Ketukan di pintu rumah Mak Mah masih lagi berterusan demi menunggu tuan rumah menguak pintu namun masih sama. Tiada tanda tanda ada orang di dalam rumah. Pasrah dengan itu, Aizzat kembali ke rumahnya. Tepat pada itu juga hp miliknya bergetar. Mesej dari Ania dibaca.
NIA :
Saya terima lamaran awak.
Ringkas sahaja mesej itu namun berjaya membuatkan gelojak hati Aizzat melonjak gembira.
"Ha kamu ni dah kenapa tersenyum senyum macam kerang busuk?" soal Mak Sari saat Aizzat menapak masuk. Pelik melihat tingkah anak terunanya. Balik balik je terus terjah rumah jiran macan jiran sebelah tu pulak rumah dia.
"Alaa..biarlah Umi oii. Bila Aizz masam macam cuka Umi kutuk pulak. Ni nk senyum pun sama je. Umi ni tak adil betullah" cebik Aizzat pura pura merajuk.
"Umi ni lagi rela tengok kamu masam macam cuka tu haa..daripada senyum macam kena sampuk hantu jembalang mana entah. Baik kamu jujur...kamu ni siapa? Kau dah rasuk anak aku kan? Baik kau keluar!" arah Mak Sari. Kepala Aizz digoncangnya bagai nk tercabut.
Berpusing mata Aizzat dikerjakan Uminya. "Umi! Ni Aizzat la!" marahnya. Tangan naik menepis lembut tangan Uminya yg melekat di kepala.
"Kau jangan nk tipu aku! Bagi balik anak aku! Keluar!" ditolak tubuh Aizzat sampai macam nangka busuk Aizzat jatuh menyembah lantai kayu rumah. Nasib kayu. Kalau simen tadi tak ke patah pinggul Aizzat.
Mak Sari apa lagi, diangkat kaki Aizzat tinggi sehingga dirapatkan hampir dengan dada anaknya. Terjerit nyaring Aizzat di paksa split oleh Uminya. Tak cukup dengan tu leher Aizzat dikunci menggunakan lengannya. Merah padam wajah Aizzat saat oksigen mula berkurangan.
"Ya Allah...Sari oii, yg kamu dua beranak ni dok bergusti dah kenapa? Ingat rumah kayu kita ni gelanggang bertinju ke?" tergeleng geleng kepala Pak Adi melihat adegan aksi percuma. Haa tak payah pergi pawagam. Dekat rumah dia ni haa dah macam macam aksi yg jadi.
Dua dua saling berlaga pandangan.
"Kamu berdua ni...aku cekik jugak kan" kata Pak Adi berharap dua dua anak dan bininya berhenti berkelahi.
Lain pulak yg jadi saat dua beranak tu mula menerkam ke arahnya pula. Last last muka masing masing macam badut. Lebam sana lebam sini.
Satu saat....dua saat....tiga saat.
Mereka sama sama ketawa besar. Lucu dengan karenah masing masing.
"Nia pergi mana ni tinggal rumah kosong?" soal Mak Mah sebaik sahaja melihat kelibat Ania memasuki rumah.
"Nia ada kerja sikit. Maaf sebab Nia tak sempat nk cakap apa apa dekat Mak Mah" ujarnya lemah. Kaki terus diatur ke bilik. Bukan niat hati nk kurang ajar..tapi dia memang terlampau letih.
Berkerut kening Mak Mah dengan sikap Ania yg agak janggal. "Apa pulak yg dah jadi ni?" soalnya sendiri.
"MAK Mah, esok Nia nk ke KL kejap. Ada hal dekat sana. Mak Mah takpe kan duduk sorang sorang?" soalnya risau.
"Mak Mah okey je. Ada urusan apa dekat sana" wajah Ania ditatapnya dalam. Saja ingin menduga riak wajah Ania. Walaupun wajah itu tidak menunjukkan sebarang masalah tapi hati tuanya kuat berkata bahawa ada yg tak kena sedang berlaku.
Berubah terus wajah Ania saat Mak Mah menanyakan soalan itu. Wajah cuaknya disembunyi seboleh mungkin. "Tak tahu. Tiba tiba je kawan Nia, Syaz suruh jumpa dia. Katanya penting" itu sahaja jawapan selamat yg mampu diucapkan Ania. Riak wajah masih lagi dikawalnya. "Mak Mah...ada tak perkara yg Nia tak tahu? Ada tak benda yg Mak Mah sorokkan dari Nia?" tiba tiba sahaja soalan itu terpacul keluar tanpa izinnya. Wajah Mak Mah terus dijamahnya. Jelas Mak Mah tersentak dengan soalannya.
"Apa yg Nia merepek ni? Dah la...Habiskan makanan tu. Tidur awal. Esok kan nk bertolak ke KL" pesan Mak Mah. Laju sahaja punggungnya diangkat. Tidak ingin berlama di situ. Bimbang jika mulutnya tersasul perkara yg sepatutnya disimpan rapi.
"Mak Mah memang takkan pernah bagitau Nia kan?" gumam Ania sendiri. Nasi yg masih bersisa ditelan bagai menelan batu batu kecil. Perit yg amat!
Usai memberikan barang yg telah dijanjikan kepada seseorang, Ania mulai menapak keluar dari Mall yg besar itu. Belum sempat apa apa..tangannya ditarik kasar. Ania meronta ronta ingin melepaskan pegangan kejap itu.
Bulat mata Ania melihat Qila dihadapan. Automatik tangannya merentap kasar pegangan Qila. "Akak nk apa hah? Tak puas lagi ke akak seksa Nia selama ni?" sembur Ania dengan tangis. Sungguh dia tak kuat. Tak kuat untuk berhadapan dengan manusia yg telah banyak melukakan dia walaupun dia menyayanginya sepenuh hati.
"Diam lah bodoh!" arah Qila. Tudung Ania ditariknya kasar. "Kau tanya aku apa yg aku nk kan...okey aku bagitau. Aku nk kau kahwin dengan lelaki yg aku pilih. Aku dah ikat kau dengan dia. Kau kena ikut... faham?!" tengkingnya kasar.
"Taknak! Akak siapa nk atur hidup saya!? Hidup mati saya selama ni akak tak pernah ambil peduli langsung!" bentak Ania.
"Kau dengar baik baik ANIA MAISARAH, kalau kau taknak aku layan kau macam ni, anggap kau macam sampah atau benci kau then kau terima apa yg aku dah tetapkan faham!?"
Pantas Ania menggeleng geleng. Semakin kuat cengkaman tangan Qila semakin membuatkan air matanya mengalir laju.
"Aku cakap ikut..ikut je lah! Ke kau nak aku seksa Syazalina kawan baik kau tu pulak? Hoi perempuan dengar sini...apa yg aku nk buat aku akan pastikan berjaya. Kalau kau rasa kau sanggup lukakan kawan kau demi perasaan bodoh kau tu then aku okey je" cengkaman di tudung Ania dilepaskan. Qila mula berura ura ingin pergi. Namun ditahan Ania.
Qila mengoyak senyum sinis tanpa melihat Ania.
"Baiklah. Saya ikut apa yg akak mintak. Jauhkan diri akak dari Syaz!" kakinya melangkah keluar dari situ dengan linangan air mata. Banyak mata yg memandang semakin melajukan langkah Ania. Dia berjalan tanpa mengangkat muka.
Jadi inilah ujian besar yg dirasakannya beberapa hari lalu. Berkecai terus hatinya tika ini. Andai sakit tu mampu dilihat yg lain...sudah pasti dialah yg menjadi manusia paling menyedihkan.
Bumpp!
Terduduk Ania saat dirempuh. Terkejut manusia yg merempuhnya melihat Ania menangis.
"Badan aku ni keras macam besi ke sampai dia menangis nk keluar anak mata tu?" bisik hati kecilnya. Seketika mereka berbalas pandangan saat Ania mengangkat mukanya. Dunia bagai terhenti.
Share this novel