RDD 13

Romance Completed 54733

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..lawak betul..Abang ni harap je ketul ketul tapi sayang penakut" ujar Ania dalam tawa yg besar sambil tangannya lembut mengelus air mata di pipi Harraz.

Sebenarnya dia pura pura je tadi. Pada zaman dahulu...ader macam cerita kartun pulak dah. HAHAHA! ok alkisahnya dia jatuh tadi. Nk bangun tak larat so dia duduk rileks rileks dulu. Bukan kejap tapi lama namun kelibat si Harraz tak jugak muncul muncul macam tak kesah pun. Baru je dia nk bangun bunyi derap tapak kaki Harraz terus la dia pura pura pengsan.

"Kau ingat lawak ke? Serius aku takut bodoh! Cuba kalau aku mampus tadi?! Tak pasal pasal syarikat aku bankrup kat tangan kau. Kalau kau yg mampus takpela" terus tersentap hebat hati Ania. Pedih mencengkam jiwanya kuat tak tertahan.

"Err...abang nk air ke? Tu haa atas meja saya dh letakkan. Saya naik dulu" pamit Ania tanpa menoleh. Perlahan lahan air mengalir keluar dari tubir matanya.

Lemah sahaja setiap langkah yg diambil sehinggalah dia masuk ke dalam bilik. Bantal dan sehelai selimut dari almari dicapai sebelum dibentangkan di atas lantai.

Dia sedar dirinya siapa. Dia bukanlah sesiapa untuk berlagak tuan rumah itu. Dia sedikitpun tak berhak. Dia hanyalah menumpang. Badannya dibaring mengiring membelakangi katil dan pintu masuk.

Air mata masih setia mengalir tanpa bunyi langsung. Bak kata orang MENANGIS TAK BERLAGU.

Seketika pintu dibuka. Mata segera dipejam.

Dah tidur ke minah ni? Ermm kenapa dia tiba tiba pelik? Hormon tak menentu ke apa dia ni? Pelik pelik...

Tanpa banyak tingkah Harraz menghempas badannya di atas tilam empuk. Tak sekelumis pun hatinya rasa bersalah terhadap Ania.

Tidur malamnya tika itu lena tapi gadis itu pula....Hanya Allah yg tahu betapa patah dan hancurnya sekeping hati milik Ania Maisarah yg telah lama dirobek. Ya kini seorang lagi insan kembali mendarahkan hati Ania.

Robekan demi robekan..mampukah Ania melalui semua takdir hidupnya?

Matanya mencerlung tajam memandang kolam yg dalam terletak betul betul dihadapannya. Mata sibuk memerhatikan keadaan sekeliling sebelum dia mula menolak kerusi roda terus ke dalam kolam.

PLLUPP!!

Sekajap tenggelam sekejap timbul. Kakinya cuba untuk digerakkan tapi hampa usianya hanya sia sia.

Nafas yg ditahan semakin tak tertahan. Akhirnya air kolam itu ditelannya. Air berkocak kuat saat satu susuk terjun ke kolam yg sama.

"Kau dah gila ke? Ingat dengan bunuh diri macam tu kau akan bahagia? Eii jangan buat perkara bodoh la Aria Maiharni!" jerkah Amzan lantang. Timbul urat dilengannya. Nasiblah dia tiba tepat pada masanya. Kalau tak mesti adiknya bakal mati.

"Mana dia!?" soal Amzan dingin. Geram bercampur kasihan pun ada. Sedih adiknya dilayan sebegitu.

Namun Aria kekal diam. Air mata membanjiri matanya yg cantik. Amzan meraup muka. Wajah yg dulu ceria kini hanya terselit seribu kedukaan.

Ahhh Fakir kau memang cari nahas dengan aku! Kau tunggu..aku akan balas setiap yg kau lakukan dekat adik aku.

"Ikut Along. Balik. Along dah taknak adik duduk dekat neraka ni!" berubah sedikit nada suaranya. Lembut berbanding tadi.

Mengiyakan tidak membantah pun tidak. Akhirnya Amzan mengangkat adiknya dari situ. Berdesap kereta Mercedes Benz miliknya membelah jalan.

Sampai sahaja di rumah milik keluarga Ismail, Amzan sekali lagi mengangkat adiknya lalu masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

Seolah olah dirancang, semua ada di situ makin membuatkan Amzan tersenyum lega namun mati senyumannya pabila melihat Fakir.

Dihampiri abang iparnya. Baru sahaja dia ingin menyalami tangan itu, Amzan terlebih dahulu menepis sebelum dia menghadiahkan tumbukan padu pada Fakir.

Dato' Ismail dan isterinya bangun. "Ehh apa yg kau buat dekat anak aku!?" jerit Datin Nura. Dato' Ismail pula lebih tenang. Dia tahu pasti ada sesuatu yg dah berlaku. Dia kenal sangat dengan Amzan. Cuma yg keluarganya yg lain sahaja tidak mengenali jejaka itu.

"Apa yg anak Uncle dh buat Am?" soal Dato' Ismail selamba. Membulat mata isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience