RDD 60

Romance Completed 54733

5 TAHUN KEMUDIAN...

Lenggang keadaan di tanah perkuburan itu setelah ayat ayat suci dibaca buat si mati. Yaasin ditutup, perlahan lahan dia bangun menuju ke arah sang anak yg menunggu di kereta.

Terbit satu keluhan berat.

"Sudah?" soal Harraz. Kaca mata hitam dilepaskan lalu terserlah lah kekacakkannya yg langsung tak mamah ditelan arus zaman. Wajah itu masih lagi kekal awet muda namun wajahnya sahaja berubah lebih matang.

"Sudah...."

"Jadi marilah kitaa..." pelawa Harraz.

"Pandang lah sikit kubur dia.. Takkan sikit pun kamu tak rasa nk lawat dia" kata Puan Sri Halimah langsung membuatkan Harraz kembali menutup pintu kereta.

"She was nothing to me Bonda!" rengus Harraz dingin. Buat apa dia perlu lawat wanita itu?

"Dia dah mati Harraz!" naik seoktaf nada Puan Sri Halimah. Semakin geram melihat sikap keras kepala sang anak.

"Sebab dia mati la Harraz cakap macam tu. Dah mati buat cara dah mati. Kita tak perlu nk lawat dia. Bukan dia boleh bangun sambut kedatangan kita pun...tak kan?"

"Harraz Firdaus! Kamu jangan melampau. Kenapa perlu biadap? Tak boleh ke kamu lupakan dendam? Buka buku baru. Jangan dikenang kisah lama sedangkan orangnya sudah tiada. Tak kira apa yg berlaku antara kamu berdua, lupakannya!" tegas Puan Sri Halimah.

Sebaliknya Harraz ketawa. Terasa lucu pula apa yg Bondanya ucapkan. Lupa?! Tak! Sampai bila bila dia takkan lupa apa yg betina tu lakukan padanya. Dasar murah!

"Harraz tak nak gaduh dengan Bonda. Jadi ada baiknya Bonda naik kereta sekarang. Harriz sedang menunggu kita" putus Harraz yg kian tak betah bila ibunya membangkitkan kisah lama.

Bekas masih berdarah Bonda! Andai saja Bonda tahu rasa itu. Harraz pasti Bonda sendiri takkan sanggup menyuruh Harraz kemari.

Puan Sri Halimah masuk ke dalam kereta.

"Kamu tak layak menghakimi seseorang Harraz. Dosa lampau atau kisah antara kamu yg perit sekalipun, lupakan kerana dia dah tiada di dunia ini. Kamu sendiri punya dosa.Adakah kamu lupa Harraz? dosa kamu dengan Bonda?....."

Harraz langsung diam. Tak berkutik di tempatnya.

"Kamu beruntung sebab Bonda masih mampu maafkan kamu. Jadi biarlah dia tenang di sana. Belajar memaafkan walau tak mampu melupakan..."

Lagi sekali Harraz terbungkam. Sudah bertahun dia pergi meninggalkannya. Pergi meninggalkan luka. Pergi tanpa perlu merasai dendam kesumat yg Harraz tanam. Malah hari demi hari diri ini tak jemu membenci si mati. Perlukah dia berhenti sedangkan dia sudah melangkah sejauh ini?

Dalam diam Harraz mengeluh...

___________________________

"Kamu tak mahu singgah Harraz? Rasanya sekarang masih lunch hour. Naik lah atas tengok Harriz" lembut tutur bicaranya tidak setegang tadi.

Harraz senyum nipis.

"Kalau naik pun Bonda, Harriz tak mahu jumpa Harraz. Sebelah mata pun tidak Bonda. Tiada guna memujuk anak keras kepala tu" bidas Harraz.

"Salah siapa juga dia jadi begitu" balas Puan Sri Halimah.

Harraz yg mula rasa dirinya akan diceramah berbakul bakul mula meminta diri pulang ke pejabat.

"Drive elok elok. Kalau rasa puas dah hidup, bawaklah laju laju. Bonda akan buat majlis pengebumian paling top untuk kamu nanti"

"Amboi Bonda...Sampainya hatimu"

Sebuah jelingan dihadiahkan buat Harraz.

"Okey Harraz gerak dulu" tangan tua itu dikucup penuh syahdu sebelum bibirnya naik mengucup dahi itu pula.

_______________________________

"Jauh termenung...dah kenapa?"

Kata kata Aizzat menyentakkan Harraz dari leka di alam fantasi.

"Kau fikir tentang dia?"

"Eh takdenya aku nk fikir tentang dia. Buat apa nk fikir tentang minah tu. Macam lah aku takde kerja nk dibuat. Aku ni manusia ter'busy' dalam dunia ni. Kalah perdana menteri"

Aizzat mula naik menyampah. Eleh terang bersuluh tapi masih lagi tak mengaku. Ego melangit betul mamat sekor ni!

"Cakap je lah yg kau sebenarnya fikirkan Nia kan?...Tak perlu nk tipu aku. Perkenalan kita bukannya sehari dua tapi sejak dari sekolah rendah lagi. Luar dalam kau semua aku tahu...Kau sebenarnya rindukan Nia ye tak...?"

"Taklah" Harraz masih lagi menafi kenyataan yg satu itu.

"Parah penyakit kau ni"

"Sejak bila pulak aku sakit? Kau jangan nk memandai. Ada jugak kepala kau bersepai kejap lagi" Harraz mula bengang. Sakit? Aku yg gagah perkasa ni sakit? Hell no!

"Penyakit rindu dalam diam. Kau rindu tapi tak ngaku. Kau rindu tapi tak mampu ucapkannya. Kau rindu tapi kau ego. Kau rindu tapi dia sudah menjauh...."

Entah mengapa ayat terakhir menyentap hebat hati Harraz. Ya..dia sudah menjauh. Semua kerana khilafnya sendiri. Sikap bodoh dan melulu akhirnya memberi kesan pada diri sendiri. Memakannya saban hari yg semakin lama menarik dia ke dalam lohong penyesalan tak berkesudahan.

"Lupakan dia Harraz. Move on. Jangan seksa diri kau. Kau lupa? Kau sendiri yg buang dia. So stop act like dia yg tinggalkan kau"

"Aku...." tak mampu lagi dia memberi alasan. Sebab semua terjadi angkara diri sendiri. Tiada siapa yg dipersalahkan.

"Sudahlah. Mungkin di luar sana dia dah jumpa kebahagiaan dia sendiri. Forget about her. Let her be happy" seraya itu Aizzat keluar meninggalkan Harraz sendirian berperang dengan perasaan yg berkecamuk.

Cinta! Kenapa kau hadir saat dia pergi? Kenapa kau perlu terus menerus seksa diri ini?

Namun satu lagi suara bergema difikirannya.

Dapatkan dia kembali Harraz! Tak kira dia bahagia atau tidak! Dia milik kau! Hanya milik kau!

Lama kelamaan Harraz tersenyum sendiri.

'Ania Maisarah hanya milik Megat Harraz Firdaus selama lamanya. No one can change it!'

____________________

Mata yg tadi kian memberat kembali segar saat satu tangan halus menyapa lengannya yg tak berlapik.

Tersenyum manis Aizzat pada Lola yg melabuhkan duduk disisinya.

Sebelah tangan sasa Aizzat dicapai lalu diurutnya lembut.

"Abang nk apa apa? Lola ambilkan. Lola dah masak..Abang nk makan?"

"Belum lagi sayang..Anak anak mana?" soal Aizzat setelah sedar kelibat anak anaknya tidak kelihatan.

"Ada di atas. Buat homework"

"Patutlah tak nampak batang hidung. Kalau tak selalunya kepoh satu rumah ni" ujar Aizzat. Hidung milik isterinya dicuit geram.

"Ish abang ni! Tak perlu la cuit hidung Lola. Cuit yg anak anak abang punya lah!"

"Tapi sayang mak dia orang kan...?"

"Memangnya abang ada isteri lain?" pintas Lola langsung mematikan senyuman Aizzat.

"Abang hanya sayangkan sayang. Only me, you and our kids" gumamnya kurang jelas dibalik bahu sang isteri yg kini berada dalam pelukannya kemas.

Sementara Lola menyediakan makanan, Aizzat menuju ke bilik untuk mandi serta segarkan diri setelah menghabiskan masa berjam jam di pejabat.

Usai sudah, almari dibuka. Sesaat dia terpandang baju yg agak berhabuk di atas. Nak taknak dicapai jua sebelum sekeping gambar yg elok terselit jatuh tepat di atas kaki Aizzat.

Kaku seluruh tubuhnya tika ini. Peluh dingin membasahi dahi sedangkan dia baru sebentar tadi mandi.

Tindakan refleks dia memijak gambar itu sebaik pintu dikuak dari luar lalu terjengul wajah Lola.

"Makanan dah siap. Abang tak mahu turun?"

"Abang tak pakai baju lagi ni sayang..."

"Need my help?"

"Nope. Abang uruskan sendiri. Sayang panggilkan anak anak turun dulu. Nanti abang menyusul" kata Aizzat menyimpan gugup di dada.

Tanpa syak apa apa, Lola mengikut arahan suaminya.

Gambar itu kemudian ditatap seketika....

SRTTTTT!

Sekelip mata hancur gambar tadi menjadi dua dan dikeronyok olehnya tanpa perasaan.

BERSAMBUNG...

ok done. harini double. sebenarnya nk publish esk bab 60 tapi itulah.. tangan ni tak leh nk kawal.. hahaha...buat para readers mungkin akan pelik kenapa dengan sikap Harraz right? Slow down. Satu persatu nanti dirungkaikan apa sebenarnya yg terjadi 5 tahun dulu.. jangan benci harraz oky? hahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience