"Saya mengandung" wajah serius Zalin dipandangnya sayu. "Boleh ke awak terima saya?" sambungnya lagi. Sebolehnya ayat yg meluncur keluar disusun rapi supaya lelaki itu faham keadaannya. Nyata dirinya benar pabila lelaki itu mengangguk.
Syukur dipanjatkan pada Ilahi atas kurniaan ini. Dia betul betul gembira pabila lelaki itu sanggup menerimanya.
"Kalau boleh saya nk kita tunang secepatnya. Yelaa senang sikit nk urus bila awak dah melahirkan nanti right? Kita tunang dulu dalam jangka awak hamil ni then habis lahir and pantang kita kahwin?" ajak Zalin teruja.
Ania mengangguk setuju. Senang tidak terkata dia dengan penerimaan Zalin terhadap bayi tersebut. Sememangnya dia sendiri kurang senang dengan bayi tersebut namun dia tidak berhak menolak rahmat yg diberikan Allah. Lagipun bayi itu langsung tiada salah. Nk dikatakan kotor jauh lagi la. Yg kotornya diri dia sendiri sebab dah DISENTUH orang.
8 BULAN 15 HARI....
Wajah Zalin diamati Ania dari sisi. Lelaki masih kelihatan tampan walaupun wajahnya tidak memaparkan sebarang riak. Tiba tiba sahaja senyuman kelat terzahir dari bibirnya.
Perut yg memboyot besar itu diusap lembut penuh dengan kasih sayang. Rasa sakit di hati ditahan seboleh yg mungkin dengan layanan yg diterima olehnya. Jelas terpapar sikap Zalin yg sangat berbeza dengan sikap di awal pertunangan mereka.
Bukan dia tidak sedar selama ini lelaki itu semakin berubah. Semakin berjauh hati. Dulu jika dia bersama dengan Zalin, senyuman sentiasa terlakar di bibir lelaki itu namun kini jauh bezanya. Usah senyum, nk berjumpa pun payah. Ania sendiri tidak tahu di mana silapnya sehingga Zalin melayannya begitu.
Mesej yg diterima dibaca walaupun dia sedang memandu. Seketika dia memberhentikan kereta secara mengejut. Nasib baik tiada kereta di belakang.
"Sorry. Saya ada hal. Awak pergi la seorang ehh" terus tangannya menolak bahu Ania supaya gadis itu segera beredar. Sedikitpun dia tidak mengambil kisah soal hati Ania.
Sebaik pintu kereta ditutup, terus kereta Honda milik Zalin meluncur laju meninggalkan Ania sendiri.
Pandangannya terasa sedikit kabur dek air mata yg bertakung. Masa itu jugalah handbag yg dipegang melorot jatuh tanpa dia sedar.
Akibat itu barang barang yg ada di dalam handbag miliknya terkeluar. Cincin permata pemberian arwah ayahnya bergolek laju.
Cepat cepat dikejar tanpa sedar dia sedang berada tepat di atas jalan raya. Saat cincin berada di dalam genggamannya,tika itu juga bunyi hon kuat datang dari arah depannya. Terus kaku badan Ania di situ. Hati meronta ronta untuk lari namun badannya kekal kaku.
Kereta BMW itu berhenti apabila brek mengejut ditekan lantas Megat Harraz membelok ke bahu jalan. Dia keluar dengan wajah bengang manakala Ania meraup wajahnya dalam keadaan menunduk. Tanda syukur nyawanya masih panjang.
Amarah yg ingin disembur tidak terluah saat melihat wanita itu mengandung. Tidak sanggup pula dia ingin memarahi wanita itu. "Puan, puan tahu tak bahaya kalau puan tiba tiba muncul macam tu? Puan dah lama ke hidup sampai buat tindakan macam tu?" tanpa sedar ayat sinis keluar dari mulut dia. Tangan naik menepuk ketelanjuran mulutnya.
Sunyi sahaja sambutan dari wanita mengandung dihadapannya. Lantas dia memeluk bahu wanita itu lalu diletakkan di bahu jalan. Yg pelik tidak pula wanita itu menolak. Malas diambil pusing dia menahan teksi yg lalu lalang. Habis kerjanya, Megat Harraz pergi meninggalkan Ania di situ.
Sebaik turun dari teksi, mata Ania terpaku ke arah sepasang kekasih yg mesra berpaut lengan didepan Mall yg besar di depannya.
Ania berjalan menghampiri mereka dengan rasa yg tak percaya. "Apa semua ni Zalin?!" soal Ania keras. Air mata yg sedia ditahan tak mampu lagi dibendung. Sakit yg dirasa berganda ganda.
Qila dan Zalin bersahaja memandang ke arah Ania.
"Ceh, baguslah kau dah nampak. Dah tak perlu la kitorang nk sorokkan lagi right?" sampuk Qila. "You know what, dia ada sesuatu nak bagitau kau" sambung Qila lagi. Matanya tidak lekang dari memandang sinis ke arah adiknya.
"Start harini, kita putus tunang. Aku dah taknak ada apa apa kaitan dengan kau" herdik Zalin.
"Tapi kita dah bersama banyak tahun! Kenapa semudah tu awak tinggalkan saya!" pekik Ania dalam esakkan mengundang semua yg ada memandang ke arah mereka.
"Kau rasa aku nk ke dengan perempuan kotor macam kau? Baik aku terima kakak kau yg suci ni" bisik Zalin hampir dengan telinga Ania yg dilindungi dengan tudung bawal. Cukup untuk mereka bertiga yg dengar.
Bagai ditusuk sembilu, Ania menangis sambil manahan sedu sedan yg semakin menjadi jadi. Qila dan Zalin pergi meninggalkan dia sendiri.
Tidak betah lagi dengan pandangan sinis orang terhadapnya, terus kaki melangkah tanpa arah.
Sekali lagi bunyi hon yg kuat menyentakkan Ania. Kaku dia di situ bagai kakinya dipaku.
BUMMM!!!
Terpelanting tubuh kecil milik Ania di bahu jalan. Darah mengalir dari celah pahanya begitu juga dari kepalanya. Matanya semakin lama semakin kelam. Perkara terakhir yg dilihatnya ialah sekelompok manusia yg mengerumuninya.
Share this novel