benar berlaku.
Tangan naik meraup muka sendiri. "Apa bendalah aku mimpi ni...Mengarut betul" ujarnya perlahan. Mata terkalih memandang Ania yg sedang tidur di bawah sambil membelakangkan katil yg didudukinya.
Dilihat gadis itu menyelubungi dirinya dengan selimut. Harraz pelik. Nk cakap sejuk memang taklah. Dia panas gila kut sebab dia pasang kipas bukan aircond. Memang sengaja nk dera gadis itu tapi hakikatnya dengan dia sekali yg terseksa. Malas nk fikir banyak Harraz kembali menyambung tidurnya saat terpandangkan jam yg menginjak 3 pagi.
Angin yg sepoi sepoi bahasa menampar lembut wajah Ania. Tenang dirasakan dirinya saat ini. Segala kesakitan seolah olah hilang buat seketika. Jam ditangan dikerling.
3. 15 PAGI !
"Ahh dah sejam aku berdiri kat sini. Patut lenguh semacam je kaki ni" rungut Ania sebelum dia melangkah masuk.
Disebabkan mata yg terlampau berat, Ania langsung tak hiraukan perkara lain. Yg tertumpu padanya hanyalah bantal.
Share this novel