RDD 25

Romance Completed 54733

Aria berlari tergopoh gapah ke arah Ania dan Harraz. Tubuh Harraz ditolaknya ke tepi dengan bantal.

Harraz mula berganjak ke tepi.

"Kak Nia dah okey?"

" Okey. Adik dh okey? Kaki macam mana?"

"Better than sebelum ni" ujar Aria ceria.

"Macam mana tak better kalau bukan sebab Nia. Kalau tidak jawabnya adik tu duduk atas kerusi roda lagi" sampuk Alisya.

Ania ketawa. "Sampai macam tu sekali ehh?"

Terangguk Aria. Matanya dah berkaca.

"Alololo manja lagi budak kecik ni" tubuh Aria ditarik ke dalam pelukannya.

"Dah lah buat drama. Jom teman Angah masak"

"Alaa baru nk feeling dengan Kak Nia. Angah ni kacau betul lah"

Senyuman tersungging di bibir Ania memukau Harraz. Bagaikan ada sesuatu di situ sehingga dia tidak dapat membuang pandang ke arah lain.

"Ehem! Along naik kejap nk solat"

Tersentak Harraz dengan deheman Amzan. Ahh kacau daun lerr mamat ni. Nasib kau abang angkat Nia. Kalau tak dah lama aku tibai kau.

"Madam, there is a call for you"

"From?"

"Unknown number"

"Okay. You may leave now"

Gagang telefon ditekapkan di telinganya. Tiba tiba seluruh sendi dan ototnya seolah tak berfungsi. Gagang terlepas dari genggaman. Alice jatuh terduduk. Matanya mulai tertutup rapat.

Sayup sayup kedengaran suara Alvin memanggil sebelum semuanya bertukar sunyi sepi.

Ania menuju ke arah bunyi orang bergelak sakan. Dia mengintai Harraz yg sedang bercakap di hp.

"Ha yelaa. Kau ni dari haritu lagi tak sabar nk jumpa wife aku kan? Takpe esok kau datang rumah aku. Boleh la berkenalan dengan dia" gurau Harraz kepada si pemanggil. Tidak lama kemudian panggilan diputuskan.

Kaki dibawa menuju arah sinki yg terletak di tepi tempat Harraz berdiri untuk mencuci pinggan miliknya.

Mata pemuda itu ralit memerhati setiap inci tubuh Ania dari tepi.

Agak agaknya siapa ehh yg nk datang esok? Kenapa dia tak bagitau aku? Ke dia nk ajak gf dia datang mintak restu nk jadi wife no 2 ? Astaghfirullah Nia! Apa kau merepek ni?

Pinggan yg dicuci terlepas tanpa dia sedar. Namun tangannya masih mengulang perbuatan mencuci seolah olah pinggan itu masih lagi di tangannya.

Harraz senyum nipis. Hp disimpan di kocek. Tangannya mula melingkar di pinggang Ania.

Ania tersentak tetapi tidak menolak. Kepalanya berada tepat di dada pemuda itu. Sejujurnya dia berasa tenang. Teramat amat tenang.

Pinggan yg tadi jatuh diambil. Tangannya yg satu lagi mula memegang tangan Ania yg masih menggenggam span.

Dia sendiri tk faham mengapa dia bertindak demikian rupa. Akal cuba menegah namun hati setia memaksa.

Usai pinggan diletak ke tepi, Harraz mula menolak tubuh Ania ke dinding. Dia mengunci tubuh gadis itu di situ.

Matanya melekat pada bibir munggil Ania yg merah. Semakin lama semakin dirasakan dekat wajahnya dengan Ania.

Akhirnya kedua bibir tersebut bertemu. Harraz mula mengucup bibir Ania rakus. Tangan naik membelai belakang badan Ania.

Manakala gadis itu sekadar diam. Seluruh anggota tubuhnya seperti tak berfungsi.

Nafas Harraz mula tidak sekata. Baru sahaja dia ingin mengambil langkah yg jauh, deringan hp miliknya menyedarkan Harraz.

Tertera nama Qila. Ania turut melihatnya.

Minah gedik tu nk apa? Menganggu betul! Terus Ania pergi dari situ. Sakit hati punya pasal. Yelaa siapa siapa pun akan sakit hati right?

Panggilan Qila dijawab Harraz.

"Sayang! Kenapa baru jawab call i? Selama ni u pergi mana? I pergi office budak you cakap you cuti? You dah tak sayang i dah ke?" rengek Qila dalam nada yg terlampau menggeletis.

"Kan i dah cakap, now i stay at my parents house sebab Nia kan baru je keluar hospital. I taknak la parents i tahu about kita. Nanti dorang paksa kita putus macam mana? U tak nak kan?"

"Ha yelaa yelaa. Ni nk mintak 10 ribu boleh tak?"

"Bukanke haritu i dah bagi 20 ribu?"

"Memang lah ada. Tapi dah habis"

"Lesap ke mana semua duit tu?"

"U ni dah kenapa nk melenting sangat? Kalau macam ni kita putus je lah!"

"Ehh baby jangan lah macam ni. Okey okey...i mintak maaf. Nanti i masukkan 50 ribu terus. Tapi guna elok elok tau"

"Okay sayang. Thanks. Bye. Love u" belum sempat Harraz membalas panggilan terlebih dahulu diputuskan.

Disebalik dinding pula Amzan sedang menahan amarahnya.

"Ni last warning aku Harraz! Jaga hati adik aku baik baik! Kalau kau cintakan sangat betina tu, lepaskan adik aku! Aku mampu bahagiakan dia lebih dari kau!"

Harraz merenung langkah Amzan yg kian menjauh. Dia menarik senyuman sinis.

"Aku akan lepaskan dia lepas aku seksa dia puas puas. Adik kau yg tak suci tu aku akan layan macam pelacur or maybe lebih hina dari tu sebb dia dah ganggu hubungan aku dengan Qila" gumam Harraz.

Ania segera membuka pintu saat loceng ditekan. Pintu terbuka.

Aizzat yg tadi tersenyum berubah secara mendadak. Matanya bulat memandang wajah di depannya kini....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience