"Assalamualaikum, ada orang tak? Takde orang saya masuk buat macam rumah sendiri ehh?" ujar Aizzat. Sebelah dari kakinya sudah menapak masuk.
"Cehh orang tak bagi izin masuk pun lagi" sebuah jelingan diberi kepada Aizzat.
"Alah...Aizz gurau je pun. Jangan lah Nia marah. Nia kan tahu Aizz ni tiga suku"
"Sedar diri rupanya" punggung dilabuhkan di atas kerusi meja makan di dapur. Aizzat tanpa dipelawa turut melabuhkan duduknya berhadapan Ania.
"Nia jom kahwin!" kata Aizzat teruja.
Tersembur terus air teh yg baru dihirup Ania. Tepat mengenai wajah Aizzat. Kalut tisu dicapai lalu dilap wajah tampan Aizzat yg basah dengan air teh.
"No..it is okay" tolaknya bila melihat wajah cuak Ania.
"Aizz ni janganlah bergurau macam tu dengan Nia. Kan dah kena" tisu yg digunakan untuk mengelap wajah Aizzat dicampak ke arah lelaki itu.
"Tak..Aizz tak bergurau. Aizz serius ni... Nia sendiri pun tahu kan yg Aizz ni dah jatuh cinta dengan Nia pada pandang pertama lagi" ujar Aizzat bersama gelak ketawa.
"Tengok lah. Bagi Nia masa dulu dalam 2 hari" bukan dia tidak berkenan dengan Aizzat, namun untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya amat payah. Dia bimbang jika sekali lagi hatinya terluka. Cukuplah sekali dia dilayan bagai tiada perasaan. Cukuplah dia terseksa selama ni.
"Baiklah. Tapi esok Aizz berangkat pergi KL. Syarikat dekat sana dah 4 minggu Aizz tinggal memang banyak la kerja bertimbun. Nanti Aizz balik Nia bagitau keputusan Nia okay? Aizz balik dulu. Nanti Umi rotan pulak kalau balik lambat" tangan naik melambai lambai ke arah Ania.
Ania tersenyum nipis seraya mengangguk.
Pintu kaca ditolak kasar oleh Aizzat. Terkejut habis tetamu yg ada di pejabat itu. Berdesup mereka hilang meninggalkan dua orang lelaki di dalam pejabat itu.
Aizzat memandang tajam ke arah lelaki sasa yg santai duduk di kerusi CEO. Saat lelaki itu bangun Aizzat mendekati. Wajah masing masing dah macam nk telan orang hidup hidup pun ada.
Seketika kemudian dua dua melepaskan tawa besar.
"Pandai ehh kau berlakon" ucap Megat Harraz. Bahu sahabatnya ditepuk lembut.
"Dahtu aku mintak nk jumpa kau, PA kau cakap kau busy. Dia suruh aku tunggu. Kau tahu kan aku ni jenis tak minat menunggu so aku rempuh lah" ketawa mereka bersambung lagi. "Oi, sampai hati dapat anak tak bagitau aku" marah Aizzat.
"Bukan taknak bagitau la. Benda happen cepat sangat. Sampai aku masih tak percaya arwah dah takde" berubah terus riak wajah Harraz.
"Maafkan aku bro. Aku bersimpati atas kehilangan Luna...Eh dah dah la. Aku nk tengok anak kau bukan muka kau yg macam pengemis ni" ketawa yg dibuat buat Aizzat membuatkan Harraz mencebik geram.
"Dah jom lah" ajak Harraz. Kot nya yg disangkut di kerusi dicapai.
"Nk pergi mana? Honeymoon ke?"
"Banyak la kau punya honeymoon. Aku nk balik lah. Kau nk jumpa Harriz kan. So mesti lah anak aku duduk dekat rumah. Takkan aku nk angkut masuk office kut"
"Kau tinggalkan anak kau dekat pengasuh ke?" soal Aizzat.
"Taklah" jawab Harraz sepatah.
"Habistu?" wajah Aizzat sudah cuak. "Jangan gila weii!" marah Aizzat.
"Anak aku duduk sorang sorang kat rumah tu" ucap Harraz bersahaja seolah olah dia sedikitpun tak bersalah.
"Oi, Kau nk anak kau mampus ke!? Cepat la bongok!" marah Aizzat. Ditinggalkan Harraz yg terpinga pinga sendiri.
"Tu anak aku ke anak dia yg dia lebih lebih kenapa?" gumam Harraz.
Qila asyik melayan celoteh Kira yg bercerita macam macam setelah dibawa ke luar negara oleh salah satu pelanggannya. Terbit rasa cemburu di dalam hati Qila namun dipendam.
"Oi Qila, kau kan tak pernah jengok kubur arwah mak kau kan. Selama aku hidup dengan kau, adik tiri kau je yg rajin lawat kubur mak kau padahal mak kau tu bukan mak kandung dia pun" ucap Kira.
"Yg kau sibuk tu pehal?" mood Qila dah melenting.
"Bukan aku sibuk. Aku pelik je! Kau macam tak kesah pun pasal family kau tu!"
"Suka hati aku lah. Lagipun aku dah takde family. Faham? TAKDE" bentak Qila lalu pergi dari situ.
"Cakap sikit melenting. Tak boleh nk cakap. Baik aku bisu je" gumam Kira.
"Kau tunggu Kira. Aku akan rampas apa yg kau dapat!" bisik hati Qila. Kawan tak kawan, dia tak kesah janji duit depan mata semua dia kebas.
Share this novel