RDD 69

Romance Completed 54733

Mengecil mata Harraz sebaik susuk tubuh gadis yg sekian lama dirinduinya berdiri tegak di depan. Dress biru laut lembut yg dipadankan dengan tudung setona berserta high heels hitam menarik perhatian semua.

Harraz terpaku ditempat manakala sahabatnya menunduk hormat akan gerangan terhormat yg kini memandang tajam arah mereka. Kelat air liur diteguk.

"Sayang...." Ania pantas mengelak sebaik Harraz cuba menyentuh lengannya.

Sahabat di tepi menjeling akan perlakuan berani mati Harraz. Tidakkah dia tahu dengan siapa mereka berhadapan?

"Sayang, apa sayang buat kat sini?"

"Siapa sayang kau?" balas Ania dingin mematikan senyuman Harraz.

Terlorek senyuman sinis. Ada hati nk panggil sayang. Dia ingat dia tu siapa? Lawak entah pape.

"Sayang jangan buat abang macam ni. Abang tahu abang salah. Maafkanlah abang..."

Tangan Ania digenggam erat walau menerima rentapan kuat dari gadis itu.

"Sayang kembalilah. Abang rindukan sayang. Jangan terus terusan pergi dari hidup abang. I need u really bad"

Ania mencebik tanda tak suka dan geli mendengar Harraz membahasakan diri sebegitu. Dah kena rasuk jin mana pulak kali ni?

"Sayang..."

"Lepaslah. Kau ni tak tahu malu ke?"

Terkejut juga sahabat Harraz mendengar gadis itu bertutur dalam bahasa Melayu.

"Sayang...maafkan abang. Abang tahu abang salah. Tapi jangan hukum abang"

"Sejak bila pulak aku ada abang muka macam ni? Setahu aku abang aku bernama Amzan. Not Harraz Firdaus"

Sekejap sahaja tubuh Ania dipeluk erat. Serentak semua pengawal mengeluarkan senjata dan menapak ke arah Ania.

"Stay!" arahan diberi buat semua kekal diam. Ania menyiku perut Harraz sekuat hati hingga terlepas pelukan erat lelaki tersebut. Balik ni kena samak berjuta kali.

"Don't you dare to touch me! I give you warning, don't ever do something stupid here! It's not your home Harraz! And get out from my way"

"No i will not. Jadi selama ni sayang yg jaga Harriz? Kenapa rahsiakan dari abang. We can take care of him together"

Muka Ania jelas menyatakan betapa dia meluat dengan segala tutur kata Harraz. Cakap macam hubungan mereka dulu pernah rapat. Tidakkah lelaki itu ingat segala jenis tohmahan dan cacian serta deraan yg diberi padanya? Lupa ingatan agaknya. Takpe biar dia ingatkan...

Harraz terkelu seketika sebelum senyum bahagia apabila tangannya digenggam Ania.

"So, you want us to live together....happily...."

Pantas Harraz angguk kepala.

"With you?"

"Kau berguraukah Harraz? Selepas semua yg jadi, kau masih rasa wujud peluang buat kau?Hmmm...angan kau terlalu tinggi untuk dicapai"

"Tak.. Kita masih boleh perbetulkan keadaan. Come back to me sayang. Semuanya dah kembali kepada asal. Kita hanya perlu bersatu. Kembalikan cinta yg dulu pernah berputik. I know, u still love me. Show it to me. Don't let it hide deep inside your heart"

"Kau yakin hati aku masih pada kau? Kau yakin aku masih dambakan cinta dari kau setelah kau bunuh anak aku Harraz? Kau yakin aku mampu maafkan kau atas cubaan membunuh aku, isteri kau yg sah hanya sebab fitnah orang luar. Kau hukum aku kerana sekeping gambar Harraz! Gambar yg tak pasti kesahihannya"

Harraz cuba menahan sebak. Tangannya digenggam kuat oleh Ania langsung tk dihiraukan. Sesalan menghempap bertubi tubi!

"Kau tak sengaja? Huh! Sekalipun kau tak dirasuk iblis tu, tetap saja kau sanggup naik tangan pada aku. Aku kenal kau bukan sehari dua. I know u better. Megat Harraz Firdaus, seorang lelaki hebat berkerjaya muda dan memiliki segala galanya. Tapi sayang, ego kau melangit. Kau julang kebodohan sendiri. Kau selfish! Kau tak pernah cukup satu! Kau tamak!" berkali kali dada sasa Harraz dipukul. Air mata keluar tanpa dipinta namun ekspresi muka Ania tetap tanpa riak.

Tangan yg tak henti memukulnya, Harraz pegang lalu dikucupnya lembut. Berharap agar wanita itu beransur tenang.Ya!Dia menyesali segala perbuatannya menghina dan memukuli gadis itu sedangkan hatinya sudah lama terpaut pada Ania. Namun ego yg tinggi membuatkan dia berterusan menidakkan rasa cinta dan memilih untuk mengkhianati ketulusan cinta seorang Ania Maisarah.

Ania tarik tangan kasar. Dalam hati tak henti mengutuk kebodohan sendiri. Membiarkan Harraz melihat air matanya jatuh buat kesekian kali.

"Pergi Harraz. Aku tak mahu tengok muka kau depan aku!"

"Don't be like this sayang. I need u really bad...Kita jernihkan hubungan yg retak?"

Entah kenapa lucu dirasakan. Pulihkan hubungan yg retak? Serius la?

"Hadam baik baik Megat Harraz Firdaus, once, aku serahkan hati aku pada kau seluruh jiwa raga untuk kau. Aku cintakan kau atas nama Allah. Dan kau khianatinya. You totally make me learn something. Hakikat yg cinta tak semestinya dimiliki. Kini aku dah lupakan kau. Kenapa pula kita perlu baik pulih hubungan ni?"

Diam. Harraz tiada jawapan untuk membalas.

"Sekali aku berubah, kau takkan pernah jumpa aku yg dulu. Yang beria meraih cinta kau. Walau sering dilukai"

"Baby!"

Serentak Harraz dan Ania menoleh arah suara garau tersebut.

Mencerlung tajam Ania pada Fizz yg mendekati mereka bersama sejambak bunga ros merah ditangan. Paling mengejutkan, wajah beku itu dihiasi senyuman manis bak gula.

Ini lagi satu makhluk disampuk jin mana entah. Haih, kenapa la dia dikelilingi manusia macam ni?

"Baby, kenapa lambat? Puas i tunggu tak kunjung datang. Alih alih PA u, i call. Dia kata u dah balik. I risau so i keluar. Rupanya dekat sini. Anything's wrong here dear?" sengaja Fizz paut bahu Ania supaya dekat dengannya.

Harraz dipandang sekilas. Dalam pada masa yg sama dia menahan gugup apabila aroma strawberry terbit dari tubuh Ania. Degup jantungnya seakan mahu keluar dari situ. Harap benar Ania tidak mendengar degupan jantungnya yg tak normal itu.

"And who is this guys baby?" soalnya merujuk pada Harraz dan lelaki di sisi Harraz.

"No one"

"Err Hi! Sorry to say, my girl don't like to speak with stranger. She always got a bad mood and rarely smile. I hope you understand it" beritahu Fizz.Rangkulan pada bahu Ania semakin dipereratkan. Memang cari nahas betul! Mahunya kena pancung nanti.

"Kenalkan. Aku Harraz. Suami Ania"

Juling habis mata Ania dengan dua lelaki depannya ini.

"What?!"

Apa lagi lah si Fizz ni nk buat. Berkali kali Ania mendengus geram. Drama sungguh dua makhluk lelaki tersebut. Seorang dahagakan kasih sayang. Seorang lagi lapar penampar!

"So, inilah your husband yg u cakap nk berpisah tu kan? Wow. Finally i meet you sir"

Harraz terpinga pinga menyambut jambatan tangan Fizz.

"Terima kasih la sudi lepaskan wanita berharga ni pada aku. Percayalah aku akan jaga dia ibarat nyawa aku sendiri"

Seakan berasap telinga Harraz mencerna ayat yg agak sinis itu.

"Semoga berjumpa lagi. Jom Baby" Fizz menggamit Ania berpaling ke kereta meninggalkan Harraz yg memerah mukanya tahan cemburu.

Sebaik memboloskan diri ke dalam kereta, kasar tangan Fizz ditepis lalu tangannya menyapu permukaan bahu yg dipeluk Fizz sebentar tadi.

Mukanya membahang merah. Geram dirasakan seenaknya dia dipanggil baby sayang oleh dua lelaki sengal. Ingat dia ni patung ke? Sedap je panggil sesuka hati.

"Lain kali jangan campur dalam urusan aku. Kau tahu kan aku tak suka orang masuk campur hal aku? Sematkan dalam minda kau. Tak perlu nk berlagak pasangan kekasih. Aku mampu tumpaskan Harraz sendirian" ucap Ania sambil mengurut pelipis dengan mata terpejam.

"Apa salahnya...Mana tahu jadi betul betul nanti" gumam Fizz perlahan.

"Apa kau cakap?"

"Takde apa"

"Stop the car!"

Fizz tanpa amaran tersungkur ke depan. Mengaduh dia merasakan sakit pada dahi setelah terhantuk di dashboard kereta.

"What the hell" carut Fizz tak sengaja.

"Sit back at your place, Sir Fizz Daniel"

"Not here!" tekan Ania melihatkan Fizz yg kembali duduk di tepinya.

"Takkan dah lupa tempat sendiri!? Go now!"

Terkocoh Fizz berlari ke luar. Pintu sebelah tempat duduk pemandu dibuka lalu dilabuhkan duduknya di situ.

Sebal! Benda kecil saja. Itu pun nk berkira! Hailah hati, kenapa lah kau cintakan wanita berhati beku ni?

Baru sahaja mulut ingin merasa makanan enak yg sedia terhidang, mati terus selera Ania. Tak lain tak bukan sebab ada makhluk yg tk diingini di sini.

Siapa lagi kalau bukan Harraz! Lagi! Lagi! Dua minggu berturut turut muka lelaki itu muncul depan dia. Puas Ania elak, banyak pula akal Harraz menempel. Bagi jumpa Harriz pun tak jalan.

"Buat apa tu sayang? Rindu abang tak? Sebab abang rindu sayang sangat sangat"

Tersandar lemah tubuh langsing Ania ke penyandar kerusi. Lapar yg menggila tadi sekelip mata hilang diganti rasa muak. Muak dengan Harraz!

"Makan. Takkan tak nampak?"

"Hehe..nampak nampak. After this sayang busy tak?"

"Tak"

"Kita keluar dating nak? Dah lama abang nk berdua..."

"Baru aku ingat. Aku busy" Ania memintas dahulu percakapan Harraz. Langsung tak memberikan peluang pada lelaki itu menyudahkan kata katanya. Bukan dia tak tahu. Saja.

Dia juga tak sibuk. Tapi kalau hal berkenaan Harraz yg melibatkan dia perlu disamping jejaka tersebut automatik dia busy mengalahkan perdana menteri.

Harraz kecewa namun segera tersenyum ceria. Penolakan demi penolakan amat memedihkan hatinya.Dia tahu dia salah. Menidakkan cinta suci Ania padanya adalah satu kesilapan terbesar dia buat, sehingga kini rasa sesal itu memburu diri dia.

Saat tersedar, Ania sudah terlepas dari gapaian cinta mereka. Pergi meninggalkan rindu yg dipendam dalam diam. Meninggalkan mahligai berantakan mereka tanpa sebarang khabar.

Harraz tersedar dari angan sebaik sepinggan makanan diletak. Kedua kening Harraz bertaut.

"Makan...Jangan banyak songeh. Sepatah perkataan keluar dari mulut kau, at the same time aku halau kau keluar dari sini!"

Aduh! Dalam garang ada sweetnya.

Tak membantah Harraz menjamu selera setelah berjam jam menahan lapar hanya untuk mengikuti pergerakkan Ania.

Tanpa sedar Ania memerhati Harraz yg asyik menyuap makanan ke dalam mulut. Bibirnya herot ke kanan tersenyum sinis. Lantas kaca mata dibawa ke matanya.

Tersenyum Harraz melihat kecantikkan Ania sebelum tidak menyedarkan diri. Segalanya kabur dalam ingatannya.

"Makan, Cik. Tolonglah"

Sekali lagi Ketua Bibik memujuk wanita itu untuk makan. Selama tinggal disini tak lagi dia membantah sebelum berlaku kejadian di mana mereka memberi kebenaran untuk wanita itu keluar ke balkoni bilik.

Sejak itu perubahan jelas berlaku. Dia mula mendiamkan diri. Lebih banyak termenung sendiri sehingga kelibat mereka juga tak disedari. Entah apa yg difikirkannya. Kalau tahu dek Ania matilah mereka semua.

"Cik, makanlah. Bantulah kami Cik. Kalau Cik berkeras begini, kami yg akan tanggung padah dari Madam"

Wanita itu jelas berada dalam dunia sendiri. Suara Ketua Bibik masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Aku tak fahamlah kenapa Tuanku nk kutip dia ni lepas tu susah susah nk jaga dia. Pulak tu menyusahkan kita" rungut Ketua Pengawal yg berdarah kacuk. Dia yg pada asalnya bertugas di Kediaman Grey House dipindahkan ke Malaysia bersama beberapa lagi orang bagi menjaga keamanan dan keselamatan di sini.

Anak buah di bawahnya juga mengeluh kasar. Tak suka! Bagi mereka wanita begitu cerewet. Sebab itu rata rata mereka masih bujang dan available. Tapi bukan Gay! Cuma belum berjumpa jodoh lah katakan.

Selaku Ketua Bibik dia diam. Tak berani menjampuk. Seriau juga dengan pengawal berbadan tegap itu.

Dulang berisi makanan diletakkan atas meja berhampiran katil.

"Kalau Cik mahu makan, silakan. Kami tak akan memaksa. Lagi satu, ini telekung andai kata Cik nak solat" sepasang telekung dihulur namun tiada sambutan.

Para pengawal lelaki yg mula rasa jelek, keluar dari situ. Tak betah rasanya. Takut ada kang, anak orang makan kaki mereka.

"Saya keluar dulu"

Masih lagi dia diam membisu. Hanya selepas mereka pergi dia mengambil telekung di sisi dengan agak terketar ketar.

Dikucup penuh syahdu telekung putih bersih ditangannya. Basah kelopak matanya menangis.

Telekung diletak atas katil sebelum kaki mula melangkah ke arah balkoni bilik. Pandangan dibuang pada sekitar halaman rumah.

Dia sedar dia di mana. Kedua mata dipejam rapat. Berharap andai ini hanya mimpi. Sekali lagi Eliza menangisi nasib hidupnya.

BERSAMBUNG...

First of all, sorry...sy agak busy kebelakangan ni...betul² tkde masa... and this is some info, readers know before sy ada bgi sikit klu for upcoming chapter kan? And i wanna say yg sy takkan guna dialog² tersebut sebab this novel dah diubah suai sepenuhnya dari jalan asal yg dulu... so jangan tanya kenapa dialog² tertentu yg diselitkan di awal bab dulu takde... And happy reading for you guys...yg mana sudi tunggu cerita ni update, also billion thanks to you(haha)...may you guys have a lovely night and sweet dreams♥♥♥

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience