RDD 37

Romance Completed 54733

Bagasi pink diheret Harraz diikuti bagasi miliknya di tangan satu lagi. Qila pula lenggok kangkung berjalan acah model di depan. Macam aku pulak hamba dia.

Dari lapangan terbang sampai ke rumah sunyi menemani pasangan kekasih itu.

"Qila... Please go home!" kata Harraz separuh merayu. Bila² masa saja Bonda boleh keluar. Kalau nampak dek Qila mati anak lah dia.

"No Harraz. Kali ni i nak jumpa Bonda u as bakal menantu dia. I penat nk sembunyi macam ni!" bentak Qila tiba²

Rambut dicengkam kuat ke belakang. "Qila dengar sini. I pun penat dengan semua ni. Tapi please la tunggu semua dah reda. Tunggu detik i dah ceraikan Nia. Tunggu masa Bonda i boleh terima jodoh i dan Nia tak kekal. Faham?!"

"U nk i tunggu sampai bila Harraz? U nk i merepot sampai mampus dulu baru Bonda u terima i? Come on Harraz. I don't think Bonda u akan terima i sampai bila² pun"

"Then kenapa u nk jumpa Bonda kalau dah tahu?" balas Harraz lantang. Kesabaran mula menipis. Untung saja ingat didepan ni kekasih hati kalau tak lunyai dia tumbuk.

"I want her to know about us. Nk terima ke tak Bonda u mesti terima jugak! I yg berhak atas cinta u. Bukan perempuan jijik kesayangan Bonda u tuh!" suaranya mula naik.

"Apa yg kecoh² ni Harraz?" celah satu suara yg muncul sebalik pagar. Terkocoh kocoh Tan Sri Huraisy mendekati anaknya dengan....menantu? Sejak bila menantu dia SEKSA sebegini? Tan Sri Huraisy garu kepala yg tak gatal.

Tergamam habis Harraz. Mati aku! "Ermm..aaa....mmm....hmmm..."

Qila berpaling mendadak "nice to meet you. I'm your future daughter in law" senyuman manis dilemparkan tanpa segan silu.

"Allahu......" ucap Tan Sri Huraisy tak percaya serentak memegang dada yg sakit.

"Abang!!!" muncul pula Puan Sri Halimah di muka pintu. Dia memandang tajam kedua insan di luar. Belum habis kejutan melihat suaminya tumbang ditambah pula kejutan dengan gadis seksi elok melingkar pada lengan anak lelaki tunggalnya.

Harraz semakin cemas. Wajah dah macam cacing kepanasan.

"Harraz! Apa kamu tunggu lagi?! Call ambulan!"

"Ya..ya Bon..Bonda"

"Harraz what about me? Kenapa nk kecoh sangat pasal benda ni? I think Ayahanda u tu pura² je"

"Apa kau cakap betina?! Ulang balik!!" Puan Sri Halimah mula naik angin.

"I said your husband pura pura je. Kenapa ada masalah?" Qila membalas pandangan Puan Sri Halimah berani. Entah berani ke bodoh. Author pun tak tahu.

Geleng kepala Harraz. Apa Qila ni nak tempah maut ke?

"Kau siapa hah sesuka hati nk menyampuk hal keluarga aku?!" merah padam muka wanita berusia mencecah 50an itu.

"Bonda calm down"

"Shut up Harraz. Bonda tak bercakap dengan kamu" tegang wajah Puan Sri Halimah.

"Nk tau tak, i ni kekasih hati kesayangan Bonda. Tepat sekali, future daughter in law Bonda" lebar senyuman Qila. Bangga kejap.

"Kau cakap apa?! Apa semua ni Harraz?!" dia beralih pula pada anak lelakinya. Penjelasan yg dia perlu. Kenapa perempuan seksa ni mengaku bakal menantu dia. Sorang je yg layak dan orang tu Nia! Takde yg lain.

"Bonda Harraz boleh jelaskan... Listen to me Bonda..."

"Diam! Kau...aku sabar dengan kau Harraz. Tapi hati tua ni sakit Harraz. Sakit dengan perangai kau. Baiklah. Aku izinkan kau kahwin dengan siapa pun kau nak. Pelacur sekalipun aku takkan halang. Lepaskan Nia. Kau tak layak buat dia. Tak layak. Bidadari semulia Nia berhak yg sama taraf dengan dia. Aku salah sebab fikir dia mampu ubah kau. Dengar sini Harraz, dengan adanya betina ni aku tak mengaku kau anak aku sampai bila². Jangan sesekali kau jejakkan kaki ke sini lagi selagi kau berhubung dengan dia! Pergi!" luah Puan Sri Halimah kesal. Sungguh dia menyesal menyatukan anaknya bersama Nia. Gadis itu layaknya disamping lelaki yg betul² mulia dan pandai menghargai dan lelaki tu bukanlah Harraz.

"Bonda...a..apa..bo..bonda cakap ni?" seakan tidak percaya Harraz menyoal.

"Anak kau, aku akan jaga sampai dia berumur 6 tahun. Detik tu aku serahkan dia sepenuhnya pada kau. Sekarang pergi dari sini...aku merayu..." dia memandang tanah sambil memeluk erat tubuh suaminya yg tercungap cungap bernafas. Kesakitan di hati ni buatkan Bonda tak kuat nk lihat muka kamu Harraz... Pedih. Bonda tak sangka kamu sanggup bertindak sejauh ni Harraz. Kamu lukakan hati isteri ibarat kamu toreh hati Bonda. Selama ni Bonda letakkan sepenuh kepercayaan pada kamu, bahagiakan Nia tapi kamu duakan dia... Gagal... Bonda gagal mendidik kamu. Ampuni aku Ya Allah...

Harraz berdiri kaku.

"Pergi sebelum aku halau kau berdua"

"Jom lah u!" rengek Qila. Lengan sasa Harraz ditarik kasar keluar dari kediaman itu.

Pergilah Harraz. Bawa diri kamu jauh. Bonda tak mampu buat apa lagi...

"U...stop buat wajah macam tu. I hate it" Qila cuba memujuk tapi lebih kepada menyampah.

"U dengar tak apa yg i cakap nih Harraz? I bosan tau tak? U asyik melayan perasaan je" cebik Qila menarik muncung sedepa.

"Leave me alone Qila"

Cerlungan tajam melekat pada Harraz. "U ni kann...benda kecik pun nak emo.. Annoying tau tak? Nk sangat emo kan? Fine.. Layan emo tu sampai tahun depan. I nk balik. Penat tau tak?"

"i perlukan masa Qila"

"Then take your time as much as you want"

Harraz menghantar kelibat kekasih hatinya melalui ekor mata. Keluhan dilepas. Kedua belah tangan meraup kasar wajahnya. Dia buntu. Betulkah keputusannya? Memilih kekasih hati berbanding ibunya? Melukai insan bergelar ibu demi pasangan? Benarkah tiada rasa cinta buat isterinya? Sedangkan hilangnya gadis itu membuatkan jiwa raganya kacau walau puas dinafi... Siapa Nia dalam hati aku?

"Seronok kau Nia... Dapat hidup senang lenang. Jangan risau aku bagi kau rest dulu..." separuh berbisik bibir gelap itu berkata. Senyuman sinis tak lekang dari bibirnya.

Menggigil seluruh tubuh Eliza. Bukan sebab senyuman sinis gadis misteri itu sebaliknya disebabkan MAKHLUK yg duduk berhadapan gadis itu. Cukup membuatnya gerun. Darah menitik saat MAKHLUK itu berbicara. Dengan kuku yg panjang sesiapa sahaja mampu mati terkejut. Takut. Hanya itu yg mampu dia rasa.

"Sabar Harraz sayang. Aku akan pastikan isteri kau mampus perlahan lahan" gelak ketawa seram tiba² bergema.

"Kau dah buat apa yg aku suruh?" soal gadis misteri itu pada Eliza. Dah puas gelak kut.

"D..dah . Saya dah sediakan BUDAK untuk rancangan tu"

"Kau pasti dorang boleh buat apa yg aku suruh?"

"Saya pasti. Mereka semua ialah askar terlatih yg dibuang kerana bersubahat dalam kegiatan penyeludupan senjata api besar besaran. Saya yakin mereka mampu"

"Bagus.. Lagi satu, malam esok sediakan bahan upacara. Kita berpesta sikit" kata gadis misteri itu lagi.

Pesta? Bukan pesta yg hora horey tu yerr. Ni pesta menjamu makan SAHABAT SAHABAT baik gadis itu.

Memikirkannya sahaja sudah membuatkan wajah Eliza pucat. Sampai bila dia harus hadap semua ni? Dia penat. Hidup diselubungi dosa amat menyeksakan baginya. Aku ingin keluar dari sini Ya Allah...Sayu rintihan Eliza.

BERSAMBUNG...

enjoy reading...komen and follow...love all of my followers..><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience