RDD 18

Romance Completed 54733

Zalin memerhati segenap inci wajah gadis yg dirinduinya itu.

Ania meneguk liur. Tak tunggu lama terus dia berpusing pergi.

Zappp!!

Nk terkeluar jantung Ania. Tangan yg memegang lengannya dipandang tajam. "Lepaslah!" bentak Ania. Tak dihiraukan orang di sekeliling.

"Nia...I miss u so much sayang. Lepas i tinggalkan u baru i sedar yg i tak boleh hidup tanpa u. Please come back to me sayang"

"Kau dah gila ke Zalin?!" tempik Ania. Kesabarannya sudah menipis. Torehan sakit yg dulu kini kian lupus kini kembali melekat. Siapa je yg tak sakit hati.

"Nia please....."

"Kau tak...." Harriz di dalam gendongan menangis. "Shuhhh sayang jangan nangis...Mama ada..." pujuk Ania membelai bayi tersebut sehingga menyerlahkan cincin perkahwinan di jari manisnya.

Mata Zalin turut jatuh memandang. "U dah kahwin Nia?"

"Yes i' am. So stop messing with me!"

"Tapi Nia i still cintakan u. U hak i! No one can love you more than me! Only me!"

"Eh kau ni tak faham bahasa ke? Aku bukan hak kau! Takkan sesekali menjadi!"

"Nia. Maafkan i. I tahu u still cintakan tapi sebab kesalahan i yg lalu u pura pura tak cintakan i kan? Nia..i'm sorry" rayu Zalin lagi. Kini semakin ramai menumpukan pandangan pada mereka. Makin berapi Ania.

"Eh kau ingat sikit! Kalau betul dengan cara aku maafkan kau, anak aku akan balik pada aku semula ke?! Hah...jawab aku Zalin! Mampu ke kau kembalikan nyawa yg telah pergi tinggalkan aku! Memang aku tahu tu takdir tuhan buat aku! Tapi semua tu berpunca dari kau dengan dia! Kalau lah dari dulu lagi aku tak kenal kau..hidup aku takkan terseksa begini Zalin. Kau buat aku rasa disayangi dan dihargai sampai aku leka tapi kau robekkan hati aku macam permainan Zalin. Kau buat macam aku tak ada perasaan! Salah aku sebab terbuai dengan permainan dunia sampai aku lupa siapa diri aku. Aku lupa aku ni sekadar hamba Allah. Aku bukan tuhan.... Biarlah sekali aku merasakan kehilangan. Biarlah kesakitan tu selamanya terpahat menjadi parut supaya aku berjaga jaga. Cukuplah setakat ni....Jangan kau muncul depan aku lagi Zalin. Cukup di sini terhentinya kisah kita..." Ania melangkah pergi bersama Harriz dengan seribu kedukaan. Harini, bersaksikan si cilik ini aku luahkan segala yg terbuku. Aku benar benar berharap segalanya ternoktah di situ namun belum masanya ia terhenti kerna takdir tuhan tiada siapa tahu. Aku hanya mampu berharap. Andai nyawa ku ditarik ampunkanlah dosaku dan suamiku Ya Allah. Engkau peliharalah anak kecil ini dan keluargaku dari api neraka jahannam.....

Sekali lagi doa yg sama setelah dia menikah dengan Harraz dipohon.

"Harraz let's go" ajak Qila.

Namun pemuda itu masih kaku di bangku taman tersebut.

"Sayang!" panggil Qila agak kuat.

"Yes" sahut Harraz. Namun akalnya jauh ke tempat lain. Terimbau kembali apa yg dilihat dan didengarnya.

Jadi kau memang bukan dara lagi Nia?

Qila menghempaskan tubuhnya yg penat di sofa ruang tamu banglo miliknya. Setelah kematian Kira, Qila mula kembali menetap di rumah peninggalan keluarganya.

"Harraz...Harraz.... Kau kan jadi milik aku selamanya. Tak kira apa pun yg jadi halangan, aku tetap akan milikki kau" tekad Qila.

Ania memerhati wajahnya di cermin. Paip dibuka sehingga sinki dipenuhi dengan air. Perlahan lahan disembamkan wajahnya ke dalam air. Lama. Nafas semakin tipis menyebabkan tangan Ania menghentak sinki kuat tanpa mengalihkan wajahnya dari dalam air.

HUAAAAA.....HUAAA....HUAAAA....

Tangisan Harriz menyentakkan Ania. Lalu kepalanya diangkat. Dia meraup wajah sendiri. Kesal dengan tindakan bodohnya. Kaki laju berlari mendapatkan Harriz di katil.

"Shuhh..ank sayang mama tidur ye..." ditepuk tepuk badan Harriz. Air mata laju mengalir. "Selagi nyawa dikandung badan, mama akan jaga Harriz sepenuhnya. Mama takkan pernah meninggalkan Harriz. Harriz janji jangan tinggalkan mama nanti dah besar tau" pesannya sambil ketawa kecil. Hambar. Air mata masih mengalir. Mungkin tiada kesudahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience