ANIA POV
Hujung lengan baju aku genggam erat menahan kesejukkan malam. Ni semua sebab Aizzat. Bukannya nak bagitahu aku dekat mana. Dia biar je aku pergi sedangkan aku dekat mana pun tak tahu. Dah 3 jam aku berjalan kaki dengan tudung serabai. Sekali tengok ada iras gelandangan.
Sakit hati bila diingat. Tunggu la nanti aku kerjakan kau Aizzat.
Keadaan yg sesak dengan manusia itu diamati dengan kaki yg pedih dan pening dikepala. Harap bayinya tak apa apa. Dia tak kesah perlu berjalan lama tapi masalah sekarang ni dia membawa orang lain. Tambahan lagi kandungannya masih baru. Faktor untuk gugur untuk sesenang ABC.
Jalan punya jalan tubuh rasa ringan mendadak. Rebah ke lantai tubuh nya.
"Ania!"
Syazalina yg memerhati sekian lama bergegas mendapatkan sahabat baiknya itu.
"Anybody please call some help" teriak gadis itu.
Pipi Ania ditampar berkali kali.
'Ya Allah Nia. Apa jadi kat kau ni?'
----------------------------------------
4 BULAN KEMUDIAN...
"Lepaskan dia! Vin... You dah janji dengan i"
Lengan lelaki itu cuba dipaut malah tepisan kasar yg dia dapat.
"Kau ni tak cukup kasih sayang ke sampai dengan suami orang pun nk tagih kasih? Tak malu ke? Kau tu perempuan..jangan jatuhkan maruah semata demi lelaki! Eh masih banyak lagi la lelaki dekat luar sana. Bukan Alvin seorang je lelaki! Kalau orang dah taknak..please la jangan terhegeh hegeh" sinis Alice. Benci dia melihat wajah wanita yg merosakkan hubungannya. Jika membunuh itu tak berdosa memang lama dah dia pancung wanita itu. Dasar tak sedar diri!
"Aku tak cakap dengan kau! Yang kau nk sibuk apa hal hah?! Ke kau hasut Alvin supaya tinggalkan aku! Tak guna kau!" meluru laju dia ingin mengerjakan Alice tapi terhalang dengan badan sasa Alvin.
Mudah sekali tubuh Ariey melayang dek tolakan Alvin yg sasa.
Arie mengaduh kesakitan. Ariey mendongak ke arah keempat insan di atas. Tersungging senyuman nipis dalam kesakitan.
"Alvin...aku rasa baik kau tamatkan semua ini... Lepaskan dia Vin." tegang sahaja wajah Tan Sri Megat Huraisy tika itu.
Tapi Alvin malah membisu. Sukar sekali baginya.
Makin galak Ariey ketawa sinis. Berdesing telinga Tan Sri Megat Huraisy dan Puan Sri Halimah. Ingin sahaja Alice ganyang mulut perempuan murah ni! Namun disabarkan hati.
"Ceraikan dia aku cakap! Kau tak faham ke hah? Jangan buat kerja bodoh Alvin!"
Alvin memandang kosong ke arah Ariey.
"Cerai lah. Come on Vin. U nk berbahagia dengan wife pertama u kan? Lafazkan talak cerai sekarang kalau u boleh?"
"Tak guna kau betina! Apa yg kau dah buat pada suami aku hah?" Alice mula naik berang. Menyinga seluruh wajahnya.
"U lupa ke Alvin atau u buat buat lupa? U janji akan bersama i tak kira apa pun yg jadi. Tapi u pilih dia ni! Perempuan bodoh yg kononnya naif ni!? U buat lawak ke? U ingat u akan bahagia?" ucap Ariey tanpa mengendahkan Alice.
Terpana Alvin mengingati peristiwa lalu. Ya! Dia berjanji untuk setia bersama wanita itu... Tapi itu kisah lalu. Kisah bila mana hatinya tak terdetik untuk menerima Alice. Berbeza dengan sekarang. Dia kalah pada cinta Alice.
"U TAKKAN mampu lafazkan talak pada i!" ejek Ariey.
"Kau ni kan....!" rambut ikal wanita itu cuba ditarik Alice namun tidak berjaya dek halangan Alvin.
Ni dah apa hal ganggu dia nk kerjakan wanita gila itu?
"What's wrong with you Alvin? Nk pertahankan dia ke? Cinta yg hilang dah kembali mekar balik?"
"Nope! Just calm down. Biar saya yg uruskan" tegas Alvin menutur kata.
Akhirnya Alice mengalah. Dibiar saja dua makhluk itu bertentang mata.
"U rasa u akan bahagia kalau lepaskan i dengan anak kita?"
Ingin sahaja Alice membidas kata kata itu tapi mulutnya terkunci. Ahh lama lama macam ni boleh jadi mental tahu tak?
"U jangan tipu i Ariey. Tu bukan anak i!"
Tertawa halus Ariey. "Kalau bukan anak u anak siapa? Anak orang utan?"
"I dah buat test DNA. So u tak perlu nk putar belit segala cerita Ariey. Cukup sampai di sini hubungan kita. I minta maaf kerana hadir dalam hidup u beri derita. Tapi kalau kita masih begini we both akan derita. Relakan kepergian i Ariey. Hidup lah bebas. U tak perlu risau akan masalah kewangan. I akan sediakan segala galanya buat u and anak u"
"Tak!" Ariey menggeleng. "Tak. Dia anak u dan i! I taknak harta u Alvin. I nk u. Please jangan buat i macam ni. I tak boleh hidup tanpa u Alvin"
"Boleh hidup ke tak? Itu bukan urusan dia orang" cantas Puan Sri Halimah.
"Kau diam!"
"Sudah lah Ariey. Stop! I penat"
"No way! Hahahaha u takkan dapat ceraikan i selama lamanya. Tak kesah hidup atau mati" laju dia menikam perut sendiri dengan pisau rambo yg disorok sejak tadi.
Darah pekat membuak buak keluar. Namun dia ketawa. Ketawa ngeri bagi semua yg dengar.
"Ariey Luana Binti Azam, aku ceraikan dikau dengan talak satu" terlafaz jua talak disaat sang isteri bertarung nyawa.
Ketawa yg tadi bingit mendadak hilang diganti dengan wajah serius.
"Aku bersumpah bersaksikan pertumpahan darah ini....bakal terciptanya pertumpahan darah buat kali kedua antara keluarga kita bertiga. Aku akan pastikan kamu semua merana!" ucapnya bersama hembusan nafas terakhir. Detik permulaan dendamnya mula menghitung...
Lama keadaan hening sebelum tubuh yg kaku itu kembali bangun memandang tepat padanya. "Tolong mama Ania. Balas perbuatan papa terhadap mama!" jerit Ariey nyaring.
"Allahuakbar!"
Ania bangun mengejut mengatur nafas yg tercungap cungap. Peluh merenik di dahi diseka. Namun debaran di dada tak mampu dibendung.
"Relaks...calm down Nia. Kamu perlu damaikan seluruh jiwa raga kamu. Now tarik nafas and hembus perlahan.." arahan Doktor tersebut diikuti Ania. Setelah dirinya beransur pulih Doktor tersebut melanjutkan apa yg tergantung.
"Tell me Nia... Apa yg kamu nampak?"
Jauh sekali Ania termenung, mengingati peristiwa tadi. Tak mungkin memori itu ada di dalam kotak fikirannya. Itu kisah silam keluarganya. Jadi apakah yg berlaku sebenarnya? Kenapa dia mempunyai memori silam ini? Mustahil!
"Doktor...?"
"Ya, ada apa Nia? Kamu nampak sesuatu?"
"Nope. I just wondering, bila saya masuk ke dalam alam bawah kesedaran saya adakah mustahil bayangan yg saya lihat itu satu khayalan semata?"
Doktor yg berusia lingkungan 50 an itu mengeluh perlahan. "Mustahil itu tidak tapi jarang. Kes sebegini jarang ditemui. Dapat dihitung jika ianya berlaku. Kerap kali pesakit akan mendapat bayangan tentang perkara yg benar benar berlaku pada dirinya"
Doktor menjeda.
"Kenapa kamu bertanya? Apa yg kamu lihat Nia?"
"Nothing. Saya rasa itu sekadar fantasi"
--------------------------------------------------
Dengan langkah malas Harraz masuk ke pejabat. Kusut masai penampilan dirinya. Tak rapi dan terjaga. Mati di luar hidup di dalam. Tercampak ke mana entah rohnya.
"Ish ish ish makin hari makin teruk aku tengok Boss kita tu. Macam mayat hidup!"
"Eh kau orang tak tau ke apa dah jadi?" bisik seorang lagi staff kepoh. Uolls tak membawang tak sah!
"Apa apa? Cerita lah. Kami nk tahu jugak"
"Sini.. Dekat sikit"
Serentak mereka mendekat pada staff wanita itu. Masing masing turn on telinga lintah.
"Boss kita tu ada 2 isteri. Aku dengar isteri pertama dia tu cantik. Manis bertudung...ayu senang cakap cukup pakej lah. Tapi...."
"Tapi apa weh?" soal salah satu rakannya tak sabar.
"Tapi Boss tak suka. Sebab tu pilihan Puan Sri. Alaa Boss kan taste perempuan seksi hot and spicy gituew. Jauh bersimpang dari isteri pertama. Nak dipendekkan cerita macam macam jadi antara Boss dengan first wife dia sampai lah Boss nikah sorok dari Puan Sri. Yang bongok Boss pergi bagitau Puan Sri. Apa lagi Puan Sri datang mengamuk dekat majlis tu. And yg paling gempak lagi, orang cakap second wife Boss tu kakak tiri first wife Boss!"
Melopong terkejut mereka. Sensasi gila berita ni! Persengkataan adik beradik tiri!
"Mesti first wife Boss kecewa kan?"
"Kecewa nikah lain tu dah satu hal. Kecewa sebab Boss tampar Puan Sri lagi teruk!"
Terkedu... Tergamam...
"Weh, gila lah Boss tu. Sanggup tampar ibu dia. Aku ni tak ada lah baik sangat. Selalu jugak kena marah dengan mak aku. Tapi aku tak pernah tau naik tangan. Boss ni dah level anak derhaka sahabat si Tanggang"
Kesemua angguk mengiyakan.
"Lagi kan, Puan Sri tak mengaku Boss anak dah! Ye lah mesti Puan Sri terasa anak buat macam tu dekat dia. Susah payah hamil 9 bulan keluar je derhaka. Sebelum ni pun ramai je media yg keluarkan berita Puan Sri dengan Boss memang tak ngam selepas kematian isteri Boss yg dulu. Kes apa entah"
"Aku pun ada dengar jugak berita tu. Pelik sangat weh. Arwah isteri Boss sebelum ni misteri sangat. Muka dia tak pernah muncul di mana mana majalah atau event. Tub tub beberapa bulan lalu meninggal masa melahirkan"
"Tu lah. Aku pun pelik. Isteri isteri dia yg sekarang ni ada lah jugak gambar kat majalah kan tapi wajah arwah isteri dia yg dulu tak ada. Macam hantu! Khabar ada penampakan tak ada"
"Choi! Mulut kau ni tempayan lah" tegah salah seorang staff yg merasakan gurauan itu berlebihan. Sudah lah yg dibahas sudah mati. Naik meremang bulu roma.
"Kesian Boss sekarang. Dah tak ada rupa orang aku tengok"
"Nk kesian apanya. Tak perlu! Tu semua karma sebab dia sendiri yg lukakan wife dia. See , betapa susah hidup dia dengan wife baru. Asyik makan luar je. Semua sebab wife baru dia tu jenis up to date. Semua nk stylish sampai kerja rumah satu pun tak terbuat" cebik penggosip awal cerita tadi.
Tiba tiba kepalanya ditonyoh.
"Kifarah lah bahlul! Bukan karma. Belajar tinggi tinggi, ilmu agama kelaut!"
"Eh kau siapa hah nk ajar aku?" lantas wajah diangkat. Seketika dia henti bernafas.
'Oh Lola kau memang bahlul! Ni namanya tempah maut!' bisik nya.
"Oh ini ye kerja kau orang bila Boss tak bagi kerja. Membawang memanjang. Topik Boss lagi! How polite you are! Semua buat kerja sekarang!" tegas Aizzat.
" And you Lola, in my office now!"
Lola meneguk liur kesat. 'Mampus!'
BERSAMBUNG...
so here chap 50 done! hehe. sorry author busy. so chap kalini agak panjang yg pernah author buat sbb esk birthday author so author nk santai lagipun author terpaksa turun ke sekolah sekejap esok sama juga dengan hari berikutnya. so tak tau boleh update ke tak. sempat author update. kalau tak corry lah yer.. oh yer, next chap adalah episod kehidupan Harraz. hahaha! nantikan yer.. muah sikit buat para readers... love bnyk²♡ . on 1 more thing. i know bab kalini agak tak masuk akal. just ignore sbb pikiran author nk macam tu. hahaha
Share this novel