RDD 49

Romance Completed 54733

Nana berjalan laju ke luar dengan diekori Fuaz. Jangan tanya macam mana lelaki itu boleh ada di sini.

Tengok tengok dah terpacak depan mata.

Nana berhenti mendadak, Fuaz yg mengikut terlanggar gadis itu.

Berdecit geram Nana dibuatnya.

"Awak ni dah kenapa ikut saya? Tak kerja ke?"

"Kerja saya tu ikut awak lah"

Kecil besar kecil besar dia tengok si Fuaz ni. Handsome tu memang tapi perangai tu yg dia tak suka.

"Tepi lah! Saya nk cari kakak saya!"

"Taknak!" halang Fuaz. Tangan didepa kiri kanan.

"Kau ni kan memang tak faham bahasa ke?"

Tergores hati Fuaz dengan bahasa Nana.

"Tepi lah!" tubuh lelaki itu ditolak geram.

"Kalau something jadi pada kakak aku nahas kau!" ugut Nana kemudian hilang di balik manusia yg ada.

Entah kenapa hatinya tidak enak. Gelisah semacam. Dia perlu mencari Ania segera. Dengan keadaan gadis itu berbadan dua, lagi merunsingkan jiwa.

-------------------------------

Ania menjarakkan diri dari lelaki itu.

"To..tolong saya. Ada orang nk culik saya" ujarnya tercungap cungap.

"Ya.. Memang nak tolong lah ni" balas Aizzat pula. Kain yg disapu dengan ubat tidur ditekup ke hidung dan mulut Ania.

"Mmh...mhhh" air jernih membasahi pelipis. Ini bukan penyelamat, tapi lahanat!

Bersahaja Ania diangkat ke dalam cempungan. Dia kerling ke arah 3 lelaki yg diupah.

"Biar aku urus dia. Kau semua boleh blah!"

Ketiga lelaki itu angguk akur.

'Akhirnya Nia. Kau jadi milik aku...'

Berpisat pisat Ania membuka kelopak mata yg berat. Bingung! Dia dekat mana ni?

Eh kenapa tangan dia diikat? Apa dah jadi?

Seluruh tubuhnya menggigil kuat menyedari tudung dikepala melayang entah ke mana. Allah! Auratnya kini terdedah.

Terdetik satu perasaan di dalam hatinya. Kenapa terlalu murah diri ini diperlakukan? Hina sangat ke menjadi seorang Ania Maisarah? Satu persatu perkara mengaibkan terjadi padanya, dibenci insan tersayang, dirogol, dipaksa berkahwin, diseksa, diperkosa dan sekarang lihatlah apa yg berlaku.

Dia cuba mempertahankan segala yg berharga . Sering kali itu juga semuanya hilang...maruah, suami, kini keluarganya turut berpecah belah.

Ruangan kosong dan sedikit gelap itu menyanyikan tangisan hiba dari si gadis. Dendangan itu menyapa telinga Aizzat. Pilu mencengkam hati si lelaki. Perasaannya mulai bercampur. Benarkah tindakan yg ingin dia ambil?

Ahh ni semua karut! Ania tetap perlu jadi miliknya!

Aizzat mendekati Ania yg meratapi kesedihan.

"K..kau?" soal Ania. Beberapa memori yg hilang, jelas diingatan. Tangisan berhenti mendadak.

"Kenapa? Terkejut? Mesti tertanya tanya kenapa boleh ada di sini? Here with me? Just both of us......?"

Ania cuak. "Aizzat please jangan macam ni.."

"Macam mana?" dalih lelaki itu.

Ania menahan geram. Ikutkan hati disiat siat Aizzat bagi makan anjing!

"Kau tahu Nia.....aku sayang kau, cintakan kau tapi kenapa kau boleh kahwin dengan Harraz? Lelaki yg tak mencintai kau sedangkan aku cinta mati pada kau! Kenapa dia? Kenapa?! Sebab dia kaya?"

Ania geleng kepala.

"Aku pun kaya Nia" kendur suaranya. "Aku benci dia Nia. Kalau bukan sebab dia, kau pasti bahagia bersama aku!"

"Tak Aizzat. Aku takkan bahagia bersama kau"

Aizzat pandang wajah Ania mencari maksud kata kata itu.

"Sebab dalam hati aku, tak pernah bertakhta nama engkau. Aku keliru... Saat hati ini sedang lara aku cuba mencari secebis ketenangan, secebis kegembiraan dan secebis kasih sayang. Kau hadir menyayangi aku seadanya. Tulus mencintai aku. Menjaga aku. Tanpa teragak agak aku terima kehadiran kau tapi hati aku tidak Aizzat. Tak pernah walau sesaat. Kau tak lebih tak bukan sekadar teman. Hinggalah aku bersama Harraz. Betul kau kata, aku terseksa. Tapi aku ikhlas mencintai dia. Tipu kalau aku cakap aku tak pernah terfikir untuk bercerai. Setiap saat Aizzat cerai di dalam pemikiran aku. Tapi siapa aku ni? Layakkah nak mempertikaikan takdir Tuhan? Sedangkan semuanya sudah ditentukan. Dari situ aku sedar aku ni hanyalah hamba yg lemah. Setiap langkah setiap perkara aku tempuhi dengan jatuh dan bangun berulang kali"

"Tapi kenapa Nia?" sebak Aizzat bertanya.

"Sebab aku tahu Tuhan sentiasa bersama aku"

Aizzat jatuh terduduk. Jiwanya kosong! Hampir sahaja dia melakukan perkara terkutuk!

"Maafkan aku Aizzat beri harapan palsu pada kau suatu masa dulu"

"Kau ingat aku siapa Nia?"

Anggukan dari Ania buatkan Aizzat makin terhenyak.

"Beberapa hari yg lalu ingatan aku kembali. Apa yg jadi semuanya aku ingat"

"Maafkan aku Nia. Aku salah. Aku bodoh terlalu taksub pada cinta"

"Shuhhh... Kau tak salah. Ini takdir kita" tenang gadis itu berbicara.

Hiba lelaki itu menangis akan kebodohan sendiri. Untung sempat disedarkan. Kalau tak memang GOODBYE HEAVEN, HELLO TO THE HEEL!. haha!

"Eh lepas lah. Aku nk balik ni. Merah tau tak pergelangan tangan aku" mula dah Ania membebel. Sejak DIHUNI dia asyik membebel je macam mak nenek. Sampai Nana gelar dia nenek budak. Dia muda lagi okey!

Dalam tangis terselit tawa. Usai merungkai tali , Ania bangun.

"Buat masa ni aku nk bersendiri. Kau jangan memandai bagitau kawan dayus kau tu aku kat mana. Spy kau tu elok kau lenyapkan sebelum aku yg lenyapkan dia" dia sambung bebel balik.

"La! Kau tahu ke?"

"Tahu tu tahu. Yg tak tahu siapa yg upah spy tu je. Tub tub kau rupanya. Mujur tak terberanak aku"

"What!? Kau cakap apa tadi?" bulat besar mata Aizzat.

"Tahniah yer. Kau bakal ada anak buah. Hahahaha.. Aku pergi dulu. Penat lah shooting babak movie bollywood tadi" perli Ania manakala Aizzat terkekeh gelak. Lupa jap apa yg jadi sekejap tadi.

Aizzat membalas lambaian Ania dengan girang. 'Aku doakan moga kau bahagia Nia walau bukan dengan aku'

BERSAMBUNG...

done chap 49. sorry agak pendek. sy busy TT. next chap esok inshaallah. kelam kabut actually yelah sekolah nk start dah. mesti bertimbun kerja nanti. sy x tau lah boleh update ke tak lepas 20/1 nanti. tengok dulu yer tambah tambah lagi this year important bgi sy. so yup... hard time lol. haha. pape pun happy reading guys and have a nice sleep tonight. sweet dreams. muah banyak²♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience